10/03/13

Review Filem Rock Oo - Rimba Bara Kembali



Filem:
Rock Oo - Rimba Bara Kembali


Pengarah:
Mamat Khalid


Genre:
Komedi & Muzikal


Pelakon:
Que Haidar, Khir Rahman, Pekin,
Saiful Apek, Azmi Black, Shoffi Jikan & Etc.


Penilaian:
8 / 10


Sinopsis:

Filem Rock Oo - Rimba Bara Kembali merupakan kesinambungan filem Rock yang mengisahkan tentang perjuangan rockers kampung iaitu Rimba Bara yang bersemangat teguh untuk kembali menempa nama di arena muzik tempatan selepas gagal diterima sebagai kumpulan muzik rock pada filem terdahulu. Amy Mat Piah merupakan seorang yang berpegang kepada prinsip pantang anak petani moden mengaku kalah berhajat untuk menyatukan kembali kumpulan Rimba Bara dengan memujuk Jijo, Slash Haji Tapah dan Mi Black kembali dalam kumpulan rock mereka. Walaupun Amy sedar dia tidak mampu untuk menjadi vokalis kumpulan Rimba Bara namun disebabkan jiwanya memang dekat dengan muzik rock maka dia cuba melakukan yang terbaik. Pelbagai dugaan yang terpaksa ditempuhi mereka sebelum akhirnya kumpulan Rimba Bara berjaya menempa nama di arena muzik tempatan.


Ulasan Hans:

Tidak perlu menonton filem Rock yang terdahulu untuk memahami jalan cerita filem Rock Oo - Rimba Bara Kembali yang penuh dengan gaya komedi yang cukup bersahaja gaya Mamat Khalid. Seperti biasa jika anda gemar menonton filem-filem arahan Mamat Khalid pasti anda mengenali parodi yang cuba diketengahkan di dalam setiap filemnya dan apa yang menarik ialah kebanyakan parodi yang ditunjukkan pastinya menjadi dan berjaya menggeletek hati penonton untuk turut sama terhibur dengan jenaka tersebut. Tetapi, aku bukannya mahu membuat ulasan tentang tahap lucu filem ini tetapi sebenarnya aku sukakan intipati dan apa yang Mamat Khalid cuba sampaikan melalui filem ini mengenai dunia rockers. Rock merosakkan manusia atau manusia itu sebenarnya yang merosakkan aliran rock tersebut? Satu perkara menarik untuk dilihat dan diselami disini.




Mungkin pada mata kasar kita yang menonton persembahan rockers yang berambut panjang dan serabai di atas pentas akan merasakan bahawa mereka ini seseorang yang tidak terurus jika dilihat pada penampilan fizikal mereka atau mungkin juga seseorang yang ganas dan kelihatan seperti bukannya manusia yang sopan dan berbudi bahasa. Namun, hakikatnya rockers juga adalah manusia dan bagaimana menariknya Mamat Khalid menunjukkan setiap karakter ahli kumpulan Rimba Bara yang walaupun berjiwa rockers namun tidak lupa tentang kesopanan, agama, penyabar dan juga kuat berusaha untuk mencapai cita-cita mereka.




Bagi ramai orang pasti akan membayangkan Kuala Lumpur merupakan bandar impian yang sentiasa menunaikan cita-cita manusia yang berhijrah ke sana namun di dalam filem ini kumpulan Rimba Bara pula menganggap Kuala Lumpur sebagai bandar penuh penderitaan aku aku cukup tertarik dengan babak mereka terlalu lapar sehingga menanti sebiji ubi kentang yang direbus cukup empuk untuk dimakan serta babak Shoffi Jikan mengigau sehinggakan bersilat akibat terlalu lapar. Mungkin kelihatan lucu tetapi jika diselami secara serius sebenarnya babak itu cukup memberi kesan emosi yang mendalam kepada sesiapa yang pernah mengalami pengalaman seperti itu.




Watak Amy Mat Piah lakonan Que Haidar juga merupakan satu karakter yang cukup menarik bagi aku. Ramai orang berkata gagal sekali tidak bermakna gagal selama-lamanya. Ada juga yang berkata 'Practice Makes Perfect' tetapi sememangnya Amy tidak mampu untuk menjadi vokalis yang baik kerana bakatnya bukan kesitu. Tetapi, bakatnya lebih kepada mengurus dan aku cukup suka dengan sikap setiakawan yang ditunjukkan di dalam filem ini. Cukup menarik untuk diteladani dan dipraktikkan!




Satu yang aku suka dengan filem Mamat Khalid ini ialah bagaimana dia meletakkan unsur-unsur kritakan dan patriotik kepada negara melalui beberapa dialog sinis yang ada di dalam filem ini seperti "Gout boleh jatuhkan negara tau!" , "Macam kapal selam. Kalau tak boleh selam, naik ke darat. Jadi reban!" serta "Tiga perkara yang boleh meruntuhkan negara. Pertama ialah rasuah. Kedua tidak menepati masa. Dan ketiga ialah cinggay!" Walaupun disampaikan di dalam suasana lucu namun kata-kata ini sebenarnya sangat kuat dan cukup patriotisme bagi aku. Tahniah kepada yang terlibat di dalam memasukkan kata-kata sebegini! Terbaik!




Satu lagi perkara yang menarik perhatian aku di dalam filem ini adalah bagaimana era rock ini ditunjukkan berkubur apabila kerajaan mengawal aliran muzik ini dan ini semua ditunjukkan melalui keratan akhbar serta babak rambut rockers digunting pendek. Rockers jika rambutnya digunting maka apa yang tinggal? Punah lah maruah seorang rockers. Begitu simboliknya bagaimana jatuh bangun sehingga berkuburnya aliran rock yang cukup rancak di Malaysia pada ketika itu ditunjukkan dengan jayanya melalui filem ini. "Kemampuanmu Terlalu Besar" - salah satu ayat yang keluar daripada mulut watak utama filem ini iaitu Amy Mat Piah memang cukup besar maknanya pada aku. Selamat menonton dan semoga kalian semua terhibur dengan filem ini. Jumpa lagi pada ulasan filem yang lain pada masa akan datang. Assalammualaikum! 


P/S : Filem Apa Pula Nak Tonton Lepas Nih Yer? Cadangan? (^_^)Y




16 ulasan:

  1. takde geng la nk tengok cite ni

    BalasPadam
  2. menarik ek. rugi x tgk ari tuh.

    BalasPadam
  3. serius bes citer ni...filem melayu yg rare utk dilihat...x pyh nak bertumbuk, berlumba, drift bagai...guna saga lama pun jd...

    que haidar best. haha...

    BalasPadam
  4. bes gilek.cukup nostalgik utk org yg sukakan rock mcm aku bile die imbau balik kegemilangan rock ms last scene tu. perghh menyentuh jiwa sgguh. dlm lawak, ade plak sedihnye. nice movie to watch. :)

    BalasPadam
  5. best3x..serious mmg best citer ni. unxpected pown jln ceritanya mcm tu. tp....rasanya itulh yg trjadi pd rocker2 dulu zaman 70-80an.

    BalasPadam
  6. baru lepas tgk jap tadi... mmg best.. mengembalikan nostalgia.. rindu kat kg halaman...

    BalasPadam
  7. Adeh.. kenapa la saya tak pandai nak review movie sedangkan saya ni kaki movie

    BalasPadam
  8. gilea.........terbaik yopp..........

    BalasPadam
  9. rock oo memang terbaik la huhuhu

    BalasPadam