28/06/11

Review Filem Rasuk



Filem:
Rasuk


Pengarah:
S. Baldev Singh


Genre:
Ngeri


Pelakon:
Fauziah Ghous, Iqram Dinzly, Sidek Hussain, Fauziah Nawi, Khir Mohd Noor & Etc.


Penilaian:
2 / 5


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang sepasang suami isteri iaitu Arman dan Melati yang berpindah ke sebuah banglo lama yang wujud sejak era penjajahan Jepun lagi. Banglo usang itu dijaga oleh tukang kebun iaitu Pak Mail seorang lelaki yang mengalami ketumbuhan di pipi dan sangat misteri orangnya. Kejadian aneh mula berlaku apabila Melati telah mengangkat sebuah batu yang ditandakan di tepi pagar rumah beliau untuk menanam pokok dimana beliau terus pengsan gara - gara satu semangat yang keluar daripada pisau yang dijumpainya di bawah batu tersebut. Disebabkan peristiwa itu Melati selalu berada dalam keadaan yang kurang sihat dan wajahnya sentiasa pucat seperti orang sakit. Ibu Arman, Zaiton yang datang melawat mereka berdua pula meninggal secara mengejut pada waktu malam gara - gara gangguan aneh yang berlaku di rumah tersebut. Doktor yang memeriksa Melati pula memberitahu Arman bahawa isterinya hanya kekurangan vitamin di dalam badan namun Melati masih juga tidak sembuh selepas berjumpa doktor tersebut. Apa sebenarnya yang terjadi pada Melati? Adakah rumah banglo lama itu berhantu? Mungkinkah Pak Mail mengetahui sebab musabab berlakunya semua ini? Saksikan filem ini di pawagam berhampiran anda untuk mengetahui jawapannya.


Ulasan Hans:

Filem yang baik ialah walaupun terdapat segelintir 'makhluk asing' atau pun penonton yang tidak bertamadun wujud di dalam panggung ketika sesuatu filem itu sedang ditayangkan namun filem itu tetap akan kelihatan terbaik di mata penonton yang bertamadun apabila mereka menonton filem tersebut sehingga ke akhir cerita. Namun filem Rasuk bagi aku tidak lah seperti yang dicanang - canangkan sebelum ini di media yang mengatakan filem ini ialah filem paling seram di Malaysia dan pelbagai lagi komen yang kelihatannya begitu positif. Aku terasa filem ini mengambil masa terlalu lama untuk berkembang dan sememangnya menantikan filem ini tamat dengan segera kerana terasa sangat bosan menantikan kesudahannya. Aku rasa skrip filem ini boleh tahan tetapi mungkin kerana tidak diolah dengan menarik sewaktu di visualkan sebagai filem menjadikan filem ini sangat menyedihkan di mata aku.


 Misteri Banglo Lama Bermula Disini


Filem ini sebenarnya banyak diselamatkan oleh lakonan yang mantap oleh pelakon - pelakon utamanya iaitu Fauziah Ghous, Iqram Dinzly serta Fauziah Nawi dan apa aku boleh katakan filem ini sebenarnya mempunyai mesej - mesej yang bercirikan Islamik dan semestinya bagus untuk tontonan penonton namun jalan cerita filem ini tidak diperkemaskan dengan sebaik mungkin. Aku terasa durasi masa antara satu babak ke satu babak banyak dibazirkan dengan adegan yang panjang dan tak ada apa - apapun sebenarnya yang mahu diberitahu kepada penonton atau boleh membuatkan aku berasa teruja. Untuk elemen CGI atau kesan khas di dalam filem ini, apa boleh aku katakan aku suka dengan hasilnya kerana kebanyakkannya kelihatan menarik dan tidak kelihatan terlalu animasi seperti di dalam filem Nur Kasih. Aku agak kagum lah dengan adegan - adegan yang melibatkan CGI di dalam filem ini kerana bagi aku mereka agak berjaya dari segi itu.


 Salah Satu Babak Cemas Di Dalam Filem Ini


Terdapat sedikit unsur humor di dalam filem ini tetapi elemen komedinya lebih kepada 'double meaning'. Aku tidak sukakan 20 minit babak awal filem ini. Terasa sangat bosan melihat adegan kemesraan suami isteri yang ditonjolkan pada aku. Paling membuatkan aku kecewa dengan filem ini ialah tentang watak doktor di dalam filem ini. Mungkin watak ini dicipta untuk membuatkan penonton ketawa atau sebaliknya. Entah! Aku tidak mahu ambil tahu tetapi apa yang aku nak cakap watak doktor ini sangat mengjengkelkan aku dengan ketawanya yang sentiasa bergema tidak kira di waktu beliau patut ketawa atau pun tidak. Kadang - kadang aku terfikir doktor nih sawan ker sebab ketawa waktu orang meninggal dunia. Senang cakap aku langsung tidak gemar dengan watak tersebut dan jika pengarah memang mahu watak itu dibenci mungkin mereka berjaya tetapi jika sekadar untuk elemen komedi bagi aku mereka telah gagal sepenuhnya.


Barisan Pelakon Filem Rasuk


Kesan bunyi juga merimaskan aku. Boleh dikatakan 70% adegan filem ini pasti ada latar bunyi atau suara yang menggerunkan. Masalahnya aku tidak berasa gerun pun. Nak gerun apa kalau tunjuk pokok di waktu siang sambil letakkan unsur bunyi yang kuat. Apa aku boleh cakap filem ini bukan selera aku tetapi mungkin ada orang yang suka kerana kadang - kadang elemen kejutannya menjadi. Apa - apapun, bagi aku plot cerita ini lemah dan tidak banyak yang boleh membanggakan aku atau membuatkan aku senyum puas hati keluar dari wayang. Jadi, kepada yang ingin menonton pergi lah menonton kerana mungkin anda akan menyukai filem ini kerana ini semua hanya pandangan peribadi aku sahaja. Lain orang lain citarasa bukan? Jadi, selamat menonton dan selepas menonton tinggalkan lah komen disini ya. Assalammualaikum dan salam sejahtera.

P/S : RM9 Kalau Diguna Untuk Beli GCB McD Pun Puas Hati! Sakit! Sakit! Sakit! Sakit!(^_^)Y




34 ulasan:

  1. fauziah ghous kelihatan hebat bila dirasuk

    BalasPadam
  2. Faizal : yups...mimik muka Fauziah ghous memang bagus dalam filem ini

    BalasPadam
  3. Dah keluar wayang ke?

    Hurmm lepas cerita Karak hari tu saya dah serik nak tgk cerita seram Malaysia kat wayang! hahaha!

    Cerita Histeria jugak yg best! :D

    BalasPadam
  4. aku dh kurang nak tengok filem seram ni.. aku nk rngok citer jiwang plak.. hahaah.. sekali lagi..

    BalasPadam
  5. xbest ekh? bagusss. aku baru cdng nk g tngok. hehe. typikal heh?

    BalasPadam
  6. oh thanks atas review anda =D teringin nk tgk lakonan fauziah ghous dengan rambut beliau yg cantik tu dlm filem ni. hee

    BalasPadam
  7. mungkin keadaan penonton Rasuk same mcm bile aku tgk Dalam Botol dlu...haha

    BalasPadam
  8. amboi.. selalunyer tgok film.. dahsyat.. sapa la yg sanggup pakai gigi taring cam poster film tu kan??

    apapun.. setiap cerita mesti ada mesej.. mungkin mesej yg baik itu boleh kita ambil bagi memujuk diri yang tidak puas menonton film ini.. huhuhu!!

    BalasPadam
  9. nice review!! aku klu citer melayu ni mmg agak skeptikal nk tgk kt wayang..

    BalasPadam
  10. sekarang dah jarang tengok wayang.
    tak de kesempatan =,="

    BalasPadam
  11. 2 je?hans bagi la lebih sket..aha:D

    BalasPadam
  12. tapi ada fauziah ghous! fauziah ghous jadi hantu ke??

    BalasPadam
  13. shahrul : aku rasa aku suka Khurafat lagi..Histeria pun best

    Syah : itu minggu depan..aku pun nak tengok :-)

    Syazana : bagi aku kurang menarik la...hahaha

    Mya : rambut dia memang cantik

    Armie : hahaha..apa yg terjadi waktu tu?

    ikhram : tetap tak puas hati...hahahah

    Yazidy : aku pencinta filem melayu kut...ekekeke

    schaze : xapa..jimat duit..hehehe

    myhatiku : hahaha..bagi 2.5

    asada : dia bukan hantu..dia kena rasuk...pastu jadilah hantu..hehehe

    BalasPadam
  14. hehe, xleh la nak tengok. ganu takde wayang =T.T=

    BalasPadam
  15. Yap lakonan Fauziah Ghous sangat hebat! Makin Cantik nengok nyer...hahahaha

    BalasPadam
  16. aku mmg tak minat cite2 seram nih.. kl xkrna dipujuk rayu oleh member mmg ku xkn suke2 utk tgk cite hantu kt panggung wayang.. bkn sbb takut tp mmg aku krg berminat.. lg suka cte2 aksi mcm Fast5.. takpun cte romantik mcm Nur Kasih ke.. hihi ^^

    BalasPadam
  17. tengok trailer pun dah tahu macam tak best jep.

    thanks.

    nnti tak lah buang duit beli tiket wayang sebab dah tahu cerita tak best=)

    BalasPadam
  18. memang tak best ya filem ni..tol gak tu..beli burger GCB mcdonald lgi bgus..hihi.

    BalasPadam
  19. haha..rajin buat rebiu..filem malaysia memang macam tu..meleret sampai dah boleh agak jalan cerita..klise

    BalasPadam
  20. mmg tak berani tgk cite hantu..

    BalasPadam
  21. xtgk lagi....tp memg suka lakonan ikram dinzly

    BalasPadam
  22. masih belum tengok, tapi agak 'tertarik' untuk menonton selepas baca review saudara

    keep up the good works on review dude

    ;D

    BalasPadam
  23. hahaha..
    rm9 boleh makan jom jimat kat kepsi..

    BalasPadam
  24. oh xbest...terpakse la simpan duit tiket untuk transformer..:)

    BalasPadam
  25. tengok da making mcm best tp biler bace rview nie..trus rase cam buang duit jer kalo g tgok

    BalasPadam
  26. ishh filem ni mmg nampak best laah...:))

    BalasPadam
  27. serik dah nak tengok citer hantu dekat wayang. mesti tak berbaloi =____=

    BalasPadam
  28. cover iklan movie da takut btul tgk, kalau xbest, xlaku la cani

    BalasPadam
  29. kiranya, aku membuat pilihan yang tepat la sbb x tgk cerita ni?? (tp tgk 3, 2, 1, Cinta sbb poster dia lagi cantik... hahaha)

    Since ko pun just bagi 2 bintang, and kawan aku sampai sekarang memaki hamun sbb x gi tengok final Maharaja Lawak semata-mata temankan member dia tgk Rasuk... kira aku skip je la cerita ni kot... tp kalau ikut poster, cam menarik la pulak nak Layan Keramat (lakonan Zul Handy Black)... huhuhu... kuasa POSTER...huhu

    BalasPadam
  30. hans, sape 'makhluk asing' dan penonton yang tak bertamadun tue...

    tak ras anak tengok sebab banned citer ada unsur keseraman..memnazir je..tengok transformer tu ok la jugak.

    BalasPadam
  31. uhhh..hantu lagi..semalam ade iklan rasuk nie..huuu..pejam rapat lah mate ku..:)

    BalasPadam
  32. gua kalo tgk citer hantu sure terkejut kejut...tu x berapa gomar citer hantu....huhu

    BalasPadam