3/03/12

Review Filem Cinta Kura-Kura



Filem:
Cinta Kura-Kura


Pengarah:
Nizam Zakaria


Genre:
Komedi & Romantik


Pelakon:
Aeril Zafrel, Tiz Zaqyah, Zizan Raja Lawak, Usop Wilcha(Shy8), Fara Fauzana,
Bob AF2, Norhayati Taib, Fizz Fairuz, Munir, Harun Salim Bachik & Etc.


Penilaian:
7.5  / 10


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Nani yang berpewatakan ceria dan baru berusia 21 tahun bersama binatang peliharaannya iaitu seekor kura - kura yang diberi nama Nico. Nico adalah seekor kura-kura spesis terancam dan ia mempunyai kelebihan luar biasa iaitu boleh bercakap dengan manusia tetapi hanya jika dia mahu melakukannya. Nani berpindah ke rumah abangnya iaitu Amin dan jiran mereka iaitu Adam telah jatuh hati kepada Nani sejak kali pertama dia memandang wajah Nani. Tetapi, Nico tidak suka dengan Adam gara - gara Adam memanggilnya dengan nama penyu lalu berusaha mensabotaj segala langkah Adam untuk mendekati Nani. Pada masa yang sama, Nico mempunyai calon kegemarannya sendiri iaitu Fadzly yang merupakan seorang pengurus kedai haiwan dan Nico merasakan Fadzly lebih sesuai untuk menjadi kekasih Nani. Walaubagaimanapun, Fadzly sebenarnya mempunyai motif yang jahat dimana tujuannya mendekati Nani hanyalah sekadar untuk menculik Nico dan menjualnya ke sebuah restoran sebagai makanan eksotik dengan harga puluhan ribu ringgit. Jadi, apakah yang bakal terjadi kepada Nico dan adakah Adam berjaya menawan hati Nani? Saksikan filem yang menampilkan teknik CGI yang ini di pawagam berhampiran anda untuk mengetahui kesudahan kisah ini.


 Trailer:




Ulasan Hans:

Nampaknya filem Cinta Kura - Kura ini merupakan filem kedua terakhir yang aku tonton di panggung wayang sebelum menonton filem Bunohan gara - gara wang saku yang sudah kekeringan akibat menganggur. Haha! Apa - apapun, filem Cinta Kura - Kura ini memang langsung tidak mengecewakan aku kerana sepanjang masa filem ini berjaya menggeletek hati aku untuk sentiasa ketawa menonton keletah kura - kura bernama Nico(menggunakan suara Zizan Raja Lawak) yang sangat kelakar dan nakal.


Kura - Kura Bernama Nico Yang Cukup Kelakar Dan Nakal


Walaupun CGI yang terdapat di dalam filem ini bukannya di tahap terbaik namun sudah nampak peningkatan yang agak membanggakan dan apa aku boleh katakan kekuatan filem ini sebenarnya adalah terletak pada kura - kura bernama Nico dan pemilihan suara Zizan Raja Lawak untuk watak Nico ini adalah sangat membantu dalam menjelmakan sisi kelakar filem Cinta Kura - Kura ini. Aku sukakan komedi filem ini kerana bagi aku ia bukannya komedi yang hina kerana tidak memaksa penonton untuk ketawa melihat kekurangan individu seperti sengau, pekak atau cacat anggota tetapi melalui kekuatan dialognya yang bersahaja dan semestinya intonasi suara Zizan yang memang cukup membantu menjadikan filem ini sebuah filem komedi cinta yang cukup mengujakan.


Teraju Utama - Aeril Zafrel & Tiz Zaqyah


Pemilihan pelakon juga adalah tepat dan bersesuaian dengan karakter masing - masing cuma lakonan Aeril Zafrel di dalam filem ini bagi aku sedikit lemah. Aku mengakui aku menyukai gerak tubuh dan pesona karakter beliau di dalam filem Aku Tak Bodoh serta drama - drama lakonannya sebelum ini namun tidak di dalam filem Cinta Kura - Kura. Aku merasakan Aeril yang memegang watak sebagai Adam tidak berjaya menjelmakan karakter Adam tersebut dengan lebih baik dan kadang kala intonasi suara atau emosinya ibarat tidak sampai kepada aku. Tiz Zaqyah pula memang berada di dalam kelasnya yang tersendiri kerana berjaya menghidupkan watak Nani dengan gayanya yang bersahaja dan berjaya membuatkan aku menerimanya sebagai seorang remaja di dalam filem ini. Tahniah Tiq Zaqyah! Norhayati Taib pula yang memegang peranan sebagai ibu Adam juga sememangnya sudah dikenali dengan lakonan humor beliau dan ini cukup menghiburkan. Ditambah lagi melihat gelagat tiga ekor kura - kura menggunakan suara Zizan, Fara Fauzana dan Usop Wilcha sudah cukup untuk melengkapkan filem ini sebagai sebuah filem berbentuk komedi.


Antara Babak Lucu Di Dalam Filem Ini


Filem ini sudah berjaya dari segi komedi namun mungkin kurang berjaya dari segi romantik. Babak - babak romantik yang melibatkan Adam dan Nani sebenarnya kurang kuat dari segi perhubungan, bahasa tubuh dan juga dalam cabaran cinta mereka. Itu apa yang aku lihat dan rasa selepas menonton filem ini dan romantiknya masih belum setanding dengan filem bergenre sama daripada Thailand yang aku cukup suka tonton. Memandangkan watak utama filem ini yang sebenar ialah kura - kura bernama Nico maka apa yang cukup menarik disini dan boleh dikaitkan dengan kehidupan kita yang sebenar ialah apabila kita terlalu mempercayai pandangan pertama 100% dan ini amat merbahaya pada masa hadapan. Lihat sahaja gara - gara Nico terlalu memandang negatif pada Adam dan terlalu terpesona dengan 'kebaikan' awal yang ditunjukkan oleh Fadzly yang akhirnya hampir mendatangkan mudarat pada dirinya sendiri.


Watak Fadzly Dilakonkan Oleh Fizz Fairuz


Watak kura - kura ini juga amat menarik untuk dilihat kerana walaupun dia menyayangi Nani tetapi sebenarnya Nico sangat mementingkan dirinya sendiri melalui keinginannya yang ingin memiliki rumah baru iaitu sebuah akuarium yang lebih besar daripada sedia ada. Walaupun Nico adalah seekor kura - kura namun banyak elemen kemanusiaan telah diterapkan kepadanya dan menjadikan ia sebagai salah satu satira mudah di dalam menyampai nasihat kepada penonton. Watak Nico sememangnya amat menarik perhatian aku.


Bob AF Sebagai Abang Nani


Walaupun memang terdapat beberapa babak yang tidak masuk akal terutamanya babak akhir di restoran makanan eksotik(namun kehadiran lembu dan gajah berjaya membuat aku ketawa), bagaimana hanya Nico sahaja kura - kura yang boleh berjalan hanya menggunakan dua kaki serta kenapa Nico hanya berani bercakap dengan Adam dan tidak untuk situasi lain yang lebih cemas(contohnya dibahagian dapur restoran) tetapi masih ada beberapa babak yang menarik seperti Nico membaca buku cerita kisah kura - kura dan ketawa seorang diri, kedatangan Fadzly ke rumah Nani dengan kereta yang bertemankan muzik dangdut serta abang Nani iaitu Bob yang asalnya penyanyi nasyid namun berjaya menyertai kumpulan indie band yang diketuai Adam. Kesimpulannya, filem karya Nizam Zakaria ini memang cukup menghiburkan dan kekuatan utama filem ini datangnya daripada tiga ekor kura - kura yang diketuai oleh Nico(harus berterima kasih kepada Zizan Raja Lawak) dan dibantu oleh pelakon - pelakon lain yang cukup berbakat. Semoga filem Nizam yang akan datang nanti lebih hebat atau paling tidak setanding dengan filem Cinta Kura - Kura ini. Tahniah kepada semua pelakon dan krew produksi yang terlibat dan aku mendoakan agar filem ini berjaya mencapai kutipan yang cukup hebat sesuai dengan filemnya yang juga menarik untuk ditonton seisi keluarga. Sekian!


P/S : Filem Ini Mampu Membuatkan Anda Menontonnya Berkali - Kali Di Pawagam Tanpa Rasa Jemu! (^_^)Y




37 ulasan:

  1. best ke? rsa cm nk tgk je....

    BalasPadam
  2. emo giler nico.. orang panggil penyu pon nak kecoh.. haha..

    ooo.. baru ku kenal nohayati taib tu sape.. klaka2..

    BalasPadam
  3. sape nakk join sy tgk cite tuhh??=)jom jom jom...awk blnje..hihihi

    BalasPadam
  4. Baru dgr tiz nyanyi kt era pg td... Chomel plk tgok her ni.. Also she jawab apa perasaan bila alyah landing d dada remy.. Hehehe. Ok han nnt i tgok k this stry

    BalasPadam
  5. kru plak 2.harap2 best.hihi

    BalasPadam
  6. Qarr Jalil : aku dok tunggu cik mah send email entry dia..bila entah dia nak send...

    Miss Anis : best ke tak itu bergantung pada selera masing - masing..bagi saya best..kalau awak pula nak tahu best ke tak sila lah tonton yer :-)

    Ked : hahahaha....tahu xper...Norhayati Taib tu pelakon veteran yang aku minat kut..hoho

    Efah : ?

    Mawardi : selamat menonton

    Lidia : selamat menonton

    Zati Embong : kalau KRU yang tulis skrip dan mengarah rasa - rasa tak berapa best tetapi sebab ini orang lain jadi alhamdulillah puas hati :-)

    BalasPadam
  7. mcm best ^^
    nk tgk lah nti ..

    BalasPadam
  8. ade suare zizan, macam best.
    :)

    BalasPadam
  9. tengok dari trailer, macam kurang sesuai je mamat ni blakon..huhu crita ni bermodalkn cgi dan zizan :D

    BalasPadam
  10. aku tetap menunggu filem yg d lakoni neelofa..hahahaha

    BalasPadam
  11. seems interesting..kura2 boleh bercakap...hehe

    BalasPadam
  12. macam menarik je citer ni...

    BalasPadam
  13. tunggu DVD keluar je lah XD minat tiz zaqyah sbb tu RASA nk tgok nt :D

    BalasPadam
  14. nampak macam menarik jer cerita nie..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  15. Kena tgk dulu baru baca ulasan ni...

    Ulasan BUNOHAN di blog saya. :)

    BalasPadam
  16. cam bestt jehhh. huhu. kena tunggu ni. hehe

    BalasPadam
  17. faz, neelofa filem 1st adalah azura, tak tngok ke? -_-"

    hans.. aku nk tngok la

    BalasPadam
  18. mcm best je ni..suka plak tgk kura2 tu..dah la pki sore zizan msti lwk la haha

    BalasPadam
  19. sebelum baca review dah mmg nak tgk. lepas baca review lagi lah nak tgk!

    BalasPadam
  20. gua agak paranoid pada filem melayu . tapi jujur , filem yang baru baru telah buka mata gua menghargai karya tempatan . = )

    done following.

    http://coretpujangga.blogspot.com

    BalasPadam
  21. hehee..
    tingin nk bela torties yg kecik2 tu..

    BalasPadam
  22. macam comel je cerita ni.
    tggu download je la nmpknye. hehe
    eh, blog berwajah baru! yeayyy

    BalasPadam
  23. wahhh...kira filem nie ok gak la erk? apa2 pon nyue xkesempatan utk pegi menonton...mayb tgu download je..lgpon tarik graviti utk filem xkuat..he3...apa2pon..

    nyue menunggu filem bunohan...filem nie sure pegi tgk...ahahaha...

    BalasPadam
  24. what a critical review... i loikkee!! akak pon ske citer neh.. starting n ending yg kemas... clean wrap!!

    BalasPadam