12/03/11

Review Filem : Hikayat Merong Mahawangsa




Filem:
Hikayat Merong Mahawangsa


Pengarah:
Yusry Abd Halim


Genre:
Sejarah, Aksi & Peperangan


Pelakon:
Stephen Rahman Hughes, Dato Haji Rahim Razali, Ummi Nazeera,
Khir Rahman, Nellie Ng, Wan Hanafi Su & Etc.


Sinopsis:

Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.

Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda. Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?


Sumber : Sinema Malaysia


Ulasan Tuan Punya Blog:

Sebelum tu memang aku tak sangka aku berpeluang tengok filem nih pada pukul 12.00 malam tadi dekat Mid Valley. Walaupun tempat duduk baris dua di hadapan tadi dan ada sedikit gangguan suara semasa awal tayangan tetapi alhamdulillah aku berjaya menonton dari awal hingga akhir. Jadi, aku amat berbanggalah dengan hasil daripada KRU untuk filem terbaru mereka ini. Jadi, aku beri komen dan pandangan peribadi aku secara ringkas jer lah dibawah ini yer.
  • Aku memang suka filem epik dan juga sejarah jadi memang aku suka menonton filem ini sebab ia ibarat benda baru pada aku. Menarik!
  • Suara latar yang menceritakan tentang kisah ini sebenarnya unik. Mungkin ada sesetengah orang akan ketawa tetapi bagi aku jika aku ialah orang asing yang tidak tahu bahasa Melayu mesti akan terasa keindahan bahasa Melayu. Tahniah pada pemilihan suara latar yang unik dan komersial tu.
  • CGI dan kesan khas yang menarik. Ada yang betul - betul nampak seperti realiti dan sangat hidup. Tetapi, ada juga yang kelihatan seperti kartun atau pun kurang tahap realitinya. Apa - apapun, sangat menarik dan banyak perubahan jika dibandingkan dengan filem Cicak Man dan Magika.
  • Watak Merong Mahawangsa dan watak Kamawas memang menarik. Aku suka lakonan mereka. Memang nampak hidup dan ada aura. Watak Merong lakonan Stephen Rahman Hughes tu memang kena lah dengan karisma dan badan dia yang tegap tu. Manakala watak Kamawas yang dipegang oleh Khir Rahman memang buat aku menyumpah jer. Hahahaha! Tahniah!
  • Adegan komedi yang dilakonkan oleh Nellie Ng yang memegang watak dayang kepada puteri memang melucukan. Hahahaha! Tak kering gusi melihat keletah watak nih.
  • Babak aksi pula ada yang mengagumkan dan ada yang mengecewakan. Mengagumkan tu bila melihat kepada pertarungan mereka yang cukup bertenaga dan tangkas. Mengecewakan pula bila ada babak - babak perlawanan yang seperti dicepatkan atau yang diulang semula seperti pada babak - babak akhir perlawanan di dalam filem.
  • Watak Kesum lakonan Dato Haji Rahim Razali pula kelihatan seperti A.Samad Said dan Gandalf(watak di dalam The Lord Of The Ring). Hehehehe!
  • Babak penggunaan cermin untuk menewaskan tentera musuh pula pada mulanya agak membanggakan tetapi kemudian hati terdetik,"Betul ker nih? Macam tipu jer!" Aku tak pandai sangat bab - bab sains nih jadi tak tahu lah betul ker tak tapi aku masih merasakan kurangnya logik disitu tapi aku layan jer.
  • Aku suka kisah cinta yang cuba di paparkan di dalam kisah ini yang lebih kepada kebebasan dan kuasa politik. Cuma sayangnya kelebihan itu tidak dimanfaatkan sebaik mungkin.
  • Penggunaan bahasa sastera dan juga bahasa asing memang menarik dan merupakan sesuatu yang baru. Terasa sangat indah bahasa ini.
  • Kesan bunyi dia terbaik! Tahniah!
  • Ada babak yang kadang - kadang membosankan dan ada babak yang sangat - sangat membuat aku teruja.

Sebenarnya banyak lagi nak ulas tetapi cukuplah sampai disini jer. Nak tahu korang pergilah tengok sendiri. Jadi, aku ucapkan tahniah kepada semua krew produksi dan juga pelakon - pelakon yang terlibat dalam menjayakan filem epik yang cukup hebat nih.

Memang masih banyak lagi yang boleh diperbaiki kerana dengan kos RM8 juta mana mungkin kesemua kesan CGI atau kostum mampu dihasilkan dengan hebat tetapi KRU secara tak langsung telah meletakkan satu tahap yang tinggi kepada mereka sendiri serta pembikin filem Malaysia lain yang berminat untuk menerbitkan filem epik yang lebih baik dan hebat di masa akan datang.

Jadi, aku sebagai anak Malaysia bangga menonton filem Hikayat Merong Mahawangsa kerana filem ini telah memberikan aku satu keyakinan bahawa Malaysia juga sudah mampu menghasilkan filem epik yang hebat dan menarik. Jadi, aku memberi 4 bintang dari 5 bintang untuk filem ini. Tahniah sekali lagi.

P/S : Moga Pihak KRU Akan Menghasilkan Filem Epik Yang Lebih Hebat Yang Bukan Sahaja Disokong Kuat Oleh Kesan CGI Tetapi Juga Dari Segi Jalan Cerita. Tahniah!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan