3/01/12

Filem Relationship Status



Filem:
Relationship Status


Pengarah:
Khairil M.Bahar


Genre:
Drama & Komedi


Pelakon:
Gavin Yap, Davina Goh, Tony Eusoff, Daphne Iking, Baki Zainal,
Ruzana Ibrahim, Alfred Loh, Shuba Jay, Benji Lim, Amanda Ang,
Susan Lankester, Adeline Ong, Will Quah, Pete Teo, Nick Dorian & Nitkia Selvaraj .


Tarikh Tayangan:
5 Januari 2012 (Di Panggung Wayang TGV Yang Terpilih Sahaja)


Sinopsis:

Sebahagian daripada cerita-cerita di dalam filem ini boleh membuatkan anda ketawa manakala ada yang boleh membuat anda menangis. Apa yang pasti ialah kebanyakkan kisah ini adalah berdasarkan peristiwa sebenar yang telah berlaku dan mungkin hanya berlaku pada abad ke-21 dengan populariti laman web rangkaian sosial yang melanda penduduk Malaysia. Filem ini menonjolkan tentang pelbagai etnik dan bahasa. Ada watak yang bercakap di dalam Bahasa Inggeris dan ada yang bertutur dalam bahasa Melayu serta ada juga yang bekomunikasi di dalam bahasa Hokkien. Kisah - kisah di dalam filem ini mempertontonkan tentang kisah semua lapisan masyarakat dan peringkat umur iaitu dari kisah cinta monyet pelajar sehingga lah kepada golongan profesional muda serta orang yang telah berkahwin dan juga balu. Walaupun setiap watak ini berbeza namun semuanya akan saling berhubung dan akan terlibat secara langsung disebabkan oleh rangkaian sosial ini dimana sesetengahnya menjadi lebih baik dan sesetengah lagi sebaliknya.


Ulasan Daripada Yang Telah Menonton:  

1) http://tontonfilem.blogspot.com


  Dari Hans: 

Sebelum itu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pengarah filem ini sendiri iaitu Khairil Bahar yang sudi menjemput saya menghadiri tayangan Press Screening untuk filem Relationship Status ini. Jadi, saya ingin memohon beribu kemaafan kerana tidak dapat menghadirinya atas faktor masa dan lokasi. Apa - apapun, berikutan maklum balas yang saya terima daripada beberapa orang rakan saya yang menghadirinya seperti saudara Fadli dan Ajami Hashim adalah positif maka saya cuba berkongsi tentang filem ini bersama pembaca - pembaca blog ini dan jika anda berpeluang sila tonton filem ini di pawagam - pawagam TGV yang terpilih. Selamat menonton!




P/S : Lama Tak Tengok Lakonan Gavin Yap! (^_^)Y





Tiada ulasan:

Catat Ulasan