18/07/11

Review Filem Harry Potter and The Deathly Hallows Part 2



Filem:
Harry Potter and The Deathly Hallows Part 2


Pengarah:
David Yates


Genre:
Aksi, Pengembaraan & Fantasi


Pelakon:
Daniel Radcliffe, Emma Watson, Rupert Grint, Ralph Fiennes,
Tom Felton, Helena Bonham Carter, Alan Rickman & Etc.


Penilaian:
5 / 5


Sinopsis:

Filem Harry Potter and The Deathly Hallows Part 2 ini akan menunjukkan bagaimana Harry, Ron dan Hermione kembali ke Hogwarts untuk mencari dan memusnahkan saki baki artifak horcruxes bagi mengurangkan kuasa Voldemort daripada bertambah kuat. Namun apabila Voldemort menyedari tentang hal ini maka beliau telah mengumpulkan bala tenteranya untuk memerangi dan memusnahkan Hogwarts lalu berlakulah sebuah peperangan besar yang mana mereka sedar kehidupan mereka tidak akan sama seperti dahulu lagi. Kebanyakan rahsia telah terbongkar iaitu rahsia yang melibatkan Profesor Snape dengan Dumbledore yang memang mengejutkan ramai pihak. Jadi, mampukan pihak Hogwarts bertahan daripada serangan bala tentera Voldermort atau sebaliknya? Adakah Harry Potter akan tewas dan terkorban di dalam pertarungannya dengan Voldermort? Apakah horcrux yang masih tertinggal yang perlu dimusnahkan? Siapakah yang akan terkorban di dalam peperangan ini? Saksikan filem hebat ini di pawagam berhampiran anda.


Ulasan Hans:



Aku bukanlah pembaca novel Harry Potter jadi aku hanya menilai filem ini melalui filemnya sahaja bermula daripada filem pertama hingga yang terakhir ini. Jadi pandangan aku mungkin tidak seiring dengan pembaca novel filem yang lebih mengetahui tentang inti pati keseluruhan ceritanya. Namun filem terakhir ini bagi aku betul - betul hebat dan menarik pada pandangan aku sebagai penonton setia siri filem ini.


 Sebuah Rahsia Besar Akan Terbongkar


Filem yang berdurasi sekitar 2 jam 15 minit ini membuatkan aku betul - betul teruja. Walaupun filem ini tidak menampilkan banyak pengembaraan seperti filem - filem sebelum ini kerana sudah pasti filem terakhir ini lebih tertumpu pada kawasan Hogwarts sebagai latar peperangan namun visual, CGI, karakter serta kesan bunyinya bagi aku sangat menarik dan agak sempurna dan pada pendapat aku jika anda menonton di dalam 3D pasti akan membuatkan rasa teruja itu berganda barangkali.


 Babak Awal Filem Ini Yang Begitu Melucukan


Plot dan susunan cerita di dalam filem ini juga bakal memberi pelbagai kejutan kepada penonton kerana filem ini akan mendedahkan siapakah sebenarnya Profesor Snape yang pastinya membuatkan korang simpati apabila mengetahui kebenarannya. Elemen komedi sangat membantu perjalanan filem ini yang panjang dan walaupun kita sedang dipertontonkan dengan adegan - adegan yang mencemaskan namun sesekali apabila unsur humor itu dikeluarkan ia akan membuat anda ketawa secara automatik. Babak antara Ron dan Hermione sering kali mencuit hati aku untuk ketawa.


 Draco Malfoy Sekali Lagi Akan Menghalang Harry Potter


Semestinya ada beberapa karakter yang terkorban di dalam filem ini dan sesekali emosi sedih itu pasti akan menyerang hati kalian namun jangan risau kerana aku pasti filem ini pasti tidak akan mengecewakan kalian. Insyaallah! Unsur kejutan di dalam filem kali ini juga tidak kurang hebatnya kerana kadang - kadang ia boleh membuatkan anda sedikit terkejut dan gemuruh. Cuma aku kecewa apabila watak antagonis yang aku sangat minati di dalam filem ini iaitu watak Bellatrix Lestrange mati dengan begitu mudah. Hahahaha!


Bellatrix Lestrange Watak Antagonis Kesukaan Aku


Apa - apapun, secara keseluruhannya aku sangat terhibur menonton filem terakhir Harry Potter ini dari segala sudut iaitu sama ada dari segi jalan ceritanya, karakternya, kesan khas, skor muzik, latar tempat, visual dan macam - macam lagi. Jadi, kepada peminat filem Harry Potter dan kepada yang bercadang mahu menonton filem ini maka aku sarankan agar anda semua pergi menonton dan pasti anda semua akan gembira dan berpuas hati kerana jawapan untuk setiap persoalan yang belum terjawab sebelum ini akan dipertontonkan kepada kalian di dalam filem ini. Selamat menonton!


 Kenapa Hermoine Menangis? Adakah....Adakah....Tengok Sendiri! Hehehehe!


P/S : Tak Terasa Menonton Filem Harry Potter and The Deathly Hallows Part 2 Walaupun Durasinya Panjang. Avada Kedavra, Expecto Patronum, Expelliarmus, Impedimenta, Lumos, Rictusempra, Sectumsempra, Stupefy, Wingardium Leviosa, Accio, Crucio........(^_^)Y




40 ulasan:

  1. tadi baru sempat tengok transformer
    weekend la pulak kalau free pi tengok harry potter
    cam menarik je nih
    layannn

    BalasPadam
  2. baru balik from tgk HP7.
    terbaek.
    sangat best.
    must tonton.
    terbaek seperti 7 movie HP yg lain jugak.
    :D

    BalasPadam
  3. nice .. heheh .. tak baca sinopsis tuh .. tak nak spoiler .. hhee

    BalasPadam
  4. wah..dia dh tgk..cam best ja..nk tgk 3D lah..hehe....

    BalasPadam
  5. aku plak tak sabar nak tengok Bellatrix tu tu mati kena bunuh..hampeh jek..pasal die ar pakcik Harry mati..cis..

    kalu pasal Snape tu,aku tau dah pasal ape..memang amanat Dumbledore suh Snape jaga Harry..(ni sebab baca buku)

    p/s:hampeh tul..lau tak,malam tadi aku tgk cite ni..sekali ada hal yang tak dapat dielakkan,so takleh nk review..

    BalasPadam
  6. avada kedavra aje kt bellatrix.. :P

    aku xnk ckp dgn kau 24jam sebab kau da tgok.. bye. =P

    BalasPadam
  7. menarik gak ni...ada masa nak p tgk juga ni....

    BalasPadam
  8. emmm..ape yang kelakar tu ek..

    hee.nak g tengok kat panggung tapi hubby tanak punye.haih.kena tunggu cd la gamaknye T_T

    BalasPadam
  9. penaberkala : ikut orang..aku memang suka harry potter..so rasa menarik jer lah :-)

    aku hasmie : owh..ekau pun baru balik menonton..bagus2 :-)

    iPai : sinopsis aku bukan tulis semua..kalau ko baca takkan spoiler tapi mungkin buat ko xsabar2..sebab persoalan je dkt situ :-)

    norshila : ku tak pasti 3D best ker tak sebab ku tgok yg biasa..tapi rasa2 macam best juga 3D tambah - tambah bila sampai part yang Harry Potter pergi bawah tanah jumpa roh wanita(lupa namanya) untuk cari mahkota yang merupakan salah tu horcrux tu

    reezluv : hahaha...ialah..nama dia pun watak antagonis mestilah jahat..tapi aku suka karakter gila dengan rambut serabai tu

    Mra Mastura : macam la selama nih ko bercakap dgn aku..taip je kut...hahahaha

    Mazeer : mana sama aku taip dengan tgok movie..ekekekekke

    Azhan : pergi la tgok..lebih best dari transformer

    Puan Nina : sangat banyak unsur komedi..kena tgok sendiri dan kamu mesti setuju dengan saya :-)

    Sandra Azwan : Gerenti best punya. Baik punya(Tagline Dafi)

    BalasPadam
  10. dah tgk semalam...serious mmg best gile...sedih pulak bila HP dah habis...tak ada lg movie yg ditunggu2 setiap tahun...10 tahun kita hidup bersama HP..mmg akan rindu...

    BalasPadam
  11. afiek : betul tu weih...waktu habis filem nih aku gembira dalam sedih...lepas LOTR...filem nih adalah filem bersiri yang aku sangat suka :-)

    BalasPadam
  12. akk xpenah lyn HP ni sgt...ini siri filem yg last kan ?

    uikkk...org tu xdok idung ! :p

    BalasPadam
  13. haihh..kene pgi tgk ni br puas hati:P

    BalasPadam
  14. Filem yg wajib tengok tahun nih selain transformers, Aman suka citer HP!! fantasy..

    BalasPadam
  15. aku tgk yg first saje..bace ko punye ulasan ni mcm nk tgk je..tapi tggu download..hehe

    BalasPadam
  16. em macam best.tapi filem harry poter yg sblm nih tak sempat plk nk tgk.em,takot keliru plk nnti.

    BalasPadam
  17. wah!!!
    nak tgk! nak tgk!
    belalang mmg minat giler siri2 harry potter...

    pas bc review nih, makin membuak2 pula nak tgk harry potter ^_^

    BalasPadam
  18. Minggu ni sibuka la siot..Tak sempat tengok..Ni yang gua jealous dengan hans ni..huh

    BalasPadam
  19. cuba baca novel HP pulak..lagiii best!hehe

    BalasPadam
  20. wahhh mcm besh!


    nk g tgkkkkkk!!! =D

    BalasPadam
  21. ya ya ya ya ya nak tengokkk!!!

    BalasPadam
  22. aku tk pnh tgk 1st harry potter smpi la yg ni.ngee~

    BalasPadam
  23. iskk..msti tgk ni nnti..nmpk best !

    BalasPadam
  24. nsb xde spoiler dlm review ko ni..haha

    BalasPadam
  25. Harry potter dah besar kureng hensem ar...hik3..boley tak?

    BalasPadam
  26. aku telah mengikuti turutan cerita Harry dari yang pertama lagi dan aku amat suka berkongsi imiginasi dengan harry kerana aku dapat merasakan zaman kanak2 hingga ke teenager harry serta masalah yang sentiasa menghantuinya...kita tidak bleh lari dari masalah dan kadang2 kita kena berhadapan dengan masalah itu secara Face 2 face!Harry Potter always the best....i liked so much this fantasy...:)

    BalasPadam
  27. weekend ni nak layan HP ah.. hehe

    BalasPadam
  28. wow!
    jeles.
    awal bebeno ko tengok.

    BalasPadam
  29. Dari trailer movie ni, aku agak berpuas hati sebab ape yang aku baca dalam novel dia, hampir menyamai scene scene yang ditunjukkan dalam trailer dia.
    Impressive!
    Untuk merasai pengembaraan Harry Potter ni dengan lebih mendalam, baca lah buku dia.

    :)

    BalasPadam
  30. knp lha ak xsk harry potter ?

    yg org sk, 2 ak xsk.


    yg org xsk, tu lha yg ak sk :P


    sengal kan fya ni tuan blog ? :D

    BalasPadam
  31. part 1 pun fiq belum tengok lagi..hehe.

    BalasPadam
  32. waahhh..mcm best! wajib tonton ni.. ^_^

    BalasPadam
  33. HP7 terbaik! Triple thumbs up utk kesemua siri HP! :D

    BalasPadam
  34. wah review tebaik dari hans. dari malas nak tengok jadi teruja nak tengok. makaseh hans. ko memang hensem.

    BalasPadam
  35. pergh ! geram nyer masih tak pat nak tgk HP ;(

    BalasPadam
  36. xtgk lgi..waaaaaaaaa..............

    BalasPadam