6/10/11

Drama Soffiya Berunsur Negatif - Lucu Betul Surat Ini!

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog kecil ini. Aku amat tertarik dengan satu artikel yang aku baca di Ruangan Surat pada surat khabar Berita Harian(Klik Sini Untuk Lihat). Terdapat 3 perenggan yang menarik perhatian aku dan aku akan memberi pandangan aku sendiri tentang ketiga - tiga perenggan tersebut disini.





Perenggan Ke-2 :-

Namun, jika dinilaikan jalan ceritanya, kisah yang dipaparkan agak keterlaluan kerana menonjolkan sikap masyarakat Melayu tidak bertamadun dan kejam apabila si bapa yang juga seorang doktor tergamak merogol anak kandungnya sendiri serta menyeksa isterinya dengan kejam.

Pandangan Aku :-

Kepada saudara yang menulis surat ini! Aku ingin bertanya kepada anda 2 perkara!

Soalan pertama aku ialah adakah anda pernah menonton siaran berita di televisyen?

Soalan kedua aku pula ialah adakah anda pernah membaca mana - mana surat khabar tidak kira di dalam bahasa Inggeris seperti The Star atau NST atau pun surat khabar di dalam bahasa Melayu seperti Berita Harian, Utusan, Kosmo atau Harian Metro?

Kenapa aku bertanya soalan mudah ini kepada anda? Aku bertanya kerana aku merasa pelik dengan ayat yang anda tulis di perenggan kedua kerana anda seperti tidak tahu apa - apa langsung tentang masalah moral yang melanda masyarakat di Malaysia khususnya orang Melayu sendiri. Tidak kah anda pernah melihat sendiri salah satu kes di televisyen atau membacanya di akhbar di mana ada seorang ayah merogol dua orang anak kandungnya sendiri(diulangi anak kandungnya sendiri) sehingga salah seorang daripada mereka melahirkan anak seperti mana di dalam drama Soffiya ini? Kisah Soffiya ini bukan dipaparkan agak keterlaluan kerana realitinya ia memang berlaku!

Satu lagi kenapa anda terus menghukum cerita ini dengan mengatakan drama ini menonjolkan sikap masyarakat Melayu tidak bertamadun dan kejam? Jangan terus sempitkan pemikiran anda kerana drama ini bukannya mahu menghukum nama Melayu itu tetapi individu yang terlibat yang kebanyakkan kes yang dibawa ke mahkamah datangnya daripada orang kita sendiri iaitu Melayu. Aku pun Melayu dan anda pun Melayu tetapi kenyataannya memang ramai orang Melayu yang merosakkan nama Melayu itu sendiri. Sebab itu aku kata drama ini bagus kerana ia menyedarkan ramai orang dan mungkin juga memberitahu ramai orang yang tidak tahu(contoh terdekat ialah anda sendiri) bahawa kes sebegini sebenarnya sudah lama melanda masyarakat di Malaysia dan memberi ingatan pada masyarakat kita sendiri agar takut pada Allah dan jaga maruah agama dan bangsa kita jika tidak mahu bangsa kita dihina atau dimalukan oleh orang lain.



Perenggan Ke-4 :-

Diharap drama berunsur negatif dan tidak menunjukkan moral murni perlu ditapis supaya tidak menjejaskan pemikiran orang Melayu dan pemikiran kaum lain terhadap bangsa Melayu.

Pandangan Aku :-

Anda kena sedar wahai saudara bahawa untuk menyedarkan masyarakat tidak semestinya kita harus menunjukkan semua yang indah - indah mahu pun baik - baik sahaja. Sebelum ini aku dah banyak kali dengar tentang kes sebegini. Rasa marah itu sentiasa ada tetapi tidak sama apabila anda menonton sendiri di dalam bentuk visual. Rasa geli dan jijik itu akan lebih terserlah dan insyaallah ia akan menyedarkan ramai manusia di luar sana tidak kira si bapa, si ibu atau si anak sendiri supaya mengawal diri dan sentiasa berhati - hati kerana dunia sekarang tidak mengenal darah daging sendiri. Lagi pun bukannya drama ini menunjukkan ia menyokong perbuatan - perbuatan tidak bermoral tersebut tetapi cuma menunjukkan kebenaran yang kini semakin membarah di dalam masyarakat kita. Jangan menidakkannya kerana ia sememangnya terjadi tetapi cuba ambil nilai dan pengajaran agar kita atau saudara mara kita tidak melakukan perkara yang sama kepada darah daging sendiri mahu pun orang luar. Jangan asyik melihat yang tersurat di depan mata sahaja! Cari lah yang tersirat menggunakan akal yang diberi! Tonton lah drama ini sehingga habis dan jika drama ini tidak memberi sebarang nilai murni maka baru lah ada kewajarannya anda menulis seperti apa yang anda tulis di perenggan ke-4 tersebut!



Perenggan Ke-5 :-

Kita orang Melayu mempunyai sifat sopan santun dan lemah lembut tidak mungkin melakukan perkara yang sangat menjijikkan walaupun di dalam drama.

Pandangan Aku :-

Ayat terakhir saudara ini membuatkan aku menggeleng kepala sambil berfikir betapa ceteknya ilmu saudara. Ilmu aku juga tidak lah setinggi mana tetapi perenggan kelima ini sangat membuktikan bahawa saudara ini tidak pernah membaca akhbar mahu pun menonton berita di televisyen untuk mengambil tahu tentang gejala sosial zaman sekarang. Saudara pernah membaca kes tentang seorang kanak - kanak perempuan berusia 5 tahun dirogol? Jika tidak pernah baca sila cari di internet dan lihat siapa gerangan perogolnya! Pernah saudara terbaca atau tonton kes bayi dicampak dari tingkat 2 ke bawah? Jika tidak sila cari siapa gerangan yang mencampaknya! Saudara kena ingat bahawa jika lemah iman seseorang itu dan mereka terlalu ikutkan hawa nafsu maka segala benda yang haram pun sanggup di halalkan dan ini bukannya soal tentang orang Melayu bersopan santun atau pun mana - mana kaum lain. Dalam setandan pisang bukan semuanya elok! Aku merayu agar saudara sila rajin - rajinkan diri membaca dan buatlah sedikit sebanyak kajian sebelum menulis surat sebegini! Buka minda anda! Jangan jadi katak di bawah tempurung dan silalah rajin membaca kerana surat ini amat memalukan anda sendiri.


P/S : Manusia Susah Mahu Menerima Kebenaran Tetapi Hakikatnya Itulah Yang Terjadi Sekarang! (^_^)Y




4 ulasan:

  1. tue semue agenda nak mempromosikan drama 2 jer.kekekeke... habis selama nie die tgk tv ape?haish..

    BalasPadam
  2. izzad : doa tgok soffiya tapi tak tgok berita kut..hahaha

    BalasPadam
  3. ish ish ish..lain pulak pemikiran si penulis surat tu...

    BalasPadam
  4. Tq for understanding Soffiya...



    Joeza Rasidi

    BalasPadam