23/03/18

Review Filem Hantu Wangan


Filem:
Hantu Wangan

Penilaian:
4 / 10

Pengarah:
Ahmad Idham 

Genre:
Komedi & Seram

Pelakon:
Achey Bocey, Nur Risteena, Cat Farish,
Nor Albaniah, Ruminah Sidek & Etc 

Tarikh Tayangan:
22 Mac 2018

Terbitan:
Aifa Motion Pictures 

Sinopsis:
Filem ini mengisahkan tentang KK, seorang budak Wangan (pelumba jalanan) yang sentiasa menang di dalam perlumbaan kereta haram di jalanan. Kehebatan KK menyebabkan dia mendapat tawaran daripada seorang pemilik bengkel, Papa J untuk menjadi pemandu profesional. Sejak KK dikenali ramai maka dia mula bermimpi perkara yang aneh-aneh serta menakutkan. Pada suatu malam, KK secara tidak sengaja telah melanggar seorang gadis sehingga menyebabkan kematian gadis tersebut sewaktu sedang berlumba kereta secara haram. Ini menyebabkan KK menjadi trauma dan hidupnya mula berubah. KK yang pada dahulunya merupakan seorang yang sangat berani dan tidak takut langsung pada kelajuan memandu kini menjadi sebaliknya. Dia menjadi sangat penakut dan tidak mampu lagi berlumba. Tambahan pula dia mula mengalami gangguan paranormal. Apa sebenarnya kaitan gangguan paranormal ini dengan KK? Adakah KK akan kembali pulih kepada keadaan asal? Untuk mengetahui jawapannya, sila saksikan filem ini di pawagam yang berdekatan dengan anda. 

Ulasan:

Selesai sudah menonton filem Hantu Wangan yang TGV The Mines dengan harga tiket RM10 menggunakan Maybank Debit Card. Alhamdulillah jimat wang dengan promosi macam nih. Hahaha!! Kembali kepada ulasan tentang filem Hantu Wangan. Kali ini aku lebih berminat untuk menulis ulasannya secara ringkas mengikut urutan nombor seperti di bawah :



1. Jalan cerita yang biasa-biasa sahaja seperti filem-filem yang seangkatan dengan Hantu Wangan ini. Tiada kelainan yang ketara dan sememangnya lebih kepada untuk menghiburkan penonton dengan lawak-lawak biasa yang bersifat klise, slapstik serta pick up line.



2. Lagu latar muzik dan bunyi kereta berlumba yang agak bingit. Yang ini aku tak pasti memang begitu bunyinya atau memang sistem suara di panggung wayang TGV yang terlebih kuat dan menyebabkan telinga aku sedikit bingit. Rasa macam ada tak kena sebab ada jer filem-filem lain yang banyak tunjuk aksi lumba tetapi bunyi tayar dan lagu latar tidak pula terasa terganggu seperti di dalam filem Hantu Wangan ini.



3. Pemilihan Achey sebagai watak utama sebenarnya banyak menyelamatkan filem ini kerana komedi yang terhasil nampak semula jadi dan sesekali memang mampu buat aku ketawa besar.



4. Shot-shot sewaktu berlumba yang boleh dikatakan seakan-akan shot yang berulang(stereng, gear, deretan kereta berlumba,etc) dan nampak tidak berapa menarik.



5.  Seperti biasa filem-filem berkonsep komedi (seperti tertulis di nombor 1) selalunya memang kurang menitik beratkan hubungan setiap plot cerita di dalam filem ini. Jadi, jika dinilai disitu memang nampak banyak kelemahan kerana segala yang berlaku seolah-olah semuanya terjadi secara kebetulan. Biasalah filem Melayu!



6. Hurmmm....dah tak ada apa-apa dah nak komen. Senang cakap kalau nak tonton filem ini, tonton lah semata-mata untuk nak berhibur sahaja. Kalau kau gigih nak cari mesej ker, falsafah ker, nak benda ilmiah-ilmiah ker...itu tak dapat aku nak komen. Mungkin boleh cari sendiri. Ada tu ada...bukannya tak ada. Tetapi, sekadar sepintas lalu.



Tetapi, ini hanya lah pandangan daripada aku. Masing-masing ada pandangan dan citarasa tersendiri terhadap setiap filem. Seperti tadi, sepanjang aku menonton memang ramai jer penonton yang ketawa berdekah-dekah. Jadi, kira filem nih menghiburkan lah tu untuk mereka. Aku pun ada juga ketawa tadi. Bukannya muka aku ketat jer memanjang dalam panggung tu. Jadi, kalau rasa nak cuba ketawa atau hilangkan tekanan di tempat kerja mungkin filem ini boleh dijadikan satu pilihan untuk anda hilangkan masalah-masalah itu buat sementara waktu. Apa-apapun, selamat menonton dan kongsikan pandangan anda tentang filem ini di ruangan komen.


P/S : Selepas Ini Filem Apa Pula Yang Aku Nak Tengok? Ada Cadangan?



18 ulasan:

  1. Okey tak masuk dalam wishlist nak tengok..next..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      tengok je kalau nak tengok
      sebab ada jer suka dan puji
      sebab lain orang lain citarasa

      Padam
  2. syg betul, kalau filem pengarah baru takpe kot tp ahmad idham... rsanya kita harapkan movie dia lain dr lain

    tgk antu tu nya solekan ngn pakai sandal lg mmg nampak sgt tak real.... kalau cite antu indon tuh... tak penah tak menakutkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahah
      masa dalam filem tak ada lah nampak hantu tu pakai sandal
      nih gambar masa mereka shooting jer

      Padam
  3. Setakat ni filem melayu tak pernah masuk wishlist akak ^_^ Review awak je dah boleh agak jalan ceritanya hihi.. tq hans

    BalasPadam
  4. Cerita melayu mmg xleh expect lebih tapi ok juga jalan ceritanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak layan gelak-gelak boleh lah kak :)

      Padam
  5. Erm kalau nak berhibur dan hilangkan stress sesuailah tengok mobie nih kan. Tpai kalau citer hantu memang xla tengok

    BalasPadam
    Balasan
    1. hantu dia xseram pun...hahaha
      kalau hantu thailand yang filem 3.00 A.M tu seram lah
      hahaha

      Padam
  6. Okey, rasa macam tak minat pula tgk cite nie. huhu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      kena tengok
      mana tahu tiba2 minat

      Padam
  7. rasanya hanya Achey yang jadi daya penarik orang untuk menonton. Huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe
      ada juga yang lain tu pun okay jer
      cuma jalan cerita dia biasa-biasa jer

      Padam
  8. cerita hantu lawak ni best layan time stress. haha. boleh hilang stress kalau tngok gelak2 mcm ni.

    BalasPadam
  9. Movie ntah pape, nk gelak pn xselara.

    BalasPadam
  10. Movie ntah pape, nk gelak pn xselara.

    BalasPadam