6/04/12

Cik Mah : Apabila Hantu Dievolusikan







Assalammualaikum pada semua pembaca! Maaf lah Cik Mah sibuk sikit 2-3 menjak nih. Bukan sibuk dengan keluarga ke anak ker sebab Cik Mah masih anak dara gitu! Kali nih Cik Mah nak kongsi sikit lah pasal kisah hantu - hantu nih dengan pembaca blog Rollo De Pelicula. Sekarang nih bila malam jumaat jer mesti ada kisah seram yang ditayang dekat stesen tv! Cik Mah nih sebab sejak azali suka tengok drama seram jadi Cik Mah pun layan kan jer lah drama bersiri Amukan Pocong pukul 10 malam tadi. Amboi! Cik Mah tak tau nak rasa seram ker nak gelak ker tapi rasa - rasa macam dua-dua pun ada!

Cik Mah nih dah lah bujang!!! Duduk pula sorang - sorang! Sepi gitu! Tiba - tiba tengok pula cerita pocong nih membunuh anak dara sunti yang cantik - cantik belaka. Mestilah Cik Mah takutkan sebab Cik Mah pun anak dara sunti lagi ditambah pula dengan kecantikan dan keayuan Cik Mah nih pasti lah menjadi sasaran utama kan?? Mahunya pocong tu serang Cik Mah mana lah mampu Cik Mah nak melawan. Tapi yang tak menahan tu Cik Mah tengok pocong dalam cerita nih dah berevolusi pula dah . Kalau dulu orang - orang tua kata pocong nih setakat boleh melompat jer! Siap ada lagi orang jadikan bahan lawak kalau kata terjumpa pocong nih jangan takut tetapi jatuhkan dia dan lepas tu barulah lari sebab nanti pocong tu dah tak boleh kejar sebab pocong kan melompat jer! Tapi dalam drama nih Cik Mah tengok hantu pocong tu berguling - guling ala - ala babak menari dalam filem Bollywood gitu. Cuma nasib tak ada hantu - hantu lain jer ikut join sama menari dengan pocong tu. Kalau tidak tak kuasa lah Cik Mah nak nengok hah!!




Tak apa lah kan! Dah boleh berguling - guling dekat tanah tu Cik Mah tak kisah lah sangat. Alih - alih pocong tu boleh berguling pula dekat atas bumbung rumah - rumah kampung tu. Adoiii!! Makin meremang bulu roma Cik Mah nih bila melihat adegan macam tu. Lepas habis drama tu Cik Mah pun terfikir bahawa sungguh kreatif pengarah dengan penulis skrip drama bersiri Amukan Pocong nih. Mana tak kreatifnya kalau dah hantu pocong yang kita dengar hanya sekadar melompat jer dulu tapi sekarang dah boleh guling - guling pula dah. Lepas tu bukan sekadar guling dekat tanah tapi boleh pula dia berguling dekat atas bumbung rumah. Ngeri tau Cik Mah bila teringat adegan - adegan macam tu.

Lepas nih tak tahu lah apa lagi pocong tu boleh buat! Mungkin lepas nih dah boleh terbang gamaknya! Maklumlah sudah dievolusikan! Choii!! Cik Mah berhenti dekat sini dulu lah! Rasa tak sedap hati pula cerita seram malam Jumaat nih! Jumpa lagi! Assalammualaikum!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan