18/01/12

Filem Hanyut



Filem:
Hanyut


Pengarah:
U-Wei Haji Shaari


Genre:
Sejarah


Pelakon:
Adi Putra, Diana Danielle, Bront Palarae, Alex Komang,
Khalid Salleh, Sofea Jane, Sabri Yunus, Hasnul Rahmat,
Patrick Teoh, Fez Yuzzrie,Ramli Hassan, Normah Damanhuri & Etc.


Tarikh Tayangan:
2012 (Tarikh Belum Dapat Dipastikan)


Sinopsis:

Filem ini berdasarkan novel pertama Joseph Conrad yang bercerita tentang Almayer iaitu seorang peniaga Belanda yang berjuang untuk meneruskan kehidupan di Borneo pada pertukaran abad ke-19. Impian Almayer ialah untuk menemui gunung emas yang dianggap sebagai mitos tetapi ditentang oleh isterinya yang licik, kerajaan penjajah, intrik politik dari pusat daerah dan pedagang Arab, dan cinta putrinya terhadap seorang pahlawan Melayu yang inginkan kebebasan.


Trailer:
(Belum Ditemui)


Sebab - Sebab Hans Mahu Menonton:

1) Pengarah filem Hanyut ialah U-Wei Haji Shaari jadi rugilah kalau tak menonton hasil karya terbaru beliau.


2) Pelakon - pelakon filem nih memang terbaik! Semua pelakon - pelakon yang bagi aku ada kualiti dan hasil kerja yang bagus.

3) Filem ini bergenre sejarah dan Malaysia sangat kekurangan filem - filem sebegini. Jadi, amat bagus filem - filem sebegini dihasilkan oleh anak tempatan sendiri.

4) Sinopsis filem ini bagi aku sangat menarik.

5) Tidak silap aku kos filem ini tersenarai antara filem termahal yang pernah dihasilkan di Malaysia.


P/S : Mesti Rakan - Rakan Aku Teruja Nak Tengok Filem Hanyut Nih Kan? (^_^)Y




7 ulasan:

  1. salam singgah, bagus ada info ttg filem di sini..

    BalasPadam
  2. PCL : Thanks :-)

    Adam : Sila Baca Info Yer! Harap Maklum!

    BalasPadam
  3. macam menarik.....
    ermmm nak tengok ke tidak yer??? Mode berfikir... heheheheh

    jum layan ariana mikhail?
    http://www.lidiasuraya.blogspot.com/2012/01/tonton-ariana-mikhail.html

    ke x main drama siri2 nie???

    BalasPadam
  4. Harus tonton! oh yeah!

    BalasPadam
  5. terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat berkaitan filem ini.,,
    filem ini telahpun ditayangkan secara tertutup pada 6 oktober 2012 dan mendapat sambutan yang amat memberangsangkan..jadi nantikan kemunculan filem ini pada awal tahun 2013.
    untuk maklumat lanjut boleh singgah ke website kami:
    hanyut-almayersfolly.com

    BalasPadam
  6. where can I find this movie?

    BalasPadam