11/07/11

Drama Tahajjud Cinta



Drama Bersiri:
Tahajjud Cinta


Pengarah:
Erma Fatima


Jumlah Episod:
13 Episod


Siaran:
TV3


Waktu:
Jumaat - 9.00 Malam


Pelakon:
Shah Jaszle, Fauziah Ghous, Nur Fazura, Aaron Aziz, Tiz Zaqyah, Remy Ishak,
Fazreen, Neelofa, Erma Fatima, Norish Karman, Dira Abu Zahar, Ziela Jalil,
Azizah Mahzan, Fadhilah Mansor, Melissa Saila, Eman Manan, Heryanto,
Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin & Etc.


Sinopsis:

TAHAJJUD CINTA mengisahkan pengorbanan dua orang wanita, Citra Maisara (Fazura) dan Seri (Fouziah Gous) dalam memperjuangkan kebenaran, hak asasi dan reputasi kaum hawa. Berasal dari dua latar belakang yang berbeza, Citra merupakan anak perempuan kepada pasangan suami isteri yang merupakan peneraju sebuah syarikat gergasi. Selama 5 tahun belajar di luar negara, ibu bapa Citra sama sekali tidak mengetahui bahawa anaknya yang dihantar ke London untuk mengikuti kursus Perundangan Sivil telah berhijrah secara rahsia ke Jordan untuk mendalami jurusan Perundangan Syariah. Di situ, Citra bertemu semula dengan kawan karibnya, Seri yang berkongsi cita-cita yang sama.

Perjalanan hidup mereka mula dihujani dengan pelbagai dugaan dan tekanan hebat setelah pulang ke pangkuan keluarga masing-masing di Malaysia. Sekembali di Malaysia, ibu bapa Citra sangat terkejut dengan perubahan dan kelulusan yang diperolehinya. Begitu kecewa dengan tindakan Citra, ibu bapanya tidak merestui Citra yang berazam untuk meneruskan impiannya sebagai seorang peguam Syariah. Namun, segalanya berubah apabila kakaknya, Emelda (Tiz Zakiah) terseksa akibat keganasan yang dilakukan oleh suaminya (Heryanto). Melihat kesungguhan Citra membela Emelda daripada penindasan suaminya, ibu bapa Citra akhirnya merestui perjuangannya.

Berlainan pula dengan nasib Seri, di mana dia terpaksa melupakan cita-citanya sebagai peguam Syariah. Di atas permintaan bapanya (Ahmad Tarmimi), Seri dipaksa bernikah dengan  Ustaz Shauki (Eman Manan) yang selama ini telah membiayai pengajiannya Seri di luar negara. Malangnya, Seri menjadi mangsa deraan Ustaz Shauki yang sudah mempunyai 3 orang isteri (Eirma Fatima, Melissa Saila & Dira Abu Zahar). Seri juga terpaksa melupakan cintanya terhadap Solohudin (Remy Ishak), anak kepada Ustaz Shauki. Situasi ini juga menghiris perasaan ketiga-tiga isteri Ustaz Shauki yang juga sangat cemburu terhadap Seri. Walaupun terseksa, demi keluarga Seri tetap tabah dan redha meneruskan hidup, jauh dari cita-citanya yang ingin berjaya sebagai seorang peguam Syariah. Akan tetapi, situasi bakal berubah apabila munculnya Armani (Neelofa) - Sumber Sinopsis


Trailer:

video



Ulasan Hans:

Aku secara jujurnya sangat suka dengan karya - karya yang lahir daripada buah tangan pengarah tersohor Erma Fatima yang bagi aku cukup menarik, unik dan berada di luar kotak dan sekadar menyebut beberapa drama seperti Tersasar Di Jalanmu, Aku Bukan Andalusia dan Haryati yang cukup menarik perhatian aku.

Apa yang menariknya di dalam karya - karya Erma ini ialah mesej yang cuba disampaikan dan bagi aku beliau berjaya menghasilkan drama - drama yang baik kerana kebijaksanaannya dalam menyampaikan mesej dengan menggunakan pelakon - pelakon berbakat yang popular.

Jadi, aku mengharapkan drama bersiri Tahajjud Cinta ini lebih hebat dan mampu menyaingi drama bersiri Nur Kasih. Aku tidak boleh mengulas lebih lagi kerana ia hanya akan dipertontonkan kepada khalayak pada malam ini. Jadi kepada semua jangan lupa menyaksikan drama ini pada malam nanti pukul 9 malam hanya di TV3.

P/S : Hebat - Hebat Pelakon - Pelakon Di Dalam Drama Bersiri Tahajjud Cinta Nih! (^_^)Y




7 ulasan:

  1. Harap-harap Mr.R mampu layan drama nih.

    BalasPadam
  2. aku tak tengok pun tadi huhu..

    BalasPadam
  3. tgk mcm menarik citer ni..
    haraplah episod seterusnya pun best:)

    BalasPadam
  4. Macam best, tapi takut tak sempat nak layan pulak...

    BalasPadam
  5. Nur Kasih pun masih tak tengok lagi.. :P

    BalasPadam
  6. dari aritu beniat na tgok tapi...
    hostel tade tibi!
    wa...

    BalasPadam