6/06/11

Review Filem Kami



Filem:
Kami


Pengarah:
Patrick Yeoh


Genre:
Drama


Pelakon:
Sudirman Haji Arshad, Zul Zamrin Huri, Kwee Leng,
Ibrahim Din, Shariff Babu, Azmi Mohamad & Etc.


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang seorang remaja bernama Salleh atau dikenali sebagai Tookoo yang begitu minat menyanyi kerana cita - citanya ingin menjadi seorang penyanyi terkenal tanah air. Oleh kerana kegilaannya menyanyi sambil mendengar radio yang begitu kuat bunyinya membuatkan beliau dihalau oleh ibu tirinya daripada rumah. Berpendidikan hanya sekadar darjah enam menyebab beliau terpaksa berhempas pulas di ibu kota Kuala Lumpur untuk mencari sesuap nasi. Pada suatu malam dimana hujan turun begitu lebat, Tookoo bertemu Din di sebuah rumah lama yang dijadikannya sebagai tempat tinggal. Walaupun pada permulaannya Tookoo tidak begitu senang dengan kehadiran Din tetapi lama kelamaan timbul perasaan kasih sayang yang menjadikan Tookoo menganggap Din seperti adiknya sendiri. Din pula masih seorang kanak - kanak mentah yang langsung tidak pernah bersekolah menjadikannya seorang yang tidak tahu menulis dan membaca. Din melarikan diri dari rumah makciknya yang selalu memukulnya dan kini dia membantu Tookoo sama - sama bekerja mencari rezeki. Pelbagai peristiwa yang berlaku sepanjang mereka berdua hidup di Kuala Lumpur sehinggalah pada suatu hari satu peristiwa berlaku terhadap Din menyebabkan Tookoo berasa begitu sedih dan kesunyian.


Ulasan Hans:

Filem yang diterbitkan pada tahun 1982 ini telah aku tonton sebanyak 2 kali dan bagi aku ia begitu menarik dari segi nilai kemanusiaan dan kasih sayangnya. Tolak ketepi pada aspek lain seperti sudut atau pergerakan kamera mahu pun kehebatan lakonan pelakon - pelakonnya kerana bagi aku adalah tidak adil untuk aku menilai filem lama ini seperti filem - filem alaf baru sebelum ini.


 Salah Satu Adegan Menarik Di Dalam Filem Ini


Aku suka wajah filem ini yang memaparkan kehidupan penghuni yang berhijrah ke Kuala Lumpur pada ketika itu dimana mereka berhempas pulas mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan masing - masing dimana susahnya mendapat wang kerana terpaksa bersaing untuk hidup, ditipu oleh majikan yang tidak mahu membayar gaji seperti yang dijanjikan dimana sehingga kini hal ini masih wujud dan juga betapa bernilainya kasih sayang manusia. Emosi penonton pasti akan terusik apabila menonton bagaimana begitu kasihnya Tookoo terhadap Din dimana kedua - kedua insan ini tiada langsung pertalian darah tetapi kasih sayang mereka melebihi adik beradik kandung sendiri.


 Tookoo Mengajar Din Menulis Dan Mengeja


Filem ini juga mengangkat masalah buta huruf di kalangan kanak - kanak ketika itu yang sehingga kini boleh dikatakan masih relevan kerana masalah ini masih membelenggu sebilangan besar kanak - kanak Malaysia di kawasan bandar mahu pun di kawasan pedalaman. Aku suka melihat bagaimana watak Tookoo dan Din ini disatukan dan dibentuk yang secara tidak langsung menjadikan filem ini berjaya dari segi emosi dan nilai ceritanya.


Allahyarham Sudirman Haji Arshad Sebagai Tookoo
 

Banyak sebenarnya adegan - adegan yang begitu mendalam dan cukup bermakna di dalam filem ini yang aku pasti anda yang menonton pasti bersetuju dengan aku. Apa - apapun, aku beranggapan filem ini adalah antara filem yang sangat hebat di zamannya dan kepada yang belum menonton selamat menonton filem lakonan hebat Allahyarham Sudirman Haji Arshad ini.


P/S : Menanti Filem Sebegini Yang Lari Dari Tema Cinta Kosong, Hantu Dan Rempit! (^_^)Y




7 ulasan:

  1. walaupun satu2nya filem Sudirman ni x box office tapi standardnya legend

    BalasPadam
  2. Bapak : yups...betul tu...legend

    BalasPadam
  3. aku suke cite ni.memang feel.and betul,kite nak cite jenis yang camni jugak.penat dah tengok asek2 cite pasal hantu,gangster,rempit.orang2 dekad 2000 ni tahu pasal tu je ke?

    BalasPadam
  4. syafiq : ar ar...tu la pasal....kadang2 bosan juga filem2 skrg ni..tema sama jer semua :-)

    BalasPadam
  5. filem dulu2 lagi best dari skrg..

    BalasPadam
  6. Filem lama ni..kira ok lah ni..

    BalasPadam
  7. Nick : tak juga..ada best ada tak :-)

    relevan : yups..betul tu

    BalasPadam