31/05/11

Review Filem Insidious

Filem:
Insidious


Pengarah:
James Wan


Genre:
Seram & Thriller


Pelakon:
Patrick Wilson, Rose Byrne, Ty Simpkins, Andrew Astor,
Lin Shaye, Leigh Whannel, Angus Sampson, Barbara Hershey & Etc.


Penilaian:
4.5 / 5


Sinopsis:

Sepasang suami isteri iaitu Josh dan Renai serta 3 orang anak mereka baru berpindah ke sebuah rumah baru. Renai yang merupakan seorang suri rumah sepenuh masa mula diganggu sedikit demi sedikit oleh sesuatu makhluk melalui bunyi - bunyian tetapi beliau tidak mengendahkannya sehinggalah pada suatu malam anak sulung mereka iaitu Dalton ditemui terlantar di loteng rumah mereka kerana dipercayai terjatuh dari tangga dan kemudiannya koma. Selepas kes itu, Renai kerap kali diganggu dan cuba menceritakan kepada suaminya Josh tetapi beliau tidak percaya kepada cerita Renai sehinggalah pada suatu malam apabila seluruh ahli keluarga diganggu akhirnya Josh bersetuju dengan cadangan Renai untuk berpindah ke rumah lain kerana beranggapan rumah itu berhantu. Malangnya tanggapan mereka silap kerana di rumah baru mereka bukan sahaja diganggu dengan lebih teruk pada waktu malam sahaja tetapi juga pada waktu siang. Mereka terpaksa memanggil bomoh serta pemburu hantu untuk menyiasat apakah masalah sebenar yang berlaku dan akhirnya mereka telah menemui jawapannya yang betul - betul mengejutkan mereka.


Ulasan Hans: 

Filem ini amat seronok ditonton oleh aku kerana susunan plot dan jalan ceritanya yang kemas dan tidak langsung memeningkan kepala untuk berfikir tetapi keindahan ceritanya masih ada dan naratifnya bergerak lancar di atas landasan yang tersedia indah. Aku begitu kagum dengan hasil kerja James Wan yang boleh aku katakan sangat baik dan cukup matang kali ini.


Aku Suka Permainan Cahaya Di Dalam Filem ini


Filem ini tidaklah seperti filem Khurafat yang setiap masa cuba untuk membuatkan penonton berasa seram dengan kelibat hantunya yang kerap kali muncul tetapi apa yang menariknya tentang Insidious yang membuatkan aku sangat suka tentang filem ini ialah elemen seramnya yang walaupun sesekali sahaja muncul tapi memberi impak yang cukup hebat pada emosi dan kesan itu akan tertanam di dalam fikiran selama berjam - jam lamanya. Sangat menarik dan menghiburkan. Babak yang bagi aku sangat menyeramkan ialah sewaktu kemunculan hantu yang muncul di belakang Josh. Aku tidak pasti kenapa walaupun lebih tiga kali aku mengulang tayang babak yang sama pun aku masih lagi terasa seramnya. Dan apa yang membuatkan aku membenci hantu - hantu di dalam filem ini ialah apabila mereka tiba - tiba tersenyum menampak gigi yang bagi aku sangat menyeramkan! Hahahaha!


 Babak Yang Paling Menyeramkan Aku!


Apa yang membuatkan filem ini seram bukannya kerana wajah hantu - hantunya tapi kerana kebijaksanaan filem ini yang bijak bermain dengan unsur cahaya dan menggabungkannya dengan kesan bunyi dan sudut kamera yang bagi aku sangat WOW dan seterusnya memanipulasikan emosi penonton supaya mereka tidak senang duduk dibuatnya. Kisahnya juga menarik kerana selalunya jika terjadi gangguan - gangguan seperti ini maka pengarah - pengarah filem terutamanya di Malaysia akan mengambil jalan mudah dengan menjadikan rumah itu adalah objek utama yang menjadi penyebab kepada semua masalah yang terjadi kerana konon - kononnya ada semangat atau makhluk halus yang melingkari ruang legar rumah itu namun lain pula hal nya di dalam Insidious dimana rumah hanyalah subjek yang dijadikan umpan kepada penonton untuk dikelirukan buat seketika yang akhirnya penyebab sebenar ditunjukkan dan membuatkan aku cukup teruja untuk menonton sehingga penamat.


 Misteri Yang Menggangu Keluarga Lambert


Lakonan pelakon - pelakonnya pula cukup bagus walaupun aku kurang mengenali mereka dan senang cakap filem ini memang menarik untuk ditonton dari segala segi dan yang pasti keseraman filem ini memang betul - betul memukau dan anda yang meminati filem seram pasti akan terhibur. Selamat menonton filem Insidious dan nikmatilah keseronokannya!


 Inilah James Wan!


P/S : Alangkah Indahnya Jika Dapat Menonton Filem Ini Di Panggung Wayang! Mesti Indah Menikmati Kesan Bunyinya Yang Menjadikan Filem Ini Bagi Aku Sangat Wow!




29/05/11

Review Filem Seru



Filem:
Seru


Pengarah:
Ming Jin & Pierre Andre


Genre:
Seram


Pelakon:
Sharnaaz, Nisha Dir, Cut Mutia, Azman Hassan, Kat, Qhaud AF7, Dazrin,
Sufian Mohamed, Dewa Sapri, Nora Danish, Awal Ashaari, Pierre Andre & Etc.


Penilaian:
3 / 5


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang keadaan sebuah produksi yang sedang menjalankan satu pengambaran sebuah filem seram, Jangan Bernafas di sebuah kawasan hutan yang lengang dari manusia. Semasa pengambaran berlangsung tiba - tiba mereka dikejutkan dengan beberapa orang krew mereka yang histeria dan dirasuk oleh makhluk halus. Kebanyakan krew termasuk pengarah hanya menganggap itu cuma gangguan biasa dan mereka mengambil peluang dengan merakam babak - babak ahli krew diserang histeria dan dirasuk itu untuk dijadikan sebagai footages untuk dijadikan sebagai promosi untuk menarik penonton supaya menonton filem tersebut nanti. Tetapi, tanpa disangka - sangka ahli krew yang dirasuk tiba - tiba mengganas dan membunuh seorang demi seorang krew - krew lain dan ini menimbulkan pertanyaan kepada krew - krew yang masih lagi selamat. Mereka cuba melarikan diri dan persoalan mereka tentang apa sebenarnya yang berlaku terjawab sedikit demi sedikit.


Ulasan Hans:

Filem yang berkonsepkan ala - ala dokumentari ini memang masih baru di kalangan penonton - penonton di Malaysia kerana pergerakan kamera yang kadang - kadang bergoyang ke sana - sini yang sememangnya membuatkan ramai penonton kurang gemar untuk menonton kerana fokus mereka terganggu dengan pergerakan kamera yang memeningkan kepala. Namun bagi aku sendiri sememangnya filem sebegini memang akan menunjukkan pergerakan kamera sebegitu dan aku sudah terbiasa menonton filem - filem yang seakan - akan sebegini formatnya seperti filem Rec dan Paranormal Activity.


 Kekacauan Mula Berlaku Di Lokasi Pengambaran


Aku tidak mahu meletakkan noktah bahawa filem ini tidak menarik atau pun menarik kerana bagi aku filem ini berada ditengah - tengah garisan. Ada kehebatannya dan ada kekurangannya juga. Maklumlah! Ini mungkin filem Malaysia yang pertama yang ditonjolkan sebegini sebelum diikuti oleh filem Penunggu Istana(belum berkesempatan menonton) barangkali. Apa - apapun, aku suka lakonan hampir sebahagian pelakon - pelakon yang ada di dalam filem ini walaupun kebanyakkan mereka tidak dikenali atau pun sebelum ini sebenarnya mereka banyak menjadi pelakon pembantu untuk filem mahu pun drama.


 Lakonan Sharnaaz Yang Bagi Aku Mantap


Aku sebenarnya sedikit tertipu pada permulaan kerana menyangkakan Nora Danish, Pierre Andre dan Awal Ashaari adalah pelakon utama namun rupa - rupanya mereka hanya sekadar muncul di babak awal sahaja filem ini. Tidak mengapalah! Apa - apapun, aku suka dengan suasana filem ini dengan sesekali dimunculkan babak yang menyeramkan yang membuatkan aku kadang - kadang sedikit terkejut. Unsur humor yang ada di dalam filem ini juga memang melucukan dan sedikit sebanyak tidaklah membuat aku kepenatan untuk menonton filem yang bergenre seram ini. Namun aku akui aku masih sedar bahawa filem ini hanyalah sekadar sebuah filem atau lebih tepat lagi maksud aku disini ialah filem ini tidak berjaya untuk membuatkan aku memasuki dunianya untuk memanipulasikan fikiran aku untuk berfikir bahawa apa yang aku tonton itu adalah 'realiti' dan bukannya sekadar lakonan.


 Kemunculannya Selalu Memberi Kejutan


Jalan ceritanya bagi aku biasa - biasa sahaja dimana cubaan bomoh untuk menghidupkan kembali anaknya yang telah mati dan memperalatkan sebuah jasad untuk melunaskan cita - citanya. Ada kalanya buat aku teruja dan ada kalanya bertentangan dengan rasa aku tadi. Penataan cahayanya pula boleh tahan cuma keadaan cahaya di dalam hutan yang terlampau jelas sedikit sebanyak menghilangkan rasa seram tersebut. Diakhir filem juga aku masih buntu memikirkan kemanakah perginya pelakon ekstra yang ditinggalkan di dalam lubang dengan seluruh badannya dikafankan sewaktu pada awal adegan filem ini. Adakah betul itu orang? Adakah telah mati? Atau adakah telah dikumpulkan bersama dengan mayat - mayat yang lain oleh bomoh dan isterinya itu? Selepas roh anak mereka berjaya dihidupkan apa yang berlaku kepada mereka? Banyak persoalan yang tidak terungkai sebenarnya.


 Kemunculan Mereka Bertiga Hanya Seketika


Filem sebegini sememangnya lebih suka membiarkan penonton membuat kesimpulan sendiri tentang apakah sebenarnya yang terjadi kepada setiap pemain watak dan membiarkan penonton mencipta sendiri pengakhiran filem mengikut andaian sendiri namun bagi aku filem ini telah pun berada di landasannya sendiri cuma pergerakannya tidak lancar dan tersekat - sekat. Apa - apapun, satu percubaan yang agak baik daripada Ming Jin dan Pierre Andre tetapi masih belum cukup dan banyak lagi yang perlu diperbaiki. Jadi, selamat menonton kepada sesiapa yang masih belum menonton filem Seru ini.


P/S : Mungkin Selepas Ini Akan Cuba Menonton Penunggu Istana! 



28/05/11

Review Filem Karak



Filem:
Karak


Pengarah:
Yusry Abd Halim


Genre:
Ngeri


Pelakon:
Shahir AF8, Shera Aiyob, Kilafairy, Md. Eyzendy, Sidek Hussain, Sobri Anuar.


Penilaian:
3 / 5


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang empat orang pelajar kolej yang sedang dalam perjalanan pulang ke Kuantan setelah menghabiskan masa malam mereka di Kuala Lumpur. Semasa perjalanan pulang, mereka terperangkap di dalam kesesakan jalan raya di sepanjang lebuhraya Karak. Sedang mereka menunggu kereta - kereta dihadapan bergerak kerana kesesakan yang amat teruk tiba - tiba ada seorang peminta sedekah meminta sedekah sambil menceritakan tentang kemalangan yang begitu dasyat di hadapan mereka. Oleh kerana mereka perlu pulang segera disebabkan perlu menghadiri kuliah pada keesokan paginya akhirnya mereka sepakat untuk memilih menggunakan sebatang jalan lama iaitu Karak tanpa mengetahui jalan yang mereka pilih itu akan merubah hidup mereka selama - lamanya. Mereka terserempak dengan seorang wanita bersama anaknya dan dikejar oleh sebuah kereta Volkswagen Kuning dan akhirnya mereka terbabas ke dalam hutan. Di dalam hutan mereka diganggu oleh pelbagai makhluk halus yang menyeramkan sebelum terjumpa sebuah rumah yang dihuni oleh seorang lelaki orang asli yang telah tua. Namun, kehadiran mereka disitu tidak disenangi oleh sesuatu dan kejadian aneh mula melanda. Apakah sebenarnya yang terjadi? Saksikan sendiri di pawagam berhampiran anda. 


Ulasan Hans: 

Filem ini bermula dengan adegan yang sedikit cliche tetapi dimaafkan kerana ia menunjukkan kisah - kisah yang selama ini kita pernah dengar melalui mulut ke mulut atau pun melalui bacaan iaitu tentang kisah kereta sebuah keluarga yang rosak dan si suami keluar mencari pertolongan. Apabila kereta polis datang dan mereka menyuruh si wanita keluar dari kereta dan jangan menoleh ke belakang tetapi wanita itu tetap memandang ke belakang dan kemudian terlihat si suami sedang dibunuh oleh sang hantu. Itu salah satu cerita yang selalu kita dengar tentang lebuh raya Karak selain kisah kereta Volkswagen Kuning. Jadi, walaupun kelihatan sedikit bosan bagi sesiapa yang sudah tahu tentang kisah tersebut namun adegan itu mampu membuatkan penonton terkejut kerana kehebatan kesan bunyi dan solekan wajah hantu tersebut yang kelihatan agak menarik. Lagi satu aku suka wajah bayi dalam adegan tu dengan mata dia yang bulat tu. Diakui aku sedikit terkejut pada waktu tersebut. Haha!


 Babak Permulaan Filem Karak


Adegan kemudian kembali kepada kisah 4 orang sahabat iaitu Nik(lakonan Shahir AF8), Zura(lakonan Shera Aiyob), Ida(lakonan Kilafairy) dan Jack(lakonan Md. Eyzendy). Antara keempat - empat watak ini boleh aku katakan Md. Eyzendy sahaja yang mampu memainkan watak beliau dengan berkesan berbanding yang lain. Mungkin disebabkan Md. Eyzendy sudah lama bertapak di dalam dunia drama dan filem sedangkan ketiga - tiga yang lain baru sahaja melangkah ke alam filem namun mereka tidak lah kelihatan kaku cuma masih banyak yang perlu digali dan dipelajari. Namun, aku suka melihat watak Ida yang dilakonkan oleh Kilafairy. Aku tidak pasti adakah watak yang dipegangnya itu memang dicipta untuk beliau kelihatan seperti seorang wanita yang 'amat gedik' tetapi jika betul maka dia telah berjaya melakukannya dengan cukup bergaya. Cuma babak beliau berkemban untuk mandi itu sebenarnya aku rasa tidak perlu diwujudkan pun. Ini adalah pandangan peribadi aku sahaja.


Kisah 4 Sekawan


Bagi aku tahap keseraman filem ini sangat menarik pada permulaan sehingga pertengahan sebelum aku mulai bosan sedikit demi sedikit dengan babak - babak lain selepas itu yang aku sudah boleh agak apa yang bakal terjadi. Babak tandas itu memang terbukti seram cuma aku lebih suka jika seram itu datangnya lebih kepada situasi atau riak muka berbanding dengan keadaan tandas yang 'dihias' dengan cukup 'melampau' untuk menerbitkan rasa seram di kalangan penonton. Ada juga babak si hantu wanita yang sedang mengajukan soalan kepada Jack yang pada mulanya aku rasa agak lucu tetapi kemudian terasa seram pula. Aku suka babak itu walaupun bukannya 100% kerana adegan ini mampu membuat aku sedikit seram kerana ayat - ayat yang terpacul daripada mulutnya yang membuatkan aku berkhayal tentang apa akan terjadi jika aku berada di tempat Jack. Hahaha!


 Aku Geli Gila Tengok Muka Jack Waktu Nih!


Filem ini juga menimbulkan beberapa persoalan atau babak yang kurang jelas sedikit pada aku seperti watak Tok Malam lakonan Sidek Hussain yang tiba - tiba berkata kepada Zura,"Kamu semua dah lama tak solat kan?" Mungkin betul tetapi apabila tiba - tiba soalan itu terpacul keluar maka aku sedikit bingung. Hati aku menjerit - jerit,"Apakah? Macam mana dia tahu?" tanda aku sangat kabur dengan persoalan itu. Persoalan tentang agama juga sebenarnya menarik bagi aku apabila kisah ini cuba menyampaikan satu mesej bahawa Adakah Kita Faham Apa Sebenarnya Yang Kita Baca Atau Adakah Ia Hanya Sekadar Untuk Hafalan? Cuma sayangnya kehebatan mesej itu dimusnahkan oleh adegan antara Zura dan Nik pada waktu pagi selepas tamat gangguan yang berlaku terhadap Zura. Jika yang sudah menonton pasti faham maksud aku ini.


Hantu Dalam Filem Nih Wajah Memang Seram Habis


Apa - apapun, filem ini lebih banyak membuat aku ketawa kerana elemen komedi yang terdapat di dalam filem ini. Ada yang betul - betul lucu dan ada juga unsur lucu tu timbul akibat percakapan seperti contoh percakapan yang cukup baku oleh si pengemis sewaktu mereka berempat terperangkap di lebuh raya yang sesak. Tetapi, aku memuji wajah hantu, kesan solekan, kesan bunyi serta kesan khas yang digunakan di dalam filem ini cuma aku sedikit terganggu dengan bunyi yang seperti CD tersangkut sewaktu kemunculan beberapa hantu di dalam filem ini. Apa - apapun, kelainan hantu - hantu dalam filem nih agak membuatkan aku teruja kerana aku dah tak perlu tengok hantu wanita yang berbaju putih dengan rambut rebonding yang panjang mengurai lagi. Aku puji hasil hantu untuk filem Karak nih.


Senarai Pelakon Dan Orang Kuat Filem Karak


Apa - apapun, filem ini berjaya membuatkan ramai penonton terjerit - jerit di dalam panggung cuma sayangnya tidak berjaya membuat aku turut sama menjerit tetapi unsur seram itu masih ada. Cuma filem ini berjaya membuatkan aku geli - geleman dengan solekan - solekan dasyat pada wajah pelakonnya. Apa - apapun, jalan ceritanya seharusnya digarap lebih kemas agar plot - plotnya berkembang dengan lebih rapi dan tersusun. Itu sahaja dari aku kali ini dan ini hanya pandangan peribadi aku. Masing - masing ada pandangan dan citarasa tersendiri dan pergilah menonton di pawagam berdekatan anda untuk merasai aura keseramannya.



P/S : Selepas Nih Mesti Lebuhraya Karak Sunyi. Hahahahahaha! (^_^)Y



24/05/11

Pementasan Teater TylcKooUns



Tarikh Pementasan:
Jumaat, 20 Mei - 29 Mei


Waktu Pementasan:
8.30 Malam


Tempat Pementasan:
Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka
Menara Dbp Jalan Dewan Bahasa
Kuala Lumpur, Malaysia.


Penerbit:
Khairol Azhar Bin Abd Jalil


Pengarah:
Khairunazwan Rodzy


Pelakon:
Namron, Amerul Affendi, Mardiana Alwi, Zahiril Adzim,
Ammar Armada, Wanji Aswandi, Khairil Ridzuan, Hasbullah Abdullah,
Mohd Aiman Syazwan & Wan Farah Aina.


Harga Tiket:
RM30 - Dewasa
RM15 - Pelajar


Tempahan Tiket Boleh Dibuat Menghubungi :

Natrah : 011 - 12447959
Didi : 013 - 4321147


Sinopsis:



Kelab peribadi mewah milik Tycoon telah berada di bawah kuasaan Manan. Kelab itu telah menjadi tempat persembunyian Manan bersama pengikut-pengikutnya yang mengamuk atas ketidakadilan kepimpinan Tycoon terhadap Pekan Siem Pang. Amukkan ini berlaku setelah Long menjadi mangsa tuduhan sebagai korban menutup kesalahan Tycoon atas jenayah yang dilakukan oleh Tycoon. 



Ramona, perempuan simpanan Tycoon yang menjadi pelayan wanita di dalam kelab peribadi mewah itu telah berpakat dengan gerakkan Manan untuk menjatuhkan Tycoon. Ramona dan beberapa tebusan lain yang terdiri daripada pekerja kelab mewah itu telah berpaling tadah menyebelahi Manan bagi mengelirukan polis yang dikuasai Tycoon bagi menjatuhkan Manan. Rahsia demi rahsia Tycoon dibongkar oleh Manan dan Ramona, dan ini membuatkan rakyat mula pempersoalkan kepimpinan Tycoon. 



Tycoon yang tersentak dengan amukkan ini telah mula bersandiwara dengan rakyat bahawa jasanya tidak dikenang atas perubahan yang telah dibawanya terhadap Pekan Siem Pang. Kekecohan Pekan Siem Pang semakin memuncak. Demi kekuasaan yang ada pada Tycoon, Long dipanggil semula kononnya bagi menebus kesalahan jenayahnya serta membongkar muslihat Tycoon yang menjanjikan kesenangan keluarga Long. 



Dalam masa yang sama, seluruh rakyat yang tertipu mengharapkan Long boleh menjatuhkan Manan bagi mengembalikan kedamaian Pekan Siem Pang. Akhirnya Manan telah dibunuh dan amukkannya serta gerakan memusnahkan Tycoon direncatkan. Setelah mayat Manan diusung keluar, seluruh masyarakat yang terkesan dengan gerakan ‘Memusnahkan Tycoon’ oleh Manan bersorak dan memberikan tepukan gemuruh atas keberanian Manan dan kumpulannya. Tycoon sedar atas perubahan ini.



Aku memang meminati teater cuma selalu tak berkesempatan pergi. Hanya sekali dua sahaja berpeluang menonton teater. Dalam 2-3 hari nih aku mendengar banyak khabar positif tentang pementasan teater ini yang sudah ditonton oleh rakan - rakan aku yang berada di Kuala Lumpur. Sayangnya aku kini berada jauh di utara. Kalau tidak dah dapat menonton lakonan Namron, Khairil Ridzuan dan Zahiril Adzim.

Apa - apapun, aku berharap agar sesiapa yang meminati teater dan berada berdekatan dengan tempat pementasan agar pergilah menonton teater ini yer sebab aku teringin sangat nak pergi tetapi nak buat macam mana tak ada rezeki.


P/S : Teringat Masa Menonton Teater Short Eyes! Sangat Seronok!



22/05/11

Kepelbagaian Filem - Filem Melayu Tahun 2011

Apabila membaca entry DISINI tiba - tiba saya terasa mahu menulis tentang perkara ini. Momentum sambutan dan penerimaan masyarakat Malaysia terhadap filem - filem keluaran tempatan terutama filem Melayu sejak akhir - akhir ini menunjukkan peningkatan yang sangat positif membuatkan ramai penerbit filem berlumba - lumba untuk menghasil dan menerbitkan filem masing - masing dan ini secara tidak langsung menjadikan filem - filem yang bakal ditayangkan nanti terdiri daripada pelbagai genre dan memberi lebih pilihan kepada penonton untuk menonton filem atau pelakon kegemaran mereka di dalam filem - filem tertentu.

Berdasarkan senarai beberapa filem yang bakal ditayangkan melalui sumber yang diperoleh daripada Cinema Online boleh saya katakan terdapat banyak judul filem yang kelihatan menarik dan membuatkan saya tidak sabar untuk menonton. Jadi, dibawah ini disenaraikan beberapa filem tempatan yang bakal menemui penonton - penonton Malaysia di pawagam berdekatan anda sepanjang hujung bulan Mei sehingga akhir bulan Jun.



1) Karak




2) KL Gangster




3) Toyol Nakal





4) 3, 2, 1 Cinta

5) Rasuk




6) Sekali Lagi



Kemudian, filem - filem dibawah ini pula akan menemui penonton - penonton tempatan cuma tidak pasti lagi bilakah tarikh yang telah ditetapkan untuk setiap filem ini mula ditayangkan kepada penonton.


1. Flat 3A

2. Pontianak VS Orang Minyak

3. Jidin Sengal

4. Suatu Malam Kubur Berasap

5. Adnan Sempit 2

6. Seram Sejuk

7. Hantu Dalam Botol Kicap

8. Papa, I Love You

9. Halim Munan

10. Lagenda Budak Setan 2

11. Sumpahan Kum Kum

12. Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit

13. Cinta Kura - Kura

14. Aku, Kau Dan Dia

15. Tolong! Awek Aku Pontianak

16. Hijab The Movie

17. Pe3

18. Alamak, Toyol!

19. Senario The Movie Ops Pocot

20. Adik Manja Returns

21. Hantu Bonceng

22. Sesuatu Yang Tertinggal

23. Klip 3GP

24. Ombak Rindu

25. Untuk Tiga Hari

26. Songlap

27. Bujang Terlajak

28. Bunohan

29. Mantera

30. Karipap - Karipap Cinta

31. Berani Punya Budak

32. Apokalips

33. Papadom 2

34. Alamaya

35. Awan Dania The Movie

36. Keramat

37. Hanyut The Movie

38. Libas

39. Misteri Jalan Lama

40. Shhh Dia Datang

41. Kongsi 2


Kebanyakkan penerbit filem mengambil jalan selamat dengan menerbitkan filem - filem bergenre seram mahu pun komedi serta mempertaruhkan bintang - bintang popular untuk membintangi filem mereka kerana filem sebegini sememangnya boleh jual atau mampu mendapat pulangan modal kerana mengikut selera dan kehendak penonton Malaysia sekarang. Tidak kurang juga yang berani mengambil risiko dengan mengadaptasikan karya daripada novel popular dan diterjemahkan ke dalam naskhah filem mereka. Ada juga yang menjadikan filem aksi mahu pun kehebatan CGI bagi dipertaruhkan untuk memikat hati penonton untuk menonton filem mereka dan ada juga yang berani menghasilkan filem yang lain daripada kehendak penonton untuk ditayangkan di pawagam - pawagam Malaysia.

Apa - apapun, industri filem Malaysia nampaknya kembali meriah dan kebanyakkan penerbit filem juga boleh bersaing secara sihat dan secara tidak langsung melahirkan pengarah muda serta pelakon - pelakon baru untuk mewarisi dan menjadi pelapis kepada generasi pengarah dan pelakon sekarang. Moga industri filem Malaysia akan lebih baik atau setanding dengan negara - negara lain seperti di Eropah, Korea, Jepun, China, India, Thailand, Filipina atau negara - negara lain selepas ini.

P/S : Penonton Semakin Bijak Jadi Filem Juga Harus Lebih Bijak Daripada Penonton! (^_^)Y




Review Filem Nur Kasih The Movie



Filem:
Nur Kasih The Movie


Pengarah:
Khabir Bhatia


Genre:
Drama


Pelakon:
Remy Ishak, Fizz Fairuz, Tiz Zaqyah, Ayu Raudah, Mia Sara Nasuha, Muniff Isa,
Liza Othman, Dato Rahim Razali, Afida Es, Syafie Naswip, Norman Hakim & Etc.


Penilaian:
4.3 / 5


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang perjalanan kisah hidup Adam, Nur dan Aidil selepas Aidil kehilangan isterinya, Alia yang terlibat di dalam satu insiden kemalangan. Jika sebelum ini Aidil terpaksa mengorbankan cintanya kepada Nur Amina demi Adam namun kini dia perlu menempuhi pelbagai lagi dugaan sebagai seorang bapa tunggal kepada dua cahaya mata iaitu Ilyas dan Mariam. Manakala Adam dan Nur pula selalu diuji oleh Allah dengan pelbagai dugaan dan cabaran seperti keguguran dan kesihatan. Ada satu watak akan pergi meninggalkan dunia menghadap Ilahi tetapi siapakah orangnya? Adakah daripada watak utama? Apakah sebabnya? Saksikan sendiri filem penuh dengan keagamaan dan air mata ini di pawagam berhampiran anda.


Ulasan Hans:

Filem penuh dengan nilai keagamaan, kasih sayang dan kekeluargaan ini bermula sedikit perlahan pada permulaan ceritanya(tetapi tidak lama) namun kemudiannya aku kembali teruja untuk menonton bermula daripada adegan mereka bercuti di Jordan sehinggalah kepada penamat filem ini.


 Adam Cuba Ditenangkan Oleh Aidil. Kenapa?


Bagi aku skrip filem ini sangat menarik dan menjadikan susunan cerita dan plotnya begitu tersusun dan kemas sekali. Sebagai penonton, anda akan berpuas hati dihidangkan dengan jalan cerita yang berkualiti seperti ini dimana setiap babak ada kesinambungannya dan dikuatkan lagi dengan karakter setiap watak yang bijak bermain emosi dan mengawal karakter mereka.


 Seronok Melihat Keletah Adik Mia Sara


Filem ini terdapat sedikit unsur humor yang datangnya daripada situasi dan dialog yang diungkapkan oleh dua pelakon cilik yang menjadi anak kepada Aidil(lakonan Fizz Fairuz) iaitu Ilyas(saya tak tahu nama kanak - kanak ini tetapi tengahari tadi kanak - kanak ini dijemput di dalam rancangan wanita hari ini) serta Mariam(lakonan adik Mia Sara) yang sememangnya membuatkan penonton berasa tenang hati dan tidak kering gusi menonton keletah mereka berdua ini yang sangat comel. Dua pelakon cilik ini sangat berbakat dan moga mereka diberi lebih peluang selepas ini. Watak Mamat(saya kurang pasti namanya tetapi beliau berlakon di dalam filem Dilarang Masuk) juga mampu mencetuskan unsur humor sewaktu saya menonton serta watak Hassan, kanak - kanak Jordan yang mampu menggeletek hati penonton dengan dialog bahasa Inggerisnya.


 Indahnya Sinematografi Filem Ini


Seperti kita sedia maklum, filem arahan Khabir Bhatia semestinya hebat dari segi sinematografi dan saya akui dan bersetuju jika dikatakan sinematografi filem ini sangat menarik. Walaupun pelakon - pelakonnya sedang berlakon dan berdialog hanya dibawah sebatang pokok namun babak itu kelihatan sangat cantik dan menarik. Belum masuk lagi keindahan sawah padi serta latar tempat dan suasana di Jordan yang begitu mengasyikkan jiwa. Tahniah kepada krew - krew yang terlibat dalam menghasilkan sinematografi yang sememangnya menarik dan cantik ini.


Aku suka dengan beberapa isu agama yang cuba dipaparkan. Paling menarik babak yang melibatkan Adam(lakonan Remy Ishak) serta seorang ustaz(lakonan Beto Kusyairy jika tidak silap saya) yang sememang berlaku pada zaman kini. Disitu kita boleh ambil pengajaran dan moga - moga mesej itu sampai kepada orang - orang yang terlibat. Lakonan Shafie Naswip sebagai Jamal juga agak menarik. Sebelum ini aku selalu melihat beliau dengan karakter air mata atau budak baik tetapi kali ini beliau telah menampilkan satu lakonan yang bagi aku sangat lain dari kebiasaannya. Dan yang terakhir, aku sangat suka dengan emosi yang ditonjolkan oleh wajah Afida Es. Beliau memang pelakon sejati. Hebat! Tahniah!

Cuma ada beberapa kelemahan dalam filem ini yang aku nampak ialah kesan khas atau CGI nya yang sedikit lemah. Babak tembak menembak di bazaar itu masih boleh tahan tetapi babak letupan, ribut pasir dan kereta api kelihatan sedikit animasi. Satu lagi ialah kepelbagaian lagu latar yang mengisi perjalanan filem ini. Aku rasa lebih menarik jka hanya lagu tema filem ini yang utama iaitu lagu nyanyian Yassin dijadikan sebagai satu - satunya muzik latar yang menghiasi perjalanan filem ini dan secara tidak langsung emosi penonton tidak terganggu dengan lagu - lagu yang selalu kita dengar yang kadang - kadang mampu merosakkan emosi sewaktu menonton. Apa - apapun, jalan cerita, sinematografi, kekuatan karakter dan mesei yang disampaikan berjaya menghilangkan kelemahan CGI filem ini dan menjadikan filem Nur Kasih The Movie sangat menarik untuk ditonton.


 Senarai Pelakon Filem Nur Kasih The Movie


Tahniah untuk semua pelakon dan krew - krew yang terbabit dalam menjayakan filem Nur Kasih The Movie. Sebuah filem yang menarik dan aku sangat berpuas hati melabur wang untuk menonton filem ini. Tahniah! Kepada pembaca, pergilah menonton filem yang hebat ini di pawagam berhampiran anda sekarang.


Apakah Kesudahan Cinta Adam Dan Nur?
Saksikan Filem Nur Kasih The Movie


P/S : Semua Tempat Duduk Penuh Dan Dipenuhi Oleh Kanak - Kanak, Remaja, Suami Isteri Sehinggalah Kepada Makcik - Makcik Yang Aku Rasa Berumur 50 Tahun. Hebatnya Penangan Drama Nur Kasih Sebelum Ini! Jangan Lupa Bawa Tisu Yer Kepada Penonton Wanita! (^_^)Y




18/05/11

Filem Nur Kasih The Movie Tidak Akan Ditayangkan Di Mana - Mana Siaran Berbayar : Satu Langkah Yang Bijak



Langkah penerbit filem Nur Kasih The Movie yang tidak mahu filem ini ditayangkan dimana - mana stesen televisyen berbayar adalah suatu tindakan yang sangat bijak bagi aku. Pada pandangan aku sendiri sebenarnya pasaran filem Malaysia baru sahaja berkembang baik tetapi momentum ini seolah - olah hampir dimusnahkan oleh stesen berbayar ini yang memberi penonton pilihan untuk menonton dengan kadar yang paling murah dan menjimatkan.

Kesan positifnya hanyalah kepada penonton(dan mungkin juga pada pihak mereka sendiri) yang mampu menjimatkan berpuluh - puluh ringgit kerana dengan melanggan siaran sebegini ia mampu ditonton oleh seluruh ahli keluarga berbanding menonton di wayang tetapi kesan negatif jangka panjang ialah ia akan merugikan penerbit filem sendiri untuk menerbitkan filem seterusnya. Bayangkan sebuah keluarga terdiri daripada 6 orang. Jika ke panggung wayang secara kasarnya mereka harus berbelanja sebanyak RM60 untuk menonton sebuah filem tetapi dengan melanggan siaran berbayar yang sangat murah mereka mampu menjimatkan hampir RM40 serta menontonnya berulang kali dan ini menyebabkan penerbit filem kerugian RM40 atau lebih.

Dalam jangka masa panjang apabila penonton lebih memilih untuk menonton di siaran berbayar berbanding di panggung wayang maka ia secara tidak langsung akan memusnahkan industri perfileman negara yang secara utamanya mengharap kutipan filem daripada panggung wayang kerana itu adalah sumber utama kutipannya selepas jualan DVD dan jualan di siaran televisyen.

Sudahlah keuntungan yang diperoleh di panggung wayang akan dibahagi secara dua dengan pihak panggung dan harus diingat filem yang dijual kepada stesen televiyen selalunya dijual di dalam lingkungan RM100,000 sahaja jadi adalah satu langkah yang merugikan apabila filem yang baru habis ditayangkan  di panggung wayang tiba - tiba dibenarkan ditayangkan pula di siaran berbayar. Jadi, langkah penerbit Nur Kasih The Movie yang tidak mahu filem ini ditayangkan dimana - mana stesen berbayar adalah satu langkah yang sangat bijak pada pandangan aku.

P/S : Esok Mahu Pergi Menonton Filem Arahan Khabir Bhatia Ini.



16/05/11

Review Filem Kongsi



Filem:
Kongsi


Pengarah:
Farid Kamil


Genre:
Aksi & Komedi


Pelakon:
Shaheizy Sam, Fizo Omar, Yana Samsudin, Azad,
Putri Mardiana, Bront Palarae, Piee & etc.


Penilaian:
3 / 5


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang 3 kumpulan kongsi gelap terbesar sekitar Kuala Lumpur yang terdiri daripada 3 kaum iaitu Melayu, Cina dan India yang mula bergaduh sesama sendiri kerana ketua - ketua atau ahli - ahli berpengaruh di dalam kumpulan mereka ditemui mati dibunuh oleh seseorang. Setiap kumpulan menuduh antara satu sama lain yang sedangkan pembunuh sebenar ialah Tumulak, seorang pembunuh upahan yang berasal dari Thailand. Beliau mendapat arahan daripada ketua Gangster Thailand iaitu Kimpedu yang mahu menguasai kawasan - kawasan hitam di Malaysia daripada kumpulan kongsi gelap Malaysia. Kegiatan Tumulak akhirnya dikesan oleh polis Malaysia dan beliau kini diburu oleh polis serta kumpulan kongsi gelap yang ingin membalas dendam atas perbuatannya selama ini. Tanpa disangka, ASP Sharif yang mengetuai pasukan polis dalam memburu Tumulak sebenarnya mengenali rapat pembunuh upahan itu. Siapakah Tumulak sebenarnya? Apa kaitan beliau dan ASP Sharif? Mampukah Tumulak diberkas oleh pasukan polis atau kumpulan kongsi gelap Malaysia? Saksikan sendiri di pawagam berhampiran anda.


Ulasan Hans:

Jika dilihat pada sinopsis yang terdapat di Sinemamalaysia, ada dinyatakan bahawa Tumulak lakonan hebat Shaheizy Sam turut diburu oleh Maia iaitu pembunuh upahan kedua yang diupah leh Kimpedu tetapi aku tidak pasti adakah aku terlepas pandang sebab sepanjang aku menonton filem ini tidak pula aku terperasan dengan watak Maia. Mungkin adegan ini telah dipotong atau aku terlepas pandang. Aku tidak pasti! Aku juga tidak pasti tetapi jika tak silap aku ini adalah karya ke-2 Farid Kamil selepas Rempit V3(jika salah sila beritahu aku). Terdapat banyak jugalah peningkatan jika dibandingkan filem Kongsi ini dengan Rempit V3 tetapi apa yang dapat aku simpulkan kedua - dua pengakhiran filem ini kurang memuaskan hati aku.


Aku Suka Babak Pertarungan Nih


Bagi aku plot dan jalan cerita ini filem ini kurang menarik atau lebih tepat lagi tidak kuat dalam menyokong antara satu sama lain. Ada banyak persoalan yang dicipta tetapi adegan yang ditimbulkan untuk menyokong persoalan itu tidak membantu seperti kenapa Kimpedu terlalu ingin menguasai kongsi gelap di Malaysia. Jika dilihat pada sinopsis memang aku tahu beliau mahukan wang dan kuasa tetapi jika ditonton di dalam filem aku tidak nampak semua itu. Bagaimana Tumulak yang melarikan diri daripada polis tiba - tiba mampu memiliki sebuah kereta yang gah dalam sekelip mata juga sedikit mencacatkan filem ini.


Salah Satu Aksi Menarik Di Dalam Filem Ini


Bagi aku filem ini sebenarnya hebat dari segi pertarungan, aksi dan komedi yang dicetuskan oleh pelakon - pelakonnya seperti Shaheizy Sam sendiri serta Fizo Omar dan Azad serta watak ketiga - tiga ketua kongsi gelap terutama Pak Piee sangat membantu menghidupkan unsur humor filem ini. Aksi pertarungan yang ditonjolkan oleh pelakon wanitanya terutama Yana Samsudin juga amat menarik hati kerana hari ini aku terasa puas dapat menonton aksi pertarungan daripada seorang pelakon wanita Malaysia yang kelihatan gagah dan tangkas berbanding filem - filem lain sebelum ini yang pelakon wanitanya apabila berlawan kelihatan terlalu kewanitaan.


Aku Suka Lakonan Shaheizy Sam Di Dalam Filem Ini


Cuma sayangnya disini ialah dialog yang diucapkan oleh Shaheizy Sam di dalam loghat Kelantan kali ini tidak banyak dan selalu berulang - ulang yang kadang kala membuatkan aku sedikit bosan namun lakonan beliau memang berkesan dimata aku. Apa - apapun, dari segi aksi dan komedi bagi aku filem ini memang agak berjaya membuatkan aku terhibur dan teruja menonton cuma sayangnya plot dan susunan jalan cerita filem ini hanyalah biasa - biasa sahaja.


Antara Pelakon Utama Filem Kongsi


Aku tidak pasti tetapi jika dilihat daripada sinopsis mungkin ada beberapa adegan daripada filem ini yang telah dipotong barangkali sehingga mungkin membuatkan jalan ceritanya sedikit kabur atau kurang jelas. Apa - apapun, filem ini banyak diselamatkan oleh aksi dan lakonan setiap pelakon - pelakonnya yang banyak membantu untuk membuatkan filem Kongsi ini mampu ditonton sehingga penamat. Bagi aku mungkin filem ini terlampau memfokuskan pada aksi - aksi atau lagak ngeri sehingga pengarah terlupa atau mengabaikan kekuatan jalan cerita filem ini.

Namun, masing - masing ada citarasa sendiri jadi adalah lebih baik anda pergi menonton sendiri di pawagam. Selamat menonton yer!


P/S : Bagaimana Anda Yang Sudah Menonton?
Puas Hati? Kongsikan Di Ruang Komen Entry Ini!




15/05/11

Blog Baru Hans

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Idea untuk membina sebuah blog lain yang hanya memfokuskan kepada review filem mula timbul secara tiba - tiba. Saya menamakan blog ini sebagai Rollo De Pelicula iaitu sebuah perkataan Sepanyol yang bermaksud Roll Film melalui terjemahan secara terus di google.



Entah kenapa saya suka melihat Roll Film selepas terlibat dalam menyiapkan tugasan dokumentari saya sebelum ini berkenaan Pawagam Coliseum pada semester lepas bersama rakan - rakan seperjuangan.
Jadi, saya akan pindahkan ulasan - ulasan saya mengenai filem, drama mahu pun dokumentari yang pernah saya tonton dari blog saya sebelum ini ke blog khas ini - Rollo De Pelicula. Apa - apapun, moga blog terbaru saya ini mendapat sokongan daripada kalian. Moga bertemu lagi pada entry akan datang.

(^_^)Y ---- Ini Hans




14/05/11

Review Filem : Dalam Mihrab Cinta



Filem:
Dalam Mihrab Cinta


Pengarah:
Habiburahman El Shirazi


Genre:
Keagamaan


Pelakon:
Dude Harlino, Meyda Safira, Asmirandah,
Boy Hamzah, El Manik, Niniek L.Karim & Etc.


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang seorang pelajar sekolah pondok agama yang sangat jujur dan baik budi pekerti iaitu Syamsul Hadi yang difitnah mencuri dompet Burhan, rakan sebiliknya sedangkan sebenarnya Burhan yang meminta tolong Syamsul Hadi untuk mengambil dompetnya yang kononnya dikatakan tertinggal di bilik. Syamsul Hadi tidak mengaku dan bersumpah laknat namun Burhan juga melakukan perkara yang sama. Tanpa siasatan yang lengkap maka Syamsul Hadi dipukul serta kepalanya digondolkan sebelum dihalau daripada sekolah pondok tersebut.


Kekecewaan Adik Perempuan Syamsul Hadi


Keluarga Syamsul Hadi pula sangat terkejut, marah dan kecewa dan percaya bahawa Syamsul Hadi memang mencuri. Hanya ibu dan adik perempuannya sahaja yang mempercayai bahawa Syamsul Hadi tidak melakukan perkara terkutuk itu. Akibat kecewa dengan sikap bapa dan abang - abangnya maka Syamsul Hadi keluar dari rumah dan merantau ke ibu kota. Disana, beliau cuba mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelayakannya namun tidak berjaya. Akhirnya, akibat desakan hidup beliau mula menjadi penyeluk saku tetapi cubaan pertama tidak berjaya. Beliau ditangkap oleh orang ramai dan dimasukkan ke dalam penjara.


Watak Syamsul Hadi Dan Zizi Pada Babak Awal Filem Ini


Apabila bebas daripada penjara, beliau kembali mencari pekerjaan tetapi hasilnya tetap juga sama. Beliau langsung tidak diterima untuk bekerja di mana - mana dan akhirnya beliau mengambil keputusan untuk menjadi penyeluk saku kembali tetapi di dalam masa yang menjadi ustaz yang mengajar Al - Quran dan memberi ceramah di surau. Akhirnya, atas satu perkara beliau telah bertaubat dan insaf dari melakukan kerja - kerja mencuri namun kedatangan Burhan yang cuba untuk merosakkan imej Syamsul Hadi membuatkan beliau sedikit gusar.


Mampukah Silvi Menerima Sejarah Lampau
Syamsul Hadi Sebagai Penyeluk Saku?


Mampukah orang ramai menerima kisah silam Ustaz Syamsul Hadi? Adakah mereka rasa seorang penyeluk saku layak untuk bergelar ustaz? Adakah keluarga Syamsul Hadi akan menerima kembali beliau? Siapakah di antara dua gadis iaitu Zizi dan Silvi yang menjadi pilihan Syamsul Hadi? Saksikan filem ini sendiri untuk mengetahui jawapannya.


Ulasan Hans:

Filem ini sangat menarik kerana ia menunjukkan perjalanan hidup seorang lelaki yang cukup baik dan jujur namun tiba - tiba menjadi mangsa fitnah seorang rakan sebilik yang boleh dikatakan agak rapat dan tanpa usul periksa dia dihalau dan dimalukan dihadapan pelajar - pelajar lain. Apabila Syamsul Hadi menjadi mangsa fitnah sememangnya tiada orang lain lagi yang mampu diharapkan melainkan sokongan daripada ahli keluarga sendiri tetapi jika ahli keluarga juga sudah tidak mempercayai dan membencinya lagi apalagi yang boleh dilakukan atau dibuktikan.


Syamsul Hadi Menerima Hukuman Atas Kesalahan Yang Tidak Dilakukannya


Kadang - kadang apabila hidup ini terlalu terdesak, perkara yang sebelum ini kita pandang sebagai salah atau jika dilakukan sangat lah berdosa besar namun demi kelangsungan hidup maka Syamsul Hadi terpaksa juga 'menghalalkan' semua itu dengan menjadi penyeluk saku. Disinilah yang membuatkan filem ini sangat menarik kerana Syamsul Hadi menyedari bahawa perkara itu sebenarnya sangat salah disisi agama dan diri beliau berasa sangat serba salah dengan apa yang beliau sedang lakukan tetapi beliau terpaksa melakukannya akibat desakan hidup. Jadi, apabila sudah menjadi penyeluk saku maka orang lain akan mengakui bahawa kejadian fitnah yang melanda Syamsul Hadi sebelum ini adalah benar. Dan cerita ini menjadi lebih menarik apabila watak Syamsul Hadi bergerak melalui dua karakter yang berbeza tetapi bersatu menjadikan karakter ini cukup unik dan kuat. Menjadi penyeluk saku dan di waktu yang sama juga menjadi ustaz dan memberi ceramah serta mengajar Al-Quran.


Karakter Syamsul Hadi Yang Tersepit Dan Keliru Antara Kejahatan
Menjadi Penyeluk Saku Dan Kemuliaan Sebagai Seorang Ustaz

Aku tertarik dengan satu babak dimana setiap dompet yang dicuri oleh Syamsul Hadi tidak dibuang oleh beliau tetapi sebaliknya disimpan dan nilai setiap duit yang diambil akan ditulis di dalam sebuah buku dan akhirnya kembali dipulangkan kepada tuan yang empunya dengan jumlah yang berganda. Mungkin ini kali pertama aku melihat adegan seperti ini kerana jika dilihat pada filem atau drama - drama di Malaysia sudah semestinya dompet itu akan dibuang di longkang, tong sampah atau pun di tepi jalan. Mungkin kerana filem ini bergenre keagamaan maka babak ini sangat menarik dan menguatkan lagi jalan cerita.


Pelakon Kanak - Kanak Mereka Memang Berbakat


Mungkin terdapat sedikit kelemahan pada filem ini kerana apabila filem dibuat berdasarkan adaptasi daripada sebuah novel sememangnya naratif dan perjalanan ceritanya sedikit laju dan terkejar namun masih tidak mencacatkan keseluruhan cerita kerana plotnya masih lagi disusun kemas dan penonton masih boleh untuk memahami jalan ceritanya. Aku secara jujurnya tidak berkenan pada babak yang menunjukkan beberapa orang pelajar sekolah pondok membelasah Syamsul Hadi yang dituduh mencuri sedangkan kebenaran masih belum dipastikan dan seolah - olah menonjolkan Islam itu seperti agama yang menyokong keganasan. Namun, mungkin ini didorong oleh jalan cerita yang terdapat di dalam novel tersebut. Apa - apapun, filem ini memang bijak dalam memainkan emosi dan tahniah diucapkan kepada pelakon - pelakonnya yang memang menjiwai karakter masing - masing dengan sehabis baik.


Watak Antagonis Filem Ini Iaitu Burhan


Inilah perbezaan antara filem bergenre keagamaan dari negara seberang berbanding dengan negara kita. Filem mereka berdurasi hampir 2 jam tetapi mampu menyampaikan pelbagai perkara mahu pun mesej berbanding filem kita(bukan semua tetapi kebanyakkan) yang hanya mampu menyampaikan 1 atau 2 mesej dalam masa 2 jam. Apa - apapun, filem Dalam Mihrab Cinta ini memang menarik untuk ditonton dan moga anda yang menonton akan terhibur dengan jalan ceritanya yang menarik. Assalammualaikum dan salam sejahtera.

P/S : Aku Menonton Filem Indonesia Tetapi
Tidak Berminat Dengan Sinetron Mereka.