29/01/12

Review Drama Aku Mahu Terbang



Drama:
Aku Mahu Terbang


Pengarah:
Mohamed Feroz Kader


Genre:
Drama


Pelakon:
Shafie Naswip, Adik Afiq, Beto Kushairi,
Fadhilah Mansor, Amar Asyraf, Puteri Sarah & Etc.


Tarikh Tayangan:
Sabtu (28 Januari 2012)


Siaran:
Slot Cerekarama TV3


Sinopsis:

Drama ini mengisahkan seorang kanak - kanak lelaki bernama Rezki yang begitu bercita - cita ingin menjadi seorang juruterbang. Dia yang dibesarkan di dalam keluarga penoreh getah yang serba kekurangan dan hanya bergantung harap kepada ibu serta abangnya iaitu Mak Hanun dan Syukur selalu diejek oleh tiga orang budak nakal gara - gara kasut sekolahnya yang koyak. Busran yang merupakan kawan baik kepada Rezki yang terpaksa bergantung harap kepada kerusi roda disebabkan penyakit Meningitis sentiasa memberi semangat dan menyokong cita - cita Rezki. Suatu hari sebuah syarikat penerbangan swasta mempromosikan kelas juruterbang di sekolah Rezki belajar dan pada hari yang sama penyakit Busran semakin kritikal dan akhirnya Busran meninggal dunia. Rezki berjanji kepada Busran akan tetap meneruskan cita - citanya untuk menjadi seorang juruterbang. Atas keputusan peperiksaan UPSR yang cemerlang akhirnya Rezki ditawarkan belajar di sebuah sekolah berasrama yang menawarkan kelas juruterbang. Sewaktu di tingkatan 5, Rezki amat merindui ibu dan abangnya dan menyuruh mereka datang melawatnya untuk melepas rindu. Malangnya sebelum peperiksaan bermula, dia menerima berita mengejutkan mengenai ibu dan abangnya yang meninggal dunia akibat kemalangan. Rezki mula hilang tumpuan dan ini secara tidak langsung menganggu cita - citanya untuk menjadi seorang juruterbang. Namun atas bantuan abang angkatnya(Beto) maka dia akhirnya berjaya menjadi seorang pelajar terbaik dan juga berjaya mencapai cita - citanya untuk menjadi seorang juruterbang yang berjaya.


Ulasan Hans:

Aku jarang untuk membuat ulasan tentang sesebuah drama melainkan drama tersebut berjaya menyentuh hati aku dari beberapa segi. Sememangnya ini cuma sebuah lagi kisah tentang remaja yan bercita - cita tinggi untuk berjaya dan akhirnya atas segala daya usahanya maka cita - cita tersebut berjaya dicapai selepas segala macam suka duka ditempuh. Beberapa plot ceritanya sudah boleh diagak namun aku tetap sukakan drama Aku Mahu Terbang ini. Lakonan berkesan yang diberikan oleh adik Afiq serta Shafie Naswip sendiri secara tidak langsung menyebabkan drama ini sememangnya menyentuh hati sesiapa yang menontonnya dan meningkatkan semangat di dalam diri khususnya di kalangan remaja.


Barisan Pelakon Aku Mahu Terbang - Sumber Gambar Disini


Mungkin agak klise apabila melihat beberapa watak dimatikan dalam beberapa adegan yang mungkin sudah boleh diagak namun jalan ceritanya walaupun kelihatannya tidak lah terlalu berat namun semangat dan kekuatan kisahnya amat tinggi dan sangat menarik untuk ditonton oleh semua golongan tidak kira yang kecil mahu pun yang telah berkeluarga. Apa yang aku boleh katakan jiwa kisa ini serta susunan dialog yang terdapat di dalam drama ini amat menarik dan cukup memberi motivasi kepada yang telah menonton. Tahniah kepada semua pelakon dan krew produksi yang telah menghasilkan drama Aku Mahu Terbang ini. Aku amat gembira menonton drama ini sebentar tadi. Tahniah pada kamu, kamu dan kamu semua!




P/S : Bersemangat Bila Mendengar Lagu Yang Dipilih Untuk Melatari Drama Aku Mahu Terbang! (^_^)Y




3 ulasan:

  1. hhoho baru je kuar aritu.. good2.. bro gua vote lu.. harap dpt vote gua balik tlg vote ayampenyek.blogspot.com

    BalasPadam
  2. ade list song sountrack dia x??

    BalasPadam
  3. amranaiman : thanks :-)

    Tanpa Nama : ada 3 lagu dalam drama tu..saya suka lagu dari kumpulan Viera yang bertajuk Terbang. Ada link saya letakkan untuk awak dengar lagu tu...

    2 lagu lain ialah dari kumpulan D'Masiv dengan The Fly..tajuk lagu saya tak ingat :-)

    BalasPadam