12/08/09

Review Filem G.I.Joe: The Rise Of Cobra



Filem:
G.I.Joe: The Rise Of Cobra


Pengarah:
Stephen Sommers


Genre:
Aksi, Pengembaraan & Sains Fiksyen


Pelakon:
Dennis Quaid, Channing Tatum, Marlon Wayans & Etc.


Ulasan Hans:

Aku sebenarnya tak tahu apa - apa langsung pasal filem ini. Asalnya dari komik ker atau kartun atau apa - apapun..Filem ini memang banyak dibantu oleh teknologi - teknologi komputer untuk menghidupkan hampir 90% jalan cerita dalam setiap babak filem ini.

Kadang - kadang aku menjadi sedikit penat kerana terlalu banyak aksi yang disogokkan dalam filem ini tetapi nasib watak seorang pelakon berkulit hitam agak melucukan dan secara tidak langsung aku dapat membuat aku boleh bernafas seketika.

Apa - apapun rasa - rasanya memang tidak rugi kepada sesiapa yang meminati filem aksi fiksyen sains seperti filem ini dan aku sudah semestinya tidak sabar mahu menonton sekuel kedua filem ini.


4/08/09

Review Filem : The Proposal



Filem:
The Proposal


Pengarah:
Anne Fletcher


Genre:
Romantik Komedi


Pelakon:
Sandra Bullock, Ryan, Reynolds, Mary Steenburgen & Etc.


Ulasan Hans:

Filem lakonan Sandra Bullock dan Ryan Reynolds nih sangat - sangat menghiburkan aku sehingga aku terlupa seketika tentang ruang tempat duduk yang agak sempit di TGV serta gangguan dari penonton di hadapan aku yang menganggap kaki aku adalah bantal untuk tempat beliau bersandar. Lakonan mantap mereka memang menjadi dan setiap adegan digunakan sebaik mungkin oleh mereka. Tahniah!

Filem ini mengisahkan mengenai Margaret, seorang wanita rakyat Kanada yang bakal diusir dari Amerika dan kehilangan pekerjaan kerana menghadapi masalah berkenaan visa. Untuk menyelamatkan keadaan, beliau harus berkahwin dengan setiausaha beliau(lakonan Ryan) untuk membolehkan beliau mendapat taraf warganegara Amerika.

Disini berlakunya pelbagai konflik yang amat melucukan dengan lakonan mereka yang bersahaja ditambah dengan watak nenek Ryan yang sangat menghiburkan. Kepada sesiapa yang inginkan filem komedi atau memang bertujuan menghiburkan diri, ini adalah filem yang sesuai untuk anda.

Selamat Menonton!!


1/08/09

Review Filem : Setem




Filem:
Setem


Pengarah:
Khabir Bhatia


Genre:
Komedi & Aksi


Pelakon:
Afdlin Shauki, Rashidi Ishak, Que Haidar, Vanidah Imran,
Sathiya, Bront Palarae, Indi Nadarajah, Datuk Aziz Sattar & Etc.


Ulasan Hans:

Aku menjadi antara penonton terawal filem terbaru arahan pengarah kesukaan aku, Khabir Batia iaitu SETEM. Kalau selalu kita melihat Khabir Batia lebih terarah untuk membuat filem berunsurkan cinta dan berat tetapi kini beliau tampil dengan elemen lebih segar dan menyakinkan dengan filem terbaru beliau ini. Tengok poster bawah tu!!



Filem ini mengisahkan tentang dua orang sahabat(Rashidi & Aflin) yang mempunyai kemahiran mencuri dan mereka dipaksa mencuri setem yang bernilai US4 juta oleh Tuan Rumah Harapan(Aziz Sattar) untuk membantu beliau mempertahankan Rumah Harapan itu dari dijual. Diwaktu yang sama, ramai lagi yang mahukan setem terbabit iaitu kumpulan Piranha, kumpulan Tosai serta manusia - manusia lain yang terlibat secara tidak langsung.


Macam biasa, aku sangat suka teknik penggunaan kamera dan sinematografi setiap filem arahan beliau kerana bagi aku ia amat unik dan mengagumkan aku. Ternyata Khabir tidak mensia - siakan keistimewaan yang sentiasa ada di dalam filem - filem beliau ini kerana memanfaatkan sudut kamera dengan sebaik mungkin seperti adegan di dalam bonet kereta. Tahniah kepada sesiapa yang terlibat dalam bahagian ini.


Dan satu lagi yang aku suka tentang filem ini kerana jalan ceritanya tidak membodohkan atau stereotaip seperti filem Razak Mohaideen kerana jalan ceritanya memang sangat mengagumkan dan komedi yang cuba dipaparkan dalam filem ini tidak memaksa penonton untuk ketawa kerana dengan sendirinya penonton akan tertawa dengan setiap dialog yang disampaikan oleh para penontonnya terutama dialog dari Aflin, Que Haidar dan Sathia.


Kepada korang semua yang belum menonton filem ini, aku rasakan tak rugi untuk menghabiskan duit untuk menonton filem ini. Dan kepada pencinta filem Melayu yang tidak mahu dibodohkan dengan filem - filem kosong seperti Prof Razak, inilah masanya untuk anda menyokong filem tempatan.

P/S Lagi : Filem Yang Hebat Tetapi Penonton Kurang...Apa Sudah Jadi Dengan Penonton Di Malaysia??