3/02/12

Review Filem Azura



Filem:
Azura


Pengarah:
Aziz M. Osman


Genre:
Drama & Cinta


Pelakon:
Neelofa, Shahz Jazle, Afdlin Shauki, Erma Fatimah,
Nini Marlini, Geofrey Perrin Williams, Afida Es & Etc.


Penilaian:
5 / 10


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Azura yang gigih menghadapi cabaran dalam hidup demi untuk mencapai cita-citanya. Dia tinggal bersama ibu saudaranya iaitu Yusni setelah kedua ibu bapanya terkorban ketika tragedi terowong Min di Mekah pada tahun 1990. Dia menjadi mahasiswa universiti swasta. Di samping itu dia juga turut mempelajari bahasa Perancis kerana meminati keindahan bahasa dan seni Perancis. Azura telah bertemu dengan anak Tan Sri Putih iaitu Zek di tempat bermain paintball dan telah menampar Zek atas keceluparan mulutnya. Isu itu menjadi buah mulut seluruh pelajar universiti berkenaan memandangan bapa Zek merupakan salah seorang penyumbang dana utama universiti berkenaan. Akhirnya Zek jatuh cinta dengan Azura dan mereka berhasrat untuk berkahwin namun cinta mereka dihalang oleh bapa Zek dengan pelbagai cara. Namun mereka tetap meneruskan hasrat untuk berkahwin dan pelbagai dugaan dan ranjau menanti mereka selepas itu. Berjayakah mereka mempertahankan hubungan mereka? Saksikan filem ini di pawagam berdekatan anda untuk mengetahui kesudahan kisah cinta antara Azura dan Zek ini.


Ulasan Hans:

Filem terbaru arahan Aziz M.Osman ini merupakan sebuah filem yang diadaptasi daripada sebuah filem pecah panggung yang sama judulnya iaitu filem Azura lakonan pelakon hebat Jamal Abdillah dan Ogy Ahmad Daud yang diterbitkan pada tahun 1984 yang lalu. Mengambil tema yang lebih kurang sama dimana cuma jalan ceritanya sahaja disesuaikan dengan keadaan sekarang pastinya memberi risiko yang agak tinggi kerana kemungkinan untuk penonton cuba membandingkan filem Azura versi 2012 dengan filem Azura versi 80-an adalah tinggi.


Lakonan Neelofa Dan Shahrizal Memang Cukup Serasi


Aku berkesempatan menonton filem ini sebentar tadi dan apa aku boleh katakan konflik - konflik yang ditimbulkan di dalam filem Azura ini masih belum setanding berbanding versi asalnya. Jika anda pernah menonton filem Azura terdahulu(versi 80-an) pastinya anda akan bersetuju dengan kenyataan ini kerana susunan jalan cerita, konflik, klimaks dan pengakhirannya lebih tersusun dan kemas. Senang cakap filem tersebut ada kisah dan sebab kepada setiap adegan yang berlaku dan kisah percintaan terdahulu juga lebih menarik dan menyakinkan berbanding filem arahan Aziz M. Osman ini. Kenapa aku berkata demikian? Aku merasakan hubungan cinta yang terjalin diantara Azura dan Zek di dalam filem ini berlaku begitu cepat tanpa ada sebab musabab yang kuat untuk menyokong faktor tersebut. Apa punca yang menyebabkan Zek yang mempunyai ego yang cukup tinggi hanya kerana kesilapan mudah dan tiba - tiba boleh jatuh cinta selepas melihat rakaman beliau ditampar tersebar di youtube tanpa ada sekelumit rasa marah langsung? Oh, cinta itu buta! Mungkin! Memang ini filem dan bukan drama bersiri tetapi jika filem terdahulu boleh melakukannya dengan baik maka kenapa filem ini tidak boleh? Kebanyakkan plot ceritanya juga seperti melompat hinggakan aku tidak nampak yang mana satukah titik penting yang difokuskan di dalam penceritaan ini. Sedar - sedar sahaja maka hati akan terdetik untuk bersuara,"Oh! Terus jadi macam nih?" atau "Macam tu jer? Mudahnya!"


Kawan - Kawan Zek Yang Melucukan


Filem ini memang sebuah filem yang ringan dan semestinya terdapat sedikit unsur humor yang dimasukkan di dalam beberapa babak terutamanya adegan yang melibatkan kawan - kawan Zek(kebanyakkannya peserta realiti rancangan Pilih Kasih musim ke-2) serta beberapa adegan yang mengambil Dr. Rozmey sebagai inspirasi barangkali kerana terdapat nama syarikat Juice Maid yang seakan - akan sama sebutannya dengan produk Jusmate 5 serta gambar Tan Sri Putih(lakonan Afdlin Shauki) bersama beliau, Obama dan lain - lain lagi orang kenamaan. Dari segi lakonan rasa - rasanya tiada masalah kerana kesemua pelakon daripada pelakon utama sehingga pembantu memberikan lakonan yang mantap. Lakonan Afdlin Shauki(sebagai Tan Sri Putih) serta Nini Marlini(sebagai Wanda) wajar dipuji kerana kelihatan begitu hidup dan amat mengjengkelkan aku yang menonton. Aku suka babak - babak yang melibatkan mereka kerana lakonan yang diberi sememangnya hebat dan sepenuh hati. Keserasian kedua - dua pelakon utamanya iaitu Neelofa(sebagai Azura) dan Shahz Jazle(sebagai Zek) juga tampak ada kesefahaman kerana kelihatannya kedua - dua mereka tidak kekok untuk melakonkan babak - babak romantis. Neelofa walaupun masih baru namun berjaya menunjukkan emosi dan menghidupkan karakter Azura seperti yang diharapkan. Rakan - rakan Zek dimana kebanyakkan adalah daripada peserta Pilih Kasih seperti Ku Hariz, Bodt Sharade, Lia Natalia, Livonia dan lain - lain juga menampilkan lakonan yang bagus dan berkesan dalam menggeletek hati penonton.


Salah Satu Adegan Di Dalam Filem Azura


Dari segi skor muzik, sinematografi, 'lighting' dan juga pemilihan latar tempat sememangnya menarik dan kelihatan cantik. Amat membantu menghidupkan suasana filem ini. Cuma sayangnya seperti yang aku katakan sebelum ini iaitu filem ini sebenarnya sudah mempunyai kelebihan iaitu lakonan daripada pelakon - pelakon yang telah berjaya memberi yang terbaik dan wajah zahir filem ini juga sudah cukup menarik cuma kelemahan terbesarnya ialah kekuatan jalan cerita yang sememangnya lemah dan kurang kuat untuk menarik jiwa penonton untuk sama - sama merasai saat suka duka kisah percintaan antara dua insan bernama Azura dan Zek. Apa - apapun, selamat menonton filem Azura dan semoga terhibur dengan versi terbaru ini.


Comel Pula Aku Tengok Afida Es Pakai Topi Bulu Tu!


P/S :
Ooooooo Neelofaaaaaaaaaaaaaa..
Kau Lah Sinar Hidupkuuuuu..
Moga Takdir Menyatukan..
Cinta Kau Dan Aku
Neelofaaaaaaaaaaaa!!
(Tukar Lirik Kejap! Haha)

P/S Lagi: 5Minit Awal Filem Ini Akan Menceriakan Hati Lelaki - Lelaki Yang Menonton! Sila Percaya! (^_^)Y




14 ulasan:

  1. Ni kali ke-2 orang cakap filem ni tak berapa best.
    Huhu.
    Barangkali cepat masuk YouTube filem ni.
    Hehehe.
    Apa-apa pun, satu review yang menarik.

    :)

    BalasPadam
  2. hi nice entry indeed... btw I just voted for you for Worlds Bloggers And Social Media Awards 2012..

    Plssss do vote for me for THE WORST BLOG OF THE YEAR @ http://socialmediaweek.com.my/awards/category.php?id=33 "click vote di link www.bicaramakdara.com ye

    Thank you... =)

    BalasPadam
  3. dah agak tak berapa sangat Azura ni, baca dekat Oh Bulan!

    BalasPadam
  4. Judiene : orang pertama siapa?

    Mak Dara : Done :-)

    PerangFilem : ar ar..aku pun baru baca tadi...keh3

    BalasPadam
  5. tang lagu 2 aku suke..
    neelooofaa...
    bilelah nk jadi awek aku.....
    hahhaa

    BalasPadam
  6. thanks for the detail review...tak jadi nk tgk hehehe

    BalasPadam
  7. aku suke lagu keroz 2 aja.kakaka
    agak risky adaptasi balik flim nie,tapi agak teruja nak tengok ;D

    BalasPadam
  8. Semalam pun ingat nak pegi tengok so try2 la cari review takde lak yang kata puas hati.. so keinginan nak pegi tu dah tak der... Neway tQ sebab buat review niee....

    BalasPadam
  9. x pernah tengok neelofa berlakon ag.. rasanya cam nak p panggung plak...
    :)

    BalasPadam
  10. Argh tension tengok. Memang neelofa je lah pelaris filem nih.

    Review kami : http://www.kakiwayang.com/filem-2012/azura-2011-neelofa-berskirt-pendek-dalam-5minit-pertama-agak-menarik.html

    BalasPadam
  11. Jejaka Riderz : berangan lah ko sampai ke tua :-)

    Kumbang Jingga : erkk...haha...is up to u :-)

    Izzad : pergi la tgok..aku pasti 5 minit pertama akan mencerahkan mata ko walaupun ko tak tidur 2 hari 2 malam..hehehe

    Mrsfarahzaki : sama2 :-)

    Lidiasuraya : pergi la tgok..lakonan dia not bad :-)

    KakiWayang : 5 minit pertama memang mencerahkan mata aku..hahahaha

    BalasPadam
  12. ok dah p tengok.

    i pinjam ur link k dalaam my entry

    http://lidiasuraya.blogspot.com/2012/02/azuuuuuuraaaaaa-ke-neelofaaaaaaa.html

    :)

    BalasPadam
  13. Mungkin tak setanding dengan Azura(1984), tapi NEELOFA SGT HOT OK @_@

    http://malayafilm.blogspot.com/2012/04/review-on-azura-2012.html

    BalasPadam
  14. Ammar Latiff : hot jer tak cukup bro...lakonan neelofa ni okay tapi storyline cerita nih...adoiii....

    BalasPadam