29/07/11

Review Filem Tolong Awek Aku Pontianak



Filem:
Tolong Awek Aku Pontianak


Pengarah:
James Lee


Genre:
Komedi Seram


Pelakon:
Zahiril Adzim, Sazzy Falak, Liyana Jasmay,Sufian Mohamed,
Rashidi Ishak, Yus waisar, Nurul Wahab, Syanie, Ameerul,
Datuk Jalaludin Hassan, Harun Salim Bachik, Afdlin Shauki,
Faezah Elai, Ruminah Sidek, Jehan Miskin, Bell Ngasri.


Penilaian:
4 / 5


Sinopsis:

Filem komedi seram ini mengisahkan tentang Bob iaitu seorang pemuda yang berperwatakan lurus dan baik hati yang bekerja di sebuah syarikat periklanan namun kerana kebaikannya maka Faizal iaitu ketua unit mereka selalu mengambil kesempatan dengan mencuri idea - idea hebat Bob. Disebabkan hal tersebut Bob tidak berpeluang untuk dinaikkan pangkat dan ini membuatkan Ina iaitu teman wanitanya mengambil keputusan memutuskan hubungan mereka kerana sudah menunggu lebih 3 tahun untuk Bob dinaikkan pangkat. Selepas perpisahan tersebut, Bob mengambil keputusan untuk berpindah ke sebuah apartment murah bersama kawannya iaitu Pian. Mereka berdua sebenarnya tidak sedar mereka telah ditipu oleh Don iaitu agen hartanah yang memperkenalkan apartment tersebut kerana hakikatnya apartment itu berpuaka.

Pertemuan mereka dengan adik beradik jelita iaitu Maya dan Liyana telah mengubah kehidupan Bob dan Pian disana. Mereka berdua mula jatuh hati pada Maya dan Liyana tanpa mereka sedar sebenarnya Maya dan Liyana ialah pontianak. Liyana pula tidak menyenangi kehadiran Bob dan Pian kerana takut identiti mereka berdua terbongkar tetapi lain pula dengan Maya yang mula jatuh hati pada Bob kerana kejujuran dan ketulusan hati Bob selepas beliau menguji Bob dengan pelbagai dugaan.

Namun Faizal berasa sangsi dan beranggapan Maya ialah pontianak apabila terjadi satu kejadian ngeri di tempat kerja mereka jadi beliau meminta bantuan Pian untuk membantu beliau membuktikan bahawa Maya dan adiknya adalah pontianak. Jadi, mereka merancang mengadakan sebuah parti untuk membongkar rahsia tersebut. Jadi, adakah rahsia Maya dan Liyana akan terbongkar? Mampukah Bob menerima cinta Maya apabila mengetahui bahawa Maya sebenarnya ialah pontianak? Apakah yang akan terjadi kepada Maya dan Liyana? Saksikan filem yang begitu menarik ini untuk mendapatkan jawapannya.


Ulasan Hans:

Aku dengan gembiranya ingin mengucapkan tahniah kepada pelakon - pelakon dan semua krew produksi yang terlibat di dalam pembikinan filem Tolong Awek Aku Pontianak ini yang boleh aku sifatkan sangat menarik dari segi jalan cerita dan isinya. Percintaan antara manusia dan pontianak yang berjaya digarap dengan baik dan membuatkan aku teruja. Aku tidak pasti adakah jalan cerita filem ini mempunyai persamaan dengan filem - filem dari luar tetapi apa yang aku boleh katakan aku sangat berpuas hati dengan pengolahan jalan cerita filem ini yang bagi walaupun santai tetapi sedikit berbeza berbanding filem - filem yang melibatkan kisah percintaan antara manusia dan pontianak ini.


Lakonan Zahiril Adzim Sebagai Lelaki Lurus Bendul Sangat Menarik


Kekuatan filem ini datangnya daripada lakonan yang mantap oleh para pelakonnya dan disini aku sangat menyukai karakter Bob yang dibawakan oleh Zahiril Adzim dengan sempurna sekali sebagai seorang yang lurus bendul. Karakter Bob yang kelihatannya begitu kudus hatinya itu berjaya diterjemahkan di dalam setiap sisi lakonan Zahiril dan sememangnya aku sangat berbangga dengan watak yang dibawakannya ini. Tahniah Zahiril!


 Kemunculan Harun Salim Bachik Pasti Menggamatkan Suasana


Aku juga sangat suka dengan kemunculan watak - watak pembantu terutama yang dibawa oleh Harun Salim Bachik yang melakonkan karakter Aaron Slam Bach dimana ayat "Kau Sebut Betul - Betul! Aaron Slam Bach!" yang diungkapkan oleh beliau masih lagi terngiang - ngiang di telinga aku yang membuatkan aku ketawa geli hati. Aku juga tidak akan lupa bagaimana watak Don yang dilakonkan oleh Afdlin Shauki ditunjukkan termengah - mengah menaiki tangga yang secara tidak langsung mewujudkan elemen komedi yang sangat melucukan. Aku sangat terhibur menonton situasi - situasi yang bersifat humor di dalam filem ini yang pastinya akan membuatkan anda tidak senang duduk kerana ketawa menontonnya.


 3 Orang Manusia Yang Sentiasa Dibuli


Bagi aku elemen seram itu sebenarnya berjaya ditimbulkan melalui suasana, kesan bunyi dan juga lakonan mantap yang ditunjukkan oleh Sazzy Falak yang bijak bermain dengan nada suara serta riak wajah namun apa yang sedikit mengecewakan aku di dalam filem ini ialah kesan solekan pontianak yang langsung tidak menyeramkan. Adalah lebih menggembirakan jika solekan muka pontianak - pontianak ini diambil berat dan pasti ia mampu untuk menepati genre filem ini yang dikatakan sebagai filem komedi seram.


 Solekan Dan Kesan Khas Yang Lemah


Apa - apapun, sangat berbaloi menonton filem yang bagi aku cukup komedinya dan filem ini sebenarnya berjaya diselamatkan kerana jalan ceritanya yang lucu serta lakonan pelakon - pelakonnya yang mantap dan secara tidak langsung berjaya menutup kelemahan besar filem ini iaitu dari segi kesan khas dan solekan yang boleh dikatakan sangat teruk. Walaupun mungkin ada yang tidak menyukai filem ini tetapi citarasa aku berbeza dengan kalian. Jadi, selamat menonton filem ini dan nikmatilah kisah percintaan antara manusia bernama Bob serta pontianak bernama Maya.



P/S : Sayang Kutipan Filem Ini Tidak Memberangsangkan Sedangkan Jalan Ceritanya Menarik! (^_^)Y




25 ulasan:

  1. ala mekap dy aah la xlawa.>__<

    aish. ble nk g cinema ni

    BalasPadam
  2. Kan.. Filem ni memang best.. Sama macam Sekali Lagi jugak.. Tapi nak buat camne, penonton selalunya tengok pelakon utama dari isi cerita tersebut..

    BalasPadam
  3. mcm best, zahiril adzim, yeah!

    BalasPadam
  4. Aku pun dah download. Heeee. Aku tertanya gak bila ko nak download dan tonton lalu buat review. Hehe. Bukan apa, aku semangat sket nak tengok bila nampak bintang dan rating yang ko bagi. :)

    Tengkiu for the review Hans. :)

    BalasPadam
  5. tahnks for the review..act nak tau jugak camane jalan cerita filem ni sebenanya.tapi nak fikir dulu.nak download ke nak tgk kat wayang.

    BalasPadam
  6. tengah download!


    donwload sebb ada ZA. hehe.

    BalasPadam
  7. Salam ziarah. Follow ke 180.^^,. Btw tngin nk tgk cte neh, Hrp2 btol2 best. :)

    BalasPadam
  8. ahahah ! make-up tu xtakot lgsg laa

    BalasPadam
  9. movie ni memang seronok betul, tak rase bosan lagnsung :)

    BalasPadam
  10. ade mmt afrika.haha!x menahan btl.aku bru nengok mlm td.tgk online.biasalah..mana ade cinema citer melayu kt sini.ngee~

    BalasPadam
  11. ermm belum tengok lagi filem ni..tapi memang nampak menarik jugak filem ni.

    BalasPadam
  12. mekap dia kasar sgt...haha..mcm tempek2 bedak je...
    bes eh cerita ni?..aduh terlepas wayang..so cd jela nmpk nye...atau tggu astro jelah..haha

    BalasPadam
  13. xsempat tngok lagi
    tapi papepon macam menarik je cter ni :P

    BalasPadam
  14. nak wat cam ne, orang mesia suka tgk cite rempit je...hahaha

    BalasPadam
  15. teringin nk tengok macam kelakar je :D

    BalasPadam
  16. tak tgk lagi...

    tapi cara props dia mcm di buat2

    huhu

    insyALLAH akan tgk kot

    =_=

    BalasPadam
  17. ala tak tengok lagi.
    beli cd jek. haha

    BalasPadam
  18. wah, bagus ulasannya! buat aku nak g tgk..

    BalasPadam
  19. baru je pas tgk.

    bg aku rating 4/5 tu terlalu tngi tuk citer ni

    ending citer yg tah pape. kekeke

    BalasPadam
  20. Encik JI : itu pandangan saya..saya menyukai jalan cerita filem nih jadi itulah rating saya...lain orang lain pandangannya :-)

    BalasPadam
  21. best ekkkk? wuuwuw. xsempat nak tngokkk!

    BalasPadam
  22. suka sangat movie nie...gelak tak terhenti ;))

    BalasPadam
  23. bce sinopsis mcm besh gak ni!..tpi syg kan kutipan x mmberangsangkan,huhu2..

    BalasPadam