21/09/18

Review Filem Langsuir


Filem:
Langsuir

Penilaian:
5 / 10

Pengarah:
Osman Ali 

Genre:
Seram, Romantik, Komedi

Pelakon:
Syafiq Kyle, Hannah Delisha, Firdaus Nadxaman, Halim Radzi,
Shahkimin, Nazri John, Daaimjailani, Julia Farhana Marin, Nazam Anas & Etc

Tarikh Tayangan:
20 September 2018

Terbitan:
Guam Teamwork Sdn Bhd & Nuansa Sdn Bhd

Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang percutian Azlan bersama lima orang rakannya yang bercuti di sebuah pulau yang diberi nama Pulau Anak Langsuir. Disana, Azlan ditakdirkan bertemu dengan seorang gadis jelita bernama Suri yang sebenarnya merupakan hantu langsuir. Azlan mula jatuh cinta dengan Suri. Manakala rakan Azlan iaitu Zaman dan Kamal yang mengetahui tentang hubungan mereka berasa cemburu dan mula merancang untuk menikam kepala Suri dengan paku untuk membolehkan mereka merosakkan Suri. Tindakan biadap dan tidak bermoral ini telah menyebabkan kakak Suri iaitu Dewi berasa begitu marah dan dia mula bertindak mengganggu dan cuba menamatkan riwayat keenam-enam lelaki yang berada di pulau tersebut. Adakah cinta luar biasa Azlan dan Suri mampu bertahan dan berterusan? Adakah mereka mampu menyelamatkan diri dan nyawa mereka daripada dibunuh Dewi? Saksikan filem Langsuir untuk mengetahui jawapannya.

Ulasan:

Permulaan filem Langsuir dimulakan cukup gah dengan kemunculan cameo dua pelakon yang sangat berbakat iaitu Remy Ishak dan Amerul Affendi. Keseraman dan kelucuan datang silih berganti dan memberi suasana yang cukup positif kepada perjalanan jalan cerita filem Langsuir ini. Namun, semua itu mulai beransur-ansur hilang apabila kemunculan watak-watak lima sekawan yang datang dengan naratif yang cukup lemah dan janggal pada pandangan aku sebagai penonton. Kelemahan yang ketara kelihatan mungkin dari segi penghayatan atau lontaran emosi mereka gara-gara pada awalnya aku telah disogok dengan lakonan mantap Remy Ishak dan Amerul Affendi. Jadi, kemunculan lima sekawan yang merupakan rakan kepada watak utama Azlan (Syafiq Kyle) ini memang membuktikan perbezaan hairarki lakonan pelakon yang baru dan pelakon yang berpengalaman. Cuma aku secara peribadi mengucapkan tahniah kepada pelakon Shahkimin yang membawa watak sebagai Udin kerana berjaya menghidupkan unsur humor di dalam filem ini dan lakonan dia juga wajar dipuji berbanding rakan-rakannya yang lain.


Filem Langsuir ini telah dicanang sebagai sebuah filem seram tetapi setelah ditonton, aku berpandangan ia lebih kepada filem bergenre seram romantis yang disulami dengan lagenda dongeng masyarakat kita berkaitan hantu Langsuir. Ideanya bagi aku agak menarik tambah-tambah Osman Ali sememangnya terkenal dalam penghasilan filem-filem arahannya yang bersifat jiwang dan aku akui filem-filemnya bergenre sebegitu memang aku sendiri suka tonton. Cuma di dalam filem Langsuir, kadang-kadang ia kelihatan agak meleret dan pasti disulami dengan babak pelukan acah-acah berahi dan 'muka sedap' Azlan (Syafiq Kyle) sewaktu memeluk Suri (Hannah Delisha). Aku rasa ada dalam tiga atau empat babak barangkali mereka berpelukan. Ironinya karakter Azlan ini pada awal ditunjukkan sebagai seorang yang beragama melalui babak selamatkan ular dan bersolat dikala rakan-rakannya yang lain berhibur tanpa batas di dalam hutan tetapi akhirnya tumpas di tangan langsuir lawa. Hahaha!


Watak Zaman dan watak Kamal adalah watak yang paling aku tak boleh hadam dan sangat mengjengkelkan aku. Aku menganggap mereka sebagai pelakon baru (tidak pasti kalau memang sebelum ini masing-masing pernah berlakon sebab tak pernah tonton lakonan mereka). Dari segi karakter kejahatan itu memang tampak agak menjadi untuk Zaman (Firdaus Nadxaman) tetapi naratifnya sangat lemah. Aku senaraikan beberapa persolan aku di sini berkaitan dua watak ini :

1) Watak Zaman dan Kamal sakit hati dan marahkan Azlan sebab 'merendek' dengan langsuir. Sebab kedua-dua tak diajak jumpa langsuir hingga membuatkan kedua-dua watak ini sakit hati tahap kritikal brutal. Serius lah beb? Hahaha!

2) Adakah Zaman ini sejenis manusia yang sangap, gila seks atau fetish kepada langsuir? Hahaha! Di dalam filem ini, semua yang difikirkan si Zaman berkenaan langsuir hanya seks semata daripada awal, pertengahan sehinggalah akhir filem. Paling aku tak boleh hadam babak berahi dia dengan Hannah Delisha. Perlu ker babak tu?

3) Si Kamal ini pula terlalu sayang dengan si Zaman ini. Aku pun tak tahu apa yang membuatkan mereka ini sehati sejiwa sangat sebab penceritaan di dalam filem tak menunjukkan sangat sebab musabab yang kukuh terhadap hubungan persahabatan dua orang nih.

Aku tak mahu ulas lebih-lebih tentang bab ini. Kalian pergilah tonton sendiri di pawagam dan mungkin akan ada yang bersetuju dan sebaliknya tentang isu ini.    


Menyentuh berkaitan elemen seram di dalam filem ini, aku berpendapat keseramannya lebih kepada kesan bunyi dan seperti biasa kemunculan babak seram mudah dijangka. Dan apa yang aku boleh cakap, elemen romantik, komedi dan berahi di dalam filem ini telah menenggelamkan langsung elemen seram yang wujud di dalam filem ini. Ada yang kata filem ini filem Twilight versi Malaysia. Aku tiada komen tentang itu kerana aku tidak menonton Twilight. 


Apa-apapun, aku cukup suka dengan sinematografi filem ini. Paling aku terpegun sewaktu babak Suri dikejar si Zaman yang melalui tebing-tebing bukit itu. Memang serius cantik untuk pandangan mata aku. Daripada awal hingga akhir, mata aku terasa gembira dijamu dengan pelbagai latar tempat dan landskap yang cukup indah dimata. Pujian untuk bab itu daripada aku buat filem Langsuir.


Disini juga aku berkongsi pandangan rakan-rakan penggemar filem yang turut sama menonton filem ini sebagai satu bentuk perkongsian untuk direnung-renungkan :

Zaim Yusoff : "Langsuir betapa apa pun penilaian khalayak sinema tempatan masih sebuah percubaan bagi menghasilkan sebuah filem bernaratifkan seram romantik fantasi bersandarkan mitologi alam Melayu. Namun, percubaannya terbantut lantaran meninggalkan asas-asas naratif yang kuat (Seperti bot yang hilang di Pulau Anak Langsuir itu) membuatkan Langsuir sekadar prop untuk meneruskan gosip cinta pasangan Syafiq Kyle dan Hannah Delisha setelah Mencintaimu Mr. Photographer ala-ala Twilight versi Malaysia. Siapa nak tengok peha Suri boleh lah tengok Langsuir."

Ajami Hashim : "Pada saya, ia menghiburkan dari benda-benda plot yang tak disangka untuk sebuah filem seram. Kau boleh ketawa dalam babak yang ketakutan untuk watak-watak tetapi ia situasi yang komedi dan kadang kala ambiguous." 


Tetapi, ramai juga penonton yang meminati dan memberi maklum balas positif serta pujian terhadap filem Langsuir ini setelah menonton. Biasalah lain orang lain citarasa kan? Kita raikan sahaja perbezaan pandangan semua pihak. Cuma untuk aku pula filem Langsuir tidak berjaya memberikan aku impak seperti mana aku menonton filem cintan-cintun jiwang arahan Osman Ali sebelum ini. Apa-apapun, kepada kaki wayang dan penyokong filem tempatan di luar sana, selamat menonton filem Langsuir ini dan semoga filem Langsuir berjaya mendapat kutipan hebat seperti mana filem-filem Malaysia yang terdahulu ditayangkan pada bulan ini dan bulan lepas. Sekian!

P/S : Selesai Menonton Filem Indonesia Berjudul Sebelum Iblis Menjemput Sebentar Tadi. Sangat Menarik! Ada Perlambangan Yang Kreatif! Dan Terbukti Filem Seram Bukannya Perlu Sentiasa Berada Di Dalam Keadaan Yang Gelap Gelita Memanjang. Hehehe! Nantikan Ulasannya Dalam Artikel Akan Datang :)



12 ulasan:

  1. akak masa tgk poster filem ni kt tepi mrr2 membayangkan msti seram betul hantu ni ala2 mcm maya karin tuh... sbb kita tau filem osman ali selalunya mmg view2 dia cantiik2..... cuma agak kecewa lah bila dh baca review hans yg mcm filem tu tak berapa nk seram kn.... tgk pelakon pun ramai yg muka2 baru je

    filem hantu indonesia, mana ada yg tak menakutkan... baca tajuk pun dh seram huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe
      tetapi bergantung pada penonton juga
      ada ramai jer yang suka kak
      jadi, kena tengok sendiri

      Padam
  2. adduhh filem genre horor mmg sy surender...lemah semangat agaknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      tak seram sangat filem nih
      masih boleh menikmati kejelitaan Hannah Delisha tanpa ragu-ragu atau kerisauan
      hehe

      Padam
  3. Sebuah filem relaks utk tontonan dan hiburan menenangkan fikiran dari kekusutan seharian bekerja di pejabat. Tak terlalu berat..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak terlalu berat tetapi mungkin saya tak minat sangat genre-genre ala twilight kut
      hahaha

      Padam
  4. Sebelum iblis menjemput tu best tak ye? hehe

    BalasPadam