26/03/12

Filem 3 Temujanji



Filem:
3 Temujanji


Pengarah:
Hashim Rejab


Genre:
Komedi & Cinta


Pelakon:
Yana Samsudin, Pierre Andre, Diana Amir, Kamal Adli,
Wawa Zainal, Farid Kamil, Zul Handyblack, Esma Daniel & Etc.


Tarikh Tayangan:
5 April 2012


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang seorang wanita bernama Reanna yang tidak mempercayai lelaki dan cinta dalam hidupnya. Prinsip Reanna mudah iaitu cinta hanya membawa sengsara dan semua lelaki sama saja atau dalam erti kata lain tidak berguna. Hal ini menyebabkan Reanna menetapkan setiap hubungannya dengan lelaki tidak akan lebih dari tiga temujanji sahaja. Selepas tiga temujanji maka dia akan pastikan mereka berpisah dan tidak akan berhubungan lagi. Dengan cara ini Reanna percaya yang dia akan dapat menikmati keseronokan bercinta tanpa perlu sengsara. Segala-galanya berubah apabila muncul seorang lelaki bernama Mikhail yang sangat teruja dengan perkahwinan di dalam hidup Reanna. Mikhail yang kecewa ditinggalkan kekasihnya bernama Adira itu memilih untuk bersama Reanna untuk tiga temujanji. Sikap Mikhail yang jauh berbeza dari lelaki lain, temujanji-temujanji yang lain dari yang lain serta hadiah istimewa yang diterimanya setiap kali bertemujanji menyebabkan Reanna gagal menahan hatinya lalu jatuh cinta. Sayangnya selepas temujanji mereka yang terakhir, Reanna gagal merendahkan egonya lalu mereka berpisah membawa haluan masing-masing seperti yang dijanjikan semasa awal perkenalan. Reanna mula belajar merasa perit berpisah selepas jatuh cinta. Akhirnya Reanna sedar kebodohannya lalu mengejar Mikhail. Malangnya semuanya telah terlambat. Adira telah kembali kepada Mikhail dan mereka telah pun mengikat tali pertunangan.


Trailer:



P/S : Masih Kecewa Kerana Tidak Berkesempatan Menonton Filem Bunohan!




5 ulasan:

  1. Kiranyaaa sad ending laa ni ek???

    BalasPadam
  2. LidiaSuraya : xpasti lagi la...kena tengok dulu lah..tapi selalu filem Malaysia nih susah nak jumpa sad ending..hohoho

    BalasPadam
  3. tengok Bunohan kat Astro first lah jawabnya

    BalasPadam
  4. Selalunya aku susah terpikat dengan trailer aje (untuk filem Melayu), tapi filem ni ada buat tertarik sikitlah. Sikit! Hehe. :p

    BalasPadam