26/03/11

Review Filem : World Invasion : Battle Of Los Angeles



Filem:
World Invasion : Battle Of Los Angeles


Genre:
Aksi, Fiksyen & Thriller


Pengarah:
Jonathan Liebesman


Pelakon:
Aaron Eckhart, Ramon Rodriguez, Cory Hardrict, Ne-Yo,
James Hiroyuki Liao, Bridget Moynahan, Noel Fisher & Etc.


Sinopsis:
NASA telah melihat pergerakan meteor yang semakin hampir dengan bumi dan mengjangkakan kesemua meteor itu akan terhempas ke laut. Namun meteor yang terhempas itu sebenarnya membawa makhluk - makhluk yang tidak dikenali masuk ke dalam bumi dan seluruh dunia diserang oleh makhluk - makhluk asing ini. Pihak ketenteraan Amerika Syarikat telah mengerahkan kesemua askar mereka untuk bertempur dengan makhluk asing yang mereka tidak tahu apa - apa langsung tentang kelemahan mahu pun kekuatan makhluk itu. Namun, sistem pertahanan Amerika Syarikat yang canggih itu lumpuh dengan serta merta. Pangkalan tentera mereka musnah sekelip mata. Hampir keseluruhan Amerika Syarikat telah dijajah oleh makhluk asing ini. Jadi, kini Amerika Syarikat bergantung harap kepada beberapa orang askar mereka yang masih hidup dan berkebolehan yang diketuai oleh Sarjan Michael Nantz untuk membebaskan Amerika Syarikat daripada dijajah oleh makhluk asing ini. Berjayakah mereka menewaskan makhluk asing ini? Adakah kejayaan itu akan diakhiri dengan kematian mereka? Selamat menonton di pawagam berhampiran anda.


Ulasan:

Aku mendapat banyak komen positif yang menyarankan aku untuk pergi menonton filem ini. Jadi, kerana sedikit terpengaruh maka dapatlah juga akhirnya aku menonton filem World Invasion : Battle Of Los Angeles nih. Baiklah! Bagi aku filem nih sama jer konsepnya dengan filem - filem lain sebelum ini yang bertemakan peperangan antara manusia dengan makhluk asing di mana manusia mahukan kebebasan dan makhluk asing @ alien mahu menjajah bumi kerana bahan mentah.

3 perkara yang aku kurang gemar tentang filem nih. Pertama ialah pergerakan camera atau shot - shot yang agak bergoyang pada beberapa babak yang membuatkan mata aku sedikit pening. Itu agak mengganggu fokus aku. Kedua ialah plot ceritanya yang kadang - kadang agak lambat atau tidak perlu ada. Mungkin sebab itu filem ini agak panjang durasinya. Ketiga ialah rupa - rupa makhluk asing tersebut. Hahaha! Bukannya rupa makhluk asing itu tak menarik atau nampak seperti tidak realistik cuma aku bosan kerana rupa makhluk asing di dalam mana - mana filem hollywood mesti sama jer. Kalau tak macam wajah Predator mesti macam wajah sotong 6 kaki. Hohohoho!

Apa - apapun, aku suka menonton filem nih kerana tema Cintakan Negara serta Keberanian yang ditunjukkan oleh semua pelakon - pelakon di dalam filem nih memang sampai kepada aku. Filem ini sangat berjiwa patriotik. Aku rasa bangga melihat tentera yang sebegitu berani dan tak takut mati semata - mata untuk negara. Memang filem nih sesuai kepada sesiapa yang meminati tema dan mempunyai semangat kenegaraan. Kesan khas atau CGI di dalam filem nih memang tidak boleh dinafikan lagi. Memang terbaik lah!

Dan aku suka satu ayat di dalam filem ini,"Apabila sesuatu yang lain menjajah untuk mendapatkan sumber mineral maka dia akan menghapuskan populasi sebelum itu!" Mungkin ini adalah salah satu kritikan pedas pengarah atau penulis skrip terhadap pentadbiran Amerika Syarikat dan medium terbaik adalah melalui filem ini. Jadi, dari 5 bintang, aku memberi 4 bintang lah untuk filem nih. Selamat menonton!

P/S : Filem Apa Pula Lepas Nih?



22/03/11

Filem Bunohan



Filem:
Bunohan


Pengarah:
Dain Said


Pelakon:
Faizal Hussein, Zahiril Adzim, Pekin Ibrahim, Bront Palarae,
Namron, Wan Hanafi Su, Amerul Affendi, Shoffi Jikan & Etc.


Trailer:





Untuk Maklumat Lanjut Sila Klik Di Bawah




Saya amat tertarik dengan filem ini kerana pertama mungkin terdapat banyak kelainan yang cuba ditampilkan terutama dari segi jalan cerita dan isi di dalam filem ini. Itu apa yang saya rasa lah apabila selesai menonton trailer dan membaca sinopsis filem ini.

Sebab kedua mungkin kerana saya mengenali kebanyakan pelakon filem ini dari pentas teater. Saya tak pasti kenapa tapi saya amat mengagumi pelakon - pelakon yang hebat di atas pentas teater kerana bagi saya mereka ini adalah pelakon yang memang mampu menjiwai watak masing - masing dengan baik.

Apa - apapun, saya menanti filem ini ditayangkan dan yang pastinya jika diberi peluang saya akan menonton filem ini di pawagam. Moga filem ini mampu membawa dimensi baru kepada filem - filem tempatan yang bakal dibikin dan ditayangkan kepada masyarakat Malaysia.

P/S : Malaysia Kaya Dengan Budaya Dan Cerita Yang Lebih Hebat Dari Barat. Kenapa Masih Ramai Pengarah Filem Tempatan Tidak Cuba Memanfaatkan Kelebihan Ini?




12/03/11

Review Filem : Hikayat Merong Mahawangsa




Filem:
Hikayat Merong Mahawangsa


Pengarah:
Yusry Abd Halim


Genre:
Sejarah, Aksi & Peperangan


Pelakon:
Stephen Rahman Hughes, Dato Haji Rahim Razali, Ummi Nazeera,
Khir Rahman, Nellie Ng, Wan Hanafi Su & Etc.


Sinopsis:

Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.

Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda. Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?


Sumber : Sinema Malaysia


Ulasan Tuan Punya Blog:

Sebelum tu memang aku tak sangka aku berpeluang tengok filem nih pada pukul 12.00 malam tadi dekat Mid Valley. Walaupun tempat duduk baris dua di hadapan tadi dan ada sedikit gangguan suara semasa awal tayangan tetapi alhamdulillah aku berjaya menonton dari awal hingga akhir. Jadi, aku amat berbanggalah dengan hasil daripada KRU untuk filem terbaru mereka ini. Jadi, aku beri komen dan pandangan peribadi aku secara ringkas jer lah dibawah ini yer.
  • Aku memang suka filem epik dan juga sejarah jadi memang aku suka menonton filem ini sebab ia ibarat benda baru pada aku. Menarik!
  • Suara latar yang menceritakan tentang kisah ini sebenarnya unik. Mungkin ada sesetengah orang akan ketawa tetapi bagi aku jika aku ialah orang asing yang tidak tahu bahasa Melayu mesti akan terasa keindahan bahasa Melayu. Tahniah pada pemilihan suara latar yang unik dan komersial tu.
  • CGI dan kesan khas yang menarik. Ada yang betul - betul nampak seperti realiti dan sangat hidup. Tetapi, ada juga yang kelihatan seperti kartun atau pun kurang tahap realitinya. Apa - apapun, sangat menarik dan banyak perubahan jika dibandingkan dengan filem Cicak Man dan Magika.
  • Watak Merong Mahawangsa dan watak Kamawas memang menarik. Aku suka lakonan mereka. Memang nampak hidup dan ada aura. Watak Merong lakonan Stephen Rahman Hughes tu memang kena lah dengan karisma dan badan dia yang tegap tu. Manakala watak Kamawas yang dipegang oleh Khir Rahman memang buat aku menyumpah jer. Hahahaha! Tahniah!
  • Adegan komedi yang dilakonkan oleh Nellie Ng yang memegang watak dayang kepada puteri memang melucukan. Hahahaha! Tak kering gusi melihat keletah watak nih.
  • Babak aksi pula ada yang mengagumkan dan ada yang mengecewakan. Mengagumkan tu bila melihat kepada pertarungan mereka yang cukup bertenaga dan tangkas. Mengecewakan pula bila ada babak - babak perlawanan yang seperti dicepatkan atau yang diulang semula seperti pada babak - babak akhir perlawanan di dalam filem.
  • Watak Kesum lakonan Dato Haji Rahim Razali pula kelihatan seperti A.Samad Said dan Gandalf(watak di dalam The Lord Of The Ring). Hehehehe!
  • Babak penggunaan cermin untuk menewaskan tentera musuh pula pada mulanya agak membanggakan tetapi kemudian hati terdetik,"Betul ker nih? Macam tipu jer!" Aku tak pandai sangat bab - bab sains nih jadi tak tahu lah betul ker tak tapi aku masih merasakan kurangnya logik disitu tapi aku layan jer.
  • Aku suka kisah cinta yang cuba di paparkan di dalam kisah ini yang lebih kepada kebebasan dan kuasa politik. Cuma sayangnya kelebihan itu tidak dimanfaatkan sebaik mungkin.
  • Penggunaan bahasa sastera dan juga bahasa asing memang menarik dan merupakan sesuatu yang baru. Terasa sangat indah bahasa ini.
  • Kesan bunyi dia terbaik! Tahniah!
  • Ada babak yang kadang - kadang membosankan dan ada babak yang sangat - sangat membuat aku teruja.

Sebenarnya banyak lagi nak ulas tetapi cukuplah sampai disini jer. Nak tahu korang pergilah tengok sendiri. Jadi, aku ucapkan tahniah kepada semua krew produksi dan juga pelakon - pelakon yang terlibat dalam menjayakan filem epik yang cukup hebat nih.

Memang masih banyak lagi yang boleh diperbaiki kerana dengan kos RM8 juta mana mungkin kesemua kesan CGI atau kostum mampu dihasilkan dengan hebat tetapi KRU secara tak langsung telah meletakkan satu tahap yang tinggi kepada mereka sendiri serta pembikin filem Malaysia lain yang berminat untuk menerbitkan filem epik yang lebih baik dan hebat di masa akan datang.

Jadi, aku sebagai anak Malaysia bangga menonton filem Hikayat Merong Mahawangsa kerana filem ini telah memberikan aku satu keyakinan bahawa Malaysia juga sudah mampu menghasilkan filem epik yang hebat dan menarik. Jadi, aku memberi 4 bintang dari 5 bintang untuk filem ini. Tahniah sekali lagi.

P/S : Moga Pihak KRU Akan Menghasilkan Filem Epik Yang Lebih Hebat Yang Bukan Sahaja Disokong Kuat Oleh Kesan CGI Tetapi Juga Dari Segi Jalan Cerita. Tahniah!




5/03/11

Review Filem : Drive Angry



Baru balik dari TGV Bukit Raja menonton filem Drive Angry. Sebenarnya teringin nak tengok filem Beastly tapi sebab filem tu ditayangkan pukul 10 malam maka memang tak sempat lah nak tengok sebab salah seorang member aku tadi habis kerja pukul 11 malam. Jadi, layanlah filem nih bermula pukul 12.10 tengah malam tadi.

Nanti kalau sempat aku buatlah review untuk filem nih. Aku setuju untuk tengok filem nih pun sebab aku minat dengan lakonan Nicolas Cage. Hahaha! Tapi, filem nih aku tak minat sangat sebab ia ada kaitan dengan neraka lah penjaga la apa lah. Hahahaha! Apa - apapun, aksi dengan efek dia agak best lah bagi aku.

Apa - apapun, aku rasa pada sesiapa yang pernah menonton filem Legion dan rasa filem itu seronok jadi aku mengandaikan mungkin korang suka kut filem Drive Angry nih. Okaylah! Aku nak tidur dulu! Penat! Hohoho!


P/S : Terima Kasih Pada Rakan Saya Yang Bermurah Hati Nak Belanja Pada Malam Nih.