14/06/11

Review Penunggu Istana



Filem:
Penunggu Istana


Pengarah:
Wan Hazliza


Genre:
Seram


Pelakon:
Adeek, Sara Ali, Nor Zafirah Abd Rahim, Amar Asyraf Zailudin,
Mustaqim Mohamed Zaki, Nadzirah Ahmad Nadzri & Uncle Seekers


Penilaian:
2.5 / 5


Sinopsis:

Filem ala - ala dokumentari ini menceritakan tentang sebuah kumpulan remaja seramai 5 orang yang mengikuti kumpulan The Seekers iaitu sebuah kumpulan paranormal untuk mencari misteri yang terdapat di sebalik sebuah istana lama yang berada di Perak iaitu Istana Bilah disamping untuk mencari bahan untuk tugasan kuliah mereka. Jadi, mereka telah bermalam di sana selama beberapa hari untuk mendapatkan bukti - bukti dan imej kewujudan makhluk halus atau paranormal melalui alat - alat khas. Sekumpulan remaja ini telah mendapat footage yang diinginkan tetapi seorang daripada mereka berkeras tidak mahu pulang kerana kononnya itu tidak dapat membantu mereka untuk mendapat A di dalam tugasan. Jadi, mereka meminta bantuan kepada Uncle Seekers untuk meminjam alat - alat beliau dan melakukan penyiasatan tanpa bantuan kumpulan Seekers. Mereka berjaya dan sebagai permulaan beberapa orang daripada mereka cuba merancang untuk menipu dengan mengada - adakan gangguan makhluk halus supaya apabila dipertontonkan nanti akan ada ramai yang percaya dan kagum dengan bahan - bahan yang dirakam. Walaupun beberapa orang daripada mereka tidak setuju namun rakaman tetap dijalankan. Bermula daripada hari tersebut mereka mula menemui kejadian - kejadian yang aneh dan menakutkan. Kemudian salah seorang dari kumpulan tersebut menarik diri dan pulang ke rumah manakala baki 4 orang lagi meneruskan penyiasatan mereka. Pada suatu malam mereka dikejutkan dengan penemuan yang betul - betul telah merubah hidup mereka berempat buat selama - lamanya.


Ulasan Hans:

Filem ini dicanang - canangkan sebagai sebuah kisah benar yang betul - betul terjadi terhadap 5 orang remaja yang terlibat di dalam filem ini. Ada yang percaya ia sebuah kisah benar, ada pula yang ragu - ragu dan ada pula yang langsung tidak percaya bahawa ini kisah benar melainkan ia hanyalah lakonan semata - mata. Bagaimana dengan aku? Sudah pasti aku percaya ini cumalah lakonan semata - mata dan tidak lebih dari itu


 Perancangan Dilakukan Oleh 5 Remaja Untuk
Mendapatkan Bahan Palsu Berakhir Dengan Tragedi


Jika 12 tahun dahulu filem ini telah diterbitkan dan ditayangkan pasti ramai penonton yang akan mempercayai filem Penunggu Istana ini adalah sebuah kisah benar seperti mana yang terjadi kepada penonton - penonton yang tertipu sewaktu menonton filem The Blair Witch Project yang diterbitkan pada tahun 1999 dimana mereka menyangkakan itu adalah sebuah kisah benar. Kepada penonton - penonton diharap cuba berfikir secara rasional sebelum mempercayai ini adalah kisah benar kerana jika betul semua perkara di dalam filem ini terjadi memang susah untuk diterbitkan kepada umum kerana ia secara tidak langsung telah menjadi salah satu bahan bukti kepada pihak polis. Memang merepek jika percaya ini adalah rakaman asli ditambah salah seorang pelakonnya iaitu Sara Ali sudah mulai dikenali kini.


 Mempertaruhkan Pelakon - Pelakon Yang Tidak Dikenali
Adalah Kebiasaan Untuk Filem - Filem Bergenre Sebegini


Filem ini pada 40 minit pertama sangat membosankan pada pandangan peribadi aku manakala 20 minit daripada 30 minit terakhir membuatkan aku sedikit teruja sebelum 10 minit terakhir membuatkan aku kembali kecewa kerana pengakhirannya bagi aku kurang menarik. Hahahahaha! Lakonan pelakon - pelakonnya(aku menyebut pelakon kerana aku percaya filem hanya lakonan dan bukannya kisah benar) bagi aku ada yang bagus dan ada yang tidak. Ada juga satu atau dua babak yang buat aku sedikit terkejut namun adegan - adegan lain biasa sahaja.


 Tujuan Kedatangan Mereka Adalah Untuk
Mendapatkan Bahan Untuk Menyiapkan Tugasan Kuliah


Satu sahaja yang paling aku tidak berkenan atau tidak suka apabila menonton filem - filem yang bergenre seram dimana melibatkan sekumpulan pelajar yang konon - kononnya membuat tugasan kuliah. Boleh aku tahu bidang atau jurusan apakah di universiti tempatan yang menawarkan kursus - kursus sebegini? Memang wujud kah jurusan ini dan jika wujud apakah nama universiti yang menawarkan kursus - kursus sebegini kepada pelajar Malaysia? Jika ada tolong beritahu aku di ruangan komen yer sebab aku tak pernah tahu atau dengar lagi tentang hal ini. Jika betul - betul wujud aku akan berasa ianya relevan tetapi jika tidak sememangnya membosankan apabila melihat tentang perkara ini yang secara tidak langsung telah mengingatkan aku kepada filem Mistik dan Niyang Rapik.


 Antara Adegan Menyeramkan Di Dalam Filem Ini


Apa - apapun, bagi aku filem ini masih belum dapat menandingi filem Seru dan apa aku boleh katakan filem Seru adalah filem Malaysia yang paling terbaik setakat ini di dalam filem yang bercorak begini. Jadi, kepada sesiapa yang belum menonton filem ini bolehlah menonton filem Penunggu Istana untuk merasai ketakutan dan kesuraman suasana filem ini yang adakalanya mampu membuatkan anda terasa seram dan terserah kepada anda jika mahu mempercayai filem ini atau berpandangan seperti aku. Selamat menonton!




P/S : Kutipan Filem KL Gangster Sudah Mencapai RM6 Juta Dalam Masa 4 Hari? Betul Kah? (^_^)Y




11 ulasan:

  1. cerita istana penipu..

    BalasPadam
  2. skali aku kenal semua pelakon di atas. tapi aku tak tgk lagi cite ni...

    ;D

    nice review btw

    BalasPadam
  3. sabtu lepas waris Raja Billah ada buat gathering kt Istana Billah...

    dakwa mereka filem Penunggu Istana itu dibuat tanpa kebenaran walaupun waris terdekat tinggal bersebelahan istana itu..

    kesal filem itu cuba menggambarkan istana itu berhantu..

    BalasPadam
  4. takut.. kadang2 citer hantu yg tak logik pun saya tak mampu nak tgok hans.. huhuhu.. tgok jgn pndg blkg.. 2 minggu trauma..

    BalasPadam
  5. Asalla suka tgk cerita orang baru tengok..haishh..cite nih tak best!!!

    BalasPadam
  6. ramai org kata cite ni x best dan tipu..hehe.
    x leh nak komen sbb x tgk pon cite ni..tunggu kuar tv jer lah:p

    BalasPadam
  7. jai : hahahaha...

    asrul : ekau kenal ker 'kenal'...hehehe

    bapak : ar ar...xsilap seminggu lepas tayang memang kecoh isu pewaris tu

    ikhram : adoi...macam2..nih bawa ko tgok filem Insidious best nih..hehhehehe

    Nur : hahahah..kureng kan?

    Perang Filem : ko tgok la dlu..mana tahu ko suka :-)

    Wida : kalau keluar...heheheh

    BalasPadam
  8. huuh...lya takut citer hantu..waaaaa

    BalasPadam
  9. boleh layan lah...citer nie. jom g tgk wayang

    BalasPadam
  10. dah agak dah bukan cerita betol. hampeh. eh SERU tuh yang semua mati tuh kan? tak suka lah ending semua mati. huhuhu

    BalasPadam