17/01/12

Filem Jangan Pandang-Pandang



Filem:
Jangan Pandang-Pandang


Pengarah:
Ahmad Idham


Genre:
Pengembaraan & Komedi


Pelakon:
Zizan Raja Lawak, Nas-T, Sara Ali, Miera Leyana,
Azhar Sulaiman, Jaafar Onn, Erin Malek & Etc.


Tarikh Tayangan:
29 Mac 2012


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang empat orang pelajar kolej jurusan Sains Sosial dan Manusia iaitu Ajis, Ben, Yaya dan Diana yang ditugaskan untuk membuat satu tugasan mengumpul maklumat dan data tentang artifak-artifak di Gua Bewah. Yaya baru mendapat tahu Ajis bermain kayu tiga dibelakangnya dan bertekad mahu memutuskan hubungan dengan Ajis namun demi menyiapkan tugasan mereka maka Yaya bersetuju untuk berdamai buat seketika. Tugasan berkumpulan memaksa mereka mencari ahli kumpulan kelima iaitu seorang pelajar jurusan sama tetapi dari luar kampus bernama Marsha, seorang gadis gothik yang penuh misteri. Marsha memberitahu mereka semua yang dia boleh membawa mereka untuk membuat kajian dan penemuan-penemuan artifak di kawasan gua yang tidak pernah dimasuki manusia moden. Apabila tiba di jeti Tasik kenyir, mereka bermalam di dalam sebuah rumah bot kepunyaan seorang lelaki misteri bernama Abang Bob. Bermulalah pengalaman pelik dan ganjil serta menakutkan sepanjang mereka mencari artifak di gua tersebut. Kesilapan mereka ialah memasuki kawasan gua yang dilarang kerana ia merupakan kawasan keras. Sekembali ke bot dari gua, mereka dirasuk hantu gua dan diselamatkan oleh Abang Bob. Keesokan harinya, Abang Bob menghilangkan diri manakala bot pula tiada minyak menyebabkan mereka mengambil keputusan mencari kawasan kampung untuk mendapatkan minyak. Namun tindakan mereka itu memakan diri apabila mereka sesat jalan dan tidak menemui mana-mana kawasan kampung mahu pun jalan kembali ke bot. Mereka terpaksa bermalam di dalam hutan dan diganggu oleh makhluk halus. Akhirnya mereka menemui sebuah rakit usang lalu mengambil keputusan mencuba nasib menaiki rakit tersebut daripada terus - terusan menjadi mangsa gangguan mistik di dalam hutan. Mereka diselamatkan oleh bot peronda yang dipanggil oleh Abang Bob. Abang Bob sebenarnya menghilangkan diri untuk mendapatkan minyak tetapi telah disalah ertikan oleh mereka berlima. Pengalaman di dalam hutan dan sepanjang pengembaraan mengembalikan kembali ikatan cinta antara Ajis dan Yaya dan membenihkan rasa cinta antara Ben dan Marsha.


Trailer:




P/S : Ada Zizan Mesti Bising Panggung Dengan Ketawa Penonton Kan? (^_^)Y





Tiada ulasan:

Catat Ulasan