4/10/11

Filem Klik 3GP



Filem:
Klik 3GP


Pengarah:
Aidil Fitri Mohamed Yunos


Genre:
Seram & Misteri


Pelakon:
Zahiril Adzim, Mimie One Nation Emcee, Fikhree Abu Bakar, Zydee,Shafiq Isam,
Iskandar, Tasha Shila, Adeline Anthony, Amanda Misbun, Sara Ali, Sabhi Saddi & Etc.


Tarikh Tayangan:
13 Oktober 2011


Trailer:

video


Sinopsis:

Eddie yang baru berusia sekitar 20 tahun sudah meraih kejayaan di dalam urusan perniagaannya yang dilakukan di Internet. Dia seorang jejaka yang memiliki segala - galanya. Tampan, hidup mewah dan mempunyai ramai teman wanita. Tanpa diketahui sesiapa, Eddie sebenarnya meraih keuntungan daripada perniagaan membeli dan menjual klip-klip pornografi dan sensasi di Internet. Maya Akhtar pula adalah seorang wartawan yang begitu fokus terhadap kerjayanya. Malangnya, dia telah diugut oleh Sunny yang memiliki rakaman video hubungan sulit mereka.

Lebih mengejutkan lagi ialah perbuatan Sunny tersebut disokong oleh isterinya sendiri iaitu Rita kerana inilah cara mereka membuat duit dengan memperdaya wanita untuk tidur dengan Sunny dan memeras ugut mangsa kemudiannya. Suria, Mina dan Zakiah adalah tiga gadis remaja yang dalam perjalanan untuk mencari hiburan hujung minggu di Kuala Lumpur. Tanpa disangka, malam itu berubah menjadi suatu peristiwa yang menyeramkan apabila mendapati diri mereka diburu oleh satu makhluk yang mengerikan. Sandra adalah seorang gadis sekolah yang menjadi mangsa deraan seksual oleh Jefri.

Lebih dari itu, Sandra telah diperkosa beramai-ramai oleh satu geng motosikal yang dianggotai Jefri dan abang kandung Sandra sendiri iaitu Burn. Acara perkosaan ini telah dirakamkan oleh geng ini melalui kamera telefon bimbit Jefri. Dalam filem 3GP, kehidupan watak-watak berbeza ini akhirnya bersulaman dan berkait melalui pembocoran klip-klip 3gp mereka kepada masyarakat Internet dan dunia mereka bertembung dalam satu kemuncak yang dramatik.



P/S : Zahiril Adzim Merupakan Salah Satu Sebab Aku Mahu Menonton Filem Ini Kerana Filem - Filem Lakonan Beliau Kebanyakkannya 'Bermaruah' Tinggi! Aku Harap Filem Ini Adalah Salah Satu Daripada Kelompok Filem Tersebut! (^_^)Y





2 ulasan:

  1. haha.. hans film ni yg ak x leh bla skly tjok die.. klip 3gp.. huhu..

    BalasPadam
  2. syuk : hahaha...tajuk dia mahal

    BalasPadam