10/11/11

Review Filem Abuya



Filem:
Abuya


Pengarah:
Imran Haji Ismail


Genre:
Drama


Pelakon:
Faizal Hussein, Jue Aziz, Yank Kassim, Adrea Abdullah, Khir Mohd Noor & Etc.


Penilaian:
2 / 10


Sinopsis:

Di sebuah kampung bernama Kampung Bukit Lalang yang terletak di sempadan Malaysia Thai,10 KM dari garisan sempadan Thailand. Seorang peniaga bernama Abu Zakaria telah datang ke kampung ini dan berkahwin dengan Rubiah seorang wanita kaya di kampung Bukit Lalang. Selepas itu Rubiah menghantarnya ke Turki untuk belajar ilmu agama, tetapi bila dia pulang Abu Zakaria membawa pulang seorang perempuan GRO berbangsa Turki yang dijadikan isteri keduanya. Kepulangannya ke kampung membawa sedikit perubahan pada dirinya.

Dia telah menyerapkan unsur- unsur penyelewengan serta menyesatkan sebahagian penduduk kampung itu. Abu Zakaria telah menubuhkan markaznya sendiri yang diberi nama Markaz Khalifah dan mengelarkan dirinya sebagai Abu Ya. Sejak terdirinya Markaz Khalifah ini, semakin ramai pengikut dari berbagai bangsa, agama atau pun keturunan yang mengikut ajaran sesat Abu Ya. Dengan kebolehan luar biasa yang dipelajarinya semasa di Turki itu membuatkan Abu Ya lebih kuat dan berkuasa. Dia bernikah lagi dengan Adawiyah anak seorang pejuang pemisah Pattani dan mempunyai seorang lagi isteri bernama Suraya.

Kerana kesesatan yang melampaui batas segala kegiatannya telah diketahui oleh orang kampung dan pihak berkuasa Malaysia Thailand. Kehidupan songsang yang diamalkan oleh pengikut Abu Ya telah menjadi daya tarikan dari golongan sampah masyarakat untuk menyertai kegiatan Abu Ya. Markaz Khalifah bukan sahaja dijadikan pusat pemujaan tetapi juga menjadi pusat latihan perang yang lengkap dengan senjata api. Kisah ini bermula dari tahun 2002 dan telah dimusnahkan oleh pihak berkuasa Malaysia Thailand pada Julai 2005 atas kesalahan ingkar dan cubaan merampas kuasa dari Yang DiPertuan Agong.


Ulasan Hans:

Aku mengambil risiko yang agak tinggi dengan melabur duit sendiri untuk menonton filem ini walaupun trailer filem ini sebenarnya kurang berjaya menarik perhatian aku. Mungkin kekuatan utama filem ini yang berjaya menghasut hatiku untuk pergi menonton ialah aura yang datang dari tunjang utamanya iaitu Faizal Hussein. Baiklah! Aku tak mahu mengulas terlampau panjang sebab jika mengikut emosi aku selepas menonton filem ini memang banyak benda yang aku tidak berpuas hati. Menonton filem ini mengingatkan aku pada kisah Ayah Pin dan Al - Maunah.


Faizal Hussein Sebagai Abuya


Baiklah! Dari segi lakonan pelakon - pelakon yang sudah ada nama sememangnya lakonan mereka cukup mantap! Aku suka melihat lakonan Faizal Hussein kali ini yang sememangnya nampak hidup dan bijak bermain emosi serta riak wajah. Pelakon - pelakon lain seperti Jue Aziz, Yank Kassim dan sebagainya yang kita selalu lihat di televisyen juga bagus dalm menghidupkan karakter mereka sehabis baik. Tetapi, tidak untuk pelakon - pelakon tambahan lain yang tidak aku kenali. Nampak seperti mengikut skrip dan kurang hidup. Memang babak kemunculan mereka hanya di dalam lingkungan 1 atau 2 minit tetapi disebabkan filem ini agak perlahan momentum ceritanya dan apabila kemunculan mereka - mereka yang membosankan ini di dalam masa yang singkat itu menyebabkan filem ini menjadi bertambah bosan. Serius aku sedikit stress di dalam panggung sebentar tadi walaupun aku masuk ke dalam dengan penuh keceriaan.


Tak Perasan Pula Aku Babak Nih! Ada Ker Tadi?


Memandangkan filem ini telah diklasifikasikan hanya untuk tontonan 18 tahun ke atas(aku kurang pasti 18SX atau 18PA) dan melihat kepada trailer filem ini sebelum ini pun sudah pasti ramai telah pun arif bahawa babak - babak seksual memang agak melatari filem Abuya ini. Sememangnya apabila jalan cerita menunjukkan Abuya yang mempunyai 4 isteri dan kebanyakkan isteri terabai maka sudah tentu ada lah yang dengki, iri hati dan pelbagai lagi kerana masing - masing mahu kan hak masing - masing. Jadi, aku sedikit mual apabila kamera terlalu banyak memfokuskan pada aset pelakon wanitanya serta beberapa babak yang menunjukkan aksi ghairah pelakon - pelakonnya. Babak yang melibatkan Jue Aziz sememangnya aku kurang faham. Perlukah menangis seperti kematian lelaki + rumah terbakar habis hanya semata - mata untuk membuat nasi kangkang? Kenapakah unsur seksual beliau di atas katil seorang diri terlalu lama dan difokuskan pada seluar kecil yang tersangkut dikakinya? Owhh!! Aku buntu dengan kepentingan dan kekuatan adegan ini ditunjukkan terlampau panjang.


 Adrea Sebagai Salah Seorang Isteri Abuya


Kemudian, ada satu perkara yang buat aku ketawa seorang diri tadi! Berkenaan babak yang menunjukkan pihak interpol yang menyiasat tentang ajaran Abuya ini. Aku tidak pasti dan sememangnya aku kurang arif tentang sesiapa yang terlibat dalam menjadi pihak interpol. Jadi, apabila melihat pelakon yang memegang watak ini aku jadi agak terkedu. Tiba - tiba aku teringat babak - babak di dalam drama gerak khas di televisyen. Adoi! Cara pelakon tersebut berdiri adakalanya seperti sedang menyanyi dalam persembahan nasyid pun ada sewaktu mendengar penerangan seorang pakcik di kawasan tersebut. Itu tak kisah sangat lah sebab paling tidak hilang sedikit stress aku sebab ketawa! Kemudian ada satu babak yang menunjukkan seorang lelaki yang dianggap musuh kerana menentang perjuangan Abuya ditangkap dan direjam sampai mati. Aku lihat lelaki tersebut kelihatannya sama seperti pihak interpol terbabit. Maafkan aku jika aku tersilap tetapi kalau betul itu adalah lelaki yang sama yang sebelum ini memegang watak sebagai pihak interpol maka aku agak pelik juga lah sebab begitu mudah lelaki itu ditangkap. Filem ini membuatkan aku pening kerana setiap adegan itu muncul secara tiba - tiba. Maksud aku disini daripada babak lain tiba - tiba menunjukkan babak lelaki yang dikata musuh itu telah ditangkap. Entah dari mana mereka dapat tangkap lelaki tersebut aku pun tidak tahu! Hahahaha!


Salah Satu Adegan Di Dalam Filem Ini


Sampai lah ke babak akhir dimana Abuya dan pengikut - pengikutnya berjalan ke hadapan beramai - ramai dan tiba - tiba habis begitu sahaja. Apa sebenarnya yang filem ini mahu tunjukkan? Abuya ini dikatakan sesat tetapi babak akhir yang ditunjukkan seolah - olah menggambarkan Abuya nih ibarat hero yang baik di dalam filem ini. Apakah ini semua? Apakah??? Kemudian, sewaktu senarai nama - nama pelakon naik tiba - tiba ada ditulis BERSAMBUNG dan aku terlihat ada nama ABUYA 2 di senarai kredit filem tersebut. Adakah filem ini ada sekuel nya? Itu aku tidak pasti tetapi sangat letih untuk menghabiskan tontonan filem ini pada pandangan aku. Bagi aku lakonan pelakon - pelakon utamanya sudah bagus dari segi memberikan mutu lakonan yang terbaik tetapi plot filem ini terlampau perlahan dan adakalanya melompat ke sana ke sini tidak tentu arah. Banyak perkara yang aku masih tidak faham atau adakah pengarah sengaja menyimpannya untuk sekuel akan datang(Jika Adalah Dan Jika Aku Mendapat Seru Untuk Menonton Kerana Fobia Aku Menonton Filem Ini Masih Belum Hilang!). Apa - apapun, bagi aku filem ini sedikit berat tetapi bukan bermaksud aku tidak menyukai filem berat tetapi aku rasa filem ini memang ada banyak perkara yang tidak kena. Mungkin rencahnya tidak cukup. Bagaimana aku mahu gambarkan yer??? Entah! Senang cakap lihatlah penilaian aku di atas untuk filem ini dan itu lah yang menggambarkan perasaan aku selepas keluar dari panggung wayang sebentar tadi. Selera setiap penonton berbeza - beza! Mungkin anda akan sukakan filem ini atau mungkin anda juga akan berpandangan sama seperti aku. Jadi selamat menonton untuk mengetahui adakah pendapat anda sama atau berbeza dengan ulasan kali ini! Assalammualaikum!




P/S : Selepas Ini Aku Akan Menonton Filem The Adventures Of Tintin : Secret Of The Unicorn 3D Pula Untuk Menggembirakan Hati Aku Kembali! Hahahaha!! (^_^)Y





17 ulasan:

  1. aku rasa nak p tgk sebab masa kecik2 aku selalu lalu perkampungan arqam dekat n9 tp x ingat area mana...

    BalasPadam
  2. lol, diorang gunakan SEKS untuk cari penonton...

    btw,time hang tengok tu..ramai orang tak?

    BalasPadam
  3. Phat : itu Arqam..ini lain kut..entah..tak tahu aku bab2 Arqam tu bro...hahaha..tapi kisah nih macam Ayah Pin + Al-Maunah jer aku rasa

    Azri : adalah dalam 10 orang..aku tengok pagi...pagi2 tak ramai..petang nanti tak tau la camner..hahaha

    BalasPadam
  4. cerita ni mmg ikut sejarah al arqam tu ke ?

    akk boleh bygkan kebosanan filem ni..huhu..

    BalasPadam
  5. Ummie Hanie : rasa2nya tak kut sis....macam tak ada kena mengena jer dengan al arqam tu..entah...

    BalasPadam
  6. trailer pun da tak bes, cane nak g tgk nih..btw, lawak la ayat 'plot melompat kesana kesini'..haha..nice review!

    BalasPadam
  7. rasa macam cancel je nak tengok cite ni.heheh :P

    BalasPadam
  8. cmne la pdgan budak2 kalo tgk cite ni
    kebetulan plak bapaknya dipanggil abuya...=.=''

    BalasPadam
  9. Nampak macam memang tak best saja filem abuya ni.

    BalasPadam
  10. Keseluruhannya, filem ini amatlah mengecewakan. 2 Alam aku rasa lebih baik garapannya walaupun ramai tak suka Dr. Rozmey. Abu Ya bukanlah sebuah filem bermesej, tetapi kalau sesape nak kasi stim ke, boleh la pergi. Banyak adegan bekemban tau dalam filem ni! Baik pergi tonton! Tapi kalau yang hendakkan mesej di sebalik filem ini, abaikanlah. Tunggu je di Astro First ataupun beli DVD cetak rompak je.

    : REVIEW: ABUYA II: KESESATAN MELAMPAUI BATASAN

    BalasPadam
  11. RM10 tu baik korang buat makan. lagi baik.

    BalasPadam
  12. PerangFilem : kalau aku tahu baik aku tgok filem Immortal...

    BalasPadam
  13. pegi blog Imran ni... bayak lagi filem dia menyusul. apa kata anda?

    http://imranhajiismail.blogspot.com/2011/04/baby-pride-in-name-of-fight.html

    BalasPadam
  14. haha..hans, memang betul ko amek risiko tengok filem camni.... aq punya turn wat review kat Kakiwayang.com tapi maybe carik cite lain la kot...cam seram sejuk je tengok cite ni, lebih2 lagi lepas pengalaman ngeri aq wat review Apa Tengok-tengok...haha..

    BalasPadam
  15. aku sanggup tak gi kerja semata2 nak jadi antara orang terawal(pagi khamis tayangan pertama).... dalam panggung aku berdua je ngan bini aku....... sepanjang cerita aku gelak je... dah asyik dengar bunyi burung gagak (bila siang) dan cengkerik (bila malam).. bab berlawan masa nak ending memang tak boleh terima langsung........ menyesal....

    BalasPadam
  16. Jangan pegi tgk cite abuya. Macam haram!!! Menyesal pegi tgk baik guna duit tu pegi makan or bagi sedekah kat orang buta.

    I had same experience with you, seriously stress wei tgk cite ni!!!

    Btw nice review it is exactly like what i was thinking.

    BalasPadam
  17. aku pon sokong utk "tidak menggalakkan" orang menonton filem ini. aku baru berkobar2 nak tengok filem melayu lagi2 teraju utamanya faizal hussein. memang tak paham langsung apa yg depa cuba sampaikan.

    BalasPadam