15/11/09

Review Filem : 2012



Sinopsis:

Filem hebat arahan Roland Emmerich ini mengisahkan tentang ramalan masyarakat Mayan sejak berabad yang lalu yang menetapkan pada tarikh 21 Disember 2012 akan berlaku sesuatu terhadap bumi. Ia bakal memusnahkan lebih separuh daripada rakyat bumi dan bencana yang paling teruk dalam sejarah akan terjadi di luar pemikiran manusia.

Detik itu semakin hampir dan saintis dari NASA juga telah meramalkan bahawa akan berlaku perubahan polar yang bakal membawa bencana besar. Namun, penduduk dunia masih tidak menyedari apa yang akan terjadi dan masih menjalani kehidupan seperti biasa. Kerajaan yang telah sedia maklum berusaha untuk mengatasi masalah tanpa pengetahuan rakyat. Pada 2012, pemimpin dunia telah berbincang mengenai hal ini dan cuba menyelamatkan sebanyak manusia yang boleh daripada menjadi korban bencana itu. Namun, tidak semua dapat diselamatkan.

Apabila Jackson Curtis(John Cusack) dan dua orang anaknya mengadakan lawatan keluarga ke Yellowstone, mereke terserempak dengan makmal kajian rahsia yang terletak di dasar tasik yang telah dikeringkan. Mereka mendapati bahawa bencana bakal berlaku dan kerajaan cuba merahsiakan daripada pengetahuan umum. Segalanya telah terbongkar dan ramalan tersebut bakal menjadi kenyataan.

Jackson terpaksa bertindak sendiri bagi menyelamatkan diri dan keluarganya. Dalam usaha tersebut mereka menempuh pelbagai halangan alam seperti gempa bumi, gunung berapi, tsunami, tanah runtuh dan sebagainya untuk menyelamatkan diri masing - masing.


Pelakon:
John Cusack, Amanda Peet dan Thandie Newton.


Ulasan Hans:

Sangat hebat terutama dari segi kesan effect dan nilai kasih sayang sesama manusia. 2012 bukanlah filem pertama sutradara Roland Emmerich yang mengangkat tema kehancuran dunia kerana sebelum ini beliau juga menempa nama menerusi filem The Day After Tomorrow dan Independence Day.
Sinopsis filem ini telah pun diceritakan oleh penulis pada entry sebelum ini(sila lihat di bawah). Jadi, penulis rasa selain dari berhibur menonton kesan – kesan effect yang menarik dan superb nih tak salah jikanya kalau kita renungkan mesej di sebalik filem ini.
Tema kasih sayang sesama manusia terutama antara ahli keluarga sangat terkesan dihati penulis sewaktu menonton filem ini. Garapan ceritanya yang menimbulkan nilai – nilai murni nih patutnya dicontohi oleh pengarah – pengarah filem di Malaysia. Maksud penulis disini, tidak salah jika penonton Malaysia disogok dengan teknik CGI atau apa – apa kesan khas yang hebat ataupun pengarah sahaja merasakan benda itu hebat tetapi dalam masa yang sama jangan lupa selitkan unsur – unsur kasih sayang seperti ini kerana penonton anda bukan sahaja dihiburkan dengan aksi – aksi hebat sahaja tetapi pada waktu yang sama mengajar dan mengingatkan mereka tentang kasih sayang yang amat tinggi nilai harganya.
Dari segi kesan khas, pengarah filem ini telah memaksimumkan imaginasi beliau di dalam filem ini. Tanah runtuh, letupan gunung berapi, tsunami yang lebih tinggi dari gunung sangat hebat dan kelihatan sangat realiti. Sangat menakutkan bagi penulis sewaktu menonton. Bagi pasangan couple? Semakin takut semakin memeluk. Takut pada filem tetapi tak takut pada dosa. Hahaha..
Dari segi politik, penulis rasa pengarah filem ini sangat bijak dengan menjadikan negara – negara berkuasa di dunia atau G8 seperti Amerika Syarikat, Rusia, Perancis, China dan lain – lain sebagai salah sebuah subjek filem beliau. Di dalam filem ini, kita ditunjukkan bahawa yang berkuasa dan kaya menjadi penentu kepada nyawa manusia lain. Hakikatnya, dunia sekarang memang menjadi seperti itu. Ia seakan Aparteid tetapi kali ini ia bukannya melibatkan warna kulit tetapi kepada jurang kekayaan. Yang kaya akan hidup dan yang miskin pandai – pandailah nak hidup. Mungkin lebih kepada sistem kasta kalau boleh disamakan. Cuma, Presiden Amerika kali ini dilakonkan oleh manusia berkulit hitam dan mungkin dirujuk kepada Obama. Dan kalau betul Obama akan berkelakuan seperti dalam filem ini pada 2012 akan datang, penulis akan berasa sangat terharu.
Cuma, penulis rasa sedikit kecewa kerana ‘Hari Kiamat’ yang cuba digambarkan dalam filem ini tidak melibatkan semua benua kerana negara Afrika digambarkan selamat dalam bencana ini. Ironinya, manusia takkan mampu menyelamatkan diri sendiri sewaktu kiamat itu datang. Tetapi, secara keseluruhan filem ini sangat bagus dan penulis berasa sangat sedih menonton filem ini terutama nilai kasih sayang yang ditonjolkan dalam filem ini.

Penambahan Fakta : Adegan - adegan yang mengecewakan seperti adegan bercium di saat - saat genting dan talian telefon bimbit yang masih berfungsi sedikit mencacatkan filem ini. Tetapi, mana ada filem yang sempurna. So, abaikan!


9/11/09

Review Filem : Pisau Cukur



Filem:
Pisau Cukur


Pengarah:
Bernard Chauly


Genre:
Komedi & Cinta


Pelakon:
Fazura, Maya Karin, Aaron Aziz, Eizlan Yusof, Dato' Rahim Razali,
Khatijah Tan, Umie Aida, Sharifah Sofea, Liyana Jasmay, Nas-T & Etc.


Ulasan Hans:

Owh My Gucci!Owh My Prada! Itulah antara ungkapan yang cukup menghiburkan dari filem Pisau Cukur(Siapa Tak Nak Hidup Senang?) yang dibintangi oleh pelakon yang cukup hebat dan berbakat besar Nur Fazura, Maya Karin, Aaron Aziz, Shahredza Minhat, Eizlan Yusof, Liyana Jasmay..(sekadar menyebut beberapa nama).

Filem Arahan Bernard Chauly ini mengisahkan tentang Bella(Maya Karin) dan Intan(Fazura) yang pergi bercuti di atas kapal mewah Putri Duyung dengan harapan untuk mendampingi lelaki – lelaki kaya selepas Bella tewas dalam pertandingan Siapa Mahu Kahwin Jutawan. Di atas kapal itu, Bella telah berjumpa dengan Datuk Hisham(Eizlan Yusof) dan cuba mendampinginya dengan mempergunakan seorang jejaka kacak, Faqir(Shahredza Minhat) untuk mencapai impian itu. Faqir sebenarnya sukakan Bella dan cuba memikat Bella walaupun dia sedar Bella hanya mahukan lelaki kaya sahaja.

Intan pula yang bertugas sebagai pengacara sebuah rancangan jenayah pula mempunyai seorang sugar daddy iaitu Datuk Salleh(Radhi Khalid) yang sudah berkahwin tetapi tidak ikut serta bersama mereka belayar di atas kapal mewah itu kerana terpaksa menjaga isterinya yang koma selepas membuat sedutan lemak untuk kelihatan lebih cantik.

Kebetulan ketika pelayaran, mereka bertemu dengan Datuk Zakaria yang datang belayar bersama tiga isterinya(Khatijah Tan, Umie Aida dan Shafirah Sofia) serta dua anaknya Suri(Liyana Jasmay) dan Johan(Nas-T). Dalam percutian ini, Datuk Zakaria ditemui mati disyaki termakan jeruk yang mempunyai racun tikus. Jadi, seorang detektif, Ari(Aaron Aziz) yang menyiasat misteri pembunuhan Datuk Zakaria ini mencabar Intan(Fazura) agar membuktikan bahawa beliau boleh membantunya mencari siapakah pembunuh Datuk Zakaria dan bukannya hanya bersandarkan pada wajah yang cantik sahaja.

Bagi penulis, filem ini sangat – sangat menghiburkan dari mula hingga akhirnya. Lakonan dan keletah yang gedik dari Fazura terutamanya sangat menjadi dan langsung tidak nampak di buat – buat. Serta ayat – ayat yang diungkapkan seperti “Oh, My Dior”, “Owh My LV” dan lain – lain lagi tidak mustahil akan menjadi ikutan selepas ini. Lakonan dari pelakon baru iaitu Shahredza Minhat juga sangat bagus dan meyakinkan penulis. Pelakon – pelakon lain juga sangat bagus dalam setiap watak dan situasi yang mereka lakonkan.

Sinematografi filem ini yang boleh dikatakan keseluruhannya berlandaskan 'Green Screen' agak bagus dan tidak mengecewakan. Setiap plot cerita di susun dengan kemas dan penulis tidaklah pening kepala untuk memahami cerita ini. Dan teka teki tentang siapakah yang membunuh Datuk Zakaria membuatkan filem ini sangat menarik. Tahniah untuk pengarah filem ini iaitu Bernard Chauly.


Penulis beri 4 Setengah Bintang Dari Skala 5.




19/10/09

Review Filem : Papadom



Filem:
Papadom


Pengarah:
Afdlin Shauki


Genre:
Komedi, Drama & Keluarga


Pelakon:
Afdlin Shauki, Liyana Jasmay, Noorkhiriah, Farid Kamil,
Que Haidar, Chelsia Ng, Scha Al-Yahya, Vanidah Imran & Etc.


Ulasan Hans:

Filem ini mengisahkan mengenai Saadom yang mempunyai seorang anak perempuan, Mia dan kematian seorang isteri(Khiriah). Beliau bermula dari bawah dalam perniagaan Nasi Kandar Saadom bersama isterinya hinggalah akhirnya restoran beliau dikenali ramai dan berpuluh - puluh cawangan dibuka sehingga menyebabkan beliau terlalu sibuk dan seolah - olah tidak mempedulikan anak perempuanya.

Kematian isterinya akibat kemalangan juga menyebabkan beliau berasa bersalah dan sejak dari itu beliau sangat - sangat mengambil berat tentang anak perempuan Mia lakonan Liyana Jasmay. Walaupun anaknya sudah meningkat remaja tetapi beliau masih melayan Mia seakan - akan Mia masih lagi kanak - kanak. Disini pelbagai konflik serta adegan lucu sentiasa berselang - seli hingga membuatkan penulis langsung tidak mengantuk serta sentiasa bergelak ketawa.

Filem ini juga tidak memaksa penulis untuk ketawa kerana dengan sendirinya kita akan ketawa kerana kelucuannya dan mesej juga sangat hebat. Kepada bapa - bapa diluar sana, diharap lihatlah filem ini dan bukannya penulis mahu anda membiarkan anak anda bebas tetapi dalam waktu yang sama biarlah anak anda belajar membuat keputusan sendiri kerana apabila anak - anak anda mengalami kesedihan atau kegagalan, itu adalah salah satu pengalaman yang mereka perlu rasa kerana pengalaman itu tidak boleh dibeli melainkan dirasai.

Dan kepada anak - anak yang sedang membaca blog penulis ini, apabila anda sudah diberikan kebebasan maka hargailah perkara ini dan pandai - pandailah memilih kawan dan mengatur kehidupan anda. Jangan lalai dengan kegembiraan duniawi saja.

Apa - apapun tahniah kepada Afdlin Shauki kerana filem ini sangat hebat bagi penulis dari segi isi, jalan cerita dan segala - galanya dan tahniah juga kepada pelakon - pelakon yang terlibat dalam cerita ini terutama Que Haidar, Khiriah, Liyana Jasmay, Farid Kamil dan juga Afdlin sendiri kerana lakonan anda sangat - sangat hidup. Penulis berharap Afdlin kembali dengan filem yang lebih hebat selepas ini ataupun tidak setaraf dengan filem Papadom.

P/S : Papadom sangat best. 5 bintang!!



9/09/09

Review Filem : Final Destination 4



Filem:
Final Destination 4


Pengarah:
David R.Ellis


Genre:
Seram & Thriller


Pelakon:
Nick Zano, Krista Allen, Andrew Fiscella & Etc.


Ulasan Hans:

Kepada peminat tegar film Final Destination pasti sudah mengetahui jalan ceritanya yang menjurus kepada seseorang yang mendapat bayangan masa depan mengenai ajalnya sendiri dan cuba mengelakkan kematian itu tetapi akhirnya satu demi satu akan mati seorang demi seorang melainkan jika mereka dapat menghentikan rantaian kematian itu.

Kisah ini bermula di sebuah litar perlumbaan kereta lumba dimana seorang lelaki mendapat bayangan kematian jika beliau masih berada dan menonton perlumbaan itu disitu. Jadi, akhirnya beliau dapat keluar dari tempat itu bersama rakan – rakan sebelum mereka menjadi mangsa kematian seorang demi seorang.

Tetapi, selepas itu mereka diuji mengikut urutan kematian masing - masing apabila kematian tidak jemu – jemu datang kepada mereka. Film ini sesuai kepada mereka yang berani untuk melihat cerita – cerita yang memaparkan kematian yang tragis dan menjijikkan. Dari segi teknologi grafik yang dipaparkan, ada adegan – adegan yang dipaparkan betul – betul kelihatan seperti realiti. Ada juga yang kurang menyengat sehingga membuatkan aku tergelak besar seorang diri dan tiba – tiba aku tersedar orang sekeliling memandang aku pelik kerana mereka menjerit melihat adegan itu.

P/S : Kepada sesiapa yang meminati cerita seperti ini segeralah menyerbu panggung wayang berdekatan anda


Review Filem : Orphan



Filem:
Orphan


Pengarah:
Jaume Collet-Serra


Genre:
Seram, Misteri & Thriller


Pelakon:
Vera Farmiga, Peter Sarsgaard, Isabelle Fuhrman & Etc.


Ulasan Hans:

Filem ini mengisahkan mengenai seorang ibu yang keguguran bayi yang diberi nama Jessica. Jadi, beliau dan John(suami beliau) bercadang mengambil anak angkat sebagai pelengkap keluarga walaupun mereka sudah mempunyai 2 anak iaitu Daniel dan Max(kanak – kanak perempuan yang bisu tetapi sangat comel).

Jadi, mereka berkunjung ke sebuah rumah kebajikan dan tertarik dengan karakter Esther yang berumur ‘9 tahun’ yang dilihat sangat baik dan bersopan santun. Esther pun diambil sebagai anak angkat dan disinilah segala – galanya bermula kerana Esther mula menunjukkan dirinya yang sebenar secara perlahan – lahan dan sedikit demi sedikit rahsianya mula terbongkar kerana umur sebenar beliau bukanlah 9 tahun dan beliau adalah seorang wanita yang sangat kejam.

Film ini membuatkan diri penulis sangat penat dengan aksi – aksi yang menakutkan serta menyeramkan yang penuh dengan kejutan. Kepada anda yang belum menonton, penulis mengesyorkan anda agar menonton di wayang berdekatan untuk merasainya sendiri kerana menonton di wayang lebih menghiburkan dari segi sistem bunyi dan kepuasan berbanding dengan membeli vcd atau dvd original atau cetak rompak.

Penulis memberi 5 bintang kepada film ini kerana jalan cerita dan watak – watak yang dilakon oleh pelakon – pelakon dalam film ini sangat berkesan dan membuat penulis sangat teruja terutamanya watak Esther , Ibu Max dan Max. Bunyi muzik latar film ini sangat bagus sehinggakan bunyi cermin pun mampu membuatkan penulis terkejut atau cuak.



12/08/09

Review Filem G.I.Joe: The Rise Of Cobra



Filem:
G.I.Joe: The Rise Of Cobra


Pengarah:
Stephen Sommers


Genre:
Aksi, Pengembaraan & Sains Fiksyen


Pelakon:
Dennis Quaid, Channing Tatum, Marlon Wayans & Etc.


Ulasan Hans:

Aku sebenarnya tak tahu apa - apa langsung pasal filem ini. Asalnya dari komik ker atau kartun atau apa - apapun..Filem ini memang banyak dibantu oleh teknologi - teknologi komputer untuk menghidupkan hampir 90% jalan cerita dalam setiap babak filem ini.

Kadang - kadang aku menjadi sedikit penat kerana terlalu banyak aksi yang disogokkan dalam filem ini tetapi nasib watak seorang pelakon berkulit hitam agak melucukan dan secara tidak langsung aku dapat membuat aku boleh bernafas seketika.

Apa - apapun rasa - rasanya memang tidak rugi kepada sesiapa yang meminati filem aksi fiksyen sains seperti filem ini dan aku sudah semestinya tidak sabar mahu menonton sekuel kedua filem ini.


4/08/09

Review Filem : The Proposal



Filem:
The Proposal


Pengarah:
Anne Fletcher


Genre:
Romantik Komedi


Pelakon:
Sandra Bullock, Ryan, Reynolds, Mary Steenburgen & Etc.


Ulasan Hans:

Filem lakonan Sandra Bullock dan Ryan Reynolds nih sangat - sangat menghiburkan aku sehingga aku terlupa seketika tentang ruang tempat duduk yang agak sempit di TGV serta gangguan dari penonton di hadapan aku yang menganggap kaki aku adalah bantal untuk tempat beliau bersandar. Lakonan mantap mereka memang menjadi dan setiap adegan digunakan sebaik mungkin oleh mereka. Tahniah!

Filem ini mengisahkan mengenai Margaret, seorang wanita rakyat Kanada yang bakal diusir dari Amerika dan kehilangan pekerjaan kerana menghadapi masalah berkenaan visa. Untuk menyelamatkan keadaan, beliau harus berkahwin dengan setiausaha beliau(lakonan Ryan) untuk membolehkan beliau mendapat taraf warganegara Amerika.

Disini berlakunya pelbagai konflik yang amat melucukan dengan lakonan mereka yang bersahaja ditambah dengan watak nenek Ryan yang sangat menghiburkan. Kepada sesiapa yang inginkan filem komedi atau memang bertujuan menghiburkan diri, ini adalah filem yang sesuai untuk anda.

Selamat Menonton!!


1/08/09

Review Filem : Setem




Filem:
Setem


Pengarah:
Khabir Bhatia


Genre:
Komedi & Aksi


Pelakon:
Afdlin Shauki, Rashidi Ishak, Que Haidar, Vanidah Imran,
Sathiya, Bront Palarae, Indi Nadarajah, Datuk Aziz Sattar & Etc.


Ulasan Hans:

Aku menjadi antara penonton terawal filem terbaru arahan pengarah kesukaan aku, Khabir Batia iaitu SETEM. Kalau selalu kita melihat Khabir Batia lebih terarah untuk membuat filem berunsurkan cinta dan berat tetapi kini beliau tampil dengan elemen lebih segar dan menyakinkan dengan filem terbaru beliau ini. Tengok poster bawah tu!!



Filem ini mengisahkan tentang dua orang sahabat(Rashidi & Aflin) yang mempunyai kemahiran mencuri dan mereka dipaksa mencuri setem yang bernilai US4 juta oleh Tuan Rumah Harapan(Aziz Sattar) untuk membantu beliau mempertahankan Rumah Harapan itu dari dijual. Diwaktu yang sama, ramai lagi yang mahukan setem terbabit iaitu kumpulan Piranha, kumpulan Tosai serta manusia - manusia lain yang terlibat secara tidak langsung.


Macam biasa, aku sangat suka teknik penggunaan kamera dan sinematografi setiap filem arahan beliau kerana bagi aku ia amat unik dan mengagumkan aku. Ternyata Khabir tidak mensia - siakan keistimewaan yang sentiasa ada di dalam filem - filem beliau ini kerana memanfaatkan sudut kamera dengan sebaik mungkin seperti adegan di dalam bonet kereta. Tahniah kepada sesiapa yang terlibat dalam bahagian ini.


Dan satu lagi yang aku suka tentang filem ini kerana jalan ceritanya tidak membodohkan atau stereotaip seperti filem Razak Mohaideen kerana jalan ceritanya memang sangat mengagumkan dan komedi yang cuba dipaparkan dalam filem ini tidak memaksa penonton untuk ketawa kerana dengan sendirinya penonton akan tertawa dengan setiap dialog yang disampaikan oleh para penontonnya terutama dialog dari Aflin, Que Haidar dan Sathia.


Kepada korang semua yang belum menonton filem ini, aku rasakan tak rugi untuk menghabiskan duit untuk menonton filem ini. Dan kepada pencinta filem Melayu yang tidak mahu dibodohkan dengan filem - filem kosong seperti Prof Razak, inilah masanya untuk anda menyokong filem tempatan.

P/S Lagi : Filem Yang Hebat Tetapi Penonton Kurang...Apa Sudah Jadi Dengan Penonton Di Malaysia??




29/04/09

Review Filem : Coming Soon



Filem:
Coming Soon


Genre:
Seram


Sinopsis

Filem in menceritakan pasal sebuah filem hantu di Thailand yang dibikin berdasarkan kisah sebenar(konon-kononnya) di sebuah kawasan kampung di sana dimana ada seorang wanita, Chaba kehilangan 4 orang anak. Beliau tidak dapat menerima kenyataan bahawa anak-anaknya telah mati dan menculik bebudak kampung berhampiran lalu membutakan mata mereka. Orang kampung mendapat tahu pasal perkara ini lalu mengepung rumah Chaba dan menangkap serta menggantung beliau di dalam rumah beliau sendiri sehingga mati.

Cerita bermula apabila seorang lelaki yang bekerja dekat panggung wayang ditugaskan oleh seorang Taikun cetak rompak untuk membuat salinan palsu dan menyerahkan salinan tersebut kepada beliau sebelum filem ini ditayangkan di Thailand. Misteri mula tercetus apabila orang – orang yang berkait rapat dengan penghasilan filem ini serta yang menonton filem ini hilang satu persatu. Jadi, lelaki tadi pun cubalah menyiasat. Maklumat pertama yang ditemui adalah mayat Chaba yang digantung di rumah beliau tidak ditemui sehingga kini. Adakah roh Chaba mahu membalas dendam?? Nak tahu lebih lanjut korang pergilah tengok sendiri.



Ulasan Hans:


Filem ini bagi aku memang best dari segi :-

Seram : memang tak dapat dinafikan tambah – tambah kitaorang semua duduk dekat seat yang paling depan berbanding penonton yang lain. Bukti lain -> popcorn aku habis cepat dan Yati Luciana asyik menutup mata jer(kalau tutup mata baik tak payah tengok..haha).

Sinematografi : agak bagus dan memang kena dengan jalan cerita.

Idea : aku rasa idea pengarah atau penulis script filem nih agak segar.

Pelakon : penghayatan watak masing – masing masih bagus.

Logik : cerita hantu nih(cerita apa-apapun tambah – tambah wonder pet) kalau difikir memang tak logik tapi layan sudah....

Storyline : tidak melalut dan kadang – kadang sukar dijangka.

Kesimpulannya, tak rugilah menonton filem nih sebab memang seram habislah. Jadi kepada sesiapa semua yang belum menonton filem ini di panggung wayang berhampiran atau dekat vcd cetak rompak bolehlah berbuat demikian jika tidak tahu filem apa yang mahu ditonton.


11/03/09

Review Filem : Marley & Me



Filem:
Marley & Me


Pengarah:
David Frankel


Genre:
Komedi, Drama & Keluarga


Pelakon:
Owen Wilson, Jennifer Aniston, Eric Dane & Etc.


Ulasan Hans:

Film nih mengisahkan tentang kehidupan suami isteri yang bekerja sebagai journalist atau wartawan yang memang sibuk sepanjang masa.Pada permulaan ceritanya, mereka masih belum terfikir untuk mempunyai anak.

Pada suatu hari nih, si suami nih tiba - tiba terfikir nak mempunyai zuriat. Maka, untuk permulaannya mereka membeli seekor anjing yang diberi nama sebagai Marley sebagai eksperimen mereka sama ada mereka sudah bersedia untuk mempunyai anak atau belum. Dan si anjing bernama Marley nih memang menyebabkan mereka menjadi gila sekejap dan kadang - kadang memberi tekanan yang melampau pada diorang. Habis perabot rumah dengan dinding digigit beliau. Kalau ada anjing jenis nih dekat Malaysia, aku rasa dah lama kena tembak kut. Hahaha!!!

Plot cerita nih pada mulanya agak perlahan. Kemudian scene yang menunjukkan pasal kehidupan sebagai journalist tu memang menariklah(masa tu tetiba rasa macam best plak jadi journalist nih). Selepas itu plot film nih kembali perlahan membuatkan aku agak bosan sekejap tetapi apabila sampai ke babak mereka mempunyai anak dan sewaktu Marley menghadapi hari - hari kematiannya memang menyedihkan. Buktinya, keadaan dalam wayang tetiba senyap dan disusuli dengan bunyi hingusan para penonton. Kiranya memang sedihlah tu kan???

Filem ini berdasarkan sebuah novel dan apa yang aku boleh cakap filem nih banyak menceritakan tentang anjing dan kehidupan seorang journalist tapi aku rasa filem nih agak menarik jugalah bagi aku sebab semua ada dalam filem nih iaitu Realiti, Lucu, Sedih, Falsafah, Memerlukan Pemikiran Yang Mendalam. Jadi, kepada siapa - siapa yang suka filem macam nih memang tak rugilah kalau korang habiskan duit untuk tengok filem Marley & Me.


P/S : Bila Malaysia Nak Buat Filem Macam Filem Slumdog Milionaire??


5/03/09

Review Filem Geng: Pengembaraan Bermula



Filem:
Geng: Pengembaraan Bermula


Pengarah:
Nizam Razak


Genre:
Keluarga, Pengembaraan, Fantasi & Animasi


Sinopsis:

Bosan bercuti di rumah, Badrol mengajak kawan karibnya Lim untuk balik ke kampung Datuknya untuk merasakan suasana musim durian. Tetapi percutian mereka telah bertukar menjadi satu pengalaman yang tidak disangkakan, dimana mereka telah terlibat dengan pembongkaran misteri yang menyelubungi kampung datuk Badrul. Bersama kawan-kawan baru mereka, Rajoo si pembisik haiwan, Ros si gadis kampung, dan adik kembarnya Upin dan Ipin, mereka bekerjasama untuk mendedahkan rahsia yang menghantui kampung itu.


Ulasan Hans:

Banyak scene yang aku suka dan scene yang melibatkan upin dan ipin memang lucu lah. Scene Rajoo dengan Sapi dia pun best. Scene yang fikir masa depan melibatkan nenek dengan atuk diorang sangat lawak. Scene ayah Rajoo cakap Teh tarik,milo tarik lah dan macam - macam lagi dengan lajunya pun best. Boleh kata semua best lah.

Terbaikkkk!!!!! Tak rugi aku berpenat - penat cari kereta sewa dengan member - member nak tengok film nih. Terima kasih pada Les' Copaque sebab korang memang terbaik!!!! Dari awal sampai habis aku tengok film nih tanpa menguap atau tertidur walau sekali pun. Harap - harap ada Geng 2 plak lepas nih.


P/S : 5 Bintang.......