29/05/12

Filem Mael Lambong



Filem:
Mael Lambong


Pengarah:
Ahmad Idham


Genre:
Aksi, Komedi & Romantik


Pelakon:
Zizan Raja Lawak, Juliana Evans, Taiyuddin Bakar, Shenthy Feliziana & Etc.


Tarikh Tayangan:
21 Jun 2012


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang Mael Lambong yang merupakan seorang penarik kereta yang cukup dikenali di Kuala Lumpur kerana tidak pernah makan rasuah. Hidupnya mula berubah menjadi kelam kabut apabila bertemu dengan Maria yang meminta pertolongan darinya untuk menyelamatkan diri beliau daripada ditangkap oleh sekumpulan penjahat. Mael membawa Maria bersembunyi di Terengganu yang juga merupakan kampung halaman Mael. Rupa - rupanya Mael telah lama meninggalkan negeri kelahirannya ini kerana membawa diri disebabkan satu kejadian silam. Di kampungnya, Mael kembali bertemu dengan bekas kekasihnya bernama Rozie yang kini telah pun bergelar tunang kepada Tiger. Konflik mula timbul apabila Tiger tidak menyenangi kepulangan Mael kerana cemburu dengan hubungan yang pernah terjalin di antara Mael dan Rozie sebelum ini. Penjahat yang memburu Maria kerana mahukan mikrocip yang mengandungi maklumat tender projek kerajaan itu akhirnya dapat menjejaki mereka di Terengganu. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Saksikan filem ini untuk mengetahui jawapannya.


Trailer:



P/S : Terasa Sperti Filem Ini Dibuat Terlalu Tergesa-Gesa Atas Dasar Komersial! (^_^)Y




Filem Snow White and The Huntsman



Filem:
Snow White and The Huntsman


Pengarah:
Rupert Sanders


Genre:
Aksi & Pengembaraan


Pelakon:
Kristen Stewart, Charlize Theron, Chris Hemsworth, Sam Claflin,
Sam Spruell, Ian McShane, Bob Hoskins, Ray Winstone & Etc.


Tarikh Tayangan:
31 Mei 2012


Sinopsis:

Filem berdasarkan lagenda Snow White ini mengisahkan Snow White yang merupakan satu - satunya gadis berhati mulia dan beliau cuba dimusnahkan oleh Ravenna iaitu seorang permaisuri yang sangat kejam. Permaisuri tersebut telah menghantar seorang pemburu(The Huntsman) yang ditugaskan untuk membunuh Snow White namun pemburu tersebut tidak berdaya untuk membunuh Snow White kerana dia menyedari gadis tersebut tidak bersalah. Akhirnya, lelaki tersebut telah melatih Snow White tentang ilmu peperangan seperti cara untuk berlawan serta taktik berperang dan ini digunakan oleh Snow White untuk menentang dan memusnahkan kembali permaisuri Ravenna yang kejam itu.


Trailer:



P/S : Tak Sabar Tunggu Khamis Nih! (^_^)Y




28/05/12

Filem Gerimis Mengundang



Filem:
Gerimis Mengundang


Pengarah:
Ahmad Idham


Genre:
Cinta


Pelakon:
Kamal Adli, Olivia Jensen, Henny, Denny Martin,
Ebi Kornelis, Felix Agus, Eizlan Yusof, Cat Farish & Etc.


Tarikh Tayangan:
31 Mei 2012


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan seorang pemuda bernama Zamani yang merupakan seorang juruterbang dan berkhidmat di Sabah Air, Kota Kinabalu. Dia telah bertemu dengan seorang gadis bernama Mikha yang berasal dari Kota Jakarta. Mikha merupakan anak perempuan Pak Harjo iaitu Wakil Kedutaan Besar Republik Indonesia di sana. Pertemuan yang terjadi tanpa dirancang dan dalam keadaan salah faham itu telah membibitkan rasa kasih sayang di antara mereka berdua sewaktu Pak Harjo terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan untuk lawatan kerja di Tamparuli, Sabah. Mikha akhirnya menerima Zamani sebagai kekasih hatinya. Namun perhubungan mereka tidak kekal bahagian apabila tunang Mikha sewaktu kecil iaitu Doni telah bertemu mereka berdua di Kota Kinabalu. Pertemuan itu telah menyebabkan Zamani patah hati. Sementara itu, Mikha dan Doni telah bersetuju memutuskan perhubungan mereka di Kota Jakarta kerana mereka bedua merasakan mereka seperti adik beradik dan tidak lebih dari itu. Mikha terus menuju ke Kota Kinabalu untuk mencari Zamani. Namun semuanya telah terlambat apabila Zamani terlibat dalam nahas udara apabila helikopter yang dipandunya terhempas. Mikha merasai kehilangan tersebut kerana lelaki yang dicintainya iaitu Zamani telah pergi buat selama-lamanya.


Trailer:



Pandangan Hans:

Filem kerjasama antara Malaysia dan Indonesia dengan jumlah kos pembikinan yang agak tinggi pastinya membuatkan ramai yang menanti hasilnya. Di kalangan negara - negara Asean tidak dapat aku nafikan apabila menyebut filem bergenre cinta maka aku lebih mengingati filem - filem dari Thailand berbanding negara - negara Asean lain seperti Indonesia, Filipina, Singapura mahu pun Malaysia. Harapan aku agar filem ini tidak mengecewakan dan mampu memberi sesuatu yang baru atau pun segar kepada penonton - penonton di Malaysia. Tidak mahu menaruh harapan terlalu tinggi terhadap filem ini namun mungkin filem ini bakal ditonton oleh aku jika berkesempatan. Apa - apapun, semoga filem ini mampu memberi saingan kepada filem - filem lain tidak kira filem luar mahu pun filem tempatan yang lain pada 31 Mei 2012 ini. Sekian!


P/S : Kebanyakan Filem - Filem Tempatan Yang Telah Ditayangkan Pada Tahun Ini Cukup Mengecewakan Aku Namun Alhamdulillah Masih Ada Filem Yang Mampu Membuatkan Aku Tersenyum Menikmati Karyanya! (^_^)Y




Filem Man Sewel Datang KL



Filem:
Man Sewel Datang KL


Pengarah:
Rahman Adam


Genre:
Komedi


Pelakon:
Shuib Sepah, Julia Ziegler, Zally Hussain,
Rosnah Mat Aris, Zaibo, Rafidah Ibrahim & Etc.


Tarikh Tayangan:
31 Mei 2012


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang Osman iaitu seorang pemuda yang berperwatakan gila-gila datang ke Kuala Lumpur berbekalkan wang yang diberikan ibunya Maimon hasil peninggalan harta arwah bapanya. Man tinggal bersama Salim yang merupakan rakan sekampungnya sewaktu berada di Kuala Lumpur. Man telah berkenalan dengan Nadia iaitu seorang bekas model dan mulai jatuh cinta pada Nadia. Segala kemahuan Nadia diturutkan sehingga Man menyedari ada sesuatu yang tidak kena apabila Nadia meminta wang sebanyak RM250,000 untuk dijadikan modal perniagaan. Akibat tiada wang maka bermacam-macam pekerjaan dilakukan Man sehingga Man sanggup mengeluarkan modal berniaga ayam. Namun dia ditipu lagi. Man kemudian pulang ke kampung untuk menemui ibunya dan kekasih hatinya Siti Khadijah yang telah lama ditinggalkan tetapi malangnya Siti Khadijah telah menjadi milik orang lain. Selepas itu Man mula mengenali seorang gadis bernama Salbiah yang menjadi mangsa ragut. Man kemudiannya menyedari Salim dan Nadia telah terbabit dalam kegiatan jenayah. Jadi, apakah yang akan dilakukan oleh Man untuk menghalang Salim dan Nadia dari terus melakukan jenayah? Adakah cinta Man terhadap Salbiah akan terbalas? Semuanya akan terjawab dengan menonton filem ini di panggung berdekatan anda. 


Trailer:





Pandangan Hans:

1) Aku tak pasti lagi tentang potensi filem nih dari segi 'Boleh Jual' atau tidak sebab bagi aku trailer dia tidak menarik perhatian aku langsung.

2) Aku rasa aku seperti sudah tahu permulaan dan penamat kisah filem ini walaupun belum menonton.

3) Mungkin filem ini kelakar atau santai dan mungkin juga ramai yang akan suka dengan lawak - lawak daripada pelakon - pelakonnya dan aku sendiri meminati lawak - lawak daripada Shuib Sepah tetapi aku sudah jemu dengan filem - filem komedi sebegini.

4) Mampukah filem ini bersaing dengan filem Hollywood iaitu Snow White and The Huntsman kerana waktu tayangan kedua - dua filem adalah sama ?

5) Akhir sekali adakah anda tertarik untuk menonton?


P/S : Jika Anda Sudah Menonton Nanti Jangan Lupa Komen Berkongsi Pandangan Anda Tentang Filem Ini Bersama Pihak Kami! (^_^)Y




27/05/12

Review Filem Dark Shadows



Filem:
Dark Shadows


Pengarah:
Tim Burton


Genre:
Komedi & Fantasi


Pelakon:
Johnny Depp, Michelle Pfeiffer, Eva Green, Helena Bonham Carter,
Bella Heathcote, Chloe Grace Moretz, Gulliver McGrath & Etc.


Klasifikasi:
18 Tahun Ke Atas


Penilaian:
6 / 10


Sinopsis:

Filem yang bermula pada tahun 1752 berlatarkan Liverpool ini mengisahkan tentang keluarga Collins dimana bapa dan ibu bersama dengan anak bongsu mereka iaitu Barnabas Collins berpindah ke Maine. Di sana mereka mula menjalankan perniagaan perikanan dan akhirnya menjadi keluarga terkaya dan paling berpengaruh di bandar tersebut yang dinamakan Collinsport. Barnabas semakin menginjak dewasa dan ketampannya telah membuatkan salah seorang pembantu rumah terbabit iaitu Angelique Bouchard jatuh cinta padanya. Namun, akibat cintanya tidak dibalas maka Angelique yang mengamalkan ilmu sihir telah menyumpah Barnabas menjadi pontianak dan telah membunuh ibu bapa serta teman wanita Barnabas. Angelique kemudiannya telah menghasut penduduk kampung agar Barnabas dihalau daripada rumah dan kemudian Barnabas dikurung di dalam sebuah keranda lalu ditanam di dalam tanah hidup - hidup. Akhirnya Barnabas Collins bebas daripada keranda secara tidak sengaja oleh pekerja - pekerja di sebuah projek pembangunan selepas berada di dalamnya selama 196 tahun. Barnabas kemudian kembali ke rumah agamnya dan bertemu semula dengan generasi keluarga Collins yang masih hidup. Beliau mendapati kekayaan dan pengaruh keluarga Collins merudum dengan teruknya dan Angelique pula telah menjadi orang yang paling berpengaruh dan berkuasa di kawasan tersebut. Jadi, Barnabas Collins bertekad untuk menaikkan kembali imej serta martabat keluarga Collins dan pada waktu yang sama ingin membalas dendam terhadap Angelique Bouchard yang telah menyumpahnya menjadi pontianak dan menjadikan hidupnya terseksa sebelum ini. Namun, Barnabas terpaksa menyesuaikan dirinya dengan gaya hidup masyakarat pada tahun abad berikut yang cukup asing baginya. Disamping itu juga Barnabas memerlukan sokongan serta bantuan daripada keluarga Collins yang lain yang masih sangsi dengan Barnabas. Berjayakah Barnabas melakukan perubahan dan secara tidak langsung kembali mengangkat pengaruh keluarga Collins? Berjayakah Barnabas membalas dendam terhadap Angelique? Saksikan filem menarik yang penuh kegelapan ini untuk mengetahui jawapannya.


Ulasan Hans:

Apa yang membuatkan aku mahu menonton filem ini semestinya kerana nama - nama yang bagi aku agak besar dan punya pengaruh tersendiri dan mereka itu adalah Johnny Depp, Tim Burton serta Helena Bonham Carter. Filem ini berkembang dengan baik pada permulaan dan pertengahannya namun pengakhirannya mungkin sedikit mengecewakan kerana aku lebih gembira jika filem ini tidak mencampur aduk kan kisah pontianak serta serigala jadian. Aku tidak pernah menonton sirinya jadi ada beberapa watak yang aku kurang faham terutamanya watak tentang ibu David yang menjelma sebagai hantu dan apa yang menyebabkan ibunya menjadi sedemikian rupa masih belum dapat aku fahami sehingga kini.


Johnny Depp Sebagai Barnabas Collins


Johnny Depp memang sesuai melakonkan watak - watak sebegini yang adakalanya agak eksotik dan ia ibarat sedarah sedaging dengan diri Johnny sendiri. Namun, auranya untuk filem ini tidak sehebat atau gah seperti mana beliau muncul sebagai Willy Wonka di dalam filem Charlie and Chocolate Factory yang ditayangkan sekitar tahun 2005. Beliau masih kelakar sebagai Barnabas dan wataknya juga punya keunikannya tersendiri namun mungkin kerana Johnny telah muncul dengan watak yang lebih kuat pada filem - filemnya sebelum ini lalu menjadikan watak Barnabas tersebut sekadar satu watak yang memang menarik namun agak sukar untuk diingati selepas ini.


Terlalu Banyak Watak Dan Kisah Yang Mahu Dikongsikan!


Banyak watak serta persoalan yang mahu diberi perhatian seperti perhubungan antara David dan ibu bapanya, keinginan Doktor Julia Hoffman yang mahu hidup kekal abadi, ketamakan Elizabeth Collins dan pelbagai lagi walaupun perkara pokoknya kisah ini ialah tentang dendam di antara Barnabas serta Angelique. Ini secara tidak langsung sebenarnya menganggu titik utama kisah ini yang sepatutnya lebih memberi fokus kepada kisah permusuhan di antara Barnabas serta Angelique.


 Aku Sukakan Watak Doktor Julia Lakonan Helena Bonham Carter Ini!


Dari segi komedinya memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa Johnny Depp memang berjaya melakukan tugasnya dengan bagus ditambah dengan dialognya yang walaupun kedengaran kasar tetapi ia membangkit humor penonton. Helena Bonham Carter yang memegang peranan sebagai Doktor Julia juga tidak kurang hebatnya dalam memperalatkan mimik wajahnya untuk menggeletek hati penonton. Kemunculan babak persembahan Alice Cooper pada pertengahan cerita juga agak menarik dan menghiburkan. Eva Green yang melakonkan watak antagonis sebagai Angelique wajar dipuji kerana ia berjaya menjadikan watak tersebut dibenci dan adakalanya mampu meraih sedikit simpati penonton.


 Sisi Hitam Angelique Berjaya Diterjemah Oleh Eva Green Dengan Baik


Apa yang cukup menggembirakan menonton filem ini ialah mengenai skor muziknya dimana lagu tema mahu pun lagu latar yang digunakan di dalam beberapa babak di dalam ini sememang sedap di dengar dan kena dengan latar masa kisah ini dipaparkan. Jadi, ia secara tidak langsung memang membantu menceriakan lagi filem ini. Penggunaan kostum yang berhubungan dengan latar waktu filem ini juga boleh dibanggakan. Kesimpulannya, filem ini memang masih berjaya dalam menghiburkan penonton namun ia bukanlah karya yang terbaik daripada kerjasama di antara Tim Burton dan Johnny Depp yang boleh dibanggakan di kemudian hari. Sekian!


P/S : Filem Apa Pula Agaknya Selepas Nih? (^_^)Y




26/05/12

Cik Mah : Adab Menonton Wayang








Selamat bertemu kembali kepada semua pembaca blog Rollo De Pelicula nih. Wahhh! Dah berbulan rasanya Cik Mah tak menulis apa - apa dekat blog nih! Nasib lah ada juga seorang dua yang bertanya mana menghilangnya Cik Mah! Terharu Cik Mah tau u'ols! Mana tak nya sebab tak sangka Cik Mah nih ada juga peminat walaupun sorang dua! Hehehe! Nasib 2-3 hari nih Cik Mah ada masa dan sempat lah juga menaip dan email kan entry nih pada si Hans nih!! Kali nih Cik Mah nak kongsi sikit pengalaman dan pandangan Cik Mah sendiri tentang adab - adab menonton wayang sebab baru - baru nih sewaktu menonton filem di sebuah panggung Cik Mah telah mengalami satu peristiwa yang cukup - cukup menyakitkan hati. Sakit sangat hati nih dengan perangai dua orang makhluk yang tak beradab nih!!

Cik Mah faham yang panggung wayang nih bukannya kem askar atau kem motivasi dan kita bebas buat apa saja yang kita nak asalkan tidak melanggar undang - undang atau hukum - hakam agama tetapi tolonglah belajar sikit cara - cara menghormati orang - orang lain atau lebih tepat lagi penonton - penonton di sekeliling kau. Bukannya kau jer yang bayar duit tiket oiiii! Cik Mah dan yang lain pun bayar juga okayyy!!

Apa yang buat Cik Mah rasa meluat dan ada kala terfikir macam nak simbah asid jer dekat manusia - manusia yang tak tahu adab nih sebab sikap mereka sendiri. Hello!! Ingat kau sorang jer ker pakai Blackberry? Ingat kau sorang jer ker pakai Samsung Galaxy Note? Ingat kau sorang jer ker ada telefon? Cik Mah pun adalah u'olss!! Jadi, jangan lah nak rasa megah atau poyo sangat sampai tak reti - reti nak silent phone! Habis segala mak nenek ringtone yang keluar!! Muka ketat habis tapi keluar lagu dangdut!! Apa kau ingat Cik Mah hadap sangat ker nak dengar lagu dangdut kau tu? Cik Mah datang sebab nak tonton filem!! Sila - sila lah belajar sikit silent phone tu!! Bukannya nak suruh kau off terus telefon! Silent phone jer kut!! Beli telefon mahal - mahal takkan tak tahu macam mana nak silent telefon? Bengap sangat ker?

Sudah lah Cik Mah terpaksa mendengar nada dering telefon yang memekak kan lepas tu terpaksa pula dengar suara kau yang nyaring tu! Apa kau ingat kau dekat rumah ker nak cakap kuat - kuat sampai 1 kilometer pun orang boleh dengar? Hello!! Tolong hormat penonton lain sama boleh tak!! Cik Mah dan yang lain tak berminat nak dengar pasal masalah kau dengan awek/pakwe atau pun pasal masalah hamster kau yang sakit yang mana tak bersangkut paut langsung dengan filem yang kami semua sedang tonton! Please lah!! Matang sikit!!

Lagi satu Cik Mah tak faham dengan salah seorang makhluk nih pasal nada ketawanya. Serius annoying tahap tertinggi! Cik Mah tak kisah sangat lah kalau dah memang gaya dia ketawa macam tu tapi tolonglah dikkkk!! Nak ketawa pun agak - agaklah! Kalau babak ketawa tu kau ketawa Cik Mah boleh terima lagi tapi ini babak yang langsung tak ada nilai lucu pun kau nak bantai juga ketawa!! Satu panggung dengar suara kau sorang jer ketawa!! Dah lah tu!! Babak yang kononnya kau rasa lucu tu dah habis seminit pun ketawanya masih tak berhenti!! Haih! Bencinyaaaa!! Ikut hati nak jer Cik Mah cili mulut kau tu dikk!! Biar kau tahu sikit erti penyesalan!!!

Tolong lah dik oiii! Kalau betul pun ini first time kau masuk panggung wayang jangan lah kau tunjuk satu dunia sangat yang kau baru kenal apa itu panggung wayang! Cik Mah masa mula - mula masuk panggung dulu pun tak ada pula jadi macam kau! Tolong jangan hina diri kau sendiri disebabkan sikap kau yang memalukan tu! Senang cakap orang tak kisah pun siapa kau! Telefon kau mahal ker! Baju kau branded ker! Kau pakwe Angelina Jolie ker! Ada Cik Mah kisah? Tak ada siapa pun kisah! Lain lah kalau kau tu Aaron Aziz! Boleh juga lah Cik Mah kisahkan!!

Bukan Cik Mah jer naik berbulu dengan dua makhluk nih! Kawan Cik Mah, orang sebelah sampai orang belakang pun siap sound lagi tapi jenis tak makan saman kut! Nasib lah masing - masing boleh berfikir rasional lagi! Kang buat masing - masing naik hantu memang habis lah kau dik! Tolong lah berubah sikap kau tu dik! Takut - takut nanti kau masuk berita utama muka depan akhbar sebab kena belasah jer kang! Hahaha! Apa - apapun, Cik Mah harap sangat kepada sesiapa yang menonton supaya belajar sikit menghormati hak orang lain! Jangan fikir bila korang ramai korang boleh buat suka hati jer dekat dalam panggung! Sekian!


P/S Dari Hans : Jika Anda Ada Pengalaman Seperti Cik Mah Atau Apa - Apa Yang Berkaitan Dengan Tajuk Ini Dan Mahu Berkongsi Di Blog Ini Sila Emailkan Ke hanis_narnia@yahoo.com





25/05/12

Review Filem Hoore! Hoore!



Filem:
Hoore! Hoore!


Pengarah:
Saw Teong Hin


Genre:
Keluarga, Muzikal, Komedi & Romantik


Pelakon:
Akim AF7, Farah Nazirah, Fauziah Nawi, Kilafairy,
Adibah Noor, Harun Salim Bachik, Shahronizam Noor,
Nur Shazwana, Afi Faris, Shahila Shariff, Syafiqah Md. Jemey,
Mohamad Nabil, Mohd Faiz, Aznil Nawawi  & Etc.


Penilaian:
8 / 10


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang seorang wanita bertubuh besar bernama Nurul Aiman yang mempunyai tubuh yang gempal dan tidak terlalu cantik serta lurus bendul namun berhati baik. Walaupun begitu, ciri-ciri kewanitaannya tetap sama seperti gadis - gadis yang lain. Aiman mempunyai 2 orang sahabat baik iaitu Lana dan Azadan yang merupakan rakan sekampung dan satu sekolah. Hubungan mereka erat dan mesra. Ibunya bernama Lia manakala ayahnya bernama Hairil. Nenek Aiman bernama Nenda Zaimah dan tinggal bersama mereka. Di sekolah Aiman mempunyai seorang kawan bernama Johari yang dikenali sebagai seorang yang tampan dan segak. Dalam diam Johari menyukai Aiman. Dalam pada itu, Lana dan seorang lagi rakan sekolah yang cantik dan popular bernama Rita juga sangat meminati Johari. Rita seorang gadis yang ego dan sentiasa mencari masalah dengan Aiman. Ayah Johari pula ialah seorang Ustaz iaitu Cikgu Murshid. Pada masa yang sama, Aiman tergerak hati untuk menyertai pertandingan Ratu Impian yang di anjurkan oleh sebuah majalah. Rita juga menyertai pertandingan itu. Mengetahui yang Aiman juga menyertai pertandingan itu, Pelbagai rintangan yang dihadapi oleh Aiman bukan saja dari musuh ketatnya Rita tetapi juga dari masyarakat sekitar yang memandang serong akan niatnya itu.


Ulasan Hans:

Usai menonton filem Hoore! Hoore! sebentar tadi dan terasa begitu gembira dengan karya yang punya pelbagai emosi dan kisah tentang kehidupan manusia. Faktor aku tertarik untuk menonton filem ini sebenarnya hanya lah sekadar ingin melihat bakat baru iaitu Farah Nazirah dan juga gara - gara aku merupakan salah seorang daripada jutaan manusia yang amat meminati lagu - lagu nyanyian Allahyarham Sudirman Hj. Arshad. Sebelum menonton aku membuat kesimpulan awal bahawa filem ini kemungkinan besar bakal mengecewakan aku namun jangkaan aku meleset sama sekali. Filem ini memang menghiburkan dengan vokal nyanyian yang cukup mantap daripada kebanyakkan pemain watak utamanya walaupun sebahagian besar daripada mereka bukannya penyanyi dan ini memang cukup membanggakan.




Walaupun jalan ceritanya kelihatan agak klise iaitu tentang seorang remaja perempuan bertubuh gempal yang kurang keyakinan diri lalu cuba meningkatkan keyakinannya dengan menyertai pertandingan Ratu Idola(seakan - akan pertandingan Dewi Remaja) namun kekuatan dialog daripada watak - watak utamanya terutamanya Fauziah Nawi cukup membantu dalam menghidupkan jalan cerita dan pemilihan tepat lagu - lagu Allahyarham Sudirman serta lakonan mantap daripada setiap pelakonnya juga wajar dipuji kerana ini lah kekuatan sebenar filem ini. Mungkin ramai berasa pelik atau hairan memikirkan apakah logiknya watak Nurul Aiman ini mampu diterima menyertai pertandingan Ratu Idola tersebut sedangkan dia dilihat begitu kekok pada kemunculan awalnya di pentas namun ianya terjawab apabila watak Aznil Nawawi yang dari awal lagi berkata bahawa itu sebagai strategi untuk menaikkan rating penonton dan langsung tidak mahu ambil kisah sama ada Nurul Aiman akan dimalukan atau sebaliknya. Jadi, tiada yang pelik pun disini kerana kedua - dua adegan itu ada kesinambungan dan rasionalnya tersendiri dan aku menyukainya.


Farah Nazirah Sebagai Nurul Aiman


Farah Nazirah boleh aku sifatkan sebagai salah seorang bintang baru yang berbakat dan diharapkan kamu bijak memilih filem - filem kamu selepas ini agar sinar kamu lebih berkilau lagi. Sebagai orang baru memang lah ada serba sedikit kekurangannya namun hakikatnya Farah Nazirah telah pun berjaya melangkah keluar daripada zon selesa dengan penampilan sulungnya sebagai Nurul Aiman di dalam filem ini dan telah meletakkan tahap yang agak tinggi untuk dirinya sendiri. Apa - apapun, sekali sekala Farah Nazirah mengingatkan aku pada pengacara rancangan Galaksi iaitu Kiah Propa. Hehe! Akim juga tidak mengecewakan dalam menghidupkan wataknya sebagai Johari walaupun kadang kala ada juga sedikit kelemahan pada babak - babak tertentu terutama dari segi emosi. Paling menarik apabila wujudnya keserasian antara Akim dan Farah Nazirah di dalam filem ini.


Akim AF Sebagai Johari Juga Tidak Mengecewakan


Filem muzikal sememangnya adakala seperti filem Bollywood jadi jangan lah terkejut jika apabila tibanya babak yang melibatkan nyanyian dan melihat dimana - dimana sahaja terdapat manusia yang menari. Kadang - kadang kelihatan lucu namun ia menjadikan filem ini lebih berwarna seperti mana keceriaan poster filemnya sendiri. Namun, ada juga perkara yang sedikit janggal di dalam filem ini terutamanya pada pusingan pemilihan dan pusingan pertama pertandingan Ratu Idola dimana aku merasakan lokasinya seperti tidak sesuai. Hanya sekadar dibuat di dewan(seperti dewan sekolah pula) namun bernasib baik apabila pada pertandingan akhir diadakan di lokasi yang lebih sesuai. Mungkin kelihatan remeh namun sebagai sebuah pertandingan yang ditonjolkan di dalam filem ini dalam suasana yang cukup dikenali dan gah maka aku merasakan memang ada sedikit kecacatan disitu.


Harun Salim Bachik & Adibah Noor


Pertembungan di antara nilai keyakinan diri, halangan keluarga, sikap terlalu melindungi ibu bapa dan juga jiwa memberontak remaja memang menjadi intipati penting filem ini. Babak yang paling aku suka ialah babak di antara Nurul Aiman bersama nenek dan ibu bapanya yang baru pulang dari mengerjakan umrah dimana babak itu memang betul - betul menyentuh jiwa. Antara pegangan, maruah dan kesabaran yang mana satu jadi pilihan? Memang menarik babak tersebut ditambah dengan pula dengan sedikit 'penangan' daripada Fauziah Nawi. Siapa yang tidak kenal Fauziah Nawi yang aku anggap sebagai salah seorang pelakon yang bijak bermain emosi dan  bijak juga mempergunakan air mata selain Wan Maimunah. Tetapi, aku kurang berkenan dengan watak Shahronizam Noor sebagai bapa Akim merangkap guru kepada Nurul Aiman dan Akim sendiri. Aku tidak salahkan Shahronizam langsung namun watak Cikgu Murshid tersebut tidak dicipta dengan baik oleh penulis atau pengarahnya barangkali kerana kelihatan seperti dia seorang guru yang tidak berfikir dan bertindak sepenuhnya sebagai seorang guru yang dipandang tinggi ilmu dan sikap oleh masyarakat terutamanya sewaktu babak Nurul Aiman datang ke rumahnya untuk bertemu Johari. Sedikit terkejut dengan nada serta dialog yang diungkapkan oleh Cikgu Murshid yang bagi aku terlampau kasar dan kurang sahsiahnya pada babak tersebut. Bagi aku watak Cikgu Murshid seharusnya diberi lebih pesona agar lebih dihormati dan secara tidak langsung imej positif akan lahir daripada watak tersebut.


Fauziah Nawi Dalam Kelasnya Yang Tersendiri


Namun, filem bercorak muzikal ini memang cukup menarik. Ada unsur komedinya! Ada riak tangisnya! Ada nilai kekeluargaan yang tinggi! Vokal nyanyian yang merdu dan mantap! Pemilihan lagu yang tepat dan kena dengan setiap adegan filem! Jadi, aku ucapkan selamat menonton filem Hoore! Hoore! dan semoga anda gembira menonton filem ini seperti mana aku gembira menontonnya tadi. Tahniah kepada semua pelakon, krew produksi serta sesiapa yang terlibat di dalam menjayakan filem ini. Sekian!




P/S :  Hoore! Hoore! Hip Hip Hoore! Bergembiraaaa!! Bergembiraaa!!! (^_^)Y




23/05/12

Filem Hoore! Hoore!



Filem:
Hoore! Hoore!


Pengarah:
Saw Teong Hin


Genre:
Romantik & Muzikal


Pelakon:
Akim AF7, Farah Nazirah, Fauziah Nawi, Adibah Noor
Kilafairy, Harun Salim Bachik, Shahronizam Noor, Aznil Nawawi & Etc.


Tarikh Tayangan:
24 Mei 2012


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang seorang wanita bertubuh besar bernama Nurul Aiman yang mempunyai tubuh yang gempal dan tidak terlalu cantik serta lurus bendul namun berhati baik. Walaupun begitu, ciri-ciri kewanitaannya tetap sama seperti gadis - gadis yang lain. Aiman mempunyai 2 orang sahabat baik iaitu Lana dan Azadan yang merupakan rakan sekampung dan satu sekolah. Hubungan mereka erat dan mesra. Ibunya bernama Lia manakala ayahnya bernama Hairil. Nenek Aiman bernama Nenda Zaimah dan tinggal bersama mereka. Di sekolah Aiman mempunyai seorang kawan bernama Johari yang dikenali sebagai seorang yang tampan dan segak. Dalam diam Johari menyukai Aiman. Dalam pada itu, Lana dan seorang lagi rakan sekolah yang cantik dan popular bernama Rita juga sangat meminati Johari. Rita seorang gadis yang ego dan sentiasa mencari masalah dengan Aiman. Ayah Johari pula ialah seorang Ustaz iaitu Cikgu Murshid. Pada masa yang sama, Aiman tergerak hati untuk menyertai pertandingan Ratu Impian yang di anjurkan oleh sebuah majalah. Rita juga menyertai pertandingan itu. Mengetahui yang Aiman juga menyertai pertandingan itu, Pelbagai rintangan yang dihadapi oleh Aiman bukan saja dari musuh ketatnya Rita tetapi juga dari masyarakat sekitar yang memandang serong akan niatnya itu.


Trailer:




P/S : Insyaallah Bakal Menonton Filem Ini Esok! (^_^)Y





Filem Aku Ada, Kau Ada???



Filem:
Aku Ada, Kau Ada???


Pengarah:
Rahila Ali


Genre:
Komedi, Romantik & Muzikal


Pelakon:
Yana Samsudin, Shaheizy Sam, Kamal Adli & Etc.


Tarikh Tayangan:
24 Mei 2012


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang dua orang musuh ketat iaitu Tina dan Nordin yang sering bertembung sebagai penyanyi utama persembahan muzikal. Nordin ialah pelajar tahun ke-2 yang sentiasa mahu dirinya menjadi perhatian pelajar wanita lain namun dia seorang yang cepat gemuruh. Tina pula merupakan pelajar yang baru bertukar ke kolej yang sama dengan tempat Nordin belajar dan seorang yang agak panas baran. Walaupun mereka berdua sering bergaduh namun akhirnya mereka berdua telah jatuh cinta. Apakah yang akan terjadi seterusnya? Saksikan filem ini di pawagam berhampiran anda.


Trailer:




P/S : Boleh Tahan Suara Sam Dan Yana Waktu Menyanyi Di Dalam Filem Nih! (^_^)Y





Review Filem City of Ember



Filem:
City of Ember


Pengarah:
Gil Kenan


Genre:
Pengembaraan, Fantasi & Keluarga


Pelakon:
Saoirse Ronan, Harry Treadaway, Toby Jones, Bill Muray & Etc.


Tahun:
2008


Penilaian:
6 / 10


Sinopsis:

Filem ini bermula dengan para saintis dan cendekiawan berkumpul dan berbincang untuk memastikan bahawa generasi manusia yang akan datang dapat terus hidup dengan selamat di bumi kerana permukaan bumi sudah tidak selamat lagi akibat dicemari dengan pelbagai kerosakan dan bakal menemui kehancuran. Mereka akhirnya telah berjaya mencipta sebuah bandar bernama Ember yang dibina ke bawah tanah serta mampu bertahan sehingga 200 tahun dan generasi manusia mulai berpindah dan meneruskan hidup disitu. Rahsia tentang bandar Ember disimpan di dalam sebuah kotak yang akan terbuka secara automatik pada 200 tahun kemudian dan kotak tersebut akan dipegang oleh setiap datuk bandar Ember. Namun kotak tersebut mula diabaikan oleh datuk bandar Ember yang baru selepas bandar Ember telah pun berusia lebih daripada seratus tahun. Genap usia bandar Ember 200 tahun maka kehidupan di bandar tersebut mulai bermasalah apabila penjana kuasa yang menjana sumber tenaga bandar tersebut mulai mengalami kerosakan dan sudah tidak dapat diselamatkan. Sumber makanan pula semakin berkurangan dan terpaksa dicatu. Seorang remaja perempuan bernama Lina Mayfleet yang merupakan salah seorang daripada keturunan bekas datuk Bandar Ember telah menjumpai kotak rahsia bandar Ember di rumahnya dan dibantu oleh Doon Harrow maka mereka mula menyiasat dan mencari jalan keluar untuk keluar daripada bandar Ember. Berjayakah mereka menemui jalan keluar tersebut? Selamat menyaksikan filem City of Ember ini untuk mengetahui jawapannya.


Trailer:




Ulasan Hans:

Filem yang diadaptasi daripada buku The City Of Ember karya Jeanne Duprau ini sememangnya mempunyai sebuah kisah yang unik dari segi imaginasi penulisnya yang tinggi serta dibantu oleh kekuatan jalan cerita dan mesej menjaga alam sekitar yang cuba disampaikan melalui kisah manusia - manusia yang tinggal di dalam bandar bernama Ember ini. Bumi tidak akan dapat bertahan lama jika pencemaran sentiasa berterusan melata di pelbagai sudut dan bagaimana akhirnya manusia mula memahami nikmat apabila alam sekitar kembali bersih berjaya diterjemahkan dengan baik di dalam filem ini.


 Teraju Utama Filem Ini - Saoirse Ronan & Harry Treadaway


Namun kisah asal bukunya pasti berbeza apabila divisualkan di dalam bentuk filem dan pastinya akan memberi sedikit kekecewaan kepada pembaca buku ini tambahan pula filem ini hanya menjurus kepada kisah watak dua orang remaja iaitu Lina Mayfleet dan Doon Harrow yang cuba mencari jalan keluar sehingga menenggelamkan watak - watak lain yang sepatutnya harus juga diberi perhatian dan lebih diperkembangkan lagi terutamanya watak antagonis Mayor Cole yang merupakan datuk bandar Ember dimana jika kisah tentang rancangan liciknya untuk melarikan diri diperkembangkan lagi pasti akan menjadikan filem ini lebih menarik dan kuat dari segi plot ceritanya. Kemunculan makhluk gergasi yang kelihatan seperti tikus secara tiba - tiba(aku pun tak tahu apa nama haiwan nih!) juga dirasakan seperti kurang memberi impak dan menimbulkan seribu satu pertanyaan tentang sejarah kehidupan haiwan tunggal tersebut di dalam bandar Ember itu. Filem ini bernasib baik kerana Saoirse Ronan dan Harry Treadaway telah berjaya menghidupkan watak Lina Mayfleet dan Doon Harrow dengan cukup baik sekali.


Bill Muray Sebagai Datuk Bandar Ember Yang Licik


Walau bagaimanapun aku menyukai set model bandar bawah tanah, skor muzik, pakaian serta sinematografi filem ini yang aku rasakan menarik dan agak mengujakan aku sebagai penonton. Ditambah dengan babak klimaks filem ini yang boleh dikatakan cukup mendebarkan namun 10 minit terakhir filem ini nampaknya kurang memberi impak terutama dari segi kesan khas dan sedikit sebanyak memusnahkan kehebatan babak klimaks yang boleh dikatakan ada kekuatanya yang tersendiri. Apa - apapun, filem ini masih menghiburkan untuk ditonton dan pada kalian yang masih belum pernah atau berkesempatan menonton filem ini maka nikmatilah pengembaraan dua orang remaja ini dalam mencari jalan keluar dari bandar Ember. Sekian!


P/S : Banyak Filem Lagi Nak Kena Tonton Nih! Hehehe! (^_^)Y




22/05/12

Review Filem Mantera



Filem:
Mantera


Pengarah:
Mohd Aliyar Al-Kutthy


Genre:
Fiksyen Sains & Aksi


Pelakon:
Shah Inderawan(Tomok), Shiqin Kamal, Kamaliya, Wael Al-Masri,
Yank Kassim, Said Dashuk-Nighmatulin, Faezah Elai & Etc.


Tarikh Tayangan:
17 Mei 2012


Penilaian:
4 / 10


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Azman yang telah terpilih untuk mengaktifkan sebuah prototaip yang diberi nama 'Mantera' yang boleh mengubah motosikalnya menjadi sebuah perisai badan yang canggih. Teknologi ini telah dicipta oleh seorang saintis yang bekerja untuk Weston Technologies iaitu Dr.Natasya Irina Pushkin. Bagaimanapun apabila dia sedar  rekaannya akan disalahgunakan oleh Sam Weston yang merupakan pemilik Weston Technologies untuk memusnahkan dunia maka dia bertekad untuk menggagalkan rancangan tersebut. Sementara itu Sam Weston mula meradang apabila Makmal Penyelidikan beliau diceroboh. Prototaip sistem senjata terbaru 'Mantera'(MAN-Armour Robotik Transformable Exo) pula telah disabotaj dan dimusnahkanSaintis utama beliau yang mengetuai pasukan penyelidikan iaitu Dr. Natasya pula telah melarikan diri tanpa dapat dikesan. Pembeli untuk teknologi baru ini iaitu pihak Dark Legion mula mendesak Sam untuk menyerahkan prototaip tersebut atau perjanjian itu akan dibatalkan serta merta. Manakala bangkai komponen serta serpihan bahagian - bahagian Mantera yang dimusnahkan tanpa sengaja telah dihantar ke bahagian lain di dunia dan ia diperoleh oleh seorang lelaki muda bernama Azman yang tinggal di Malaysia. Siapakah sebenarnya Azman dan apa yang membuatkan dia terpilih untuk melaksanakan misi ini? Saksikan filem Mantera untuk mengetahui jawapannya.


Ulasan Hans:

Aku menerima sebuah komen daripada pembaca yang meminta aku membuat ulasan tentang filem ini. Pada mulanya aku tidak menunjukkan tanda - tanda yang aku berminat untuk menonton filem yang melalui posternya mengingatkan aku kepada filem Transformers namun segala - galanya berubah petang tadi. Jadi, apabila sesebuah filem bergenre fiksyen sains atau aksi ditayangkan maka apa yang penonton mahu saksikan pastilah tentang kehebatan kesan khas atau CGI yang terdapat di dalam filem tersebut serta aksi - aksi peperangan atau berlawan yang mampu memukau perhatian namun nampaknya terlalu banyak kelemahan yang wujud di dalam filem Mantera ini jika dinilai dari sudut tersebut.


Tomok


Ada yang berkata filem ini boleh dikategorikan sebagai filem Gred B jika ditayangkan di Hollywood. Ada juga yang berkata filem ini seperti filem animasi 3D apabila adegan - adegan yang melibatkan perlawanan antara robot - robot bermula. Pada pandangan aku pula filem ini tidak lah terlalu teruk kerana ada juga babak - babak yang melibatkan CGI yang boleh dibanggakan namun secara keseluruhannya aku kurang berpuas hati dengan tahap CGI yang ditonjolkan di dalam filem ini terutama adegan robot berlawan di dalam filem ini namun mungkin ini sebagai permulaan untuk Malaysia lebih maju di dalam filem bergenre sains fiksyen ini dan tahniah juga untuk anak - anak tempatan yang terlibat di dalam pembikinan adegan - adegan yang memaparkan kesan khas serta grafik yang memang cukup mencabar untuk disiapkan ini.


Bila Nak Tukar Gaya Rambut Nih Tomok?


Filem ini sebenarnya ada kisah yang tersendiri. Perjalanan awal ceritanya boleh dikatakan menarik namun ia tidak dimanfaatkan sebaiknya apabila banyak babak yang dipertontonkan kurang logik dan ada juga adegan yang boleh dikatakan tidak patut ada atau timbul secara tiba - tiba. Contohnya adegan yang melibatkan tiga orang pelajar samseng yang tidak berpuas hati dengan Azman. Aku pelik memikirkan adakah ini babak pelajar universiti atau pelajar sekolah menengah? Babak - babak yang melibatkan tiga orang pelajar samseng itu sangat membuang masa dan aku boleh katakan tanpa kewujudan babak itu pun langsung tidak memberi sebarang kesan kepada filem ini. Serius babak mereka bertiga langsung tidak membantu apa - apapun dan ia membuatkan aku letih memikirkan kenapa babak yang semak itu perlu wujud. Kenapa setiap filem yang memaparkan kisah superhero pasti bermula dengan si hero kelihatan skema, lurus bendul, lemah dan dibuli sebelum menjadi hebat apabila berada di dalam kostum superhero? Tiada pembaharuan dari segi itu.


Tiba - Tiba Aku Rasa Nak Belajar Bahasa Rusia! Hehe!


10 minit pertama filem ini merupakan babak yang aku cukup suka kerana ia membuatkan aku ternanti - nanti untuk mengetahui siapakah dua puak yang dikatakan pada permulaan cerita iaitu Dark Legion dan Alliance of Light namun segala - galanya berubah selepas itu. Aku kurang pasti tentang puak Dark Legion ini kerana adakah mereka ini makhluk asing atau manusia yang terkena radiasi dan bagaimana mereka boleh berurusan dengan pihak Weston Technologies juga tidak diketahui. Segala - galanya kabur dan kurang memberi motivasi pada aku untuk lebih fokus pada filem ini. Belum lagi babak yang melibatkan guru silat Azman yang sangat aneh, aksi pertarungan Azman yang ditonton oleh ramai rakan - rakannya seperti mereka menonton perlawanan bola sepak(adegan tersebut buat aku geleng kepala) serta betapa naifnya Azman mengikut sahaja apa yang orang lain suruh dia lakukan(babak antara Tomok dan Faezah Elai). Adakah watak Azman ini digambarkan sebagai seorang yang naif atau terlampau bodoh? Anda tentukan sendiri selepas menontonnya. Satu perkara lagi yang memeningkan aku ialah Azman memenangi permainan online di laman siber dan beliau menerima hadiah daripada pihak yang menganjurkan permainan tersebut. Hadiah itu pula ialah prototaip Mantera dan adakah permainan online tersebut dianjurkan oleh puak Alliance of Light? Mungkin!


Guru Silat Azman! Suara Dia Sedap!


Watak Azman(lakonan Tomok) juga kurang hidup dan sangat kaku terutamanya yang melibatkan babak romantis antara beliau dengan Deena(lakonan Asyikin Kamal). Mungkin ini filem sulung lakonan Tomok jadi memang banyak yang perlu Tomok pertingkatkan untuk menjadi salah seorang pelakon yang disegani selepas ini. Berlainan pula dengan Asyikin Kamal yang menampilkan lakonan yang lebih bertenaga berbanding lakonan beliau dalam filem Lagenda Budak Setan serta watak Kevin(lakonan Jayson) iaitu rakan Azman yang mampu membangkitkan rasa lucu penonton dan seterusnya menyelamatkan sedikit filem ini yang tampak lesu pada pertengahannya.


Jayson Yang Melakonkan Watak Kevin


Hanya ini sahaja ulasan yang mahu aku tuliskan mengenai filem Mantera ini. Walaupun masih banyak kelemahan yang terdapat di dalam filem ini namun diharapkan agar filem ini akan membuka hati penerbit - penerbit filem Malaysia untuk bekerjasama dengan penulis skrip serta pengarah untuk menghasilkan filem sebegini dengan kualiti yang lebih hebat dengan jalan cerita yang lebih asli dan menarik. Sekian!


P/S : Ulasan Filem Akan Datang - City of Ember  




1/05/12

Filem Nongkrong



Filem:
Nongkrong


Pengarah:
Ismail Bob Hasim


Genre:
Komedi & Seram


Pelakon:
Shaheizy Sam, Angah Raja Lawak, Epy Raja Lawak, Mon Ryanti,
Fyza Kader, Liana Rafiai, Zul Suphian, Azlee Jaafar & Etc.


Tarikh Tayangan:
10 Mei 2012


Sinopsis:

Filem ini menampilkan kisah tentang tiga orang lelaki berbeza yang bernama Aman(lakonan Angah), Bada(lakonan Sam) dan Cumi(lakonan Epy) yang cuba mendapatkan kekayaan melalui cara yang salah iaitu dengan membeli nombor ekor. Cumi tiada wang dan sangat terdesak untuk meminang kekasihnya iaitu Lin(lakonan Nuremy) manakala Bada dan Aman pula hanya mahu mengubah kehidupan keluarga mereka menjadi lebih baik. Ketiga-tiga orang mereka kemudian memutuskan untuk bertemu dengan seorang bomoh Melayu bagi mendapatkan nombor ekor yang mampu memberi mereka kemenangan. Bomoh tersebut kemudiannya menyeru seorang puteri laut yang cantik untuk membantu mereka namun dengan satu syarat iaitu Bada mesti menjadi pengantin kepada puteri tersebut. Walau bagaimanapun, puteri itu telah bertukar menjadi suatu makhluk kejam pada hari perkahwinan mereka lalu mereka bertiga melarikan diri. Lalu terjadi lah pelbagai peristiwa dan kejadian buruk terhadap mereka bertiga selepas itu.


Trailer:



P/S : Filem Nongkrong Bukannya Sekuel Kepada Filem Ngangkung! ^_^Y