26/02/12

Review Filem Adnan Sempit 2



Filem:
Adnan Sempit 2


Pengarah:
Ismail Bob Hashim


Genre:
Aksi & Komedi


Pelakon:
 Shaheizy Sam, Along Raja Lawak, Intan Ladyana, Yana Samsudin,
Angah Raja Lawak, Syuk Balas, Dato Ahmad Tarmimi Siregar, Aznah Hamid & Etc.


Penilaian:
6 / 10


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan mengenai Adnan yang telah berjaya memikat hati Nadia namun perlu berusaha untuk memikat hati bapa Nadia pula iaitu Datuk Insin kerana hubungan mereka masih lagi belum mendapat restu daripada keluarga Nadia. Adnan perlu menerima cabaran yang diberikan oleh ibu bapa Nadia seperti perlu pandai bermain golf, belajar bahasa Inggeris dan sebagainya mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh ibu bapa Nadia untuk beliau. Adakah Adnan akan berjaya menambat hati ibu bapa Nadia dan seterusnya mendapat restu mereka untuk memiliki Nadia? Saksikan filem ini di pawagam untuk mengetahui kesudahan kisah cinta mereka.


Trailer:



Ulasan Hans:

Usai menonton filem Adnan Sempit 2 sebentar tadi maka apa yang boleh aku katakan filem ini sekadar sebuah filem komedi ringan yang sememangnya cukup menggelikan hati namun kelemahan ketara disini ialah apabila penonton kelihatannya seperti cuba untuk disogok dengan lebihan elemen komedi yang agak keterlaluan menyebabkan hal ini sedikit merbahaya untuk filem bergenre sebegini.


Watak Adnan Merupakan Fokus Utama Filem Adnan Sempit 2


Masih mengekalkan pelakon asal untuk setiap watak dan kisah kali ini lebih memberi fokus tentang perkembangan Adnan yang cuba untuk mempelajari gaya hidup orang korporat terutamanya di dalam berbahasa Inggeris sememangnya berjaya mencuit hati sesiapa sahaja dengan sebutan dan ayat bahasa Inggeris yang cukup tunggang langgang daripada Adnan(lakonan Shaheizy Sam) disertakan dengan gaya lakonan yang cukup bersahaja dan ini sememangnya cukup menghiburkan.


Salah Satu Adegan Yang Sangat Mencuit Hati


Namun aku merasakan lakonan beberapa pelakon utamanya kali ini terutamanya Yana Samsudin dan Along Raja Lawak seperti terlalu berlebih - lebihan dalam beberapa adegan dan adakalanya adegan itu sebenarnya sudah pun berjaya menerbitkan rasa lucu namun disebabkan lakonan yang kelihatan terlampau 'over' menyebabkan ia menjadi sebaliknya. Adegan kejar mengejar antara Adnan dan Bobby(lakonan Along Raja Lawak) pula bagi aku merupakan satu perkara yang mungkin baru bagi filem tempatan kerana melibatkan aksi kejar mengejar sehingga ke dalam pasaraya namun aku merasakan adegan tersebut terlalu panjang dan seperti tidak ada signifikan langsung dengan jalan cerita filem ini. Mungkin tujuan pengarah ialah untuk menghiburkan penonton dan memang penonton terhibur tetapi hanya sekadar itu sahaja lah.


Lakonan Kalian Kali Nih Kurang Lah Derr..


Filem sekuel ini juga nampaknya banyak mempergunakan elemen - elemen seksual yang kelihatan masih berlapik namun bagi aku hal ini sebenarnya melemahkan filem ini secara tidak langsung. Jamu perapat, urutan tunjuk langit, adegan yang melibatkan antara Fendi(lakonan Syuk Balas) dan Adnan serta beberapa lagi adegan yang memang jika dilihat berjaya mencetuskan rasa ketawa penonton tetapi seperti apa yang aku telah tekankan sebelum ini pada permulaan ulasan filem ini ialah filem ini cuma sekadar sebuah filem komedi ringan yang tujuannya supaya kita bergelak ketawa dan terhibur sahaja. Tidak lebih dari itu!


Salah Satu Babak Kejar Mengejar Yang Sedikit Unik


Pada pandangan peribadi aku pula apa yang boleh aku katakan ialah filem Adnan Sempit 2 sememangnya lebih kelakar berbanding filem terdahulu namun aku lebih menyukai filem terdahulu kerana jalan ceritanya yang aku rasakan lebih menarik berbanding filem kali ini. Mungkin kerana skop untuk filem Adnan Sempit 2 ini tidak terlampau besar menyebabkan ia sekadar berlegar disitu dan berakhir pun dengan cara yang sedikit mudah.


Barisan Pelakon Filem Adnan Sempit 2


Kesimpulannya filem Adnan Sempit 2 sememangnya cukup menghiburkan kerana penonton tidak akan berhenti - henti ketawa melihat adegan komedi, aksi dan gaya bersahaja yang ditampilkan oleh pelakon - pelakon utamanya terutama Shaheizy Sam yang sememangnya boleh dikatakan sebagai salah seorang tunjang utama yang berjaya membantu filem ini dari segi humor namun kepada penonton yang menonton untuk mencari sesuatu yang lebih dari sekadar ketawa maka aku ucapkan selamat berjaya kepada kalian dan semoga menjumpainya. Apa - apapun, selamat menonton filem Adnan Sempit 2 dan pasti anda tidak akan henti - henti ketawa menonton filem ini. Semoga terhibur!


P/S : Apabila Shaheizy Sam sebagai Adnan mengungkapkan dialog Inggeris di dalam filem ini pasti akan mengundang tawa aku! (^_^)Y     




13 ulasan:

  1. conclusionnye,filem ni kelakar kan hans?kan?kan?kan?
    hehehe...
    sbb minat SS,so kena tengok jgkll...=p

    BalasPadam
  2. EyqaLuvender : yups...Sam sangat kelakar sebagai Adnan dalam filem nih..penat ketawa tengok dia cakap omputih macam tu...hehehe

    BalasPadam
  3. tgk trailer cam menarik je.layan la weekend ni!

    BalasPadam
  4. tak berpeluang tengok lagi.
    takpe takpe, akan tonton :)

    BalasPadam
  5. kebanyakan sequel tak setanding 1st movie

    BalasPadam
  6. rasanya citer nie nampak menarik..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  7. zati embong : selamat menonton :-)

    ety : baru tayang kut hari nih..macam mana kamu kata tak ada peluang menonton? hahaha

    Aina : itulah kenyataannya :-)

    Azlan : sesuai untuk bergelak ketawa :-)

    BalasPadam
  8. Ni review kedua aku baca tapi review kau lebih lengkap..

    Adegan kejar² tu aku tak dapat tangkap mulanya.. hehe


    Aku tunggu yang pecuma je kot. ;D

    BalasPadam
  9. dh tengok lah, lucu betul filem ini, bobby langgar masuk lori polis, even uncle tua pun rempit macam yang adnan dulu, kelakar betul

    BalasPadam
  10. haha...yeah...in term of kelakar tu memang kelakar...antara komedi terbaik selepas dikecewakan Alamak Toyol...haha

    Hans, jemput komen kat kakiwayang.com gak, baru pas wat review tadi...hee..

    BalasPadam
  11. dh layan citerni..kelakar habissss.............di mana ada kemahuan...di situ ada highway...

    BalasPadam
  12. Hans,aku baru tgk semalam.Aku tau kenapa kau bagi filem ni 6 sahaja.Diawalan dan pengakhiran cerita memang kelakar gila.Tapi dipertengahan cerita,plot agak mendatar dan ada part yang bosan juga kan..hehe

    BalasPadam
  13. PKE : sebab tu aku bagi 6 :-)

    BalasPadam