17/03/18

Review Filem Lee Chong Wei


Filem:
Lee Chong Wei

Penilaian:
9 / 10

Pengarah:
Teng Bee 

Genre:
Biografi & Sukan

Pelakon:
Tosh Chan, Jake Eng, Rosyam Noor,
Mark Lee, Yeo Yann Yann, Feddie Wong, Ashley Hua, Bernard Hiew & Etc 

Tarikh Tayangan:
14 Mac 2018

Terbitan:
CB Pictures Sdn Bhd & Mahu Pictures Sdn Bhd

Sinopsis:
Filem biopik ini mengisahkan tentang kehidupan penuh inspirasi pemain badminton nombor satu negara Dato' Lee Chong Wei yang berusaha keras sejak kecil lagi untuk mencapai cita-cita menjadi pemain badminton nombor satu dunia dengan bantuan jurulatih Misbun Sidek. Pelbagai kesukaran serta halangan yang perlu ditempuhi oleh Lee Chong Wei namun sikap tidak pernah berputus asa beliau akhirnya menjadikan beliau sebagai salah seorang lagenda badminton Malaysia.

Ulasan:

Alhamdulillah! Selesai sudah menonton filem Lee Chong Wei yang baru-baru ini diiktiraf Malaysia Book of Records dan Asia Book of Records sebagai tayangan perdana filem yang terbesar di Malaysia dan peringkat Asia dengan penggunaan layar gergasi LED berukuran 40 meter x 17 meter itu. 


KEMBAR LEE CHONG WEI

Aku berasa bangga dan kagum sepanjang menonton filem ini. Walaupun filem ini lebih dekat dalam menonjolkan kehidupan masyarakat Cina tetapi aku merasakan filem ini sangat nasional jiwanya. Dengan harga tiket berjumlah RM16.50 yang aku bayar sebentar tadi, aku memang sarankan seluruh rakyat Malaysia untuk menonton dan menyokong filem hebat ini kerana penyampaian mesej filem ini sangat bagus dan sesuai untuk semua golongan. Kenapa aku sangat menyukai filem ini? Aku sangat suka dengan kisah penceritaan watak Lee Chong Wei itu sendiri yang sangat bagus dikembangkan bermula dari beliau kecil sehingga lah ke zaman kemuncaknya berhadapan dengan jaguh badminton China yang merupakan musuh utamanya di dalam gelanggang iaitu Lin Dan. 


AKU PERNAH TENGOK LAKONAN MARK LEE SEBELUM NIH TETAPI KALI INI WATAK YANG DIBAWANYA AGAK MENARIK

Boleh dikatakan kebanyakan pelakon utama di dalam filem ini seperti Tosh Chan, Jake Eng dan Ashley masih setahun jagung kerana mereka terpilih melalui sesi ujibakat yang diadakan untuk mencari pemegang watak Lee Chong Wei dan Wong Mew Chow. Dikhabarkan mereka hanya menjalani latihan lakonan selama sebulan sahaja tetapi aku merasakan mereka mempunyai jiwa lakonan yang cukup besar dan ini menjadikan setiap watak yang digalas mereka dapat digalas dan diterjemah dengan cukup baik. Selain daripada perlu menjiwai watak, mereka juga mendapat latihan intensif daripada bekas pemain kebangsaan negara iaitu Chan Chong Ming untuk mendalami, mempelajari dan berlatih gaya, kemahiran dan cara permainan badminton pula. Ini sangat membantu kerana ternyata lakonan mereka terutama pada babak-babak perlawanan dapat dilihat sangat menyakinkan dan kelihatan sangat semulajadi.



SAMPAI SEKARANG AKU TERINGAT LAKONAN DIA DALAM FILEM NIH! 

Lihat sahaja kepada pelakon cilik, Jake Eng yang comel dan berwajah polos ini. Dia cukup bijak  dan nampak sangat bersahaja bermain dengan emosi dan riak wajah dalam memberi warna kepada penceritaan awal kisah kehidupan Lee Chong Wei ini. Penceritaan yang agak padat tetapi bijak dibawa oleh Jake Eng secara perlahan tanpa perlu tergesa-gesa dan dalam masa yang sama membantu penonton untuk mengikuti perkembangan watak Lee Chong Wei semasa kecil ini dengan penuh asyik sekali. Aku cukup suka dengan kelincahan yang ada pada adik Jake Eng ini cuma pada pandangan aku mungkin ada sedikit kelemahan apabila mendengar bunyi tangisannya. Namun bagi aku, adik Jake Eng ini merupakan tunjang kekuatan utama filem ini kerana dia berjaya menangkap dan menanam kepercayaan kepada hati penonton untuk merasa lebih dekat dengan watak Lee Chong Wei kecil ini walaupun ini merupakan kali pertama dia berpeluang muncul di layar perak. Lihat sahaja kesungguhannya apabila menyaksikan perlawanan badminton. Lihat sahaja kegigihannya memasang tali raket semata-mata untuk membantunya memperoleh alat untuk berlatih. Lihat lah kerisauannya tentang tahap ketinggian yang dimiliki sewaktu kanak-kanak. Semua itu berjaya diterjemahkan dengan jayanya mengikut gaya Jake Eng.


TAHNIAH TOSH CHAN! LAKONAN YANG CUKUP MENJADI!

Pemilihan Tosh Chan sebagai Lee Chong Wei dewasa pula sememangnya satu pilihan yang tepat. Sekali pandang memang muka Tosh Chan ini mempunyai rupa seiras Lee Chong Wei. Ini juga kali pertama Tosh Chan tampil di layar perak tetapi kehebatannya membawakan watak jaguh badminton negara ini harus dipuji. Aku yakin Tosh Chan memang berusaha bersungguh-sungguh di dalam mempelajari karakter figura bernama Lee Chong Wei ini. Lihat sahaja kepada perwatakan dan cara percakapan yang dibawakan Tosh Chan di dalam filem ini. Gaya percakapan yang dituturkannya di dalam loghat Cina yang pekat sama ada berbicara di dalam berbahasa Melayu mahu pun bahasa Inggeris sememangnya terjemahan yang sama seperti mana gaya Lee Chong Wei sendiri bercakap. Adakalanya aku merasakan Tosh Chan adalah benar-benar seorang lelaki bernama Lee Chong Wei. Memang cukup hebat aura yang dibawakan pelakon muda berbakat besar ini.


TERBAIK LAH ROSYAM! BAGI WATAK APA PUN MESTI MENJADI PUNYA!

Barang kali tahun ini merupakan tahun bertuah buat hero malaya pujaan ibu-ibu di luar sana. Siapa lagi kalau bukan Rosyam Nor yang sangat bijak memilih naskhah filem yang hebat-hebat dan berkualiti. Berperanan sebagai Misbun Sidek iaitu jurulatih Lee Chong Wei, sekali lagi Rosyam Nor berjaya memberi sentuhan magis beliau yang tersendiri dalam membawakan watak Misbun yang tegas, keras dan sesekali disulami dengan sifat suami mithali serta bapa yang penyayang. Watak yang penuh warna ini sememangnya satu lagi kejayaan buat Rosyam Nor. Memang patut dapat anugerah pelakon lelaki terbaik untuk tahun 2018.


WATAK IBU YANG DIBAWA YEO YANN YANN NIH TERNYATA SANGAT MENYENANGKAN

Pelakon pembantu yang lain seperti Yeo Yann Yann dan Mark Lee yang memegang peranan sebagai ibu bapa Lee Chong Wei serta Ashley yang bertindak sebagai Wong Mew Choo juga tidak kurang hebatnya kerana bijak bermain dengan emosi di dalam setiap babak-babak kemunculan mereka. Pelakon-pelakon yang lain juga turut sama membantu dan watak-watak mereka walaupun ada yang muncul hanya seketika tetapi sangat-sangat menghidupkan setiap perjalanan cerita di dalam filem ini. Sebab itu aku sukakan filem ini kerana kemunculan setiap watak ini walaupun kecil tetapi semuanya bermakna. Watak-watak ini muncul bersebab dan punya kekuatan yang tersendiri. 


AKU SUKA SINEMATOGRAFI SEPANJANG BABAK NIH. LAWA BAK HANG!

Berbalik kepada penceritaan filem ini, mungkin ramai beranggapan bahawa bermain badminton tidak sukar seperti permainan bola sepak. Tetapi, hakikatnya filem ini membuktikan sebaliknya dimana ia berkongsi dengan penonton tentang susur galur cabaran yang perlu dihadapi oleh setiap pemain badminton. Selain itu, filem ini turut sama menyelitkan secara ringkas kisah tentang kejayaan jaguh-jaguh pemain badminton tanah air yang lain yang bertanggungjawab memberi inspirasi kepada Lee Chong Wei dalam mengejar cita-citanya menjadi pemain nombor satu dunia seperti kisah anak-anak Sidek, Wong Choong Hann dan Hafiz Hashim.


ADEGAN NIH AKU NAMAKAN ADEGAN JIWANG BLUR

Filem ini juga nampaknya tidak dapat lari daripada kisah cinta yang dipaparkan secara minima kerana sememangnya isteri Lee Chong Wei juga ialah pemain perseorangan wanita badminton negara iaitu Wong Mew Choo. Tetapi, aku cukup suka dengan bagaimana kisah cinta ini ditonjolkan secara subteks sahaja tetapi teks sebenarnya ialah ini merupakan antara salah satu inspirasi di dalam kejayaan hidup Lee Chong Wei sendiri. 

BABAK AIR MATA JANTAN KELUAR NIH...HEHEHE!

Sinematografi filem ini pula bagi aku nampak ringkas tetapi sangat cantik dan menyokong perkembangan cerita. Aku percaya filem ini pasti berjaya dalam menyampaikan motivasi kepada semua yang menonton. Bermula daripada awal filem sehingga pengakhirannya, aku merasakan filem ini sangat bermotivasi dan cukup mudah untuk diterima. Tiada kejayaan yang datang bergolek tanpa usaha. Tiada kejayaan yang datang tanpa sokongan dan restu orang tersayang. Dan yang penting tiada kejayaan yang datang tanpa kepercayaan daripada diri sendiri. Bagi aku, filem ini berjaya membaca sifat-sifat nasionalisme yang sangat bagus kepada penonton melalui banyak adegan di dalam filem ini antara penonton sedar atau tidak.


AKU CUKUP SUKA BABAK ANAK DAN BAPA INI :_)

Sebuah filem biografi yang ada segala khasiat, rencah dan perisa. Kekuatan filem ini terletak pada cita-cita besar Lee Chong Wei. Kehebatan kata-kata dan ayat falsafah daripada orang-orang terdekat di dalam hidup Lee Chong Wei. Nilai kekeluargaan yang tinggi. Nilai kasih sayang tanpa dibataskan oleh perbezaan agama, kaum mahu pun warna kulit. Filem yang berjaya mengusik dan menjentik setiap zarah emosi sesiapa yang menonton. Adakalanya mampu membuatkan air mata bergenang saat jiwa anda telah termasuk di dalam penceritaan filem ini. Lakonan yang hebat dan menjadi daripada setiap pelakonnya. Kisah perjalanan hidup seorang jaguh badminton negara yang penuh dengan warna dan inspirasi. Setiap kejayaan bermula daripada angan-angan yang besar dan langkah-langkah yang besar! Dan yang paling penting sifat patriotisme anda pasti akan memuncak acap kali anda menonton filem yang hebat ini. Jadi, selamat menonton dan kongsikan pengalaman atau pandangan anda di ruangan komen tentang filem Lee Chong Wei ini.

P/S : Aku Mengharapkan Agar Filem Biopik Azizulhasni Awang Yang Akan Datang Turut Sama Mengikut Jejak Langkah Filem Lee Chong Wei Yang Sudah Ternyata Hebat Ini.



32 ulasan:

  1. wah .. mcm best .. nak kena tgk lah ni nanti erk.. suak jer citer yang pernuh inspirasi mcm nih

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes
      sila lah tengok
      sokong filem yang bagus :)

      Padam
  2. haritu nak tengok movie ni tapi takde pulak dekat mbo.

    BalasPadam
    Balasan
    1. owh tak ada dekat mbo ker?
      saya tengok dekat gsc

      Padam
  3. Baca review filem nih rasa teruja pulak nak tengok kat wayang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. selamat menonton
      pasti tak menyesal :)

      Padam
  4. Wahh.baca sinopis pun macam menarik je jalan cerita

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau dah tengok mesti teruja
      jadi silalah tonton filem hebat ini

      Padam
  5. REVIEW YG SGT MENARIK FILEM YG ADA JIWA MALAYSIA...PATUT BERDUYUN-DUYUN KE PAWAGAM NONTONNYA

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      patut berduyun-duyun yang datang tengok

      Padam
  6. baca ulasan ko ni pun dh rasa teruja nk tgk filem nih....
    mmg menarik betul tgk cite nih

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      tengok lah dan sokong filem tempatan yang bagus :)

      Padam
  7. Baca reviews Han. Excited pulak nak tengok.

    BalasPadam
  8. Tak sabar nak g tengo juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah tengok bagitahu perasaan dan rasa terhadap filem nih yer

      Padam
  9. Wow wow........
    Saya belum tengok dan kena temngok nanti lepas ni ! :D

    BalasPadam
  10. ya ampun,bagai pucuk dicita ulam mendatang,saya mmg nk tgk cite ni,dh book tiket isnin ni,tetibe hans dah bagi review.mmg tak menyesal book tiket

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah tak menyesal sebab filem antara filem Malaysia terbaik tahun nih :)

      Padam
  11. terasa nak tengok pula lepas baca review ni 👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. tengok lah sebab sangat2 berbaloi untuk ditonton dan dihayati

      Padam
  12. Nampaknya best, kena tengok.juga ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. tengok zumal
      dekat Kedah rasanya ada dekat Aman Sentral tu

      Padam
  13. Nice review! ^^ 9/10 tu kira gempak lah kan? hehe

    BalasPadam
  14. You memang suka review film eh? tak reti nak review film T_T

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes
      dari dulu-dulu lagi
      untuk blog filem saya :)

      Padam
  15. Wah, good review la Mr Hans. GV suka baca. Mmg terbaik. Rasa tak sabar lak nak tgk cite ni. hihi. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe..
      tengok jangan tak tengok
      sebab memang best

      Padam
  16. wuuuu tak sabar nak tengok ~

    BalasPadam