27/02/12

Oscar 2012 Winner : The Full List



Best Picture
  • The Artist (Thomas Langmann, Producer)


Actor in a Leading Role
  • Jean Dujardin (The Artist)


Actor in a Supporting Role
  • Christopher Plummer (Beginners)


Actress in a Leading Role
  • Meryl Streep (The Iron Lady)


Actress in a Supporting Role
  • Octavia Spencer (The Help)


Animated Feature Film
  • Rango (Gore Verbinski)


Art Direction
  • Hugo (Production Design: Dante Ferretti / Set Decoration: Francesca Lo Schiavo)


Cinematography
  • Hugo (Robert Richardson)


Costume Design
  • The Artist (Mark Bridges)


Directing
  • Michel Hazanavicius (The Artist)


Documentary (Feature)
  • Undefeated (TJ Martin, Dan Lindsay and Richard Middlemas)


Documentary (Short Subject)
  • Saving Face (Daniel Junge and Sharmeen Obaid-Chinoy)


Film Editing
  • The Girl with the Dragon Tattoo (Kirk Baxter and Angus Wall)


Foreign Language Film
  • A Separation (Iran)


Makeup
  • The Iron Lady (Mark Coulier and J. Roy Helland)


Music (Original Score)
  • The Artist (Ludovic Bource)


Music (Original Song)
  • "Man or Muppet" from "The Muppets" Music and Lyric by Bret McKenzie


Short Film (Animated)
  • The Fantastic Flying Books of Mr. Morris Lessmore (William Joyce and Brandon Oldenburg)


Short Film (Live Action)
  • The Shore (Terry George and Oorlagh George)


Sound Editing
  • Hugo (Philip Stockton and Eugene Gearty)


Sound Mixing
  • Hugo (Tom Fleischman and John Midgley)


Visual Effects
  • Hugo (Rob Legato, Joss Williams, Ben Grossman and Alex Henning)


Writing (Adapted Screenplay)
  • Alexander Payne and Nat Faxon & Jim Rash (The Descendants)


Writing (Original Screenplay)
  • Woody Allen (Midnight in Paris)


P/S : Akan Menonton Filem Hugo Selepas Ini (^_^)Y




26/02/12

Review Filem Adnan Sempit 2



Filem:
Adnan Sempit 2


Pengarah:
Ismail Bob Hashim


Genre:
Aksi & Komedi


Pelakon:
 Shaheizy Sam, Along Raja Lawak, Intan Ladyana, Yana Samsudin,
Angah Raja Lawak, Syuk Balas, Dato Ahmad Tarmimi Siregar, Aznah Hamid & Etc.


Penilaian:
6 / 10


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan mengenai Adnan yang telah berjaya memikat hati Nadia namun perlu berusaha untuk memikat hati bapa Nadia pula iaitu Datuk Insin kerana hubungan mereka masih lagi belum mendapat restu daripada keluarga Nadia. Adnan perlu menerima cabaran yang diberikan oleh ibu bapa Nadia seperti perlu pandai bermain golf, belajar bahasa Inggeris dan sebagainya mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh ibu bapa Nadia untuk beliau. Adakah Adnan akan berjaya menambat hati ibu bapa Nadia dan seterusnya mendapat restu mereka untuk memiliki Nadia? Saksikan filem ini di pawagam untuk mengetahui kesudahan kisah cinta mereka.


Trailer:



Ulasan Hans:

Usai menonton filem Adnan Sempit 2 sebentar tadi maka apa yang boleh aku katakan filem ini sekadar sebuah filem komedi ringan yang sememangnya cukup menggelikan hati namun kelemahan ketara disini ialah apabila penonton kelihatannya seperti cuba untuk disogok dengan lebihan elemen komedi yang agak keterlaluan menyebabkan hal ini sedikit merbahaya untuk filem bergenre sebegini.


Watak Adnan Merupakan Fokus Utama Filem Adnan Sempit 2


Masih mengekalkan pelakon asal untuk setiap watak dan kisah kali ini lebih memberi fokus tentang perkembangan Adnan yang cuba untuk mempelajari gaya hidup orang korporat terutamanya di dalam berbahasa Inggeris sememangnya berjaya mencuit hati sesiapa sahaja dengan sebutan dan ayat bahasa Inggeris yang cukup tunggang langgang daripada Adnan(lakonan Shaheizy Sam) disertakan dengan gaya lakonan yang cukup bersahaja dan ini sememangnya cukup menghiburkan.


Salah Satu Adegan Yang Sangat Mencuit Hati


Namun aku merasakan lakonan beberapa pelakon utamanya kali ini terutamanya Yana Samsudin dan Along Raja Lawak seperti terlalu berlebih - lebihan dalam beberapa adegan dan adakalanya adegan itu sebenarnya sudah pun berjaya menerbitkan rasa lucu namun disebabkan lakonan yang kelihatan terlampau 'over' menyebabkan ia menjadi sebaliknya. Adegan kejar mengejar antara Adnan dan Bobby(lakonan Along Raja Lawak) pula bagi aku merupakan satu perkara yang mungkin baru bagi filem tempatan kerana melibatkan aksi kejar mengejar sehingga ke dalam pasaraya namun aku merasakan adegan tersebut terlalu panjang dan seperti tidak ada signifikan langsung dengan jalan cerita filem ini. Mungkin tujuan pengarah ialah untuk menghiburkan penonton dan memang penonton terhibur tetapi hanya sekadar itu sahaja lah.


Lakonan Kalian Kali Nih Kurang Lah Derr..


Filem sekuel ini juga nampaknya banyak mempergunakan elemen - elemen seksual yang kelihatan masih berlapik namun bagi aku hal ini sebenarnya melemahkan filem ini secara tidak langsung. Jamu perapat, urutan tunjuk langit, adegan yang melibatkan antara Fendi(lakonan Syuk Balas) dan Adnan serta beberapa lagi adegan yang memang jika dilihat berjaya mencetuskan rasa ketawa penonton tetapi seperti apa yang aku telah tekankan sebelum ini pada permulaan ulasan filem ini ialah filem ini cuma sekadar sebuah filem komedi ringan yang tujuannya supaya kita bergelak ketawa dan terhibur sahaja. Tidak lebih dari itu!


Salah Satu Babak Kejar Mengejar Yang Sedikit Unik


Pada pandangan peribadi aku pula apa yang boleh aku katakan ialah filem Adnan Sempit 2 sememangnya lebih kelakar berbanding filem terdahulu namun aku lebih menyukai filem terdahulu kerana jalan ceritanya yang aku rasakan lebih menarik berbanding filem kali ini. Mungkin kerana skop untuk filem Adnan Sempit 2 ini tidak terlampau besar menyebabkan ia sekadar berlegar disitu dan berakhir pun dengan cara yang sedikit mudah.


Barisan Pelakon Filem Adnan Sempit 2


Kesimpulannya filem Adnan Sempit 2 sememangnya cukup menghiburkan kerana penonton tidak akan berhenti - henti ketawa melihat adegan komedi, aksi dan gaya bersahaja yang ditampilkan oleh pelakon - pelakon utamanya terutama Shaheizy Sam yang sememangnya boleh dikatakan sebagai salah seorang tunjang utama yang berjaya membantu filem ini dari segi humor namun kepada penonton yang menonton untuk mencari sesuatu yang lebih dari sekadar ketawa maka aku ucapkan selamat berjaya kepada kalian dan semoga menjumpainya. Apa - apapun, selamat menonton filem Adnan Sempit 2 dan pasti anda tidak akan henti - henti ketawa menonton filem ini. Semoga terhibur!


P/S : Apabila Shaheizy Sam sebagai Adnan mengungkapkan dialog Inggeris di dalam filem ini pasti akan mengundang tawa aku! (^_^)Y     




10/02/12

Review Filem Man On A Ledge



Filem:
Man On A Ledge


Pengarah:
Asger Leth


Genre:
Aksi, Jenayah & Thriller


Pelakon:
Sam Worthington, Elizabeth Banks, Jamie Bell, Genesis Rodriquez,
Anthony Mackie, Titus Welliver, Ed Harris, Edward Burns,  & Etc.


Klasifikasi:
18 Tahun Ke Atas


Penilaian:
8 / 10


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan seorang bekas polis bernama Nick Cassidy yang mengugut untuk membunuh diri dengan terjun dari tingkat 21 bangunan Hotel Manhattan. Gelagatnya di luar tingkap aras hotel berkenaan disedari oleh seorang wanita tua dari bawah dan jeritan wanita itu menyebabkan kawasan terbabit dikosongkan daripada sebarang gerakan lalu lintas dan pihak polis telah menutup kawasan tersebut buat seketika. Pihak polis cuba menenangkan Nick namun dia hanya mahu pihak polis membawakan seorang ahli psikologi polis bernama Lydia Mercer sahaja yang diminta untuk bercakap dengan Nick agar dia tidak membunuh diri. Lydia Mercer yang masih kepenatan terpaksa datang membantu dan mencuba dengan kaedah psikologinya agar Nick mengubah niat untuk membunuh diri namun lelaki itu tetap dengan pendiriannya. Semakin lama Lydia mula mengesyaki sesuatu yang aneh dari Nick. Lydia berasakan niat Nick yang sebenarnya bukan mahu membunuh diri tetapi dia sebenarnya seperti sedang merancang sesuatu. Adakah Nick memang betul - betul mahu membunuh diri atau apakah motif utama disebalik semua itu? Saksikan filem yang cukup menarik dan mendebarkan ini di pawagam untuk mengetahui jawapannya.


Trailer:



Ulasan Hans:

Menonton filem ini sebenarnya menyedarkan aku walaupun tema filem ini sebenarnya merupakan salah sebuah tema yang tertua di dalam sejarah perfileman dimana seorang manusia yang baik yang teraniaya dan terperangkap di atas kesalahan yang tidak pernah dilakukannya dan keaslian jalan cerita filem ini yang mungkin terdapat sedikit persamaan dengan beberapa filem sebagai contoh filem Phone Booth namun ia masih menarik untuk ditonton dan penuh dengan kejutan yang tidak disangka - sangka.


Sam Worthington Merupakan Teraju Utama Filem Ini


Permulaan filem ini sebenarnya berjaya mengelirukan atau mungkin menipu penonton buat seketika waktu dan apa aku boleh katakan plot cerita ini sudah disusun dengan begitu baik dan cukup kreatif. Kejutan sentiasa berlaku namun yang mengujakan ialah setiap perkara yang dipertontonkan itu sudah disediakan jawapan dan ia logik untuk diterima dan ditelan oleh setiap yang menonton.


Lakonan Elizabeth Banks Cukup Menawan Hatiku


Antara babak di dalam filem ini yang cukup menakjubkan aku ialah babak yang melibatkan orang ramai atau warga kota New York yang berhimpun di bawah untuk melihat watak  Worthington membunuh diri dengan terjun dari tingkat 21 Hotel Manhattan. Aku cukup suka dengan sindiran sinis yang diberikan pada penduduk kota ini yang aku rasakan dimana - mana kota besar juga kebanyakkan penduduknya akan melakukan tindakan yang serupa. Datang beramai - ramai tetapi kebanyakkannya menjerit dengan memaksa si 'keliru' ini dengan terjun atau merakam aksi 'lagak ngeri' tersebut dan paling dasyat dengan mementingkan diri sendiri dan mengharapkan agar si 'keliru' ditembak sahaja daripada menganggu urusan seharian mereka sememangnya merupakan satu tindakan serampang dua mata yang amat menarik untuk dihayati.


Mereka Berdua Cukup Menghiburkan


Seperti biasa jika tema filem ini pun adalah berkenaan menuntuk keadilan maka adegan tipikal yang melibatkan watak polis yang jahat dan baik memang tidak dapat dipisahkan dan teka - teki yang diberikan oleh filem ini sememangnya menarik untuk dijawab. Barisan pelakon yang dipilih untuk menerajui watak masing - masing juga sememangnya tepat dan menepati kriteria karakter masing - masing terutamanya watak utama filem ini iaitu Nick Cassidy(lakonan Sam Worthington) dan Lydia Mercer(lakonan Elizabeth Banks). Tidak dilupakan juga lakonan yang diberi oleh Jamie Bell(melakonkan watak Joey Cassidy iaitu adik kepada Nick) dan Genesis Rodriquez(melakonkan watak Angie) yang cukup cemerlang di dalam memberi lakonan yang cukup selamba serta menggelikan hati walaupun di dalam babak - babak yang mencemaskan. Watak antagonis David Englander(dilakonkan oleh Ed Harris) juga cukup menyerlah.


 Salah Satu Adegan Yang Mencemaskan


Sinematografi, kesan khas, bunyi dan pergerakan kamera di dalam filem ini juga adalah sangat baik terutamanya sewaktu adegan Nick ingin terjun atau hampir terjatuh dari tingkat 21 serta babak - babak yang melibatkan Joey dan Angie yang memang cukup mendebarkan. Menonton trailer filem ini sebenarnya tidak memberikan banyak petunjuk yang menarik kerana kebanyakkan babak atau adegan yang menarik langsung tidak ditunjukkan pada trailer filem ini. Namun bagi aku adalah sangat berbaloi untuk menonton dan merasai sendiri debaran dan kejutan yang terdapat di dalam filem yang boleh aku simpulkan sebagai menarik dan memuaskan. Jadi, selamat menonton filem Man On A Ledge dan diharapkan semoga kalian semua terhibur. Jumpa lagi pada ulasan filem yang berikutnya!


P/S : Siapa Dah Tengok Filem Hantu Dalam Botol Kicap? Pandangan Atau Ulasan Anda Tentang Filem Tersebut? (^_^)Y




9/02/12

Review Filem Children Of Heaven



Filem:
Children Of Heaven


Pengarah:
Majid Majidi


Genre:
Drama & Keluarga


Pelakon:
Mohammad Amir Naji, Amir Farrokh Hashemian, Bahare Seddiqi,
Nafise Jafar, Fereshte Sarabandi. Kamal Mirkarimi & Etc.


Tahun:
1997


Penilaian:
9 / 10


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang seorang kanak - kanak lelaki bernama Ali yang diminta oleh adik perempuannya bernama Zohra untuk menghantar kasutnya ke kedai kasut di pekan untuk dibaiki sewaktu Ali ke sana memberi barang dapur. Seorang pengutip sampah dan barang kitar semula melalui kawasan itu dan telah mengambil plastik yang berisi kasut Zohra yang disangkanya sampah sewaktu Ali sedang leka memilih kentang di dalam sebuah kedai. Takut jika perkara ini diketahui oleh ayah mereka yang garang dan mempunyai masalah mencari wang untuk menyara mereka sekeluarga terutama dengan kelahiran adik mereka dan kesihatan ibunya yang kurang baik maka Ali memberi cadangan kepada Zohra agar mereka berkongsi memakai kasut Ali dimana Zohra akan memakai kasut tersebut pada sebelah pagi dan harus cepat pulang dan bertukar kembali kasut tersebut dengan Ali yang bersekolah pada waktu tengahari. Gara - gara cadangan tersebut menyebabkan waktu persekolahan Zohra dan Ali terjejas sewaktu proses menukar kasut dan lebih menjadi masalah apabila kasut Ali sudah haus dan rosak. Apakah kasut yang mereka akan pakai selepas ini untuk ke sekolah? Saksikan filem hebat ini dengan klik pada link yang disediakan di bawah untuk mengetahui jawapannya.


Klik Link Di Bawah Ini Untuk Menonton Filem:



Ulasan Hans:
(Akan Dibuat Nanti!)


P/S : Filem Yang Betul - Betul Menyentuh Perasaan! Banyak Perkara Yang Boleh Dipelajari! Wajib Tonton! (^_^)Y




8/02/12

Review Filem Ronal the Barbarian



Filem:
Ronal the Barbarian


Pengarah:
Kresten Vestbjerg Andersen, Thobjorn Christoffersen & Philip Einstein Lipski


Genre:
Animasi, Pengembaraan & Fantasi


Pelakon(Suara):
Anders Juul, Hadi Ka-Koush, Laerke Winter Andersen,
Brian Lykke, Lars Mikkelsen, Peter Aude, Lars Bom & Etc.


Klasifikasi:
18 Tahun Ke Atas


Penilaian:
7 / 10


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Ronal yang hidup bersama puaknya iaitu Barbarian. Puak Barbarian dikenali sebagai puak yang memiliki ramai pendekar hebat kerana sejarah terdahulu di dalam menewaskan lagenda kejahatan. Namun kedatangan Prince Volcazar yang menghidupkan semula dewa kejahatan telah menyebabkan kediaman puak Barbarian diserang dan kesemua mereka ditangkap kecuali Ronal. Ronal telah berjanji akan menyelamatkan kembali puaknya dan menghapuskan Volcazar namun dia perlu mencari pedang sakti terlebih dahulu kerana cuma senjata itu sahaja yang mampu membunuh Volcazar. Di dalam perjalanan tersebut Ronal telah bertemu dengan Alibert, Zandra dan Elric. Alibert merupakan seorang pemuzik yang bercita - cita mahu mengembara mencari wanita cantik manakala Zandra pula merupakan pahlawan wanita yang handal yang berhasrat mencari pemuda yang mampu mengalahkannya agar dia boleh berkahwin dengan lelaki tersebut manakal Elric pula merupakan seorang penyair yang tidak mampu bernyanyi dengan baik. Pelbagai cabaran dan halangan menanti pengembaraan mereka berempat di dalam misi menyelamatkan puak Barbarian yang ditawan serta menghalang niat jahat Volcazar daripada tercapai. Berjayakah mereka? Saksikan filem ini untuk mengetahui jawapannya.


Ulasan Hans:

Filem animasi dari negara Denmark yang ditayangkan pada 29 September 2011 ini sebenarnya ada sesuatu yang agak menarik melalui jalan ceritanya yang kelakar dan cukup sinis atau boleh juga dikatakan seakan - akan parodi kepada filem Conan the Barbarian dan ia dapat dilihat dengan jelas dari segi filem ini memanipulasi jalan cerita, cara pemakaian dan kekuatan otot pada badan yang terdapat di dalam filem tersebut.


Pengembaraan Yang Penuh Dengan Pertengkaran Yang Kelakar


Filem animasi ini memaparkan kisah seorang lelaki yang cuba sedaya upaya menjadi seorang perwira yang selalu orang lain fikirkan sebagai seorang makhluk yang kuat dan tidak mampu dikalahkan oleh mana - mana makhluk lain sekali pun namun menariknya disini ialah kemampuan watak utama kisah ini iaitu Ronal memang terhad dan dia diangkat menjadi seorang hero yang dikagumi bukan kerana kekuatan fizikalnya tetapi kerana kebijaksanaan dan keazaman yang ada di dalam dirinya. Uniknya juga filem ini kerana watak yang paling kuat di dalam filem ini adalah milik wanita iaitu watak Zandra yang dilihat mendominasi perkataan kuat dan tidak mampu ditewaskan oleh mana - mana lelaki.


Ronal Satu - Satunya Pahlawan Barbarian Yang Sangat Lemah


Walaupun terdapat sedikit adegan yang mengambil inspirasi daripada filem The Lord Of The Rings namun hakikatnya memang filem ini tidak sesuai untuk ditonton oleh kanak - kanak kerana penceritaannya yang mempunyai unsur seksual serta aksi ganas yang agak keterlaluan. Namun, filem ini sememangnya kelakar kerana komedi yang yang terhasil lebih bercirikan humor gelap dan selain itu juga filem ini memang menitik beratkan susunan plot, hasil gambar yang bagus dan kesan bunyi yang menarik. Jadi, tonton filem ini dan anda pasti ketawa tidak kering gusi melihat kisah keempat - empat watak utama yang boleh dikatakan tiga daripada watak terbabit iaitu  Ronal, Alibert dan Elric memang tidak boleh diharap kecuali Zandra yang banyak membantu namun keempat - empat mereka sebenarnya saling memerlukan antara satu sama lain dan membantu ketika memerlukan. Jadi selamat menonton!


P/S : Esok Filem Baru Apalah Agaknya Yang Ditayang Dekat Pawagam Berdekatan Rumah Aku Nih! (^_^)Y




4/02/12

Filem Fist Of Dragon



Filem:
Fist Of Dragon


Pengarah:
Michael Chuah


Genre:
Aksi & Komedi


Pelakon:
Henry Thia, Fiona Xie, Michael Chuah, Wang Xiao Chen,
Monday Kang, Kelvin Lau, Jey Tong, Steve Yap & Etc.


Klasifikasi:
18


Tarikh Tayangan:
23 Februari 2012


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan sebuah bandar kecil yang dikuasai oleh kongsi gelap dan samseng dimana seorang peniaga kedai kopi bernama Pak Cik Chen yang sering diganggu oleh kumpulan kongsi gelap tempatan. Pak Cik Chen yang sudah banyak dikelilingi hutang meminta bantuan abangnya yang berada di kampung. Abangnya pula menghantar anaknya yang bernama Jie untuk membantu Pak Cik Chen tetapi kemunculan Jie sebaliknya menambah beban pada Pak Cik Chen apabila Jie cuba menentang samseng-samseng sekitar dan menimbulkan pelbagai masalah pada diri Pakcik Chen dan penduduk kampung. Tambahan pula, anak perempuan Pak Cik Chen iaitu Lily menyebelahi kumpulan kongsi gelap dan berpihak kepada mereka menjadikan hubungan antara dua anak beranak ini terjejas teruk sehingga berlakunya konfrontasi antara kumpulan kongsi gelap dan penduduk kota tersebut. 


Trailer:





Sedikit Info Berkenaan Filem Fist Of Dragon:

1) Penggambaraan diadakan sekitar Melaka dan China untuk mendapatkan suasana yang seakan - akan pada era 80-an.

2) 80% adegan di dalam filem ini melibatkan babak aksi yang menarik.

3) Seni mempertahankan diri yang ditonjolkan di dalam filem ini merupakan seni mempertahankan diri Wushu China.


P/S : Terima Kasih kepada Sharon Gan atas jemputan ke Fist Of Dragon Press Conference & Screening cuma sayangnya saya tidak berpeluang menonton lebih awal kerana masalah lokasi yang jauh. Apa - apapun, semoga filem aksi ini berjaya menambat hati penonton Malaysia! (^_^)Y 




3/02/12

Review Filem Azura



Filem:
Azura


Pengarah:
Aziz M. Osman


Genre:
Drama & Cinta


Pelakon:
Neelofa, Shahz Jazle, Afdlin Shauki, Erma Fatimah,
Nini Marlini, Geofrey Perrin Williams, Afida Es & Etc.


Penilaian:
5 / 10


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Azura yang gigih menghadapi cabaran dalam hidup demi untuk mencapai cita-citanya. Dia tinggal bersama ibu saudaranya iaitu Yusni setelah kedua ibu bapanya terkorban ketika tragedi terowong Min di Mekah pada tahun 1990. Dia menjadi mahasiswa universiti swasta. Di samping itu dia juga turut mempelajari bahasa Perancis kerana meminati keindahan bahasa dan seni Perancis. Azura telah bertemu dengan anak Tan Sri Putih iaitu Zek di tempat bermain paintball dan telah menampar Zek atas keceluparan mulutnya. Isu itu menjadi buah mulut seluruh pelajar universiti berkenaan memandangan bapa Zek merupakan salah seorang penyumbang dana utama universiti berkenaan. Akhirnya Zek jatuh cinta dengan Azura dan mereka berhasrat untuk berkahwin namun cinta mereka dihalang oleh bapa Zek dengan pelbagai cara. Namun mereka tetap meneruskan hasrat untuk berkahwin dan pelbagai dugaan dan ranjau menanti mereka selepas itu. Berjayakah mereka mempertahankan hubungan mereka? Saksikan filem ini di pawagam berdekatan anda untuk mengetahui kesudahan kisah cinta antara Azura dan Zek ini.


Ulasan Hans:

Filem terbaru arahan Aziz M.Osman ini merupakan sebuah filem yang diadaptasi daripada sebuah filem pecah panggung yang sama judulnya iaitu filem Azura lakonan pelakon hebat Jamal Abdillah dan Ogy Ahmad Daud yang diterbitkan pada tahun 1984 yang lalu. Mengambil tema yang lebih kurang sama dimana cuma jalan ceritanya sahaja disesuaikan dengan keadaan sekarang pastinya memberi risiko yang agak tinggi kerana kemungkinan untuk penonton cuba membandingkan filem Azura versi 2012 dengan filem Azura versi 80-an adalah tinggi.


Lakonan Neelofa Dan Shahrizal Memang Cukup Serasi


Aku berkesempatan menonton filem ini sebentar tadi dan apa aku boleh katakan konflik - konflik yang ditimbulkan di dalam filem Azura ini masih belum setanding berbanding versi asalnya. Jika anda pernah menonton filem Azura terdahulu(versi 80-an) pastinya anda akan bersetuju dengan kenyataan ini kerana susunan jalan cerita, konflik, klimaks dan pengakhirannya lebih tersusun dan kemas. Senang cakap filem tersebut ada kisah dan sebab kepada setiap adegan yang berlaku dan kisah percintaan terdahulu juga lebih menarik dan menyakinkan berbanding filem arahan Aziz M. Osman ini. Kenapa aku berkata demikian? Aku merasakan hubungan cinta yang terjalin diantara Azura dan Zek di dalam filem ini berlaku begitu cepat tanpa ada sebab musabab yang kuat untuk menyokong faktor tersebut. Apa punca yang menyebabkan Zek yang mempunyai ego yang cukup tinggi hanya kerana kesilapan mudah dan tiba - tiba boleh jatuh cinta selepas melihat rakaman beliau ditampar tersebar di youtube tanpa ada sekelumit rasa marah langsung? Oh, cinta itu buta! Mungkin! Memang ini filem dan bukan drama bersiri tetapi jika filem terdahulu boleh melakukannya dengan baik maka kenapa filem ini tidak boleh? Kebanyakkan plot ceritanya juga seperti melompat hinggakan aku tidak nampak yang mana satukah titik penting yang difokuskan di dalam penceritaan ini. Sedar - sedar sahaja maka hati akan terdetik untuk bersuara,"Oh! Terus jadi macam nih?" atau "Macam tu jer? Mudahnya!"


Kawan - Kawan Zek Yang Melucukan


Filem ini memang sebuah filem yang ringan dan semestinya terdapat sedikit unsur humor yang dimasukkan di dalam beberapa babak terutamanya adegan yang melibatkan kawan - kawan Zek(kebanyakkannya peserta realiti rancangan Pilih Kasih musim ke-2) serta beberapa adegan yang mengambil Dr. Rozmey sebagai inspirasi barangkali kerana terdapat nama syarikat Juice Maid yang seakan - akan sama sebutannya dengan produk Jusmate 5 serta gambar Tan Sri Putih(lakonan Afdlin Shauki) bersama beliau, Obama dan lain - lain lagi orang kenamaan. Dari segi lakonan rasa - rasanya tiada masalah kerana kesemua pelakon daripada pelakon utama sehingga pembantu memberikan lakonan yang mantap. Lakonan Afdlin Shauki(sebagai Tan Sri Putih) serta Nini Marlini(sebagai Wanda) wajar dipuji kerana kelihatan begitu hidup dan amat mengjengkelkan aku yang menonton. Aku suka babak - babak yang melibatkan mereka kerana lakonan yang diberi sememangnya hebat dan sepenuh hati. Keserasian kedua - dua pelakon utamanya iaitu Neelofa(sebagai Azura) dan Shahz Jazle(sebagai Zek) juga tampak ada kesefahaman kerana kelihatannya kedua - dua mereka tidak kekok untuk melakonkan babak - babak romantis. Neelofa walaupun masih baru namun berjaya menunjukkan emosi dan menghidupkan karakter Azura seperti yang diharapkan. Rakan - rakan Zek dimana kebanyakkan adalah daripada peserta Pilih Kasih seperti Ku Hariz, Bodt Sharade, Lia Natalia, Livonia dan lain - lain juga menampilkan lakonan yang bagus dan berkesan dalam menggeletek hati penonton.


Salah Satu Adegan Di Dalam Filem Azura


Dari segi skor muzik, sinematografi, 'lighting' dan juga pemilihan latar tempat sememangnya menarik dan kelihatan cantik. Amat membantu menghidupkan suasana filem ini. Cuma sayangnya seperti yang aku katakan sebelum ini iaitu filem ini sebenarnya sudah mempunyai kelebihan iaitu lakonan daripada pelakon - pelakon yang telah berjaya memberi yang terbaik dan wajah zahir filem ini juga sudah cukup menarik cuma kelemahan terbesarnya ialah kekuatan jalan cerita yang sememangnya lemah dan kurang kuat untuk menarik jiwa penonton untuk sama - sama merasai saat suka duka kisah percintaan antara dua insan bernama Azura dan Zek. Apa - apapun, selamat menonton filem Azura dan semoga terhibur dengan versi terbaru ini.


Comel Pula Aku Tengok Afida Es Pakai Topi Bulu Tu!


P/S :
Ooooooo Neelofaaaaaaaaaaaaaa..
Kau Lah Sinar Hidupkuuuuu..
Moga Takdir Menyatukan..
Cinta Kau Dan Aku
Neelofaaaaaaaaaaaa!!
(Tukar Lirik Kejap! Haha)

P/S Lagi: 5Minit Awal Filem Ini Akan Menceriakan Hati Lelaki - Lelaki Yang Menonton! Sila Percaya! (^_^)Y




1/02/12

Review Filem Loser Lover



Filem:
Loser Lover


Pengarah:
Rergchai Paungpetch


Genre:
Komedi Romantik


Pelakon:
Arak Amornsupasiri, Khom Chuan Chuen,
Koeti Aramboy, Ramita Mahapreukpong, Tukkie & Etc.


Penilaian:
6 / 10


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Sudkhet yang merasakan tiada yang lebih penting di dalam kehidupan melainkan kebahagiaan diri sendiri sahaja. Sudhket yang bercita-cita untuk menjadi seorang pemuzik telah mengajak rakannya Under untuk menghadiri satu ujibakat mencari pemuzik walaupun mereka sering kali gagal sebelum ini. Sewaktu uji bakat tersebut, Sudkhet telah bertemu Mayom yang merupakan seorang yang cukup riang dan sangat bersemangat dan mulai jatuh hati padanya. Mayom yang pada mulanya berana aneh dengan tingkah laku Sudkhet akhirnya mula jatuh cinta dengan Sudkhet. Namun, masalah mula timbul apabila cinta lama Mayom iaitu Kong datang kembali menagih cinta Mayom dan ini memberi cabaran kepada Sudkhet untuk mendapatkan cinta Mayom.


Trailer:




Ulasan Hans:

Filem yang meraih gelaran box office kebanyakkannya bukan lah filem terbaik tetapi masih ada yang terbaik. Merujuk kepada filem Loser Lover ini pula yang meraih pencapaian hebat di Thailand sebagai filem paling laku disana menyebabkan aku tertarik untuk menonton dan melihat dimanakah keistimewaan filem yang bergenre romantik komedi ini. Apa aku boleh katakan filem ini memang menghiburkan tetapi masih tidak mampu menandingi kehebatan filem bergenre sama juga kelahiran dari negara yang sama iaitu filem Suck Seed.


Pertemuan Pertama Sudhket Dan Mayom Yang Kelakar


Namun kekuatan watak pelakon pembantu iaitu Koeti Aramboy(watak Under) dan Tukkie(watak Gibzy) sememangnya merupakan salah satu faktor yang menjadikan filem ini betul - betul menepati genre komedi seperti yang dicanang - canangkan dimana setiap kali kemunculan mereka pada mana - mana babak pasti akan membuatkan anda ketawa tidak kering gusi menonton keletah mereka. Apa yang uniknya filem ini apabila ia menonjolkan watak Sudhket yang tampak begitu gembira dengan apa sahaja yang dilakukan tetapi sebenarnya watak ini takut untuk menghadapi kegagalan dan ia dipertontonkan pada babak - babak klimaks di dalam filem ini. Memang mengujakan apabila berpeluang menonton satu watak yang kelihatan janggal tetapi sebenarnya menarik apabila filem ini berjaya mengupas sedikit tentang perwatakan itu walaupun tidak keseluruhan.


Pelakon Tukkie Yang Memegang Peranan Gibzy Cukup Menghiburkan


Filem ini juga bijak di dalam menyampaikan sindiran - sindirannya tentang beberapa perkara seperti MLM(Multi Level Marketing), rancangan Akademi Fantasia yang diadakan di Thailand serta budaya berbahasa Inggeris yang begitu dikagumi disana walaupun bunyi dan gaya sebutannya sangat teruk. Menariknya juga disini ialah negara Siam itu juga sebenarnya mempunyai gejala rempit cuma tidak lah dipaparkan terlalu teruk seperti di dalam filem atau drama - drama di Malaysia ini. Dan perkara paling aku rasakan jujur apabila di dalam satu babak sewaktu Gibzy yang wajahnya memang lah tidak cantik seperti gadis - gadis idaman lelaki yang terpaksa menerima pengakuan jujur daripada seorang artis selepas tamat permintaan ketiganya selepas memenangi cabutan bertuah bersama artis kegemaran.


Salah Satu Babak Pelik Yang Unik Tetapi Kelakar


Apa - apapun, filem ini menarik untuk ditonton kerana terdapat banyak perkara yang boleh dilihat terutamanya tentang kehidupan di sekeliling kita sendiri dan walaupun filem ini bukan lah yang terbaik tetapi pasti anda akan puas hati menonton filem yang berdurasi 1 jam 45 minit ini. Selamat menonton dan nikmatilah saat romantis dan unsur humor yang melatari filem ini dengan gembira.


P/S : Filem Romantik Komedi Thailand Memang Menarik! (^_^)