11/10/11

Filem Sumpahan Puaka

http://farm7.static.flickr.com/6161/6224804365_aa5985a2d7_o.jpg


Filem:
Sumpahan Puaka


Pengarah:
M. Suurya


Genre:
Seram, Misteri & Keluarga


Pelakon:
Imuda, Mislina Mustaffa, Maimon Mutalib, Rozita Rohaizad,
Erry Putra, Shafiq, Haziq, Leya, Abdul Ghani, Mashitah & Etc.


Tarikh Tayangan:
20 Oktober 2011


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang seorang pelukis, Shamsudin yang bercadang untuk memasuki sebuah kampung untuk mencari ilham melukis bagi menghasilkan karya lukisan terbarunya. Setelah berada di kampung itu untuk beberapa hari, Shamsudin mengalami pelbagai insiden yang pelik. Mak Jah berjaya memaksa Shamsudin untuk bersumpah supaya akan sentiasa menjaga Mak Jah. Shamsudin mula merasa pelik apabila ada yang memberitahunya bahawa Mak Jah sebenarnya telah mati.


Trailer:



Pandangan Hans:

Aku kurang pasti tentang tarikan filem ini kerana tahun ini saja jika tidak silap aku lebih 10 filem bergenre seram sebagai terasnya akan memenuhi pawagam tempatan. Jadi, disebabkan lambakan filem - filem bergenre sebegini menyebabkan filem seram sudah punya tanda arasnya yang tersendiri dimana pada tahun ini sahaja sudah ada 3 filem yang selalu digunakan oleh penonton - penonton untuk mengukur tahap keseraman atau bagusnya jalan cerita dan mesej sesebuah filem seram tersebut iaitu filem Khurafat, Seru dan yang terbaru iaitu Al - Hijab.

Pada pandangan kasar aku apabila menonton trailer filem Sumpahan Puaka ini, satu perkara yang menarik perhatian aku ialah pelakon utamanya iaitu Mislina Mustaffa. Aku tidak boleh nafikan aku mengagumi lakonan anak seni ini yang bagi aku begitu hebat dan bersungguh - sungguh dalam menjayakan setiap watak yang diberi kepadanya seperti di dalam beberapa filem iaitu Bukak Api, Mukhsin, Cun, Anak Halal, Talentime dan banyak lagi. Itulah daya tarikan beliau yang memungkinkan aku untuk menonton filem ini. Apa - apapun, nantikan filem ini di pawagam berhampiran anda.


P/S : Filem Bergenre Seram Semakin Banyak Namun Belum Tentu Semuanya Akan Berjaya Kerana Filem Seram Tempatan Kini Sudah Ada Penanda Arasnya! (^_^)Y





Tiada ulasan:

Catat Ulasan