29/05/11

Review Filem Seru



Filem:
Seru


Pengarah:
Ming Jin & Pierre Andre


Genre:
Seram


Pelakon:
Sharnaaz, Nisha Dir, Cut Mutia, Azman Hassan, Kat, Qhaud AF7, Dazrin,
Sufian Mohamed, Dewa Sapri, Nora Danish, Awal Ashaari, Pierre Andre & Etc.


Penilaian:
3 / 5


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang keadaan sebuah produksi yang sedang menjalankan satu pengambaran sebuah filem seram, Jangan Bernafas di sebuah kawasan hutan yang lengang dari manusia. Semasa pengambaran berlangsung tiba - tiba mereka dikejutkan dengan beberapa orang krew mereka yang histeria dan dirasuk oleh makhluk halus. Kebanyakan krew termasuk pengarah hanya menganggap itu cuma gangguan biasa dan mereka mengambil peluang dengan merakam babak - babak ahli krew diserang histeria dan dirasuk itu untuk dijadikan sebagai footages untuk dijadikan sebagai promosi untuk menarik penonton supaya menonton filem tersebut nanti. Tetapi, tanpa disangka - sangka ahli krew yang dirasuk tiba - tiba mengganas dan membunuh seorang demi seorang krew - krew lain dan ini menimbulkan pertanyaan kepada krew - krew yang masih lagi selamat. Mereka cuba melarikan diri dan persoalan mereka tentang apa sebenarnya yang berlaku terjawab sedikit demi sedikit.


Ulasan Hans:

Filem yang berkonsepkan ala - ala dokumentari ini memang masih baru di kalangan penonton - penonton di Malaysia kerana pergerakan kamera yang kadang - kadang bergoyang ke sana - sini yang sememangnya membuatkan ramai penonton kurang gemar untuk menonton kerana fokus mereka terganggu dengan pergerakan kamera yang memeningkan kepala. Namun bagi aku sendiri sememangnya filem sebegini memang akan menunjukkan pergerakan kamera sebegitu dan aku sudah terbiasa menonton filem - filem yang seakan - akan sebegini formatnya seperti filem Rec dan Paranormal Activity.


 Kekacauan Mula Berlaku Di Lokasi Pengambaran


Aku tidak mahu meletakkan noktah bahawa filem ini tidak menarik atau pun menarik kerana bagi aku filem ini berada ditengah - tengah garisan. Ada kehebatannya dan ada kekurangannya juga. Maklumlah! Ini mungkin filem Malaysia yang pertama yang ditonjolkan sebegini sebelum diikuti oleh filem Penunggu Istana(belum berkesempatan menonton) barangkali. Apa - apapun, aku suka lakonan hampir sebahagian pelakon - pelakon yang ada di dalam filem ini walaupun kebanyakkan mereka tidak dikenali atau pun sebelum ini sebenarnya mereka banyak menjadi pelakon pembantu untuk filem mahu pun drama.


 Lakonan Sharnaaz Yang Bagi Aku Mantap


Aku sebenarnya sedikit tertipu pada permulaan kerana menyangkakan Nora Danish, Pierre Andre dan Awal Ashaari adalah pelakon utama namun rupa - rupanya mereka hanya sekadar muncul di babak awal sahaja filem ini. Tidak mengapalah! Apa - apapun, aku suka dengan suasana filem ini dengan sesekali dimunculkan babak yang menyeramkan yang membuatkan aku kadang - kadang sedikit terkejut. Unsur humor yang ada di dalam filem ini juga memang melucukan dan sedikit sebanyak tidaklah membuat aku kepenatan untuk menonton filem yang bergenre seram ini. Namun aku akui aku masih sedar bahawa filem ini hanyalah sekadar sebuah filem atau lebih tepat lagi maksud aku disini ialah filem ini tidak berjaya untuk membuatkan aku memasuki dunianya untuk memanipulasikan fikiran aku untuk berfikir bahawa apa yang aku tonton itu adalah 'realiti' dan bukannya sekadar lakonan.


 Kemunculannya Selalu Memberi Kejutan


Jalan ceritanya bagi aku biasa - biasa sahaja dimana cubaan bomoh untuk menghidupkan kembali anaknya yang telah mati dan memperalatkan sebuah jasad untuk melunaskan cita - citanya. Ada kalanya buat aku teruja dan ada kalanya bertentangan dengan rasa aku tadi. Penataan cahayanya pula boleh tahan cuma keadaan cahaya di dalam hutan yang terlampau jelas sedikit sebanyak menghilangkan rasa seram tersebut. Diakhir filem juga aku masih buntu memikirkan kemanakah perginya pelakon ekstra yang ditinggalkan di dalam lubang dengan seluruh badannya dikafankan sewaktu pada awal adegan filem ini. Adakah betul itu orang? Adakah telah mati? Atau adakah telah dikumpulkan bersama dengan mayat - mayat yang lain oleh bomoh dan isterinya itu? Selepas roh anak mereka berjaya dihidupkan apa yang berlaku kepada mereka? Banyak persoalan yang tidak terungkai sebenarnya.


 Kemunculan Mereka Bertiga Hanya Seketika


Filem sebegini sememangnya lebih suka membiarkan penonton membuat kesimpulan sendiri tentang apakah sebenarnya yang terjadi kepada setiap pemain watak dan membiarkan penonton mencipta sendiri pengakhiran filem mengikut andaian sendiri namun bagi aku filem ini telah pun berada di landasannya sendiri cuma pergerakannya tidak lancar dan tersekat - sekat. Apa - apapun, satu percubaan yang agak baik daripada Ming Jin dan Pierre Andre tetapi masih belum cukup dan banyak lagi yang perlu diperbaiki. Jadi, selamat menonton kepada sesiapa yang masih belum menonton filem Seru ini.


P/S : Mungkin Selepas Ini Akan Cuba Menonton Penunggu Istana! 



11 ulasan:

  1. Seru best!
    Walaupun pergerakan kamera dia cam memeningkan tapi macam ko jugak, aku da terbiasa menonton filem yang menggunakan teknik yang sama.
    REC dan Paranormal Activity adalah antara filem yang aku dah tengok.
    Tahap keseraman dia bagi aku, not bad lah untuk filem pertama yang menggunakan teknik ni.
    Ada part-part yang aku betul-betul terasa seram dia.
    Syabas Pierre Andre!

    BalasPadam
  2. Judiene : yups...ada part yg buat aku terkejut juga dari tempat duduk...apa2pun Seru telah meletakkan penanda aras yang agak baik pada filem2 sebegini yang bakal menyusul nanti

    BalasPadam
  3. teringin nak tgk kongsi..ada link download dak?

    BalasPadam
  4. berminat nak tengok, tapi tak berkesempatan. apapun, cubaan yang baik untuk pembaharuan filem di malaysia. paranormal activity masih antara yang terbaik :)

    BalasPadam
  5. Azhan : banyak jer link download orang lain promote..cuba google :-)

    GR : paranormal tak terbaik lagi..ada lagi baik dari filem tu :-)

    BalasPadam
  6. oh! macam cerita blair witch project ke?

    BalasPadam
  7. saya nak buat novel review nanti..ok x?

    http://krazybebeyh.blogspot.com/2011/05/idea-idea.html

    BalasPadam
  8. aku xleh komen lebih2 sbb ni antara filem yg aku tgk, and lepas lebih kurang 15 minit, aku terus keluar dari panggung... (aku kluar start watak org asli tu muncul)... nak kata sbb goyangan kamera, mungkin gak (tp penunggu istana aku leh tahan lg la kot)

    tp base on 15min yg aku tgk, aku rasa big turn off bila aku tau cerita ni ala2 paranormal activity, sbb si sharnaz tu agak terkenal... penunggu istana ada advantage sbb pelakon mmg kurang dikenali (except sara ali kot)... so, elemen real tu lebih natural (x perlu sound effect or cgi menampilkan 10 entiti hantu... baca: karak hahaha)

    BalasPadam
  9. xminat cite seram...xtidur mlm karang

    BalasPadam
  10. belum tengok lg... takut...

    BalasPadam