1/05/12

Filem Nongkrong



Filem:
Nongkrong


Pengarah:
Ismail Bob Hasim


Genre:
Komedi & Seram


Pelakon:
Shaheizy Sam, Angah Raja Lawak, Epy Raja Lawak, Mon Ryanti,
Fyza Kader, Liana Rafiai, Zul Suphian, Azlee Jaafar & Etc.


Tarikh Tayangan:
10 Mei 2012


Sinopsis:

Filem ini menampilkan kisah tentang tiga orang lelaki berbeza yang bernama Aman(lakonan Angah), Bada(lakonan Sam) dan Cumi(lakonan Epy) yang cuba mendapatkan kekayaan melalui cara yang salah iaitu dengan membeli nombor ekor. Cumi tiada wang dan sangat terdesak untuk meminang kekasihnya iaitu Lin(lakonan Nuremy) manakala Bada dan Aman pula hanya mahu mengubah kehidupan keluarga mereka menjadi lebih baik. Ketiga-tiga orang mereka kemudian memutuskan untuk bertemu dengan seorang bomoh Melayu bagi mendapatkan nombor ekor yang mampu memberi mereka kemenangan. Bomoh tersebut kemudiannya menyeru seorang puteri laut yang cantik untuk membantu mereka namun dengan satu syarat iaitu Bada mesti menjadi pengantin kepada puteri tersebut. Walau bagaimanapun, puteri itu telah bertukar menjadi suatu makhluk kejam pada hari perkahwinan mereka lalu mereka bertiga melarikan diri. Lalu terjadi lah pelbagai peristiwa dan kejadian buruk terhadap mereka bertiga selepas itu.


Trailer:



P/S : Filem Nongkrong Bukannya Sekuel Kepada Filem Ngangkung! ^_^Y




2 ulasan:

  1. Ok, baru jer berkesempatan tengok filem ni.. menggelikan hati juga la, walaupun ada part yang cam blank skit.. compare dengan Uncle Usin, filem ni lagi teratur dari segi perkembangan jalan cerita.. masih ada harapan untuk filem komedi Malaysia, hehe..

    greeting from,
    http://malayafilm.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. assalam bro..
    nak mintak tolong review filem mantera boleh tak?
    terima kasih..

    BalasPadam