17/07/11

Review Filem Sekali Lagi



Filem:
Sekali Lagi


Pengarah:
Hashim Rejab


Genre:
Cinta


Pelakon:
Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Mia Sara Nasuha, Bront Palarae, Kartina Aziz,
Shasha, Zul Handy Black, Ana Dahlia, Bob Lokman, Amylia Nastasha Aziz & Etc.


Penilaian:
3.5 / 5


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Arman yang mengakui dirinya merupakan salah seorang pengidap autisme dan kini sedang menjalin hubungan dengan seorang gadis bernama Farina walaupun beliau tidak pasti adakah Farina betul - betul menyukai beliau. Pada suatu hari sewaktu Arman pergi ke sebuah butik pengantin untuk mencuba persalinan perkahwinannya, beliau telah dimarahi Farina kerana terlewat lalu Farina meninggalkan Arman yang sedang khusyuk mencuba pakaian kahwin beliau. Disebabkan hal tersebut Arman dikejar seorang samseng yang mahu mencuri dompetnya namun Amy iaitu seorang kanak - kanak kecil berumur lingkungan 5 tahun yang bijak berjaya membantu Arman melepaskan diri daripada samseng tersebut.

Disebabkan hal tersebut Arman mula bersahabat dengan Amy kerana beliau merasakan Amy adalah seorang kanak - kanak yang lebih pandai daripada beliau. Banyak perkara yang dikongsi mereka berdua namun segala - galanya berubah apabila Shiela iaitu ibu Amy tidak membenarkan Amy berkawan dengan Arman. Shiela begitu marah dengan Arman yang tidak mengetahui langsung kenapa Shiela tidak menyukainya. Haris iaitu seorang lelaki yang baik hati yang selalu menjaga Amy sewaktu Shiela bekerja dan dalam masa yang sama menaruh hati terhadap Shiela pula cuba bertanya kenapa Shiela terlalu membenci Arman. Rahsia mulai terbongkar. Arman sebenarnya ialah bapa kandung kepada Amy.

Namun, bagaimanakah Arman boleh berubah perwatakannya daripada seorang lelaki normal menjadi seolah - olah seorang pengidap autisme? Adakah cinta antara Shiela dan Arman akan berputik kembali? Atau adakah Shiela akan memilih Haris menjadi pasangan hidupnya? Bagaimana pula dengan Amy? Mampukah beliau menerima hakikat bahawa Arman adalah bapanya? Saksikan sendiri filem ini untuk mengetahui jawapannya.


Ulasan Hans:

Filem Sekali Lagi ini memaparkan sebuah jalan cerita yang betul - betul menguji karakter yang dilakonkan oleh Shaheizy Sam sebagai seorang lelaki yang dipercayai menghidap autisme yang pada pemerhatian aku berjaya dibawakan oleh Sam dengan cukup menarik dan berkesan sekali. Lari daripada watak - watak klise yang biasa diberikan kepada Sam sebelum ini menyebabkan aku lebih mengagumi seorang pelakon bernama Shaheizy Sam.


 Lakonan Hebat Shaheizy Sam Sebagai Arman


Filem ini sebenarnya dikuatkan dengan lakonan hebat yang kebanyakkannya datang daripada pelakon utama iaitu Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Mia Sara Nasuha, Bront Palarae dan Kartina Aziz yang banyak membantu menghidupkan perjalanan filem ini. Semestinya aku kagum dengan lakonan Sam dan aku teramat suka melihat bagaimana Bront membawa watak Haris yang cukup bijak bermain dengan mata dan riak muka untuk menunjukkan emosi yang terpendam di dalam jiwa seorang lelaki bernama Haris. Lakonan pelakon kanak - kanak cilik iaitu Mia Sara pula bagi aku sudah semakin baik dan secara tidak langsung mewujudkan unsur humor di dalam filem ini apabila bersama Sam. Pelakon veteran iaitu Kartina Aziz sememangnya tidak boleh dinafikan kehebatan lakonannya manakala lakonan Lisa Surihani juga semakin bagus.


 Salah Satu Babak Yang Melibatkan Pelakon Kartina Aziz


Aku suka sebenarnya bagaimana filem ini dimulakan dan diakhirkan dimana plot cerita nya agak kemas walaupun kadang - kadang terlompat atau terkejar - kejar sedikit. Aku rasa filem ini sangat menarik jika dijadikan drama bersiri kerana hanya melalui drama bersiri sahaja boleh menerangkan dengan lebih mendalam tentang sejarah silam perhubungan Arman dan Amy dan bagaimana pertemuan Amy dengan Haris berlaku dan pelbagai lagi yang memang mustahil untuk diterangkan di dalam sebuah filem yang hanya berdurasi sekitar 1 jam 20 minit ini.


 Salah Satu Adegan Menarik Di Dalam Filem Sekali Lagi


Aku juga bersetuju dengan ulasan beberapa penonton yang mengatakan filem ini sebenarnya tidak sesuai dilabelkan sebagai filem romantik komedi kerana bagi aku sendiri filem ini sebenarnya lebih kepada genre cinta yang keluarga. Apa - apapun, penilaian aku untuk filem ini agak memeningkan jika dilihat diatas dimana aku memberi diantara 3.5 bintang sahaja kerana aku suka dengan karakter yang dilakonkan dengan cukup bagus oleh pelakon - pelakonnya dan jalan ceritanya juga agak menarik cuma aku kurang berpuas hati kerana ia kelihatan seolah - olah sedikit terlompat dan agak kacau bilau kerana seperti aku katakan sebelum ini mungkin sukar bagi pengarah untuk memasukkan semuanya sekali di dalam sebuah filem.


 Kekaburan Kisah Pertemuan Antara Shiela Dan Haris


Namun, aku masih terhibur menonton filem Sekali Lagi dan aku sarankan kepada anda yang membaca dan masih belum menonton maka cubalah menonton filem ini. Jadi, selamat menonton dan semoga anda berasa terhibur dan puas hati dengan karya ini.


 Barisan Pelakon Filem Sekali Lagi


P/S : Aku Merasakan Karya Sekali Lagi Harus Dijadikan Drama Bersiri! Pasti Meletup! (^_^)Y




4 ulasan:

  1. blm beli cd lg nk tgk..tp mak kata mesti beli sbb mak minat ngan Mia & Lisa hehe


    nnti sy tolong gtau uncle david cadangan awk tu ekk hehe :P

    BalasPadam
  2. salam...serius memg best citer nie..aku termasuk sekali dalam jalan cerita die..genre yg dicampur aduk ramuan yang lengkap..menghayati betul..huhu.

    BalasPadam
  3. aku langsung x suka filem ni.. sori bro..

    BalasPadam
  4. fadz : hehehehe....tahu2...aku lebih suka kalau filem nih dijadikan drama bersiri...lebih berkembang :-)

    BalasPadam