24/07/11

Filem Hantu Bonceng



Filem:
Hantu Bonceng


Pengarah:
Ahmad Idham


Genre:
Komedi Seram


Pelakon:
Zizan Raja Lawak, Julianna Evans, Taiyuddin Bakar, Jue Aziz & Etc.


Tarikh Tayangan:
31 Ogos 2011


Sinopsis:

Filem Hantu Bonceng mengisahkan tentang Amran iaitu seorang mat despatch yang sering terlibat dalam perlumbaan haram. Suatu hari, Amran memenangi satu perlumbaan dan beliau diberikan seorang gadis yang cantik sebagai hadiahnya. Namun Amran terlibat dengan sebuah kemalangan bersama gadis itu gara - gara dilanggar dengan sebuah lori. Kejadian itu menyebabkan gadis itu mati di tempat kejadian manakala Amran telah dibawa ke hospital. Gara - gara insiden itu kehidupan Amran terus berubah secara drastik kerana gadis yang mati itu telah menjelma sebagai hantu dan menggangu hidupnya setiap malam. Disebabkan sudah tidak tahan lagi diganggu maka Amran meminta bantuan rakannya iaitu Kunyit untuk membantu beliau menyelesaikan masalah ini.


Trailer:

video



Pandangan Hans:

Pengarah filem di Malaysia selalunya akan berebut - rebut untuk mendapatkan tayangan filem mereka pada waktu Hari Raya Aidilfitri dan selalunya genre filem yang ditawarkan adalah berbentuk komedi. Walaupun hakikatnya filem - filem yang ditayangkan pada waktu Hari Raya susah untuk mencapai box office namun entah kenapa tarikh itu begitu istimewa dpada pandangan mata pengarah - pengarah Malaysia.


Salah Satu Adegan Di Dalam Filem Hantu Bonceng


Aku tidak pasti tentang jalan cerita filem ini sama ada mempunyai kelainan atau pun sekadar menawarkan komedi yang cuma berniat untuk membuatkan penonton ketawa semata - mata. Namun apa yang membuatkan aku rasa tertarik untuk menonton filem ini kerana aku menyukai lakonan yang dilakonkan oleh Taiyuddin Bakar yang aku rasa sangat bagus lakonannya di dalam teater selain daripada lakonan Zizan sendiri yang kelakar.


 Zizan Dan Taiyuddin


Apa - apapun, sepanjang Ramadhan nanti tidak ada langsung filem Melayu yang akan ditayangkan sebelum Hantu Bonceng menjenguk pawagam pada Hari Raya Aidilfitri nanti. Jadi, selamat menanti dan menonton filem ini!


P/S : Filem Karipap - Karipap Cinta Juga Akan Menjenguk Pawagam Pada Tarikh Yang Sama Dengan Filem Hantu Bonceng! (^_^)Y




14 ulasan:

  1. surelyyy best filem ini, tambah2 zizian plak yg berlakon. hahaha.

    BalasPadam
  2. zizan tu berlakon..tapi kan sekarang movie2 kat malaysia berebut2 buat movie genre seram dan mat rempit dan racing gitu.. tapi better la plot dari zaman dulu...filem melayu boleh pergi jauh

    BalasPadam
  3. Hehehe.. aku pernah terbaca pasal filem ni.. macam KELAKO je!!! mamat yang jadi kawan Zizan tu pengarah jugak kan Hans?

    BalasPadam
  4. zizan blakon, trasa excited na tgk .. tpy aidilftri blek kpg arr .. kt kpg tade pwagam tdekat ..kehkehh

    BalasPadam
  5. wah..cam best jee..pastikan tidak ketinggalan..

    BalasPadam
  6. haha. ni mmg tak boleh blah~
    ehek. tapi nak tengok ah! mcm menarik..haha

    BalasPadam
  7. zizan cam tengah top kan..harap tak jadi cam Kongsi la, tengok sebab hero best je, jalan cite kureng..haha...

    BalasPadam
  8. Eddy : cam xada kena mengena jer dengan entry nih...

    RTP Farra : insyaallah :-)

    Ezay : insyaallah

    YOUsof : aku xpasti Taiyuddin tu pengarah ke tak tapi aku selalu tgok dia berlakon teater dan lakonan dia mantap :-)

    ary : ???

    aliaazmi : takkan beraya dekat kampung 30 hari kut? :-)

    eqhaZIN : nampak macam lawak :-)

    merahitujambu : nampak macam best... :-)

    Sniffa93 : hahaha....sila2...raya nanti terjah pawagam

    Kaki Wayang : Harap2 macam tu lah..kalau jadi cam Kongsi kecewa owhhh.. :-)

    Si Kotak Hati : sila tengok tarikh tayangan untuk filem ini yer..tak larat den nak jawab :-)

    BalasPadam
  9. ermmm menarik filem ni..zizan ade berlakon lak tu..nak tengok la nanti..(:

    BalasPadam
  10. ade zizan mesti best! hikhik =p

    BalasPadam