30/11/11

Filem Keramat



Filem:
Keramat


Pengarah:
Azhari Mohd Zain


Genre:
Seram


Pelakon:
Zul Handyblack, Rebecca Nur, Mon Ryanti, Adey Syafrien,
Putri Mardiana, Diana Amir & Etc.


Tarikh Tayangan:
12 Januari 2012


Sinopsis:

Filem ini dimulakan dengan babak sekitar tahun 1900 dimana seorang lelaki bernama Habib telah difitnah merosakkan kehormatan seorang gadis bernam Mustika. Akibat daripada kejadian tersebut, Habib telah dikerumuni dan dipukul oleh orang kampung diketuai oleh Jabar iaitu abang kandung Mustika. Habib yang bukan calang-calang orang terus dipukul dan kain yang selama ini menutupi wajahnya ditarik oleh orang kampung. Maka berlakulah satu peristiwa yang amat dahsyat dimana semua penduduk kampung mati dek cahaya terang yang terpancar dari wajah Habib tersebut.


Dan pada zaman kini, kehidupan dua adik beradik iaitu Nazmir dan Nasti mula dihantui pelbagai pertistiwa pelik dan menyeramkan bermula dengan kehilangan bayi yang dikandung Syazura iaitu isteri Nazmir. Sejak itu seorang demi seorang ditimpa pelbagai peristiwa di luar fikiran termasuk Munirah yang merupakan Isteri kepada Nasti. Keinginan Syazura untuk pulang ke kampung halaman suaminya menjadikan keadaan bertambah rumit. Satu persatu rahsia terbongkar dan mendedahkan sebuah sejarah yang mengejutkan Nazmir, Syazura, Nasti dan Munirah. Siapa sebenarnya dalang dalam perkara ini dan apakah rahsia tersebut? Saksikan filem ini untuk mengetahui jawapannya.


Trailer:



Pandangan Hans:

Sebuah lagi filem bergenre seram bakal menemui penonton Malaysia pada awal tahun hadapan. Melihat kepada rupa poster sememangnya keseraman itu dapat dirasai. Namun, adakah filem seram ini hanya merupakan satu lagi naskhah yang tiada apa - apa dapat dibanggakan atau adakah naskhah ini lain daripada filem - filem bergenre seram yang lain? Sama ada filem ini akan memberi suatu yang baru atau pun mengulangi isi - isi yang lebih kurang sama dengan filem seram yang lain hanya akan diketahui selepas ia ditayangkan. Jadi, adakah anda salah seorang yang akan pergi menonton filem ini di pawagam?



29/11/11

Filem Sesuatu Yang Tertinggal



Filem:
Sesuatu Yang Tertinggal


Pengarah:
Asrull Hisyam


Genre:
Seram & Drama


Pelakon:
Sara Ali, Zahiril Adzim, Shera Aiyob & Etc.


Tarikh Tayangan:
05 Januari 2012


Sinopsis:

Filem seram ini mengisahkan tentang enam orang penghuni rumah anak yatim iaitu Arshad(16 tahun), Mona(15 tahun), Zakiah(15 tahun), Ashraf(11 tahun), Daud(10 tahun) dan Murni(9 tahun) yang melalui satu pengalaman yang menghantui mereka ketika menetap di sebuah rumah lama. Cerita bermula apabila mereka dan penghuni-penghuni Rumah Anak Yatim Setia harus berpindah ke sebuah rumah yang telah diwakafkan oleh seorang lelaki. Rumah itu adalah milik arwah datuknya.

Sebuah almari antik telah dijumpai oleh anak-anak yatim tersebut semasa proses pembersihan dan mereka mengambil keputusan untuk mengalihkan almari itu ke bilik yang lain. Semasa mereka memindahkan almari tersebut, ia tergelincir dan menyebabkan lantai kayu usang terkopak. Arshad menjumpai sebuah cermin muka tua melalui celahan bahagian yang terkopak dan menghadiahkan kepada Mona tanpa mengetahui bahawa cermin itu bakal menjerumuskan mereka ke ambang misteri. Mona terus berubah sikap selepas itu. 

Bella iaitu seorang pelajar yang sering memperlekehkan Mona di sekolah dan seorang pengawas sekolah yang menyukai Mona telah dikejutkan dengan peristiwa ngeri yang menimpa mereka. Daud pula cuba meyakinkan Arshad bahawa Mona telah dirasuk melalui penelitiannya terhadap komik-komik seramnya. Akhirnya mereka merancang sesuatu untuk memerangkap kuasa yang telah mendampingi Mona. Berjayakah mereka? Apakah sebenarnya yang mengganggu hidup Mona? Adakah cermin lama dan almari antik yang berada di dalam rumah lama itu saling bersangkut paut?


Trailer:



Pandangan Hans:

Filem yang cuma menelan kos perbelanjaan tidak sampai pun RM1 juta(hanya RM0.80 Juta) ini nampak begitu kuat dari segi pemilihan dua orang pelakon utamanya iaitu Sara Ali dan Zahiril Adzim. Sekali lagi sebuah filem tempatan mempertaruhkan genre seram untuk menarik minat dan sokongan penonton Malaysia untuk pergi menonton filem ini panggung wayang berdekatan kawasan mereka. Aku tidak pasti bagaimana hasil sebenar filem ini kerana trailer selalunya tidak dapat memberi petunjuk sesuatu filem itu betul - betul bagus atau tidak. Aku mengakui aku sangat meminati hasil lakonan pelakon Zahiril Adzim kerana beliau pandai memilih watak cuma aku sedikit risau jika watak beliau di dalam filem ini sama seperti wataknya di dalam filem Klik 3GP. Maksud aku disini dari segi kekuatan watak dimana di dalam filem Klik 3GP kekuatan watak beliau kurang ditonjolkan. Apa - apapun, sama - sama tunggu dan lihat hasil filem ini pada awal tahun depan.


P/S : Masalahnya Betul Ker FilemNih Filem Seram? Seram Tak Trailer Filem Nih? Anda Rasa? (^_^)Y



27/11/11

Filem Papa I Love You



Filem:
Papa I Love You


Pengarah:
Hashim Rejab


Genre:
Komedi & Drama


Pelakon:
Lisa Surihani, Mia Sara Nasuha, Zalif Sidek, Zaidi Omar,
Bob Kuman, Syanie, Zul Handyblack & Etc.


Tarikh Tayangan:
29 Disember 2011


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang Baha iaitu seorang ayah yang berusaha untuk membesarkan anak tunggalnya iaitu Mia dengan sempurna mungkin di dalam kehidupannya yang penuh dengan kesempitan sehingga beliau sanggup melakukan apa sahaja. Baha bertemu dengan seorang wanita bernama Elly yang sering membantu beliau untuk menjaga Mia dikala Baha sibuk mencari kerja. Elly dan Mia melengkapkan hidup Baha meskipun ditimpa kesempitan dek kerana kekurangan wang dan tidak mempunyai kerja tetap. 

Datuk Kudin seorang ayah dimana pada zaman mudanya mempunyai segala – galanya namun kerana sikapnya yang lebih mementingkan kerjaya telah menyebabkan dia kehilangan anak kesayanganya iaitu Elly. Baha menjadi orang tengah dalam membantu merapatkan semula hubungan Elly dan Datuk Kudin dan ini akhirnya telah menyebabkan hubungan Elly dan Baha sendiri menjadi tegang. Perpisahan Baha dan Elly telah menyebabkan Mia sedih dan secara tak sengaja ditimpa kemalangan. Melihatkan betapa besarnya kasih sayang Baha terhadap Mia telah menyedarkan Elly supaya memberikan peluang kepada ayahnya sendiri iaitu Datuk Kudin.


Trailer:



P/S : Berjaya Atau Tidak? Bagus Atau Tidak? Sama - Sama Saksikannya Nanti! (^_^)Y




26/11/11

Review Filem Misteri Jalan Lama



Filem:
Misteri Jalan Lama


Pengarah:
Afdlin Shauki


Genre:
Keluarga & Drama


Pelakon:
Que Haidar, Hans Isaac, Datuk Ahmad Tarmimi Saregar, Vanidah Imran,
Sabrina Mohammed Hassan, Namron, Adam Corrie, Sobri Anuar, Afdlin Shauki,
Nasir Bilal Khan, Yalal Chin, Liyana Jasmay, Sufian Mohamed & Etc.


Penilaian:
6 / 10


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang dua dunia berbeza dimana dua beradik iaitu Indra dan Ilya yang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka untuk urusan pengebumian Iskandar iaitu ayah mereka. Indra adalah anak kandung Iskandar yang menjadi pelumba kereta profesional tetapi kuat berjudi dan seringkali meminjam daripada ah long dan ini menyebabkan hidupnya mulai tidak aman kerana kini dia diburu oleh gangster. Manakala Ilya pula adalah anak angkat Iskandar yang diberikan oleh seseorang yang misteri ketika Iskandar melalui sebatang jalan lama pada 25 tahun dahulu. Ilya merupakan seorang anak yang baik dan dia banyak membantu Iskandar membina kerjayanya. Iskandar juga sangat sayangkan Ily dan ini jugalah yang menjadi punca ketidakpuasan hati Indra lalu dia membawa diri jauh daripada keluarganya.   

Pada hari kematian Iskandar dimana buat pertama kalinya selepas 15 tahun akhirnya Indra ke pejabat ayahnya untuk mengambil surat wasiat yang ditinggalkan untuknya. Indra diminta membawa Ilya pulang kerana Ilya tidak tahu memandu. Ketika di lebuhraya tiba - tiba Indra dikejar oleh gangster dan ini membuatkan Indra mengambil keputusan menggunakan jalan lama. Ketika melalui jalan lama tersebut dan tidak semena-mena mereka memasuki ‘dunia lain’. Pelbagai peristiwa pelik dialami mereka sepanjang berada di dunia tersebut. Daripada diganggu oleh makhluk mengerikan hinggalah kepada sesuatu yang mengasyikkan. Apakah akan terjadi kepada mereka berdua? Siapakah sebenarnya makhluk tersebut? Apakah hubungan antara Ilya dandan mereka? Apakah misteri yang terdapat di jalan lama tersebut? Saksikan filem ini untuk mengetahui jawapannya.


Ulasan Hans:

Afdlin sememangnya seorang yang kreatif dan karya - karya beliau selalunya memang kita tidak dapat jangka kekuatan dan keistimewaan yang tersembunyi sehingga lah kita menonton hasilnya dengan mata sendiri. Bagi aku filem Misteri Jalan Lama ini mempunyai sebuah jalan cerita yang boleh dikatakan agak menarik, kreatif dan adakalanya mengujakan aku. Walaubagaimanapun, plot filem ini masih terdapat beberapa kelemahan melalui persoalan yang ditimbulkan tanpa sebarang jawapan. Filem ini sebenarnya merupakan salah sebuah filem yang boleh aku katakan agak berat dan setiap plot sebenarnya amat berhubung kait dan jika anda tertinggal untuk menonton adegan awal filem mungkin ia akan memeningkan kepala anda untuk mengikuti jalan cerita seterusnya. Nasib baik aku bukannya tergolong di dalam kelompok penonton yang tidak menyukai filem - filem berat yang memaksa anda untuk berfikir kadang - kala seperti yang terdapat di dalam filem ini.


Teraju Utama Filem Ini : Hans Isaac Dan Que Haidar


Kredit harus diberi kepada setiap pelakon di dalam filem ini terutama Hans Isaac, Que Haidar dan Namron yang berjaya menjadikan watak mereka itu seolah - olah sememangnya watak itu dihasilkan oleh mereka. Hans Isaac memang menampilkan sisi lakonan yang betul - betul cukup mantap bagi aku di dalam filem ini. Aku sukakan bagaimana beliau mengawal karakter Indra tersebut dimana ia berjaya membuat penonton adakalanya cukup benci dengan watak itu dan adakalanya bersimpati dan kadang - kadang watak tersebut berjaya di dalam menguasai emosi penonton melalui emosi karakter itu sendiri. Dari segi humor pula pujian harus diberi kepada Namron kerana berjaya menggeletek hati penonton dengan setiap patah dialog yang diungkapnya yang kelihatan cukup bersahaja. Que Haidar pula tidak dinafikan sememangnya seorang pelakon yang berkarisma dan watak Ilya juga berjaya dibawanya dengan baik.


Namron Tidak Pernah Mengecewakan


Dari segi kesan khas atau CGI pula aku rasa sememangnya ia tidak memberikan kepuasan kepada aku. Dengan Afdlin sendiri mengaku peruntukan untuk menghasilkan kesan khas ini adalah sedikit maka hasilnya juga tidak lah mampu dijelmakan sepenuhnya. Adegan akhir yang menunjukkan kapal atau bahtera yang terbang seketika mendarat di atas jalan dan kemudian terbang semula memang nampak terlalu animasi. Kesan khas yang menunjukkan akar pokok yang menjalar pula boleh dikategorikan asal boleh sahaja lah. Tetapi, apa yang amat menggelikan hati aku ialah dari segi kostum pelakon. Apabila melihat kostum puak Nian membuatkan aku ketawa kerana ianya amatlah melucukan. Aku kurang pasti apakah objektif atau perkara tersirat disebalik kebuncitan di bahagian perut yang jelas di lihat pada kostum tersebut. Apa yang aku boleh katakan disini ialah aku baru nak merasai kegagahan watak Ilya memakai persalinan perang yang lengkap tetapi apabila melihat kepada bahagian perut kostum tersebut. Eh? Kenapa perkataan kegagahan tiba - tiba mempunyai kepak dan terbang ke atas lalu hilang entah kemana? Berkenaan puak lagi satu iaitu Ghaul(aku tidak pasti ejaannya) aku dapat bayangkan jika Afdlin mempunyai wang yang lebih banyak mungkin imej puak ini akan menjadi lebih menarik dan menggerunkan. Sememangnya kostum serta senjata setiap puak kelihatan sedikit lucu namun aku faham kerana kos kewangan yang terhad jadi mungkin pada filem - filem akan datang yang bergenre sebegini mungkin boleh dilebihkan sedikit peruntukan untuk bahagian penyediaan kostum.


Puak Nian Dengan Kostum Mereka


Persoalan - persoalan yang kurang jelas dan aku mempunyai semangat ingin tahu yang cukup tinggi ialah apakah punca utama yang menyebabkan puak Nian dan puak Ghaul ini berseteru? Memang filem ini ada memberitahu bahawa puak Ghaul ini ingin menguasai dunia namun itu sahaja seperti tidak mencukupi kerana dendam yang ditonjolkan melalui puak Ghaul ini begitu mendalam sekali. Jadi, apa yang dilakukan oleh puak Ghaul ini selama 25 tahun mereka menunggu kedatangan Ilya yang merupakan putera Nian? Jika betul mereka ingin menguasai dunia dimana mereka harus menghapuskan puak Nian maka kenapa dalam jangka masa 25 tahun itu mereka tidak berbuat apa - apa untuk paling tidak melemahkan puak Nian sebelum kembalinya Ilya yang sudah diketahui mempunyai kekuatan melalui loket yang diberikan oleh ayahanda nya? Dikhabarkan juga bahawa ibu Ilya lakonan Vanida Imran yang membawa Ilya yang masih bayi ketika itu berjalan - jalan berdua - duaan dan kemudian diserang oleh ketua puak Ghaul. Kekaburan disini ialah apakah motif ibunya berani berjalan seorang diri di kawasan yang mungkin bukannya kawasan puak Nian(tidak dinyatakan jarak atau sempadan kawasan puak Nian dan puak Ghaul) tanpa dilindungi oleh panglima - panglima puak Nian sedangkan beliau ialah seorang permaisuri. Plot itu sangat lemah bagi aku. Kewajaran watak Ilya menjerit - jerit juga adakalanya kelihatan terlalu lama dan mungkin juga tidak perlu bagi aku.


Aku Suka Wajah Ketua Puak Ghaul Nih! Nama Harak Ker Apa Entah!


Skor muzik filem ini bagi aku menarik kerana ia menghidupkan suasana filem tersebut. Berkenaan pencahayaan pula aku berasa sedikit kecewa dengan filem ini. Jika diteliti sewaktu Ilya dan Indra menikmati durian di sebuah dusun itu adalah pada waktu pagi di dalam lingkungan pukul 1 hingga 3 pagi namun pencahayaan yang ditunjukkan kelihatannya seperti tidak menggambarkan keadaan tersebut. Ia sedikit mengecewakan aku namun babak Ilya menjerit dan kemudian kelihatan durian jatuh begitu banyak ke tanah sebenarnya agak menarik dan ia secara tidak langsung menggambarkan inilah Malaysia. Durian! Malaysia! Durian! Malaysia! Hahaha! Aku suka babak tersebut!


Salah Satu Adegan Di Dalam Filem Ini


Terus terang aku cakap filem ini sebenarnya memerlukan baget yang lebih tinggi dan aku pasti jika filem ini dihasilkan dengan kos paling tidak separuh daripada kos filem Hikayat Merong Mahawangsa pasti wajah filem ini akan kelihatan betul - betul mengujakan dan wow! Walaupun masih terdapat beberapa plot yang lemah sehingga menimbulkan persoalan - persoalan yang tiada jawapan namun aku suka bagaimana filem ini berakhir dengan menunjukkan watak Indra berjalan seorang diri. Menarik sebenarnya kerana dari situ pelbagai telahan akan muncul dari fikiran kita. Filem ini sebenarnya ada wawasan dan idea tersendiri cuma bagi aku mungkin Afdlin boleh menghasilkan yang lebih baik pada masa akan datang.


Vanidah Imran


Apa - apapun, jika anda seorang penonton yang hanya mahu menonton filem yang memberi anda terus - terusan jawapan tanpa perlu berfikir maka ini bukan lah filem anda. Filem ini sedikit berat dan bagi aku bukan semua menyukai filem sebegini. Namun, apa salahnya anda menonton kerana filem ini sebenarnya ada sesuatu yang menarik di dalam perkara yang tersirat disebalik sedikit kekurangan yang jelas tersurat di hadapan mata. Jadi, selamat menonton dan tahniah kepada semua pelakon dan krew filem ini kerana telah memberikan yang terbaik kepada penonton.





P/S : Satu Cadangan Aku Kepada Semua Penerbit Filem Tempatan! Sila Letakkan Sari Kata Untuk Memudahkan Penonton Memahami Perkataan - Perkataan Asing Atau Dialog Yang Tidak Jelas. Contoh Paling Jelas Ada Di Dalam Filem Ini Sendiri!

P/S Lagi: Ulasan Filem Tempatan Yang Akan Datang Ialah Filem Ombak Rindu! Insyaallah! (^_^)Y




20/11/11

Review Filem Aku Bukan Tomboy



Filem:
Aku Bukan Tomboy


Pengarah:
Syamsul Yusof


Genre:
Komedi & Drama


Pelakon:
Syamsul Yusof, Scha Al Yahya, Shaheizy Sam, Salina Saibi, Sheera & Etc.


Penilaian:
7 / 10


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Farisa atau Isha yang berpewatakan tomboy yang dibesarkan oleh bapanya selepas kehilangan ibunya sejak kecil. Bermula dari zaman persekolahan yang penuh dengan dugaan kerana sering diganggu oleh beberapa orang pelajar 'pengkid' antaranya Bell dan Sam. Tekanan disekolah yang dialami Farisa mendorongnya untuk mengubah dirinya sebagai seorang yang berpesonaliti agresif dan kasar. Walaupun berpenampilan persis seorang lelaki namun Farisa masih mempunyai naluri sebagai seorang gadis sejati. Perwatakan sebegini berterusan sehingga ke alam pekerjaannya sebagai seorang penghantar pizza.


 


Masalah mula timbul apabila Farisa dikejutkan dengan kemunculan dua jejaka iaitu Harry dan Burn yang berhasrat menjalinkan hubungan istimewa dengannya. Harry merupakan seorang juru jual yang terlebih dahulu berkawan rapat dengan Farisa dan kemudian merasa tergugat apabila Burn muncul sebagai pesaing yang mencetuskan perebutan antara mereka berdua untuk mendapatkan Farisa. Dalam masa yang sama Farisa juga berdepan dengan konflik perbezaan darjat dan kedudukan Burn sebagai Eksekutif Junior di syarikat bapanya yang menyukarkan lagi hubungan mereka.



Di samping itu, Farisa secara kebetulan bertemu semula dengan Bell dan Sam yang merupakan pengkid yang turut berebut untuk menjadikannya sebagai pasangan mereka. Konflik cinta tiga segi yang berbeza ini telah mewarnai catatan kehidupan Farisa iaitu si gadis tomboy. Persoalannya ialah siapakah yang menjadi pilihan Farisa di antara Burn dan Harry dan bagaimanakah Farisa mengelakkan dirinya daripada gangguan berterusan Bell dan Sam? Saksikan filem yang cukup kelakar ini di pawagam berhampiran anda.


Ulasan Hans:

Syamsul Yusof cuba untuk menjadi seorang pengarah yang cuba lari daripada dikaitkan dengan general filem tertentu sahaja dengan kali ini menampilkan sebuah filem komedi pertama arahannya. Jika sebelum ini beliau cukup hebat di dalam menghasilkan filem - filem bergenre seram mahu pun bercorak aksi namun masih ramai yang agak meragui kemampuannya di dalam menerbitkan filem di dalam acuan komedi. Lihat sahaja Pierre Andre yang hebat di dalam filem - filem seramnya namun terkulai apabila mengarahkan filem komedi atau romantik seperti filem 9 September yang gagal menarik perhatian penonton secara optimum.


 Salah Satu Babak Di Dalam Filem Ini


Bagi aku percubaan pertama Syamsul Yusof di dalam mengarahkan filem komedi wajar dipuji kerana sememangnya filem ini sangat menghiburkan. Walaupun terdapat beberapa plot ceritanya yang lebih kurang sama dengan filem - filem berkenaan kisah wanita tomboy pada beberapa adegan namun harus aku akui pemilihan pelakonnya yang tepat menjadi kunci kepada kejayaan filem ini menghiburkan penonton yang menonton dengan harapan yang menggunung.


Comelnya Watak Farisa Lakonan Scha Al Yahya Nih!


Memilih pelakon Scha Al Yahya untuk melakonkan watak Farisa sememangnya langkah yang sangat tepat dan bijak. Aku cukup suka melihat bagaimana karakter ini dihidupkan oleh Scha dengan begitu berkesan dan cukup bernyawa sekali dari segi 'kejantanan' serta roh kewanitaan yang terdapat pada watak Farisa itu. Dari gaya berjalan, riak wajah, intonasi suara, permainan mata, dan kecomelan beliau telah berjaya melengkapi watak Farisa ini dengan begitu menarik. Belum dicampur dengan ketawanya yang garau namun berjaya membantu menghidupkan suasana filem itu dengan begitu konsisten. Pada pandangan peribadi aku sendiri, Scha sememangnya sesuai dengan watak - watak sealiran dengan watak Farisa itu kerana aku nampak beliau berjaya menjiwainya dengan cukup mendalam.


Shaheizy Sam Memang Kelakar


Shaheizy Sam pula memang tidak dapat dinafikan lagi sememangnya berbakat besar dan berikan apa sahaja watak padanya pasti akan berjaya disempurnakan dengan begitu baik dan teliti. Bagi aku watak Sam di dalam filem ini rasa - rasanya tidak lah terlalu berat namun sesekali melihat adegan yang memerlukan Sam mengeluarkan emosi melankoliknya itu dan perlu juga di dalam masa yang sama melahirkan unsur humor menyebabkan aku menghormati figura ini. Aku mengharapkan agar pengarah - pengarah Malaysia memberikan Sam watak yang lebih menguji beliau kerana sayangnya beliau mempunyai bakat yang besar tetapi tidak dieksploitasikan secara menyeluruh oleh pengarah - pengarah tempatan. Apa - apapun, Sam memang terbaik!


Keluarga Farisa


Harun Salim Bachik pula yang memegang watak sebagai ayah kepada Farisa seperti biasa tidak sah jika tidak membuatkan penonton ketawa. Gayanya yang kelihatan cukup neutral dan spontan itu memang menggamit ketawa penonton apabila muncul sahaja adegan yang melibatkannya. Syamsul Yusof pula yang memegang watak sebagai Burn iaitu seorang lelaki yang agak lurun bendul juga tidak mengecewakan. Agak menarik watak itu dan aku merasakan lakonan Syamsul semakin hari semakin bagus. Tahniah Syamsul! Salina Saibi dan Sheera yang memegang watak sebagai pengkid pula bagi aku amatlah mengejutkan dimana kejutan itu bukannya bermaksud aku terkejut kerana mereka sanggup menjadi pengkid di dalam filem ini tetapi watak tersebut berjaya disempurnakan dengan cukup berkesan dan menggelikan aku. Hahahaha! Memang betul - betul menjadi terutamanya Salina Saibi. Aku hampir - hampir tidak percaya bahawa watak Sam itu adalah beliau sebab aku ingatkan betul - betul pengkid. Hahaha!


 Salina Saibi Sebagai Sam


Mengapa aku hanya mengulas tentang lakonan pelakon - pelakonnya sahaja? Ini disebabkan pelakon - pelakon di dalam filem ini lah yang berjaya menghiburkan dan menghidupkan filem ini. Dari segi jalan cerita bagi aku biasa sahaja lah seperti filem - filem yang lebih kurang sealiran dengan filem ini dan ini pun diakui sendiri oleh Syamsul di dalam rancangan Diva di RTM1 jika tidak silap aku. Namun, ingin aku katakan disini filem ini sebenarnya walaupun ada menyelitkan beberapa babak yang menggelikan berkenaan ayat - ayat romantik pengkid namun filem ini sebenarnya langsung tidak menyokong hubungan sejenis ini kerana beberapa watak ditugaskan untuk membantai dan membelasah habis - habisan masalah ini di dalam dialog mereka. Dialog yang mungkin kasar tetapi bak kata pepatah siapa makan cili dialah merasa pedasnya. Agak menarik dialog - dialog tersebut walaupun terdapat unsur seksual. Satu kelemahan yang aku ingin katakan disini ialah berkenaan perjalanan plot ceritanya dimana filem ini tidak menceritakan tentang kisah lampau Farisa bagaimana beliau boleh berubah menjadi tomboy tidak dipaparkan di dalam filem tersebut secara jelas dan terperinci. Jika diselitkan satu dua adegan masa silamnya mungkin filem ini akan menjadi lebih menarik.


Watak - Watak Ini Menggelikan Dan Menggerunkan Aku
Tetapi Berjaya Dilakonkan Dengan Baik Sekali!


Filem ini sangat menghiburkan cuma ingin aku katakan disini ialah pada pandangan peribadi aku jika anda yang sudah berkahwin dan ingin membawa anak anda bersama menonton filem ini baik lupakan sahaja kerana bagi aku kanak - kanak tidak sesuai untuk menonton filem ini kerana terdapat beberapa dialog yang tidak sesuai untuk didengar oleh kanak - kanak. Apa - apapun, memang berbaloi menonton filem ini sebagai hiburan dan kepada yang ingin menonton maka aku ucapkan selamat menonton dan semoga sentiasa ketawa seperti aku semasa di dalam panggung. Tahniah pada semua pelakon dan krew produksi filem Aku Bukan Tomboy. Jumpa lagi pada review filem akan datang. Assalammualaikum dan salam sejahtera!


P/S : Watak Farisa Lakonan Scha Sangat Comel (^_^)Y




11/11/11

Review Filem The Adventures Of Tintin : Secret Of The Unicorn



Filem:
The Adventures Of Tintin : Secret Of The Unicorn


Pengarah:
Steven Spielberg


Genre:
Animasi, Aksi & Pengembaraan


Pelakon(Suara):
Jamie Bell, Andy Serkis, Danial Craig, Simon Pegg, Nick Frost & Etc.


Penilaian:
8 / 10


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang Tintin yang merupakan seorang wartawan muda bersama anjingnya yang nakal iaitu Snowy. Kisah bermula sewaktu mereka berada di sebuah bandar di Eropah dimana Tintin membeli sebuah model kapal layar Unicorn dengan harga yang cukup berbaloi. Namun sewaktu beliau baru sahaja selesai membeli model kapal layar tersebut tiba - tiba terdapat dua orang lelaki iaitu Ivanovitch Sakharine dan Barnaby yang cuba tawar menawar untuk mendapatkan kapal tersebut namun Tintin tidak mahu menjualnya kerana beliau mahu menjadikan kapal tersebut sebagai koleksi peribadi. Disebabkan satu peristiwa dimana anjing Tintin iaitu Snowy bergaduh dengan kucing jirannya dan menyebabkan model kapal layar tersebut rosak. Tintin mula membuat kajian dan menemui sesuatu yang amat mengejutkannya. Lebih mengejutkan apabila model kapal layar beliau hilang dicuri dan Barnaby mati dibunuh sewaktu sedang cuba bercakap dengan Tintin. Nampaknya Tintin dan Snowy terpaksa mengejar pembunuh Barnaby dan disini barulah segalanya bermula. Tintin dan Snowy akan berjumpa dengan Captain Haddock yang merupakan kaki botol tetapi seorang yang lucu serta melihat sendiri kejahatan Ivanovitch Sakharine. Apa kaintannya antara Captain Haddock dengan Ivanovitch Sakharine? Mampukah Tintin membongkar rahsia kapal layar Unicorn tersebut? Saksikan filem yang cukup menarik ini di pawagam berhampiran anda untuk mengetahui jawapannya.


Ulasan Hans:

Aku cukup berpuas hati dapat menonton filem ini di dalam format 3D dan ini merupakan filem animasi pertama dimana aku berpeluang menontonnya di dalam format sedemikian. Sangat mengujakan, rasa berbaloi dan terasa mahu menonton sekali lagi. Seronok apabila melihat kehebatan grafik dan sinematografi filem ini yang nampak seperti nyata dan betul - betul memukau. Aku memang terasa seperti berada di dalam dunia Tintin apabila menyaksikannya di dalam 3D. Aku sarankan kepada yang ingin menonton filem ini agar menontonnya di dalam 3D kerana kepuasannya memang terjamin. Secara tak langsung filem ini mengubat kekecewaan aku sebelum ini(lihat entry sebelum review filem ini).


Hubungan Tintin Dan Snowy Yang Cukup Rapat


Jalan ceritanya menarik dan sedikit ringan! Watak Tintin  ini mengingatkan aku kepada Conan iaitu satu watak penyiasat yang terkenal di dalam animasi Jepun! Tintin seorang wartawan yang pada awalnya ditunjukkan kejayaannya menyelesaikan dan membongkar pelbagai kegiatan dan misteri. Dibantu pula oleh watak Snowy seekor anjing yang sangat lucu dan setia sememangnya anda akan sentiasa terhibur dengan keletah mereka. Apa aku boleh cakap filem ini memang lucu dan kelucuannya terdapat pada banyak watak antaranya watak Captain Haddock yang apabila mabuk akan bercakap yang bukan - bukan dan kelihatan seperti seorang manusia yang blur wataknya. Sudah tentu Snowy iaitu anjing Tintin juga menimbulkan unsur humor yang bukannya sedikit kerana anda sebagai penonton pasti akan terkekeh - kekeh ketawa melihat kecomelan dan ketangkasan karakter ini. Watak 2 orang penyiasat yang seakan - akan kembar(atau mungkin memang kembar..hahaha) iaitu Inspector Thompson dan Thomson yang sangat kelakar sewaktu menangkap seorang penyeluk saku yang tua.


Inspector Thompson dan Thomson Yang Sangat Kelakar


Sememangnya kebanyakkan dialog di dalam filem ini memang melucukan tetapi ia sangat berhubung kait dalam membina setiap watak - watak yang terdapat di dalam filem ini. Kesan bunyi dan skor muziknya juga sangat menarik. Sudah namanya animasi jadi meman ada adegan - adegan yang kurang logik tetapi seperti aku katakan tadi. Setiap babak seperti peperangan di atas kapal, di gurun serta aksi kejar mengejar sememangnya menarik dan kelihatan seakan - akan realiti. Aku agak kagum melihat sejumlah besar animasi yang menunjukkan populasi sesuatu tempat bernama Baggar yang kelihatan betul - betul seperti orang. Cukup teruja!


 Salah Satu Babak Yang Membuatkan Anda Tidak Berhenti Ketawa!


Ini adalah animasi jadi cubalah nikmatinya dengan senyuman. Aku dah tak tahu nak kata apa lagi! Apa yang aku boleh cakap aku sangat terhibur menonton Filem The Adventures Of Tintin : Secret Of The Unicorn ini. Semuanya menarik dan memuaskan hati! Jadi, selamat menonton kepada anda semua dan nikmatilah pengembaraan Tintin dan Snowy dengan penuh kegembiraan!




P/S : Aku Masih Teringat Satu Watak Wanita Menyanyi Soprano Di Dalam Filem Ini Dan Bagaimana Seksanya Riak Muka Watak Captain Haddock Dan Snowy Mendengar Suara Wanita Tersebut! Hahahaha! Terbaik! (^_^)Y




10/11/11

Review Filem Abuya



Filem:
Abuya


Pengarah:
Imran Haji Ismail


Genre:
Drama


Pelakon:
Faizal Hussein, Jue Aziz, Yank Kassim, Adrea Abdullah, Khir Mohd Noor & Etc.


Penilaian:
2 / 10


Sinopsis:

Di sebuah kampung bernama Kampung Bukit Lalang yang terletak di sempadan Malaysia Thai,10 KM dari garisan sempadan Thailand. Seorang peniaga bernama Abu Zakaria telah datang ke kampung ini dan berkahwin dengan Rubiah seorang wanita kaya di kampung Bukit Lalang. Selepas itu Rubiah menghantarnya ke Turki untuk belajar ilmu agama, tetapi bila dia pulang Abu Zakaria membawa pulang seorang perempuan GRO berbangsa Turki yang dijadikan isteri keduanya. Kepulangannya ke kampung membawa sedikit perubahan pada dirinya.

Dia telah menyerapkan unsur- unsur penyelewengan serta menyesatkan sebahagian penduduk kampung itu. Abu Zakaria telah menubuhkan markaznya sendiri yang diberi nama Markaz Khalifah dan mengelarkan dirinya sebagai Abu Ya. Sejak terdirinya Markaz Khalifah ini, semakin ramai pengikut dari berbagai bangsa, agama atau pun keturunan yang mengikut ajaran sesat Abu Ya. Dengan kebolehan luar biasa yang dipelajarinya semasa di Turki itu membuatkan Abu Ya lebih kuat dan berkuasa. Dia bernikah lagi dengan Adawiyah anak seorang pejuang pemisah Pattani dan mempunyai seorang lagi isteri bernama Suraya.

Kerana kesesatan yang melampaui batas segala kegiatannya telah diketahui oleh orang kampung dan pihak berkuasa Malaysia Thailand. Kehidupan songsang yang diamalkan oleh pengikut Abu Ya telah menjadi daya tarikan dari golongan sampah masyarakat untuk menyertai kegiatan Abu Ya. Markaz Khalifah bukan sahaja dijadikan pusat pemujaan tetapi juga menjadi pusat latihan perang yang lengkap dengan senjata api. Kisah ini bermula dari tahun 2002 dan telah dimusnahkan oleh pihak berkuasa Malaysia Thailand pada Julai 2005 atas kesalahan ingkar dan cubaan merampas kuasa dari Yang DiPertuan Agong.


Ulasan Hans:

Aku mengambil risiko yang agak tinggi dengan melabur duit sendiri untuk menonton filem ini walaupun trailer filem ini sebenarnya kurang berjaya menarik perhatian aku. Mungkin kekuatan utama filem ini yang berjaya menghasut hatiku untuk pergi menonton ialah aura yang datang dari tunjang utamanya iaitu Faizal Hussein. Baiklah! Aku tak mahu mengulas terlampau panjang sebab jika mengikut emosi aku selepas menonton filem ini memang banyak benda yang aku tidak berpuas hati. Menonton filem ini mengingatkan aku pada kisah Ayah Pin dan Al - Maunah.


Faizal Hussein Sebagai Abuya


Baiklah! Dari segi lakonan pelakon - pelakon yang sudah ada nama sememangnya lakonan mereka cukup mantap! Aku suka melihat lakonan Faizal Hussein kali ini yang sememangnya nampak hidup dan bijak bermain emosi serta riak wajah. Pelakon - pelakon lain seperti Jue Aziz, Yank Kassim dan sebagainya yang kita selalu lihat di televisyen juga bagus dalm menghidupkan karakter mereka sehabis baik. Tetapi, tidak untuk pelakon - pelakon tambahan lain yang tidak aku kenali. Nampak seperti mengikut skrip dan kurang hidup. Memang babak kemunculan mereka hanya di dalam lingkungan 1 atau 2 minit tetapi disebabkan filem ini agak perlahan momentum ceritanya dan apabila kemunculan mereka - mereka yang membosankan ini di dalam masa yang singkat itu menyebabkan filem ini menjadi bertambah bosan. Serius aku sedikit stress di dalam panggung sebentar tadi walaupun aku masuk ke dalam dengan penuh keceriaan.


Tak Perasan Pula Aku Babak Nih! Ada Ker Tadi?


Memandangkan filem ini telah diklasifikasikan hanya untuk tontonan 18 tahun ke atas(aku kurang pasti 18SX atau 18PA) dan melihat kepada trailer filem ini sebelum ini pun sudah pasti ramai telah pun arif bahawa babak - babak seksual memang agak melatari filem Abuya ini. Sememangnya apabila jalan cerita menunjukkan Abuya yang mempunyai 4 isteri dan kebanyakkan isteri terabai maka sudah tentu ada lah yang dengki, iri hati dan pelbagai lagi kerana masing - masing mahu kan hak masing - masing. Jadi, aku sedikit mual apabila kamera terlalu banyak memfokuskan pada aset pelakon wanitanya serta beberapa babak yang menunjukkan aksi ghairah pelakon - pelakonnya. Babak yang melibatkan Jue Aziz sememangnya aku kurang faham. Perlukah menangis seperti kematian lelaki + rumah terbakar habis hanya semata - mata untuk membuat nasi kangkang? Kenapakah unsur seksual beliau di atas katil seorang diri terlalu lama dan difokuskan pada seluar kecil yang tersangkut dikakinya? Owhh!! Aku buntu dengan kepentingan dan kekuatan adegan ini ditunjukkan terlampau panjang.


 Adrea Sebagai Salah Seorang Isteri Abuya


Kemudian, ada satu perkara yang buat aku ketawa seorang diri tadi! Berkenaan babak yang menunjukkan pihak interpol yang menyiasat tentang ajaran Abuya ini. Aku tidak pasti dan sememangnya aku kurang arif tentang sesiapa yang terlibat dalam menjadi pihak interpol. Jadi, apabila melihat pelakon yang memegang watak ini aku jadi agak terkedu. Tiba - tiba aku teringat babak - babak di dalam drama gerak khas di televisyen. Adoi! Cara pelakon tersebut berdiri adakalanya seperti sedang menyanyi dalam persembahan nasyid pun ada sewaktu mendengar penerangan seorang pakcik di kawasan tersebut. Itu tak kisah sangat lah sebab paling tidak hilang sedikit stress aku sebab ketawa! Kemudian ada satu babak yang menunjukkan seorang lelaki yang dianggap musuh kerana menentang perjuangan Abuya ditangkap dan direjam sampai mati. Aku lihat lelaki tersebut kelihatannya sama seperti pihak interpol terbabit. Maafkan aku jika aku tersilap tetapi kalau betul itu adalah lelaki yang sama yang sebelum ini memegang watak sebagai pihak interpol maka aku agak pelik juga lah sebab begitu mudah lelaki itu ditangkap. Filem ini membuatkan aku pening kerana setiap adegan itu muncul secara tiba - tiba. Maksud aku disini daripada babak lain tiba - tiba menunjukkan babak lelaki yang dikata musuh itu telah ditangkap. Entah dari mana mereka dapat tangkap lelaki tersebut aku pun tidak tahu! Hahahaha!


Salah Satu Adegan Di Dalam Filem Ini


Sampai lah ke babak akhir dimana Abuya dan pengikut - pengikutnya berjalan ke hadapan beramai - ramai dan tiba - tiba habis begitu sahaja. Apa sebenarnya yang filem ini mahu tunjukkan? Abuya ini dikatakan sesat tetapi babak akhir yang ditunjukkan seolah - olah menggambarkan Abuya nih ibarat hero yang baik di dalam filem ini. Apakah ini semua? Apakah??? Kemudian, sewaktu senarai nama - nama pelakon naik tiba - tiba ada ditulis BERSAMBUNG dan aku terlihat ada nama ABUYA 2 di senarai kredit filem tersebut. Adakah filem ini ada sekuel nya? Itu aku tidak pasti tetapi sangat letih untuk menghabiskan tontonan filem ini pada pandangan aku. Bagi aku lakonan pelakon - pelakon utamanya sudah bagus dari segi memberikan mutu lakonan yang terbaik tetapi plot filem ini terlampau perlahan dan adakalanya melompat ke sana ke sini tidak tentu arah. Banyak perkara yang aku masih tidak faham atau adakah pengarah sengaja menyimpannya untuk sekuel akan datang(Jika Adalah Dan Jika Aku Mendapat Seru Untuk Menonton Kerana Fobia Aku Menonton Filem Ini Masih Belum Hilang!). Apa - apapun, bagi aku filem ini sedikit berat tetapi bukan bermaksud aku tidak menyukai filem berat tetapi aku rasa filem ini memang ada banyak perkara yang tidak kena. Mungkin rencahnya tidak cukup. Bagaimana aku mahu gambarkan yer??? Entah! Senang cakap lihatlah penilaian aku di atas untuk filem ini dan itu lah yang menggambarkan perasaan aku selepas keluar dari panggung wayang sebentar tadi. Selera setiap penonton berbeza - beza! Mungkin anda akan sukakan filem ini atau mungkin anda juga akan berpandangan sama seperti aku. Jadi selamat menonton untuk mengetahui adakah pendapat anda sama atau berbeza dengan ulasan kali ini! Assalammualaikum!




P/S : Selepas Ini Aku Akan Menonton Filem The Adventures Of Tintin : Secret Of The Unicorn 3D Pula Untuk Menggembirakan Hati Aku Kembali! Hahahaha!! (^_^)Y





Senarai Penuh Pencalonan 5 Terbaik Festival Filem Malaysia 2011 (FFM24)



Pengarah Terbaik
Osman Ali – Cun!
Mamat Khalid – Hantu Kak Limah Balik Rumah
Yusry Abdul Halim – Merong Mahawangsa
Syamsul Yusof – KL Gangster
Ahmad Idham – Senjakala


Pelakon Lelaki Terbaik
Syamsul Yusof – K.L. Gangster
Awie – Hantu Kak Limah Balik Rumah
Shaheizy Sam – Kongsi
Remy Ishak – Nur Kasih
Zahiril Adzim – Senjakala


Pelakon Wanita Terbaik
Maya Karin – Cun!
Siti Shahriza – Janin
Tiz Zaqyah – Nur Kasih
Lisa Surihani – Sekali Lagi
Liyana Jasmay – Senjakala


Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Hasnol Rahmat – Mantra
Soffi Jikan – KL Gangster
Khir Rahman – Merong Mahawangsa
Syed Asri – Hantu Kak Limah Balik Rumah
Salehuddin Abu Bakar – Hantu Bonceng


Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Intan Ladyana – Bini-Biniku Gangster
Faezah Elai – Cun!
Fauziah Datuk Ahmad Daud – ... Dalam Botol
Sherry Merlis – Janin
Sabrina Ali – Khurafat


Lakon Layar Terbaik
Yusry Abd Halim – Merong Mahawangsa
Syamsul Yusof – KL Gangster
Syamsul Yusof – Khurafat
Farid Kamil – Kongsi
Mira Mustaffa – Nur Kasih The Movie


Cerita Asal Terbaik
Mamat Khalid – Hantu Kak Limah Balik Rumah
Syamsul Yusof – Khurafat
Syamsul Yusof – K.L. Gangster
Martias Ali – Libas
Mira Mustaffa – Nur Kasih The Movie


Penyunting Terbaik
Wan Mohd Hafiz – Hikayat Merong Mahawangsa
Syamsul Yusof – Khurafat
Syamsul Yusof – K.L. Gangster
Brian Ng – Kongsi
Ahmad Mustadha – Senjakala


Sinematografi Terbaik
Daven Raghavan – Cun!
Mohd Noor Mohd Kassim – Hikayat Merong Mahawangsa
Azami Alias / Omar Ismail – Khurafat
Mihd Shaufe Abd Wahib – Libas
Norhanisham Muhamad – Nur Kasih The Movie


Penataan Seni Terbaik
Anuar Paharudin – Mantra
Anuar Paharudin – Flat 3A
Anuar Paharudin – Merong Mahawangsa
Faizal Yusof – KL Gangster
Irwan – Cun!


Penataan Bunyi Terbaik
Brian Ng – Flat 3A
Sazali – Hikayat Merong Mahawangsa
Hisyam – Khurafat
Hisyam – K.L. Gangster
Dustin – Nur Kasih The Movie


Kostum Terbaik
Hantu Kak Limah Balik Rumah
K.L. Gangster
Kongsi
Hikayat Merong Mahawangsa


Lagu Tema Terbaik
Edry Abdul Halim – Sedetik Lebih (Hikayat Merong Mahawangsa)
One Nation Emcee – Klip 3GP
Yasin – Nur Kasih The Movie
Azry dan Ari – Sekali Lagi
Syamsir – Sini Ada Hantu


Pengarah Harapan
M. Suurya - Sumpahan Puaka
S.Baldev Singh - Rasuk
Jeffrey Chiang - Dilarang Masuk
Khir Rahman - Dalam Botol
Jurey Latiff Rosli - Libas


Pelakon Harapan Lelaki Terbaik
Aeril Zafrel – Aku Tak Bodoh
Zalif Sidek – Bini-Biniku Gangster
Arja Lee – ... Dalam Botol
Adey Syafrien – Flat 3A


Pelakon Harapan Wanita Terbaik
Nadiya Nisaa – Cun!
Shera Aiyob – Karak
Syamira Azmil – Karipap-Karipap Cinta
Shamimie Amalina Nor Norhisaham – Klip 3GP
Sara Ali – Nur Kasih The Movie


Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
Wan Nor Aizat – Aku Bukan Tomboy
Irzan Shah – Cun!
Erynne Erynna – Damping Malam
Ilyas Suhaimi – Nur Kasih The Movie
Mia Sara Nasuha – Sekali Lagi


P/S : Nanti Aku Pilih Calon - Calon Pilihan Aku! Nak Menonton Abuya Kejap! (^_^)Y




6/11/11

Filem Suatu Malam Kubur Berasap



Filem:
Suatu Malam Kubur Berasap


Pengarah:
Ernie Chen


Genre:
Komedi & Seram


Pelakon:
Angah Raja Lawak, Along Cham, Azrul Zaidi,
Nurul Ain, Zami Ismail, Accapan, Ruminah Sidek & Etc.


Tarikh Tayangan:
22 Disember 2011


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang tiga sahabat di sebuah kampung bernama Kampung Angan Tak Sudah iaitu Atan, Bun, Pet serta seorang lagi sahabat dari bandar yang baru dikenali iaitu Mie. Atan merupakan seorang yang lurus bendul, rajin, ringan tulang dan bekerja sebagai penggali kubur. Bun pula seorang kutu rayau yang gemar merempit dengan motor kapcainya. Hampir setiap malam beliau akan mengacau gadis-gadis kilang yang baru pulang dari bekerja. Pet pula merupakan pemandu lori ayam yang sering bekerja lewat malam. Beliau mempunyai suara yang sengau, suka berlagak dan bercakap besar terutamanya melibatkan perkara mistik dan hantu. Ketiga-tiga mereka sering diganggu oleh Jerdil dan Tocai, Geng Beduk iaitu samseng kampung. Mie pula seorang lelaki yang kacak dan segak dari Kuala Lumpur mula rapat dengan ketiga-tiga sahabat ini selepas kereta beliau rosak di kampung. Beliau mempunyai tunang bernama Lola. Sejak kedatangan Mie pelbagai peristiwa pelik dan menakutkan berlaku. Mereka juga berkenalan dengan seorang gadis bernama Siti yang menjemput mereka ke kenduri rumahnya. Atan tertarik dengan keayuan Siti dan mula mahu mengenalinya. Mereka berempat ini juga sering diganggu oleh Hantu Cempaka. Dari mana datangnya Hantu Cempaka? Mengapa Hantu Cempaka hanya menganggu mereka? Apakah yang sebenarnya telah berlaku di Kampung Angan Tak Sudah? Saksikan filem ini di pawagam berhampiran anda pada 22 Disember 2011.


Trailer:



P/S : Adakah Filem Bergenre Seram Komedi Ini Mampu Mencapai Tahap Box Office Seperti Filem Yang Sealiran Dengannya? Sama - Sama Nantikan! (^_^)Y




5/11/11

Filem Datin Ghairah



Filem:
Datin Ghairah


Pengarah:
Sabree Fadzil


Genre:
Cinta & Komedi


Pelakon:
Maria Farida, Aaron Aziz, Faizal Hussein, Yank Kassim, Hairie Othman, Sheera & Etc.


Tarikh Tayangan:
08 Disember 2011


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang seorang datin bernama Ghairieyah atau lebih dikenali sebagai Datin Ghairah yang merupakan seorang balu kepada arwah Dato Mahfuz iaitu seorang ahli perniagaan yang cukup terkenal di Malaysia. 2 orang anak mereka iaitu Emeliau dan Emelda amat lemah dalam pelajaran terutamanya mata pelajaran matematik dan ini membuatkan Datin Ghairieyah mengarahkan setiausaha beliau iaitu Melissa untuk mencari seorang guru yang boleh mengajar mata pelajaran matematik melalui internet atau iklan yang terdapat di dalam akbar tempatan. Kehidupan seharian Datin Ghairieyah dan anak-anaknya selepas dua tahun hidup sebagai seorang janda bertambah baik dengan adanya seorang pegawal peribadi yang bernama Badri atau lebih dikenali sebagai Bob. Sufian pula yang merupakan seorang ahli perniagaan yang merupakan rakan karib arwah Dato Mahfuz cuba sedaya upaya untuk memikat Datin Ghairieyah demi kepentingan perniagaannya.

Akhirnya hubungan antara mereka berdua iaitu Datin Gairieyah dan Sufian semakin intim tanpa disedari beliau bahawa Sufian cuma memperbodohkannya sahaja. Derus Lee terbaca satu iklan mencari guru matematik untuk mengajar anak-anak Datin Ghairieyah yang menjanjikan habuan yang sungguh lumayan lalu dia segera pulang ke rumah memberitahu kepada rakan serumahnya iaitu Zack yang masih menganggur. Derus Lee agak terkilan kerana Zack menolak cadangannya itu dengan alasan dia tidak akan diterima kerana tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang dipinta. Derus Lee mencadangkan supaya Zack menyamar sebagai lelaki berumur supaya diterima oleh Datin Ghairieyah dan akhirnya Zack bersetuju. Dalam perjalanan mereka ke rumah Datin Ghairieyah di Pulau Langkawi, mereka berdua berjaya menyelamatkan Datin Ghairieyah dari diculik oleh kumpulan H1N1. Ini membuatkan Datin Ghairieyah agak terpegun tambahan pula apabila wajah Zack saling tak tumpah seperti arwah suaminya. Zack diterima untuk mengajar anak - anak Datin Ghairieyah dan dalam waktu yang sama Datin Ghairieyah seperti menyukai Zack kerana wajahnya begitu seiras dengan arwah suaminya.

Tanpa disangka Emelia juga ada menyimpan perasaan pada Zack kerana ketampanan wajahnya yang asal. Hubungan antara Datin dan Sufian mula renggang kerana kini Datin Ghairieyah lebih menumpukan perhatian terhadap Zack. Ini membuatkan Sufian berasa rancangannya untuk membolot harta dan perniagaan Datin tidak kesampaian dan dia mula merancang sesuatu. Apakah yang akan dilakukan oleh Sufian untuk mencapai cita - citanya? Bagaimanakah hubungan antara Zack dan Datin Ghairieyah serta hubungan Zack degan Emelia? Untuk mengetahui jawapannya saksikan lah filem ini di pawagam berhampiran anda pada 8 Disember 2011 ini.


Trailer:



P/S : Aku Sangat Skeptikal Dengan Tajuk Dan Trailer Filem Ini! (^_^)Y