28/01/11

6 Progresif : Kisah Dunia Pelajar Yang Menarik



Drama Bersiri:
6 Progresif


Tayangan:
TV9


Hari:
Setiap Khamis


Pukul:
8.30 Malam


Pengarah:
Fairuz Loy


Pelakon:
Hanis Kamal, Zahiril Adzim, Nas-T, Nabila Dally, Faralyna Idris & Etc.


Jumlah Episod:
14 Episod


Sinopsis:

Mengisahkan seorang pelajar baru(Hanis Kamal) yang berpindah ke sebuah sekolah baru(sekolah kebangsaan) akibat satu masalah disiplin sewaktu beliau belajar di sebuah sekolah swasta. Disana, beliau di tempat di dalam kelas tingkatan 6 yang paling bijak iaitu kelas 6 Bestari. Bekas ketua pengawas, Kecoh(Nas-T) yang juga merupakan ketua kelas 6 Bestari di paksa oleh pengetua baru, Cikgu Ahmah(Zaibo) untuk meletakkan jawatan dan diganti oleh budak baru tersebut.

Si Kecoh telah berjaya mendapat tahu tentang masalah disiplin yang dihadapi oleh budak baru di sekolah lama beliau lalu melaporkan kepada pengetua, Cikgu Ahmad. Akhirnya, pelajar baru tersebut di tempatkan di kelas paling bawah atau bermasalah iaitu kelas 6 Progresif yang diketuai oleh Nik Adli(Zahiril Adzim). Sewaktu hari pertama di dalam kelas tersebut, begitu ramai pelajar yang mengugut budak baru tersebut untuk menyertai kumpulan mereka seperti kumpulan Rempit dan kumpulan Sideburns.

Budak baru sekarang di dalam dilema. Beliau takut untuk membuat keputusan dan tanpa beliau sedar Nik Adli sebenarnya juga seperti beliau yang ditempatkan di kelas 6 Bestari sebelum ditendang ke kelas 6 Progresif. Apakah yang akan berlaku? Adakah budak baru tersebut akan sentiasa menjadi mangsa buli? Saksikan di kaca televisyen anda yer.


Ulasan:

Aku suka penggunaan perkataan 'Survival' dalam drama nih. Setakat nih baru berkesempatan menonton episod pertama dan kedua. Bagi aku kisah drama ini sangat menarik sebab ia bukannya kisah tentang pelajar sekolah yang terjebak dengan cinta monyet atau pun ponteng sekolah ker apa. Bagi aku ada kelainan dan mesej yang unik untuk disampaikan dalam kisah ini. Apa - apapun, aku memang terhibur dan terkenang kembali zaman - zaman sewaktu belajar dulu bila menonton drama bersiri ini.

Aku rasa korang kena tengok dan jangan risau kepada yang tak ada piring Astro di rumah sebab drama bersiri ini disiarkan di TV9 yer. Apa - apapun, aku suka drama ini. Mungkin ada pengalaman yang sama lebih kurang. Hahaha! Menarik dan menarik sebab kisah ini sebenarnya menunjukkan yang pelajar mesti bersedia menghadapi dunia luar yang lebih mencabar berbanding sewaktu berada di sekolah! Bila korang tengok maka korang akan faham apa yang aku cuba sampaikan. Paling penting aku suka nama pelakon utama dia. Hahaha. Jadi, selamat menonton!





23/01/11

Review Filem : Faster



Filem:
Faster


Genre:
Drama, Aksi & Pengembaraan


Pengarah:
George Tillman Jr.


Pelakon:
Dwayne Johnson, Billy Bob Thornton,
Maggie Grace, Oliver Jackson & etc.


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan si The Rock(aku lupa apa nama watak dia dalam filem nih) yang membalas dendam dengan mencari setiap seorang daripada senarai perompak yang merompak dan membunuh ahli - ahli kumpulan serta abang kesayangannya. Jadi, dia memburu seorang demi seorang yang terlibat tetapi dia masih belum tahu siapakah dalang di sebalik semua ini. Dalang itu pula telah mengupah seorang pembunuh upahan untuk membuh si The Rock nih. Jadi, apa kesudahannya? Tengoklah sendiri! Haha!


Ulasan Tuan Punya Blog:

Filem nih sebenarnya boleh jadi menarik sebab The Rock tu digambarkan sebagai seorang yang sangat berhati kering. Buktinya dia selamba jer bunuh musuh - musuh dia tu depan orang ramai tanpa memakai topeng langsung dan memang tak ada perasaan belas kasihan pun pada mereka - mereka yang berkenaan. Cuma agak bosan kerana semua orang jahat dibunuh dengan masa yang cukup pantas. Mungkin untuk mendekatkan perlakuannya dengan tajuk filem ini iaitu Faster yang bermaksud pantas barangkali. Membunuh dengan pantas. Pantas dari segi masa!

Apa - apapun, bagi aku filem nih biasa - biasa jer lah! Layan jugalah aksi - aksi The Rock dalam filem nih. Babak paling lucu waktu dia berdepan dengan musuh dia yang masa tu dah berubah menjadi baik. Tak silap musuh dia tu jadi paderi kut. Itu agak luculah dan membuktikan watak The Rock dalam filem nih masih belum kering hatinya. Watak pembunuh upahan tu juga agak cool sebab aku dapat menghayati watak dia yang mahu menjadi sempurna atau orang kata perfectionist tu. Hehehe!

Apa - apapun, selamat menonton di pawagam berhampiran anda dan aku beri 3 bintang daripada 5 bintang. Aku kurang sihatlah sekarang! Waktu - waktu macam nih lah selesema dengan demam datang!




16/01/11

Review Filem : Khurafat



Filem:
Khurafat

Pengarah:
Syamsul Yusof

Pelakon:
Syamsul Yusof, Liyana Jasmay, Sabrina Ali, Fauziah Nawi,
Salina Saibi, Mariani, Zendy Rosman, Latif Borgiba, A.Galak.

Klasifikasi:
PG13

Tarikh Tayangan:
Bermula 13 Januari 2011


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang Johan yang bekerja sebagai salah seorang pembantu perubatan dan baru sahaja berkahwin dengan seorang wanita bernama Aishah. Pada permulaannya mereka hidup bahagia tetapi hari demi hari kebahagiaan mereka mula terhakis dek daripada gangguan misteri yang sering mengganggu mereka sepanjang masa.

Johan mengesyaki gangguan ini berpunca daripada rasa tidak puas hati seseorang terhadap dia atau pun isterinya dan Johan mula berfikir siapakah insan - insan yang berpotensi untuk menjadi punca kepada semua masalah yang melanda mereka suami isteri. Kini hanya ada dua orang sahaja yang berpotensi untuk melakukan perkara khurafat ini terhadap Johan dan isterinya iaitu sama ada seorang perempuan tua yang bekerja sebagai tukang sapu di tempat kerja Johan yang sering menyapa beliau dan memberi beliau makanan ataupun seorang gadis bernama Anna, iaitu bekas kekasih Johan yang masih menaruh cinta terhadapnya.

Jadi, siapakah sebenarnya dalang yang bertanggungjawab di dalam masalah ini? Anna atau nenek tua itu? Adakah gangguan terhadap Johan dan isterinya akan berakhir? Saksikan filem Khurafat di pawagam berhampiran anda sekarang.


Ulasan Tuan Punya Blog:

Secara jujurnya aku tidak meminati karya - karya anak Dato Yusof Haslam sebelum ini. Tetapi, bila mendengar beberapa komen daripada rakan - rakan yang telah pergi menonton serta ini merupakan filem pertama arahan beliau yang bergenre seram maka tiba - tiba aku mahu mencuba nasib melabur wang aku untuk menonton filem Khurafat ini. Siapa yang tidak tertarik apabila ada rakan - rakan yang bercerita bahawa filem ini sangat seram sehinggakan ada yang menutup mata daripada awal filem hingga ke akhir. cerita Memang seram sangat bunyinya tu.

Panggung wayang tadi memang penuh dengan manusia. Tiada langsung satu pun tempat duduk yang kosong. Aku pula duduk di barisan yang agak depan sedikit. Senang cakap aku suka pada keseraman yang ada pada filem ini. Memang seram tetapi aku betul - betul terkejut hanya pada satu atau dua adegan. Yang lain - lain tu aku tak terkejut tetapi orang lain semua menjerit - jerit. Bukan nak cakap aku berani ker apa tetapi ada sebabnya yang buat aku tak ikut menjerit macam orang lain. Nanti akan aku ceritakan pada entry akan datang.

Baiklah! Jalan ceritanya bagi aku boleh tahanlah! Tahap keseraman dia memang terbaik kerana dibantu oleh sistem bunyi dan juga make up hantunya yang adakala nampak agak menarik walaupun hantunya ala - ala hantu di dalam filem Ju On. Lakonan kesemua pelakon juga boleh tahanlah. Filem ini memang mempunyai mesej yang padat.

Cuma satu jer yang aku harap pengarah filem di Malaysia perlu ubah apabila mengarahkan sebuah filem bergenre seperti ini. Aku tahu kegelapan atau pun pencahayaan yang suram itu penting bagi meningkatkan mood seram dan emosi ketakutan para penonton tetapi kalau boleh cuba elakkan dari terlalu kerap menggunakan kesuraman lampu itu semata - mata untuk memancing ketakutan khayalak.

Jika mengikut logik akal pun mana ada hospital atau bilik pejabat yang segelap sebegitu sepanjang masa. Tidak semestinya jika suasana bilik itu cerah maka keseraman tidak boleh dicipta pada adegan itu. Aku rasa hal itu jer lah kut yang perlu diubah. Apa - apapun, ini memang satu percubaan terbaik daripada Syamsul Yusof. Tahniah kepada beliau dan seluruh warga krew produksi yang terlibat dalam menjayakan filem Khurafat ini.

Daripada 5 bintang, aku memberi 4.7 bintang kepada filem Khurafat untuk keseraman filem nih. Kepada yang lemah semangat atau sakit jantung tu rasa - rasanya kena fikir 10 kali dulu kut nak menonton filem ini sebab memang seram. Selamat menonton yer kepada semua!


P/S : Nak Tahu Seram Tak Seram?
Mat Rempit Pun Jerit Baiiiiii! Hahahahahaha!




13/01/11

Review Film : 127 Hours



Filem:
127 Hours

Genre:
Pengembaraan, Biografi, Drama

Pengarah:
Danny Boyle

Pelakon:
James Franco, Amber Tamblyn, Kate Mara


Sinopsis Filem:

Kisah benar tentang seorang pendaki gunung bernama Aron Ralston yang tergelincir seterusnya terjatuh dan terperangkap di dalam sebuah lurah(tak pasti lurah ker gaung ker lembah ker...janji memang bawah gunung lah...hehehe). Cuma apa yang menjadi masalahnya sekarang ialah tangan dia tersepit dengan sebuah bongkah batu yang besar yang menimpa tangannya. Pelbagai - bagai cara dibuat oleh beliau untuk menyelamatkan diri sehinggalah masuk hari kelima termasuk cubaan memotong tangan beliau sendiri dengan sebuah pisau lipat. Dengan sumber air dan makanan yang telah habis membuatkan beliau terpaksa minum air kencing sendiri. Kemudian timbul pelbagai bayangan seperti bayangan kekasih, keluarga, budak kecil dan kawan - kawan yan muncul dihadapan mata beliau. Adakah beliau berjaya menyelamatkan diri atau diselamatkan sedangkan beliau terperangkap di dalam lurah yang sangat dalam atau pun mati disitu juga? Selamat menonton!


Ulasan Tuan Punya Blog:

Aku terlupa bahawasanya filem ini berdasarkan kisah benar. Jadi, sewaktu aku tengok dalam mood yang tension(nak tahu sebab apa boleh tengok previous entry) aku terfikir ada ker manusia yang setabah macam nih? Jadi, aku cuma tengok jer lah tanpa ada perasaan sangat pada permulaanya. Kadang - kadang terlelap juga lah juga 10 saat tapi lepas tu terjaga balik. Ada adegan yang sedikit bosan tapi ada yang betul - betul mengujakan.

Bila sampai scene dia nak potong tangan dia tu memang aku rasa macam nak muntah pun ada. Hahahaha! Geli gila! Kemudian, bila habis baru aku tahu ini kisah benar. Memang kagumlah sama Aron Ralston. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh tengok interview dia dekat youtube. Korang search jer dekat youtube nama ARON RALSTON. Mesti keluar punya. Apa - apapun, aku puas hati sebab pertama filem nih memang based on true story. Kedua, alhamdulillah sebab happy ending jugalah. Ketiga, seronok sebab filem nih bukan macam filem Buried. Kalau tidak memang tension jer aku susah payah menonton. Hehehe! Korang tengoklah sendiri! Aku nih kalau filem - filem yang melibatkan kejadian benar nih memang aku suka tengok. Selamat menonton!


Aron Ralston Bersama Isteri Beliau