4/11/11

Filem Ombak Rindu



Filem:
Ombak Rindu


Pengarah:
Osman Ali


Genre:
Drama & Romantik


Pelakon:
Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani, Bront Palarae,
Azizah Mahzan, Zaidi Omar, Normah Damanhuri & Etc.


Tarikh Tayangan:
01 Disember 2011


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan iaitu Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbeza dan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di Kuala Lumpur untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda bernama Hariz yang merupakan anak kepada Datuk Sufiah iaitu seorang pemilik empayar perniagaan telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanannya namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.


 Aaron Aziz Dan Maya Karin


Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. Namun selepas itu, Hariz yang bersifat kasar dan panas baran orangnya telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. Hariz kemudian terpaksa menikahi Mila yang merupakan kawan di zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah. Tambahan pula Mila pun amat mencintai Hariz. Semasa Hariz koma di hospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari rumah Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.


Lisa Surihani Kembali Tampil Dengan Watak Antagonis


Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalin hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah pak Dollah iaitu pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa Hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuknya supaya kembali kepangkuan beliau.Adakah Hariz akan berjaya? Apakah yang akan terjadi seterusnya? Saksikan filem ini di pawagam berhampiran anda pada 1 Disember 2011 ini


Trailer:




Pandangan Hans:

Aku suka membaca novel(cuma kini tiada masa untuk melakukan perkara ini seperti di zaman sekolah) dan filem Ombak Rindu sebenarnya adalah adaptasi daripada sebuah novel yang popular di kalangan pembaca novel di Malaysia yang juga berjudul Ombak Rindu. Kini aku sedang berfikir perlukah aku membaca novel ini dulu sebelum pergi menonton atau pun pergi menonton tanpa membaca novel ini terlebih dahulu? Aku takut jika aku membaca novel maka aku akan rasa kecewa yang teramat seperti mana aku menonton filem Lagenda Budak Setan sebelum ini jadi aku rasa mungkin aku akan menonton filem ini seperti mana aku menonton filem Karipap - Karipap Cinta pada 2 bulan lepas(menonton tanpa mengetahui perjalanan kisah novel nya!)


Osman Ali


Melihat kepada pengarahnya iaitu Osman Ali yang sebelum ini mengarahkan filem - filem yang menjadi kesukaan aku seperti filem Anak Halal, Bukak Api dan Cun maka semestinya aku menaruh harapan yang tinggi terhadap filem ini. Tetapi, melihat pula kepada nama penerbit filem ini iaitu Sharad Sharan membuatkan aku sangat fobia apabila teringatkan filem - filem arahannya sebelum ini iaitu Diva, Tipu Kanan Tipu Kiri(sumpah aku tertipu tengok filem nih) dan Lagenda Budak Setan yang ada antaranya kurang menyengat dan ada juga yang amat mengecewakan membuatkan aku agak sangsi dengan filem ini namun disebabkan kali ini beliau hanya bertindak sebagai penerbit maka ia membuatkan aku rasa sedikit lega. Hahaha!!


Lakonan Bront Palarae Selalunya Tidak Mengecewakan!


Melihat kepada senarai pelakon pula semestinya nama 2 figura yang aku sangat kagumi lakonan mereka iaitu Bront Palarae(sangat berbakat orangnya) serta Aaron Aziz membuatkan aku terpanggil untuk menonton filem ini. Aku juga yakin Lisa Surihani akan berjaya membawakan wataknya di dalam filem ini dengan baik dan dengar katanya Lisa akan memegang watak antagonis dan jika beliau boleh melakukan 2 kali lebih baik berbanding wataknya di dalam filem V3 Rempit maka aku yakin watak Lisa di dalam filem Ombak Rindu ini pasti akan diingati penonton.


 Barisan Pelakon Filem Ombak Rindu


Apa - apapun, aku mengharapkan pawagam berdekatan menayangkan filem ini dan insyaallah jika aku berpeluang menonton maka adalah review yang aku akan cuba tulis dengan seikhlas dan sebaik mungkin. Jadi, selamat menonton filem Ombak Rindu pada 1 Disember 2011 ini yer!




P/S : Bunohan! Misteri Jalan Lama! Ombak Rindu! Kopak Duit Aku! Hahahaha! (^_^)Y 





3 ulasan:

  1. aku dah bace novel die!!!!!!! harap2 di garap sebagus novel

    BalasPadam
  2. better u jgn bce novel dia dlu...sbb tkot kuciwa filem x se best novel..hehe..novel dia mmg ant yg terbaik penah di baca..still thinking yg watak izzah x sesuai gan maya karin..oh my..zzz

    BalasPadam
  3. aku dah redy nih nak tengok...b4 raya haji aku tau trikh tayangan aku dh sibuk post kat wall,,undang kengkawan g tengok samer..mana yg duk jauh...siap janji depa tengok kat tempat depa...aku plak...siap wat apointment ngan kengkawan dekat2 sini (jb)..anak2 plak aku dh tulis surat rayuan dan permohonan kat husband tolong jaga masa aku p tengok...(koz abg tak nak tengok sme2 dgn aku...buruk katanya kalau aku nanges kat panggung tu nanti)...ekekke...harap2 berbaloi lah apa yg aku dh stanby nih...huhuhuh

    BalasPadam