1/02/12

Review Filem Loser Lover



Filem:
Loser Lover


Pengarah:
Rergchai Paungpetch


Genre:
Komedi Romantik


Pelakon:
Arak Amornsupasiri, Khom Chuan Chuen,
Koeti Aramboy, Ramita Mahapreukpong, Tukkie & Etc.


Penilaian:
6 / 10


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Sudkhet yang merasakan tiada yang lebih penting di dalam kehidupan melainkan kebahagiaan diri sendiri sahaja. Sudhket yang bercita-cita untuk menjadi seorang pemuzik telah mengajak rakannya Under untuk menghadiri satu ujibakat mencari pemuzik walaupun mereka sering kali gagal sebelum ini. Sewaktu uji bakat tersebut, Sudkhet telah bertemu Mayom yang merupakan seorang yang cukup riang dan sangat bersemangat dan mulai jatuh hati padanya. Mayom yang pada mulanya berana aneh dengan tingkah laku Sudkhet akhirnya mula jatuh cinta dengan Sudkhet. Namun, masalah mula timbul apabila cinta lama Mayom iaitu Kong datang kembali menagih cinta Mayom dan ini memberi cabaran kepada Sudkhet untuk mendapatkan cinta Mayom.


Trailer:




Ulasan Hans:

Filem yang meraih gelaran box office kebanyakkannya bukan lah filem terbaik tetapi masih ada yang terbaik. Merujuk kepada filem Loser Lover ini pula yang meraih pencapaian hebat di Thailand sebagai filem paling laku disana menyebabkan aku tertarik untuk menonton dan melihat dimanakah keistimewaan filem yang bergenre romantik komedi ini. Apa aku boleh katakan filem ini memang menghiburkan tetapi masih tidak mampu menandingi kehebatan filem bergenre sama juga kelahiran dari negara yang sama iaitu filem Suck Seed.


Pertemuan Pertama Sudhket Dan Mayom Yang Kelakar


Namun kekuatan watak pelakon pembantu iaitu Koeti Aramboy(watak Under) dan Tukkie(watak Gibzy) sememangnya merupakan salah satu faktor yang menjadikan filem ini betul - betul menepati genre komedi seperti yang dicanang - canangkan dimana setiap kali kemunculan mereka pada mana - mana babak pasti akan membuatkan anda ketawa tidak kering gusi menonton keletah mereka. Apa yang uniknya filem ini apabila ia menonjolkan watak Sudhket yang tampak begitu gembira dengan apa sahaja yang dilakukan tetapi sebenarnya watak ini takut untuk menghadapi kegagalan dan ia dipertontonkan pada babak - babak klimaks di dalam filem ini. Memang mengujakan apabila berpeluang menonton satu watak yang kelihatan janggal tetapi sebenarnya menarik apabila filem ini berjaya mengupas sedikit tentang perwatakan itu walaupun tidak keseluruhan.


Pelakon Tukkie Yang Memegang Peranan Gibzy Cukup Menghiburkan


Filem ini juga bijak di dalam menyampaikan sindiran - sindirannya tentang beberapa perkara seperti MLM(Multi Level Marketing), rancangan Akademi Fantasia yang diadakan di Thailand serta budaya berbahasa Inggeris yang begitu dikagumi disana walaupun bunyi dan gaya sebutannya sangat teruk. Menariknya juga disini ialah negara Siam itu juga sebenarnya mempunyai gejala rempit cuma tidak lah dipaparkan terlalu teruk seperti di dalam filem atau drama - drama di Malaysia ini. Dan perkara paling aku rasakan jujur apabila di dalam satu babak sewaktu Gibzy yang wajahnya memang lah tidak cantik seperti gadis - gadis idaman lelaki yang terpaksa menerima pengakuan jujur daripada seorang artis selepas tamat permintaan ketiganya selepas memenangi cabutan bertuah bersama artis kegemaran.


Salah Satu Babak Pelik Yang Unik Tetapi Kelakar


Apa - apapun, filem ini menarik untuk ditonton kerana terdapat banyak perkara yang boleh dilihat terutamanya tentang kehidupan di sekeliling kita sendiri dan walaupun filem ini bukan lah yang terbaik tetapi pasti anda akan puas hati menonton filem yang berdurasi 1 jam 45 minit ini. Selamat menonton dan nikmatilah saat romantis dan unsur humor yang melatari filem ini dengan gembira.


P/S : Filem Romantik Komedi Thailand Memang Menarik! (^_^)




1 ulasan: