20/11/11

Review Filem Aku Bukan Tomboy



Filem:
Aku Bukan Tomboy


Pengarah:
Syamsul Yusof


Genre:
Komedi & Drama


Pelakon:
Syamsul Yusof, Scha Al Yahya, Shaheizy Sam, Salina Saibi, Sheera & Etc.


Penilaian:
7 / 10


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Farisa atau Isha yang berpewatakan tomboy yang dibesarkan oleh bapanya selepas kehilangan ibunya sejak kecil. Bermula dari zaman persekolahan yang penuh dengan dugaan kerana sering diganggu oleh beberapa orang pelajar 'pengkid' antaranya Bell dan Sam. Tekanan disekolah yang dialami Farisa mendorongnya untuk mengubah dirinya sebagai seorang yang berpesonaliti agresif dan kasar. Walaupun berpenampilan persis seorang lelaki namun Farisa masih mempunyai naluri sebagai seorang gadis sejati. Perwatakan sebegini berterusan sehingga ke alam pekerjaannya sebagai seorang penghantar pizza.


 


Masalah mula timbul apabila Farisa dikejutkan dengan kemunculan dua jejaka iaitu Harry dan Burn yang berhasrat menjalinkan hubungan istimewa dengannya. Harry merupakan seorang juru jual yang terlebih dahulu berkawan rapat dengan Farisa dan kemudian merasa tergugat apabila Burn muncul sebagai pesaing yang mencetuskan perebutan antara mereka berdua untuk mendapatkan Farisa. Dalam masa yang sama Farisa juga berdepan dengan konflik perbezaan darjat dan kedudukan Burn sebagai Eksekutif Junior di syarikat bapanya yang menyukarkan lagi hubungan mereka.



Di samping itu, Farisa secara kebetulan bertemu semula dengan Bell dan Sam yang merupakan pengkid yang turut berebut untuk menjadikannya sebagai pasangan mereka. Konflik cinta tiga segi yang berbeza ini telah mewarnai catatan kehidupan Farisa iaitu si gadis tomboy. Persoalannya ialah siapakah yang menjadi pilihan Farisa di antara Burn dan Harry dan bagaimanakah Farisa mengelakkan dirinya daripada gangguan berterusan Bell dan Sam? Saksikan filem yang cukup kelakar ini di pawagam berhampiran anda.


Ulasan Hans:

Syamsul Yusof cuba untuk menjadi seorang pengarah yang cuba lari daripada dikaitkan dengan general filem tertentu sahaja dengan kali ini menampilkan sebuah filem komedi pertama arahannya. Jika sebelum ini beliau cukup hebat di dalam menghasilkan filem - filem bergenre seram mahu pun bercorak aksi namun masih ramai yang agak meragui kemampuannya di dalam menerbitkan filem di dalam acuan komedi. Lihat sahaja Pierre Andre yang hebat di dalam filem - filem seramnya namun terkulai apabila mengarahkan filem komedi atau romantik seperti filem 9 September yang gagal menarik perhatian penonton secara optimum.


 Salah Satu Babak Di Dalam Filem Ini


Bagi aku percubaan pertama Syamsul Yusof di dalam mengarahkan filem komedi wajar dipuji kerana sememangnya filem ini sangat menghiburkan. Walaupun terdapat beberapa plot ceritanya yang lebih kurang sama dengan filem - filem berkenaan kisah wanita tomboy pada beberapa adegan namun harus aku akui pemilihan pelakonnya yang tepat menjadi kunci kepada kejayaan filem ini menghiburkan penonton yang menonton dengan harapan yang menggunung.


Comelnya Watak Farisa Lakonan Scha Al Yahya Nih!


Memilih pelakon Scha Al Yahya untuk melakonkan watak Farisa sememangnya langkah yang sangat tepat dan bijak. Aku cukup suka melihat bagaimana karakter ini dihidupkan oleh Scha dengan begitu berkesan dan cukup bernyawa sekali dari segi 'kejantanan' serta roh kewanitaan yang terdapat pada watak Farisa itu. Dari gaya berjalan, riak wajah, intonasi suara, permainan mata, dan kecomelan beliau telah berjaya melengkapi watak Farisa ini dengan begitu menarik. Belum dicampur dengan ketawanya yang garau namun berjaya membantu menghidupkan suasana filem itu dengan begitu konsisten. Pada pandangan peribadi aku sendiri, Scha sememangnya sesuai dengan watak - watak sealiran dengan watak Farisa itu kerana aku nampak beliau berjaya menjiwainya dengan cukup mendalam.


Shaheizy Sam Memang Kelakar


Shaheizy Sam pula memang tidak dapat dinafikan lagi sememangnya berbakat besar dan berikan apa sahaja watak padanya pasti akan berjaya disempurnakan dengan begitu baik dan teliti. Bagi aku watak Sam di dalam filem ini rasa - rasanya tidak lah terlalu berat namun sesekali melihat adegan yang memerlukan Sam mengeluarkan emosi melankoliknya itu dan perlu juga di dalam masa yang sama melahirkan unsur humor menyebabkan aku menghormati figura ini. Aku mengharapkan agar pengarah - pengarah Malaysia memberikan Sam watak yang lebih menguji beliau kerana sayangnya beliau mempunyai bakat yang besar tetapi tidak dieksploitasikan secara menyeluruh oleh pengarah - pengarah tempatan. Apa - apapun, Sam memang terbaik!


Keluarga Farisa


Harun Salim Bachik pula yang memegang watak sebagai ayah kepada Farisa seperti biasa tidak sah jika tidak membuatkan penonton ketawa. Gayanya yang kelihatan cukup neutral dan spontan itu memang menggamit ketawa penonton apabila muncul sahaja adegan yang melibatkannya. Syamsul Yusof pula yang memegang watak sebagai Burn iaitu seorang lelaki yang agak lurun bendul juga tidak mengecewakan. Agak menarik watak itu dan aku merasakan lakonan Syamsul semakin hari semakin bagus. Tahniah Syamsul! Salina Saibi dan Sheera yang memegang watak sebagai pengkid pula bagi aku amatlah mengejutkan dimana kejutan itu bukannya bermaksud aku terkejut kerana mereka sanggup menjadi pengkid di dalam filem ini tetapi watak tersebut berjaya disempurnakan dengan cukup berkesan dan menggelikan aku. Hahahaha! Memang betul - betul menjadi terutamanya Salina Saibi. Aku hampir - hampir tidak percaya bahawa watak Sam itu adalah beliau sebab aku ingatkan betul - betul pengkid. Hahaha!


 Salina Saibi Sebagai Sam


Mengapa aku hanya mengulas tentang lakonan pelakon - pelakonnya sahaja? Ini disebabkan pelakon - pelakon di dalam filem ini lah yang berjaya menghiburkan dan menghidupkan filem ini. Dari segi jalan cerita bagi aku biasa sahaja lah seperti filem - filem yang lebih kurang sealiran dengan filem ini dan ini pun diakui sendiri oleh Syamsul di dalam rancangan Diva di RTM1 jika tidak silap aku. Namun, ingin aku katakan disini filem ini sebenarnya walaupun ada menyelitkan beberapa babak yang menggelikan berkenaan ayat - ayat romantik pengkid namun filem ini sebenarnya langsung tidak menyokong hubungan sejenis ini kerana beberapa watak ditugaskan untuk membantai dan membelasah habis - habisan masalah ini di dalam dialog mereka. Dialog yang mungkin kasar tetapi bak kata pepatah siapa makan cili dialah merasa pedasnya. Agak menarik dialog - dialog tersebut walaupun terdapat unsur seksual. Satu kelemahan yang aku ingin katakan disini ialah berkenaan perjalanan plot ceritanya dimana filem ini tidak menceritakan tentang kisah lampau Farisa bagaimana beliau boleh berubah menjadi tomboy tidak dipaparkan di dalam filem tersebut secara jelas dan terperinci. Jika diselitkan satu dua adegan masa silamnya mungkin filem ini akan menjadi lebih menarik.


Watak - Watak Ini Menggelikan Dan Menggerunkan Aku
Tetapi Berjaya Dilakonkan Dengan Baik Sekali!


Filem ini sangat menghiburkan cuma ingin aku katakan disini ialah pada pandangan peribadi aku jika anda yang sudah berkahwin dan ingin membawa anak anda bersama menonton filem ini baik lupakan sahaja kerana bagi aku kanak - kanak tidak sesuai untuk menonton filem ini kerana terdapat beberapa dialog yang tidak sesuai untuk didengar oleh kanak - kanak. Apa - apapun, memang berbaloi menonton filem ini sebagai hiburan dan kepada yang ingin menonton maka aku ucapkan selamat menonton dan semoga sentiasa ketawa seperti aku semasa di dalam panggung. Tahniah pada semua pelakon dan krew produksi filem Aku Bukan Tomboy. Jumpa lagi pada review filem akan datang. Assalammualaikum dan salam sejahtera!


P/S : Watak Farisa Lakonan Scha Sangat Comel (^_^)Y




12 ulasan:

  1. scha rmbut pendek comel! mcm aku. eh? :P

    BalasPadam
  2. perasan tak 5 pelakon utama tu sume nama start from "S" ? ;)

    BalasPadam
  3. terjah..hehe, thx review. scha yg buat lakonn tomboy buat aku teringt cite nasha aziz cite laila isabella..

    BalasPadam
  4. scha memang comel. haha

    review kau ni buat aku teruja pulak nak tengok. hehe

    BalasPadam
  5. wah..macam best..

    scha dengah sam mesti kelakar :D

    BalasPadam
  6. Sebelum ni ade tengok trailer filem ni..memang nampak best filem ni..filem genre komedi pertama syamsul yusof pulak tu.

    BalasPadam
  7. haha...pendek kata, filem ni ala2 gabungan Awan Dania n Adnan Sempit...haha...

    BalasPadam
  8. bro, boleh email info/contact no korang to ajamihashim@gmail.com nak jemput prev Ombak Rindu tQ:)

    BalasPadam
  9. ekekeke..actually, baru tengok semalam dari dvd. memang best and lakonan as pengkid dari salina and sheera bikin bulu roma naik and meremang. ekekeke

    BalasPadam