6/08/11

Review Filem Senario The Movie Ops Pocot



Filem:
Senario The Movie Ops Pocot


Pengarah:
Ismail Bob Hashim


Genre:
Komedi


Pelakon:
Azlee, Mazlan, Wahid, Diana Amir, Mas Muharni, Kamal Adli, Sasqia, Mr. Os & Etc. 


Penilaian:
3 / 5


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang 3 orang lelaki yang berlainan kerjaya dan sikap. Setiap orang daripada mereka mempunyai karakter yang pasif dan sentiasa ditindas oleh orang sekeliling mereka. Azli seorang pemuda lembut yang masih bujang dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah pasaraya cepat penat dan mudah tertidur dalam apa jua keadaan sekalipun. Mazlan pula merupakan seorang pemuda yang sangat penakut dan bekerja di sebuah syarikat swasta. Beliau selalu dibuli oleh rakan sekerjanya yang meletakkan ular plastik pada barang - barangnya. Wahid pula seorang yang pendiam dan takut berhadapan dengan orang dalam jumlah yang ramai dan bekerja di sebuah syarikat agensi membekalkan pekerja-pekerja asing. Sikap mereka itu membuatkan majikan mereka mengambil langkah memasukkan mereka ke kem motivasi yang dikendalikan oleh Ikatan Relawan Malaysia (RELA). Tujuan utama majikan mereka adalah untuk membantu dalam mengubah cara hidup dan keyakinan diri mereka. Ketika di kem motivasi tersebut, mereka turut berkenalan dengan Hairi, Bob, dan Maman yang suka membuli mereka. Turut sama terlibat dalam kem tersebut ialah Azie, Mala, dan Ann. Sepanjang penglibatan mereka dalam kem motivasi ini, mereka dilatih oleh seorang bekas pesara askar iaitu Pak Bad yang sememangnya terkenal dengan sikap bengis dan garangya. Berbagai kisah lucu yang terjadi sepanjang penglibatan mereka menyertai kem RELA ini. Bermula dengan latihan yang cukup lasak dan menyeksakan daripada Pak Bad serta kenakalan Bob, Maman, Ad dan Hairi sehinggalah ke bibit-bibit cinta diantara Azie, Mala dan Ann terhadap Azli, Mazlan dan juga Wahid. Adakah kem motivasi ini berjaya mengubah sikap mereka atau sebaliknya? Saksikan filem ini untuk mengetahui jawapannya.


Ulasan Hans:

Filem ini bagi aku biasa sahaja dari segi susunan jalan ceritanya yang kelihatan mudah dan sudah boleh dijangka apa yang bakal berlaku. Ini kerana filem - filem berkonsep begini sering kali dihidangkan kepada penonton dimana watak lelaki - lelaki yang lemah atau bermasalah akan dihantar ke satu kem dan kemudian mereka akan berubah menjadi lebih kuat. Lakonan pelakon - pelakon utama yang terdiri daripada 3 orang ahli Senario juga seperti kita sedia tahu sudah boleh dijangka bagaimana gaya dan karakter mereka dalam menghidupkan watak masing - masing cuma ada sedikit kelainan daripada Azlee yang melakonkan watak sebagai jejaka lembut.


 Salah Satu Babak Di Dalam Filem Ini


Filem ini kelihatan seperti salah satu promosi kepada penonton untuk lebih mengenali tentang RELA dan juga menunjukkan latihan - latihan yang perlu dijalani jika mahu menyertai RELA dan aku boleh katakan filem ini sebagai separa formal kerana apabila melibatkan agensi - agensi ini sebagai salah satu badan yang terlibat di dalam filem Senario The Movie Ops Pocot maka haruslah juga mengikut prosedur untuk menunjukkan imej RELA di dalam filem ini.


 Watak - Watak Yang Membuli Kumpulan Senario


Apa - apapun, filem ini boleh tahan lucunya dan aku ucapkan tahniah pada Ismail Bob Hashim selaku pengarah kerana berjaya menghidupkan filem Senario kali ini. Bagi aku filem ini sesuai ditonton sebagai hiburan dan agak berjaya juga menggeletek hati aku untuk ketawa menonton adegan - adegan di dalam filem ini. Cuma aku nasihatkan jangan terlalu mengharap lebih daripada komedi apabila anda menonton filem Senario. Jadi, selamat menonton!


Barisan Pelakon Filem Senario The Movie Ops Pocot


P/S : Ini Filem Terakhir Kumpulan Senario Kah? Ada Sesiapa Boleh Bagi Jawapan? (^_^)Y




10 ulasan:

  1. haha...aku tggu cerita ni keluar tv jela...

    BalasPadam
  2. hehe..sama la macam afiq . tggu kuar tv je la . btw congrats dah 200 follower ! saya la yg ke 200 tu . hehe . ^^

    BalasPadam
  3. xtgk lg cerita ni.. hehe..

    BalasPadam
  4. Setakat nak hilangkan bosan, takda kerja nak buat, ada duit lebih, boleh la tengok movie ni...

    BalasPadam
  5. afieq & zezolla : raya tahun dpean keluar la nih...

    syah : hohoho..tgok la nanti

    parkAir : hahaha...tiba2 rasa nak sokong kamu :-)

    BalasPadam
  6. tgok bersama keluarge besh la creter cam ni..so tggu kluar tv je la,hehe2...

    BalasPadam
  7. tunggu kuar tibi je lah..hehe

    BalasPadam
  8. sama jugak..nak tunggu keluar kat tv je lah.

    BalasPadam
  9. xbes pun. lawak dorg dh lapuk la.

    BalasPadam