13/06/11

Review Filem Paul



Filem:
Paul


Pengarah:
Greg Mottola


Genre:
Pengembaraan, Komedi & Sains Fiksyen


Pelakon:
Simion Pegg, Nick Frost, Seth Rogen, Jane Lynch,
Jeremy Owen, Jason Bateman, Bill Hader, Joe Lo Truglio & Etc.


Penilaian:
3.5 / 5


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang Graeme Willy dan Clive Gollings iaitu dua orang manusia yang terlalu obses dengan apa - apa sahaja berkenaan sains fiksyen dan mereka ini boleh dikategorikan di dalam perkataan yang disebut sebagai Geek. Sewaktu mereka dalam perjalanan pulang selepas melarikan diri daripada 2 orang lelaki yang dijumpai di sebuah bar gara - gara tanpa sengaja terlanggar kenderaan mereka tiba - tiba ada sebuah kereta mengejar mereka dengan begitu laju sekali. Merasakan kereta itu adalah kepunyaan 2 orang tadi maka mereka memecut laju namun kereta tersebut semakin menghampiri dan akhirnya memotong mereka namun kereta itu terbabas di bahu jalan. Mereka menghampiri dan akhirnya mereka berjumpa dengan seekor makhluk asing yang bernama Paul. Paul merupakan seekor makhluk asing yang tersesat di bumi gara - gara kerosakan piring terbangnya yang terhempas di sebuah rumah yang di diami seorang gadis iaitu Tara pada 60 tahun dan lepas. Jadi, dia meminta bantuan Graeme Willy dan Clive Gollings untuk membantu membawa beliau berjumpa Tara yang ditimpa nasib malang kerana kehadiran beliau ke situ serta ke satu lagi tempat dan perjalanan mereka kemudian telah merubah hidup  Graeme Willy dan Clive Gollings kerana mereka telah bertemu Ruth iaitu seorang gadis yang buta sebelah matanya. Pelbagai insiden lucu dan mencemaskan berlaku sepanjang perjalanan mereka kerana mereka turut diburu oleh Agent Zoil, Haggard dan O'Reilly yang mahukan makhluk asing tersebut serta bapa Ruth yang menyangka anaknya diculik. Jadi, selamat menonton filem Paul untuk mengetahui kesudahannya!


Ulasan Hans:




Filem ini kelihatannya sama seperti filem - filem terdahulu yang menjadikan makhluk asing sebagai salah satu subjek utama di dalam penceritaannya namun kelainannya di sini ialah Paul merupakan seekor makhluk asing yang begitu baik terhadap manusia. Walaupun beliau mempunyai pengalaman yang pahit dengan beberapa manusia yang berpewatakan antagonis namun tidak pernah pun beliau menyimpan dendam kepada mereka. Seperti biasa filem - filem sebegini pasti akan disokong oleh beberapa watak yang boleh aku sifatkan sebagai watak yang berada di dalam dunia obsesinya terhadap sesuatu perkara dan ini secara tidak langsung telah diterapkan di dalam watak Graeme Willy dan Clive Gollings dengan begitu menarik sekali.


 Simion Pegg Dan Nick Frost Hebat Di Dalam Watak Masing - Masing


Bagi aku filem ini seronok untuk ditonton kerana elemen komedinya yang begitu mencuit hati walaupun kadang - kadang aku boleh klasifikasikan sesetengah lawak yang terhasil daripada filem ini adakalanya sedikit kotor kerana berunsurkan seksual namun ia masih boleh dimaafkan kerana ia tidak melebih - lebih. Babak yang paling melucukan bagi aku apabila Ruth menyangka bapanya telah terkorban gara - gara rumah Tara meletup dan lari mendapatkan bapanya dengan wajah yang penuh kerisauan namun apabila disedari bapanya masih hidup maka beliau membatalkan hasratnya itu dan berpatah balik melarikan diri bersama Graeme Willy dan Clive Gollings. Sungguh lucu babak tersebut! Elemen - elemen lain seperti persahabatan juga banyak ditonjolkan di dalam filem ini yang mampu membuatkan kalian terharu menontonnya.


 Comel Tak Si Paul Nih?


Aku suka melihat bagaimana Paul dibentuk yang bagi aku kelihatan begitu realistik walaupun aku tahu itu adalah sebuah animasi rekaan manusia melalui perisian di komputer. Bagi aku Paul direka cukup sempurna dan kelihatan betul - betul hidup. Apa - apapun, bagi aku jalan ceritanya mudah difahami dan menghiburkan kerana filem ini bagi aku cukup ringan dan segalanya telah dihidang bulat - bulat kepada penonton secara terus tanpa perlu membiarkan penonton pening memikirkan apakah sebab atau punca terjadinya semua itu. Jadi, aku mengucapkan disini selamat menonton filem komedi Paul ini kepada kamu dan kamu yang masih belum berkesempatan menonton.




P/S : Masih Berfikir Mahu Pergi Menonton Filem 3,2,1 Cinta Atau Tidak! (^_^)Y




16 ulasan:

  1. haha..baru gak tengok cite nih 2-3 ari lepas. Bab Ruth lari tuh memng takleh bla la. Pastuh bab paul tuh heal si graeme tuh, terharu la..

    BalasPadam
  2. best blog ni, mcm2 infi filem/drama ada.... follow....
    tq komen di Blog Al Azrul... yeppp, sya mmg pminat Liverpool

    BalasPadam
  3. rajin betul kamu ni buat review kan :)
    emmm... lama tak tengok wayang, nanti kalau rajin, leh juga tengok cerita ni... heeee

    BalasPadam
  4. Nur : hahaha..tahu xper...memang lawak insiden tu..Ruth punya emosi dah memang sedih gila tiba2 dia tahu ayah dia hidup dia patah balik ker RV tu..hahaha..lawak weih

    Al-Azrul : owh..thanks sudi follow blog baru buat ni :-)

    Latifah : hehehe...hobi @ minat...mana tahu satu hari cita2 nak ada kolum sendiri dekat majalah atau surat khabat untuk bahagian filem nih tercapai :-)

    BalasPadam
  5. Orang Perlis Menulis : ini ku download lah...hehehe..apapun aku suka menonton filem..ialah sesekali layan filem ringan pun okay juga..cuma jangan bagi aku filem - filem macam 2 Alam..aku tak mampu tonton..hahaha

    BalasPadam
  6. citer ni mmg lawak... alien pun tau gay! haha
    eh nak tanya kenapa aku punya post terbaru x appear kat blog kau yerk? sorry tanya teknikal plak..

    BalasPadam
  7. perang filem : haha..ko tahu xper..siyot je alien nih..haha...entah..aku pun pelik..aku dah remove n letak balik link blog ko tapi still tak ada perubahan..

    BalasPadam
  8. ermm xpe lah.. eh 3,2,1 Cinta pun nak pening2 ke.. huhu aku xnak tgk ahh

    BalasPadam
  9. okay dah nampak dah tu. TQ
    Citer Paul ni, pelakon dia asing bagi aku kecuali pelakon perempuan yg citer Alien tu jer..

    BalasPadam
  10. perangfilem : aku kan pencinta filem Melayu...:-)

    BalasPadam
  11. tak sempat nk tengok cite ni!

    BalasPadam
  12. best ker citer nieyh...tgk mcm menarik jerw...

    BalasPadam
  13. wahhhh tingginya cita-cita. moga tercapai satu hari nanti. insyaAllah.
    teruskan usaha! chaiyok chaiyok!
    :)

    BalasPadam
  14. comel...tapi nampak menakutkan juga...hee

    BalasPadam
  15. dah lama cari! teringin nak tengok :D

    BalasPadam
  16. apik baru jer lepas tengok citer paul..best

    BalasPadam