11/04/12

Review Filem The Incite Mill



Filem:
The Incite Mill


Pengarah:
Hideo Nakata


Genre:
Seram, Misteri & Thriller


Pelakon:
Tatsuya Fujiwara, Kin'ya Kitaoji, Nagisa Katahira, Shinji Takeda,
Masanori Ishii, Tsuyoshi Abe, Aya Hirayama, Haruka Ayase & Etc.


Tahun Tayangan:
2010


Klasifikasi:
Untuk 18 Tahun Ke Atas


Penilaian:
6 / 10


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang 10 orang manusia yang berlainan latar belakang dan juga umur yang menyertai sebuah pertandingan yang menawarkan hadiah yang sangat lumayan. Pada mulanya mereka menyangka ia hanyalah sekadar sebuah pekerjaan yang menawarkan gaji yang lumayan namun rupa - rupanya kesemua mereka telah dijadikan sebagai peserta pertandingan realiti selama 7 hari dan menjadi tontonan seluruh dunia tanpa disedari mereka. Hanya seorang sahaja yang akan memenangi ganjaran wang yang dijanjikan dan salah seorang daripada mereka ialah pembunuh. Jadi, mereka semua perlu berhati - hati dan masing - masing mengesyaki antara satu sama lain. Setiap orang dibekalkan satu senjata yang berlainan jenis dan fungsi. Kematian mula berlaku dan emosi semua peserta mulai tegang. Masing - masing menuduh antara satu sama lain. Siapakah yang mampu bertahan sehingga hari ketujuh dan memenangi pertandingan ini? Siapakah sebenarnya pembunuh di kalangan mereka? Apa akan terjadi pada nasib peserta - peserta yang lain? Saksikan filem ini untuk mengetahui jawapannya.


Trailer:





Ulasan Hans:

Pengarah filem ini iaitu Hideo Nakata sememangnya terkenal dengan karya - karya seramnya sebelum ini seperti filem The Ring, Dark Water, Death Note dan sebagainya lagi. Jadi, menonton filem The Incite Mill ini pastinya membuatkan aku menaruh harapan yang agak tinggi pada karya terbarunya ini. Menonton filem ini mengingatkan aku kepada filem Battle Royale yang turut dilakonkan oleh pelakon utama filem ini iaitu Tatsuya Fujiwara(juga pelakon filem Death Note).


Tatsuya Fujiwara


Dari segi psikologi, kedua - dua filem ini(The Incite Mill dan Battle Royale) memang ada persamaan iaitu nilai kepercayaan dan tindakan balas yang mampu dilakukan oleh seseorang individu apabila berhadapan dengan situasi atau persekitaran yang tidak selamat dan sering kali tertanya - tanya atau berprasangka buruk terhadap individu yang lain. Kelainan antara kedua - duanya mungkin pada individu disebalik permainan ini. Dilihat pada Battle Royale maka penonton telah awal - awal lagi diberitahu siapakah punca atau pencipta kepada permainan gila seperti ini namun pada filem The Incite Mill ini pula dalangnya akan diketahui pada saat - saat akhir.


Segala - Galanya Bermula Disini


Setiap karakter diberi sebuah bilik namun pintunya tidak dapat dikunci dan ini adalah salah satu idea yang agak menarik kerana penonton pasti berasa teruja dan ternanti - nanti adakah pembunuh akan cuba menyelinap masuk ke dalam bilik peserta - peserta lain. Disamping itu juga filem ini menampilkan kecanggihan dari segi hiasan dalaman serta robot - robot yang digunakan sebagai perantara kepada pelakon - pelakon di dalam filem ini.


Kepercayaan Masing - Masing Mula Terhakis Pada Babak Ini


Sayangnya durasi filem ini tidak sepanjang filem Battle Royale dan terasa seperti segala - galanya berjalan dengan agak pantas namun ia berjaya dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh Hideo Nakata dalam menyusun plot dan memberi tumpuan kepada klimaks cerita ini. Pencahayaan dan kesan bunyi yang agak bagus berjaya membantu setiap karakter yang lebih kepada bermonolog atau pun ketika berada di dalam suasana yang sunyi. Impaknya sememangnya sentiasa berjaya membangkitkan debaran dan kerisauan dalam diri penonton sewaktu menyaksikan pelbagai kejadian menarik atau ngeri yang berjaya ditonjolkan dengan cukup baik sekali dalam beberapa babak wajib tonton filem ini.


Siapakah Pembunuh Sebenar Dan Pemenang Pertandingan Ini?


Sekadar sebuah filem yang cuba menonjolkan makna kepercayaan, pegangan hidup dan perpaduan dalam kehidupan sejagat yang semakin hilang dalam norma masyarakat kini dan pada pandangan peribadi aku pula ialah filem ini masih belum setanding dengan filem Battle Royale yang lebih memberi kesan dari sudut psikologi dan kemanusiaan. Apa - apapun, selamat menonton dan nikmati kisah yang penuh kejutan hanya dalam filem The Incite Mill ini.


P/S : Lama Tak Jejak Kaki Dekat Panggung Wayang! Hehehe! (^_^)




2 ulasan:

  1. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

    Alhamdulillah, aku dah habis tengok. A worthwhile watching provided that you are thinking and pondering over what is happening around you nowadays :)

    Aku banyak benda nak kongsi bila aku tengok filem ni sebab ini adalah genre yang paling aku suka. Tapi aku lebih suka bercakap daripada menulis.

    Filem seangkatan bagi aku adalah The Exam dan juga SAW to one extent since they are projecting social critics in terms of human behaviour in our current days.

    :)

    Too much to learn if keep our heart to it. And thanks for this bro :)

    p.s : Ada suggestion filem seangkatan tak dalam genre macam ni?

    BalasPadam
  2. MZMY : Tengok lah filem Battle Royale...itu adalah epic untuk filem - filem bergenre sebegini(pada pandangan peribadi).. SAW memang menarik tetapi lebih memberi kesan ialah filem Battle Royale..

    BalasPadam