18/05/11

Filem Nur Kasih The Movie Tidak Akan Ditayangkan Di Mana - Mana Siaran Berbayar : Satu Langkah Yang Bijak



Langkah penerbit filem Nur Kasih The Movie yang tidak mahu filem ini ditayangkan dimana - mana stesen televisyen berbayar adalah suatu tindakan yang sangat bijak bagi aku. Pada pandangan aku sendiri sebenarnya pasaran filem Malaysia baru sahaja berkembang baik tetapi momentum ini seolah - olah hampir dimusnahkan oleh stesen berbayar ini yang memberi penonton pilihan untuk menonton dengan kadar yang paling murah dan menjimatkan.

Kesan positifnya hanyalah kepada penonton(dan mungkin juga pada pihak mereka sendiri) yang mampu menjimatkan berpuluh - puluh ringgit kerana dengan melanggan siaran sebegini ia mampu ditonton oleh seluruh ahli keluarga berbanding menonton di wayang tetapi kesan negatif jangka panjang ialah ia akan merugikan penerbit filem sendiri untuk menerbitkan filem seterusnya. Bayangkan sebuah keluarga terdiri daripada 6 orang. Jika ke panggung wayang secara kasarnya mereka harus berbelanja sebanyak RM60 untuk menonton sebuah filem tetapi dengan melanggan siaran berbayar yang sangat murah mereka mampu menjimatkan hampir RM40 serta menontonnya berulang kali dan ini menyebabkan penerbit filem kerugian RM40 atau lebih.

Dalam jangka masa panjang apabila penonton lebih memilih untuk menonton di siaran berbayar berbanding di panggung wayang maka ia secara tidak langsung akan memusnahkan industri perfileman negara yang secara utamanya mengharap kutipan filem daripada panggung wayang kerana itu adalah sumber utama kutipannya selepas jualan DVD dan jualan di siaran televisyen.

Sudahlah keuntungan yang diperoleh di panggung wayang akan dibahagi secara dua dengan pihak panggung dan harus diingat filem yang dijual kepada stesen televiyen selalunya dijual di dalam lingkungan RM100,000 sahaja jadi adalah satu langkah yang merugikan apabila filem yang baru habis ditayangkan  di panggung wayang tiba - tiba dibenarkan ditayangkan pula di siaran berbayar. Jadi, langkah penerbit Nur Kasih The Movie yang tidak mahu filem ini ditayangkan dimana - mana stesen berbayar adalah satu langkah yang sangat bijak pada pandangan aku.

P/S : Esok Mahu Pergi Menonton Filem Arahan Khabir Bhatia Ini.



18 ulasan:

  1. Alamak....dier keluar sama time dengan Pirate dan Kungfu Panda laa.... habis laa....;)

    BalasPadam
  2. pembawa wacana : ar ar...banyak filem2 box office di bulan Mei nih tapi Filem Nur Kasih pun ada pengikut tersendiri...jadi persaingan tu walaupun sengit tetapi insyaallah rezeki pasti ada :-)

    BalasPadam
  3. Magrib : terima kasih :-)

    BalasPadam
  4. d_tieah : betul tu...minta2 esok panggung wayang tempat kamu dah buka :-)

    BalasPadam
  5. hang org perlis ka?

    BalasPadam
  6. ngahahaha.... u wan see mai pelem you see at sinema okayss... no first pay first go copy my pelem okays.... smdlmb okays.... hahahaha

    BalasPadam
  7. cerita ni ramai suka, kalo tak masuk wayang pun..

    Drama nur kasih still jadi top..

    BalasPadam
  8. ? taktik diorang nak suruh tv berbayar naikkan harga beli.

    BalasPadam
  9. Lala : drama tak menguntungkan seperti filem yang box office

    My Fun Dark Side : taktik diorang nak jadikan filem tu box office lah..kalau suruh tv naikkan harga beli pun still tak menguntungkan lagi

    BalasPadam
  10. ingatkan sapa lah si rollo ni.. hans upenyer.. wah.. bestnya.. nak pi tengok jugak!..

    BalasPadam
  11. pendapat yg baik lah hans..keep it up...pls review filem nur kasih nnti okey?sy tak dpt nk tgk huhu

    BalasPadam
  12. wahhh bagusnya ada belog mcm ney. sng nk tgk review =)))

    tp mg setuju dgn langkah tesebut. pttnye mg xperlu pun siaran b'byr cmtu. xmenyokong industri perfileman tanah air kot!

    :)

    BalasPadam
  13. kene set time nih nak gegar wayang...citer nih x boleh dilepaskan...:)

    BalasPadam
  14. nk tgk..................jom serbu

    BalasPadam
  15. yyeeaayyy.. da tgk tadi^^

    BalasPadam
  16. yeah, dah wat review kat www.kakiwayang.com ...sudi2 le singgah eh...

    BalasPadam