27/07/11

Review Filem Suck Seed



Filem:
Suck Seed


Pengarah:
Chayanop Boonprakob


Genre:
 Komedi & Muzikal


Pelakon:
 Jirayu La-Ongmanee, Natcha Nuanjam,
Pashorn Jiratiwat, Thawat Pornrattanaprasert & Etc.


Penilaian:
4 / 5


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang 3 orang pelajar lelaki sekolah tinggi iaitu Ped, Khung dan X yang mahu membentuk sebuah band muzik walaupun hakikatnya mereka langsung tidak berbakat dalam bidang muzik. Niat utama mereka sebenarnya adalah untuk menarik perhatian pelajar perempuan di sekolah mereka. Tetapi, segala - segalanya berubah apabila Earn iaitu seorang pelajar perempuan yang cantik yang baru bertukar ke sekolah terbabit dijumpai oleh mereka bertiga. Sebenarnya, sewaktu zaman kanak - kanak dahulu Ped dan Khung mempunyai sejarah silam dengan Earn sebelum Earn berpindah ke Bangkok. Khung menggajak Earn menyertai kumpulan mereka sebagai gitaris dan menaruh hati terhadap Earn. Dalam masa yang sama Ped yang sejak dari kanak - kanak lagi mencintai Earn dalam diam terpaksa memendam rasa demi persahabatannya dengan Khung. Namun, suatu perkara telah berlaku yang menyebabkan hubungan mereka bertiga berantakan.


Ulasan Hans:

Filem remaja Thailand ini berjaya mencuit hati aku untuk menonton sehingga ke akhir walaupun durasi filem ini sangat panjang iaitu lebih kurang 2 jam 10 minit. Apa yang menarik tentang filem ini ialah bagaimana tema cinta dan persahabatan diangkat, digabung dan disatukan melalui muzik yang membuatkan aku cukup terhibur menonton filem ini kerana bagi aku filem ini mempunyai makna yang mendalam tentang erti persahabatan. Jalan cerita filem ini berkembang dengan baik dan mudah difahami.


Kisah Remaja Yang Mencari Identiti Sendiri


Filem ini sememangnya sarat dengan elemen komedi yang membuatkan aku tidak kering gusi menontonnya. Dalam masa yang sama filem ini bijak bermain dengan emosi penonton di mana walaupun ada adegan yang memang melucukan namun ia mampu menyentuh hati apabila melihat beberapa watak yang bijak memainkan karakter mereka dengan berkesan. Aku sangat menyukai watak Ped yang dilakonkan oleh Jirayu La-Ongmanee yang bagi aku sangat berjaya menghidupkan watak yang seolah - olah berperang dengan jiwa sendiri dan terlalu takut untuk meluahkan rasa.


 Watak Ped Dilakonkan Oleh Jirayu La-Ongmanee


Aku sangat menyukai pemilihan pelakon di dalam filem ini dimana mereka bijak memilih pelakon kanak - kanak yang menyamai ciri - ciri pelakon untuk watak dewasa. Tidak seperti sesetengah filem tempatan yang kadang - kadang langsung tidak menitik beratkan tentang persamaan ciri watak kanak - kanak dan watak dewasa. Sebagai contoh, jika pelakon kanak - kanak itu memiliki tahi lalat di pipi maka pelakon dewasa yang meneruskan watak pelakon kanak - kanak itu harus lah juga mempunyai tahi lalat di pipi. Namun, banyak pengarah tempatan yang kurang mengambil berat tentang soal ini.


Mana Lebih Penting Antara Cinta Dan Persahabatan?


Apa - apapun, aku sangat berpuas hati dan gembira kerana berjaya menonton filem Suck Seed ini dan kepada yang meminati filem Thailand maka aku sarankan agar kalian menonton filem ini. Selamat menonton!


P/S : Aku Suka Filem Remaja Thailand Kerana Walaupun Filem Itu Komedi Tetapi Masih Ada Mesej Hebat Yang Mahu Disampaikan! (^_^)Y




5 ulasan:

  1. Yep. Aku sokong. Filem remaja Thailand lain dari filem seram dia dan kebanyakan filem genre untuk remaja ni memang bagus. :)

    BalasPadam
  2. farhanaDr : yups...filem remaja diorang walaupun pasal cinta tapi bukan kisah cinta murahan..sebab tu ku suka tengok :-)

    BalasPadam
  3. hanie suke sebab pelakon pelakon tremaja thailand suem hensem hensem gile. citer tak best pun jadi best.wwuuhuu...tapi mostly citer cinta remaja thailand memang ada mesej tersendiri. jyaaa~~~~

    BalasPadam