26/07/11

Filem Raya Tak Jadi

(Bukan Poster Sebenar)


Filem:
Raya Tak Jadi


Pengarah:
Prof. Madya A. Razak Mohaideen


Genre:
Komedi


Tarikh Tayangan:
15 September 2011


Pelakon:
Saiful Apek, Johan Raja Lawak, Mak Jah, Jalaluddin Hassan, Wan Sharmila & Etc.


Sinopsis:

Dalam perjalanan pulang ke kampung halaman pada penghujung Ramadhan, dua adik beradik telah menemui seorang lelaki misteri di dalam bonet teksi mereka. Selepas menyedari yang lelaki itu adalah Penyimpan Mohor Besar Raja Raja yang telah diculik oleh seorang usahawan kurma, kedua-dua adik beradik ini perlu memberanikan diri dan mengatasi penculik tersebut sebelum keluarga mereka dianiaya.


Trailer:

video



Pandangan Hans:

Filem ini sebenarnya menyasarkan kekuatan dan pengaruh besar daripada dua tunjang utama filem ini iaitu Saiful Apek serta Johan yang sememangnya diketahui mempunyai jumlah peminat yang ramai. Selalunya, filem - filem arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen ini bermain pada plot yang sama dan kebanyakkan pengkritik atau pengulas pasti akan mengatakan komedi yang cuba disampaikan oleh beliau sudah lapuk atau terlalu stereotype.

Pada pandangan aku pula, aku agak bersetuju dengan kenyataan tersebut kerana filem - filem beliau sebelum ini walaupun lucu tetapi hanya sekadar lucu dan tidak lebih dari itu. Namun, adakah filem ini akan lari daripada bayangan filem - filem Prof. Madya A. Razak Mohaideen sebelum ini atau masih mengikut acuan yang sama? Nantikan kemunculan filem ini di pawagam berhampiran anda.

P/S : 2 Buah Filem Sebelum Ini Iaitu Filem 4 Madu dan Ratu Sangat Mengecewakan! Bagaimana Dengan Buah Tangan Terbaru Ini? (^_^)Y




3 ulasan:

  1. tak begitu meminati filem prof ni, tapi ada johan! macam menarik! hihi =p

    BalasPadam
  2. kemunculan apek setelah lama sepi..

    BalasPadam
  3. bukan peminat prof tetapi saya cukup respek dengan beliau kerana walaupun beliau dalam golongan mainstream tetapi tetap menghormati artisan dari kalangan indie...

    ;D

    BalasPadam