1/06/11

Review Filem Zokkomon



Filem:
Zokkomon


Pengarah:
Satyajit Bhatkal


Genre:
Aksi, Pengembaraan & Drama


Pelakon:
Anupam Kher, Darsheel Safary, Manjari Fadnis, Tinnu Anand, Sheeba Chaddha & Etc.



Penilaian:
3 / 5


Sinopsis:

Selepas kematian ibu bapanya akibat satu kemalangan, Kunal dihantar belajar sebuah sekolah yang elit dan berprestij tetapi tiba - tiba pihak sekolah mengarahkan beliau agar pulang ke rumah bapa saudaranya iaitu Deshraj dan tinggal disana bersama isteri serta sepupunya. Walaupun Kunal tidak mahu tetapi oleh kerana terpaksa maka dia pun bersekolah dah tinggal di sana iaitu di sebuah kampung yang begitu percaya kepada bomoh dan hantu. Di sekolah tersebut, Kunal mendapati semua murid disitu begitu takut dengan guru mereka dan apa yang dia lihat guru - guru disitu juga mengajar murid ilmu yang salah lalu dia cuba membetulkan kesalahan ejaan dan ayat oleh guru bahasa Inggeris mereka iaitu Shantaram tetapi Kunal ditampar dan dimalukan di dalam kelas. Bapa saudara Kunal iaitu Deshraj pula telah dikenal pasti oleh pihak berkuasa telah menyeleweng wang yang diperuntukkan untuk perbelanjaan sekolah sebanyak Rs.80 Lakhs jadi untuk mengelakkan beliau dimasukkan di dalam penjara maka beliau perlu mendapatkan wang dengan segera dan cara mudahnya ialah dengan membunuh anak saudaranya sendiri iaitu Kunal untuk mendapatkan harta beliau. Jadi, pada suatu hari beliau membawa Kunal ke sebuah taman tema yang sangat jauh dari rumah mereka dan meninggalkannya di sana seorang diri. Kunal yang keseorangan berada dalam bahaya dan di situ beliau telah bertemu dengan seorang gadis yang sangat baik hati iaitu Kittu. Kunal mahu pulang kembali ke sana dan beliau akan dibantu oleh Kittu sementara di kampung pula Deshraj telah memberitahu seluruh penduduk kampung bahawa Kunal ditemui mati kerana kemalangan kereta api. Sewaktu ketibaan Kunal di kampung itu, semua penduduk kampung yang percayakan pada tahyul menyangka Kunal adalah hantu lalu mereka pun melarikan diri. Hanya Deshraj dan isterinya sahaja yang tahu sebenarnya Kunal masih hidup. Apa yang bakal terjadi kepada Kunal? Saksikan filem Zokkomon ini untuk mengetahui jawapannya.


Ulasan Hans:

Filem Bollywood hasil kerjasama dengan Walt Disney yang bagi aku biasa - biasa sahaja jalan ceritanya. Kisah kanak - kanak yang menjadi superhero untuk membalas dendam kepada si karakter antagonis dan berakhir dengan kejayaan yang dirancang sebelum ini. Jalan cerita yang sangat mudah dan boleh diramal seperti mana aku lihat dalam mana - mana filem Disney yang lebih kepada menghiburkan penonton - penonton yang pastinya terdiri daripada kanak - kanak secara umumnya.


 Darsheel Safary Sebagai Kunal Dan Zokkomon


Kesan CGI yang boleh tahan menariknya dan kemerduan lagu - lagu di dalam filem ini memang menunjukkan wajah filem Bollywood. Apa - apapun, aku masih suka dengan filem ini walaupun bekerjasama dengan syarikat luar tetapi nilai - nilai kehidupan dan adat segelintir masyarakat negaranya yang masih lagi kukuh dan segar di dalam setiap adegan filem ini. Aku sangat tertarik pada satu babak di mana sekumpulan orang India berjalan dan terserempak dengan seekor kucing hitam lalu berpatah balik kerana takut ditimpa malang. Babak itu memang menarik kerana kepercayaan mereka lebih kurang sama macam pantang larang orang Melayu kita.


 Anupham Kher Memegang 2 Peranan Di Dalam Filem Ini!


Aku juga suka pada lagu pertama di dalam filem ini kerana ia menunjukkan wajah sebenar penduduk pedalaman atau miskin di kawasan India kerana karyawan disana tidak malu atau cuba menyembunyikan kisah kemiskinan rakyat mereka disana tidak seperti filem mahu pun drama Malaysia yang kebanyakkannya berada di dalam rumah mewah dan memiliki syarikat sendiri sedangkan masih ada ramai lagi yang jauh lebih susah. Aku sukakan 'realiti' pada wajah filem ini.


 Hubungan Kunal dan Kitti Yang Begitu Rapat


Apa - apapun, filem ini masih menarik untuk ditonton sebagai hiburan dan ada juga nilai dan pengajaran yang ada di dalam filem ini yang kita boleh ambil sebagai pengajaran dan tauladan dalam hidup kita sendiri. Selamat menonton!


P/S : You Are As Strong As You Believe You Are!




1 ulasan:

  1. nice review:
    http://cikgumanstation.blogspot.com/2011/06/review-zokkomon.html -

    ini review sy pula. ehe

    BalasPadam