16/01/11

Review Filem : Khurafat



Filem:
Khurafat

Pengarah:
Syamsul Yusof

Pelakon:
Syamsul Yusof, Liyana Jasmay, Sabrina Ali, Fauziah Nawi,
Salina Saibi, Mariani, Zendy Rosman, Latif Borgiba, A.Galak.

Klasifikasi:
PG13

Tarikh Tayangan:
Bermula 13 Januari 2011


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang Johan yang bekerja sebagai salah seorang pembantu perubatan dan baru sahaja berkahwin dengan seorang wanita bernama Aishah. Pada permulaannya mereka hidup bahagia tetapi hari demi hari kebahagiaan mereka mula terhakis dek daripada gangguan misteri yang sering mengganggu mereka sepanjang masa.

Johan mengesyaki gangguan ini berpunca daripada rasa tidak puas hati seseorang terhadap dia atau pun isterinya dan Johan mula berfikir siapakah insan - insan yang berpotensi untuk menjadi punca kepada semua masalah yang melanda mereka suami isteri. Kini hanya ada dua orang sahaja yang berpotensi untuk melakukan perkara khurafat ini terhadap Johan dan isterinya iaitu sama ada seorang perempuan tua yang bekerja sebagai tukang sapu di tempat kerja Johan yang sering menyapa beliau dan memberi beliau makanan ataupun seorang gadis bernama Anna, iaitu bekas kekasih Johan yang masih menaruh cinta terhadapnya.

Jadi, siapakah sebenarnya dalang yang bertanggungjawab di dalam masalah ini? Anna atau nenek tua itu? Adakah gangguan terhadap Johan dan isterinya akan berakhir? Saksikan filem Khurafat di pawagam berhampiran anda sekarang.


Ulasan Tuan Punya Blog:

Secara jujurnya aku tidak meminati karya - karya anak Dato Yusof Haslam sebelum ini. Tetapi, bila mendengar beberapa komen daripada rakan - rakan yang telah pergi menonton serta ini merupakan filem pertama arahan beliau yang bergenre seram maka tiba - tiba aku mahu mencuba nasib melabur wang aku untuk menonton filem Khurafat ini. Siapa yang tidak tertarik apabila ada rakan - rakan yang bercerita bahawa filem ini sangat seram sehinggakan ada yang menutup mata daripada awal filem hingga ke akhir. cerita Memang seram sangat bunyinya tu.

Panggung wayang tadi memang penuh dengan manusia. Tiada langsung satu pun tempat duduk yang kosong. Aku pula duduk di barisan yang agak depan sedikit. Senang cakap aku suka pada keseraman yang ada pada filem ini. Memang seram tetapi aku betul - betul terkejut hanya pada satu atau dua adegan. Yang lain - lain tu aku tak terkejut tetapi orang lain semua menjerit - jerit. Bukan nak cakap aku berani ker apa tetapi ada sebabnya yang buat aku tak ikut menjerit macam orang lain. Nanti akan aku ceritakan pada entry akan datang.

Baiklah! Jalan ceritanya bagi aku boleh tahanlah! Tahap keseraman dia memang terbaik kerana dibantu oleh sistem bunyi dan juga make up hantunya yang adakala nampak agak menarik walaupun hantunya ala - ala hantu di dalam filem Ju On. Lakonan kesemua pelakon juga boleh tahanlah. Filem ini memang mempunyai mesej yang padat.

Cuma satu jer yang aku harap pengarah filem di Malaysia perlu ubah apabila mengarahkan sebuah filem bergenre seperti ini. Aku tahu kegelapan atau pun pencahayaan yang suram itu penting bagi meningkatkan mood seram dan emosi ketakutan para penonton tetapi kalau boleh cuba elakkan dari terlalu kerap menggunakan kesuraman lampu itu semata - mata untuk memancing ketakutan khayalak.

Jika mengikut logik akal pun mana ada hospital atau bilik pejabat yang segelap sebegitu sepanjang masa. Tidak semestinya jika suasana bilik itu cerah maka keseraman tidak boleh dicipta pada adegan itu. Aku rasa hal itu jer lah kut yang perlu diubah. Apa - apapun, ini memang satu percubaan terbaik daripada Syamsul Yusof. Tahniah kepada beliau dan seluruh warga krew produksi yang terlibat dalam menjayakan filem Khurafat ini.

Daripada 5 bintang, aku memberi 4.7 bintang kepada filem Khurafat untuk keseraman filem nih. Kepada yang lemah semangat atau sakit jantung tu rasa - rasanya kena fikir 10 kali dulu kut nak menonton filem ini sebab memang seram. Selamat menonton yer kepada semua!


P/S : Nak Tahu Seram Tak Seram?
Mat Rempit Pun Jerit Baiiiiii! Hahahahahaha!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan